Tuesday, January 20, 2015

Oh Mr. Ami Bab 3

Bab 3

“Macam mana bang? Serius tak?” Tanya Ami kepada Amar.
Julia yang sedang terbaring di atas katil itu cuma memandang pelik ke arah Ami. Siap ber `bang-bang lagi. Amboi biadap budak Ami ni. Dia terus memasang telinga mendengar perbualan di antara Ami dengan doktor Amar. Sikit punya kacak. Berdegup-degup juga jantungnya sewaktu mula-mula masuk ke dalam bilik ini tadi.

“Abang dah buat x-ray. Tak ada kecederaan serius pun. Cuma tersalah urat je tu. Abang dah letakkan ubat dan balut  untuk kurangkan bengkak. Seminggu dua nanti baik la tu..” Jawab Amar dengan senyuman. Dia nampak kesunguhan di wajah adik sepupunya itu.

“Yeke. Alhamdulillah. Saya risau sangat bang…”Ami meraup wajahnya. Syukur tidak terkata. Kalau Julia sakit dia turut sakit. Ami berpaling ke arah Julia yang terbaring di di atas katil yang berada di belakang bilik Amar pangkat abang sepupunya itu.

Julia mencebik geram. Risau konon. Padahal mesti dia suka kaki aku sakit kan? Eh apa kau ni Julia. Budak tu dah tolong dokong kau jauh-jauh macam ni. Kau masih lagi nak perasangka tak baik pada dia. Bawak bertaubat sikit Julia..’ Julia mengusap dadanya supaya beristifar banyak-banyak. Dia pejam mata rapat-rapat.

Amar tersenyum sendiri.” Siapa dia?”

Ami sedikit tersentak dengan soalan itu. Dia tersengih sambil mengusap belakang kepalanya.
Amar yang sepertinya faham berdehem kecil.”Mak Su tahu ke?” Sengaja dia petik nama mama Ami.

Ami tersentak.”Alamak… bang. Jangan cerita apa-apa dekat mama please..” Rayunya seperti orang terdesak.

Amar ketawa. Lucu melihat reaksi Ami itu.”Kau ni Ami. Julia tu tuanya 7 tahun dari kau. Waras ke tidak kau ni?”

Ami angguk kepala laju.”Kalau dah suka abang Amar. Nak buat macam mana..”

“Ami.. dengar sini abang nak cakap apa. Abang ni dah 30 tahun tau. Tapi abang masih tak jumpa dengan seseorang. Sebab apa tau?”

Ami jungkit bahunya sambil menggelengkan kepalanya.

“Sebab abang letak perempuan jatuh no yang ke 10 dalam hidup abang..”

“Abang gay ke?” Ami berseloroh menyebabkan Amar ketawa bagai nak rak.
“Kau ni..” Amar menumbuk bahu Ami perlahan.

“Nabi tak mengaku umat oi..!”

“Tahu pun abang… kenapa masih membujang? Nak kata tak kacak, dah macam pelakon saya tengok abang ni..”

“Abang nak berjaya dalam hidup dulu Ami. Sebab tu abang tak mahu kau main-main sekarang. Kau nak exam kan Ami?”

Ami pasrah. Nak melawan. Pangkat Amar lebih besar darinya. Jadi diam saja dan senyum secomel yang mungkin.

“Ini bukan masanya kau nak bercinta tau. Kau ni harapan Mak Su. Jadi, kau kena berusaha keras Ami. Waktu-waktu begini sepatutnya kau ada di meja study. Bukan berpeleseran macam ni..”

Ami mengeluh lemah. Kenapalah tak ada sorang pun yang faham hati dan perasaannya? Kalau Amar sudah letak perempuan list yang ke 10 dalam hidupnya. Itu dia punya pasal. Dia ada matlamat sendiri. Dia tahu apa yang dia buat. Ya… dia akan buktikan kepada semua nanti. Semua yang tidak faham apa yang dia rasa termasuk Julia.

“Cuba bayangkan kalau kau gagal capai target?”

Ami menundukkan saja kepalanya.

Amar mengeluh perlahan. Dia menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi. Ami yang menunduk itu di perhatikan lama. Kemudian matanya beralih ke arah gadis yang sedang terbaring di atas katil itu. Dia terkejut juga sebenarnya bila melihat usia gadis itu yang jauh lebih tua dari Ami. Mati-mati dia ingatkan mereka sebaya kerana Julia nampak sangat muda.

“Abang faham sangat dengan keinginan remaja seperti Ami. Tapi percayalah Ami, perasaan tu datang untuk sementara waktu je. Abang nak Ami tumpukan perhatian pada pelajaran… jangan nanti perempuan ke mana, pelajaran ke mana…” Bahu Ami di tepuk perlahan.

Ami angkat wajah dan menentang pandangan mata Amar.”Ye bang… saya tahu..” Di angguk-anggukkan saja kepalanya dengan hati yang membara. Salahkah dia sukakan Julia? Berdosa? Bengang betul.

“Dah.. Ami pergilah balik lepas ambil ubat dekat receptionis ya?”

Ami bangun dan bersalaman dengan Amar.”Terima kasih bang..”

“Ya sama-sama. Pesan dekat Julia, kurangkan berjalan dan bila tidur pastikan kaki berada di kedudukan yang tinggi dari badan ya?!”

“Ok nanti saya beritahu Julia..”  Ami mengambil slip dari Amar. Kemudian dia bergerak ke arah Julia.

Dia perhatikan Julia yang nampak seperti sedang tidur. Mungkin dia kepenatan. Ah… ikutkan penat, dia lebih penaT. Boleh tahan juga berat si Julia ni. Dia ketap bibir geram.

Julia buka mata. Ami terkejut.

“Er.. jom..” Ami membantu Julia untuk bangun dari katil.

“Serius ke?” Tanya Julia.

Ami angguk kepala.”Doktor Amar beri MC seminggu..”

Julia terkejut.”Lamanya…” Dia merungut.

“Syuhhh….” Ami meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.
Julia menutup mulutnya dan melihat ke arah Amar.

“Dah jom keluar..” Ami segera berpusing.
Julia ketap bibir. Sekali lagi dia akan di kendong Ami. Ya tuhan… malu sangat dah dia pada Ami sebenarnya. Nak tak nak dia segera memeluk bahu Ami dan naik ke atas belakang badan Ami.

Amar melihat saja pasangan itu sehingga mereka keluar dari biliknya. Dia mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Dia faham sangat kenapa Ami sukakan Julia. Apa yang Ami suka itu cuma luaran saja. Ya dia tidak nafikan Julia memiliki kesempurnaan sebagai seorang perempuan. Cukup indah pada pandangan mata lelaki. Siapa yang tidak tertawan.

Julia ketawa melihat Ami .seluruh tubuhnya bermandikan peluh. Cepat-cepat dia memasang air cooler.

Ami terduduk di tepi katil. Dia rasa mahu pitam pun ada. Termengah-mengah di buatnya.
Julia capai tuala kecil di hujung katil. Kemudian dia mencampakkannya ke arah Ami.
Ami terkejut. Dia pandang Julia.

“Lap peluh kau tu Ami. Banjir nanti rumah aku ni..”
Ami tersenyum tatkala Julia tersenyum ke arahnya. Tidak ada senyuman yang paling manis di dunia ini melainkan senyuman Julia.

Julia membetulkan letak duduk kakinya. Dia mencapai plastik yang berisi kuih pau itu lalu di makan tanpa rasa malu. Serius dia lapar tahap kebuluran sudah. Dia tidak sempat makan di café tadi. Punyalah ramai pelanggan sampai tak sempat langsung untuk dia makan.
Ami perhatikan saja cara Julia makan. Penuh berselera sedangkan itu cuma kuih pau. Macam tak pernah jumpa kuih pau pula gayanya. Padahal hari-hari dia akan belikan untuk Julia.”Lapar ke?”

Julia pandang Ami kemudian dia anggukkan kepalanya dengan mulut yang penuh dengan makanan.

“Saya ambilkan air..” Ami segera bangkit dan masuk ke bahagian dapur kecil. Dia menarik peti ais kecil itu lalu di keluarkan air mineral.

Terharu Julia dengan kebaikan Ami. Sungguh dia sebatang kara di dunia ini. Dia cuma ada keluarga di rumah anak-anak yatim saja. Tapi ramai sahabat-sahabatnya sibuk dengan kehidupan mereka sendiri. Tinggallah dia di sini. Di rumah ini keseorangan. Dalam tak sedar dia bersyukur ada Ami. Wajah comel Ami di pandang lama. Sudahlah comel tapi boleh tahan keras kepala. Dia sudah mula dapat mengenali Ami serba sedikit. Hari-hari mengejarnya tanpa ada rasa jemu. Keras kepala la tu. Dah tak terkira berapa kali dia menyekeh kepala Ami. Tapi tak sedar-sedar juga.

Ami menuang air ke dalam cawan lalu di hulurkan kepada Julia.

“Terima kasih..”
Ami angguk dengan senyuman.

“Kau ni Ami macam gula-gula kapas kan?”
Senyuman Ami mati. Dahinya berkerut.

“Kau punya comel buat aku rasa nak kunyah-kunyah..” Julia ketawa besar.

Ami tersenyum. Ingatkan apa dia lah..”Teruna lagi memanglah manis..” Dia bergurau.

Julia mencebik.”Jangan nak cakap kotor eh. Aku simbah kau dengan air sejuk ni kang..” Dia memberi amaran. Wajahnya sengaja di seriuskan. Mahu menyakat Ami.
Ami tutup mulut dengan tangan.”Opsss sorry…”

Tiba-tiba Julia teringatkan perbualan di antara Ami dengan doktor kacak bernama Amar itu. Dia pandang wajah Ami lama.

Ami angkat kening kemudian dia kenyit kedua-dua belah matanya.
Julia ketap bibir. Tapi kali ini dia tidak marah tapi dia cuma tersenyum.

“Kenapa Kak Julia?”

Julia mengeluh perlahan.” Ami… apa yang doktor tu cakap semua betul Ami..”

“Yang mana? Ooo… yang dia cakap suruh sapu ubat urat tu ya? Ke makan ubat tahan sakit bila terasa berdenyut? Yang mana satu ya?” Ami garu kepala tak faham.

Julia mendengus kasar.”Aku lesing kau kang! Jangan nak buat tak faham ok?!”

Ami mencebikkan bibirnya.”Ooo jadinya Kak Julia tak tidur tadi?”

Julia pandang saja Ami. Geleng tidak angguk pun tidak.

“Ami.. perjalanan hidup kau masih jauh Ami. Bila keluar saja keputusan SPM kau tu nanti, masa tulah perjalanan hidup kau akan bermula. Aku tak nak kau menyesal Ami. Masih ada masa ni Ami. Kalau kau berhenti kejar aku, aku yakin kau akan berjaya dalam SPM nanti…”
Ami diam. Dia cuma menentang pandangan mata Julia.

Julia mengeluh perlahan. Pandangan mata Ami menyentuh perasaannya. Dengan Wajah yang polos Ami nampak naif sekali.”Aku tahu kau sukakan aku Ami..”

Wajah Ami berubah reaksi. Dia tersenyum melebar. Macam ada bunga-bunga harapan. Siapa tahu kalau Julia balas cintanya? Saat itu juga dia akan berikrar untuk straight A dalam SPM. Cabar sangat. Geram sangat dia pada Amar. Ingat dia lebih tua, dia ada hak untuk kritik perasaannya?!

Julia ketap bibir.”Budak ni..” Dia angkat tangan mahu luku kepala Ami.

Ami ketawa kecil dan menepis tangan Julia perlahan.”Jangan risau Kak Julia. Saya tahu apa yang saya buat…”

“Nanti kau gagal semua orang salahkan aku..”

“Siapa nak salah kan Kak Julia?”

“Tu Doktor kacak tu..”

Ami mencebik geli saat Julia berkata begitu. Kacak? Phuiii!

“Kacak… mulalah tu nak menggatal…”

Julia tersenyum.”Doktor Amar tu menepati citarasa aku tau. Sado.. gentleman..” Terbayang-bayang lagi senyuman Doktor itu. Pandangan matanya memang sangat menimbulkan tanda tanya. Dia perasan lelaki itu tidak lepas dari melihat ke arahnya. Tak tahu apa sebabnya. Tapi dia rasa pelik sangat.

“Tak faham dengan taste orang perempuan ni kan? Nak yang kacak, sado. Habis yang cute dan comel ni nak campak mana? Tong sampah?” Ami mendengus geram. Tak puas hati betul dia.

Julia ketawa mengekek. Pipi Ami yang putih itu di cubit geram.

“Aaaa….” Ami menjerit kesakitan.

“Geram aku dengan kau ni..” Julia ketap giginya. Dia melepaskan cubitan di pipi Ami. Habis merah pipi gebu itu.

Ami mencebik sambil mengusap pipinya yang merah itu.”Sakit tau kak..”

“Dah pergilah balik. Kang tak pasal-pasal kena tangkap khalwat..” Dia menolak tubuh Ami.

“Yelah yelah.. dapat kahwin free..” Dia segera berdiri.

Julia menjegilkan matanya kepada Ami.”Masin mulut kau nanti..”

“Saya ok je..” Ami berkata selamba.

“Budak ni gila betul.”

Ami tersengih

“Terima kasih Ami..”

“Sama-sama kasih..”

Julia geleng kepala dengan keletah Ami.

“Jangan lupa sapu ubat urat tu. Makan ubat bila rasa sakit. Tidur pada kondisi kaki lebih tinggi dari badan ya?!” Pesan Ami persis doktor pencen.

“Ye Ami. Aku dengar apa Doktor kacak tu cakap tadi..”

“Surat MC tu macam mana? Nak saya hantar kan ke?”

“Tak payahlah. Nanti aku call kawan tempat kerja…”

“Oklah. Saya balik dulu. Esok pagi sebelum pergi sekolah saya letak makanan dekat pintu ya?”

Julia angguk kepala.”Nak duit tak?”

“Tak apalah. Saya ada duit..”

“Baguslah kalau macam tu..” Julia tersenyum tanpa rasa malu.

“Selamat malam princess…”

Julia mencebik kegelian. “Princess frog?”

Ami ketawa mengekek. Dia melangkah keluar. Sebelum itu dia sempat kenyit mata pada Julia. Julia pula tanpa sedar senyum sendiri. Eh..eh.. apa ni?!


1 comment:

Unknown said...

Yunk..up lg plis hehhehe suke tgk ami yg sengal n cute ni