Thursday, January 29, 2015

Oh Mr. Ami Bab 5

Bab 5
Alamak bab ni Ami muncul sekejap je... itu pun... dekat perenggan akhir. heheh...


Munirah memapah Julia ke bilik air. “Boleh? Soalnya.

Julia angguk kepala laju.”Kau pergilah duduk dekat depan. Buat macam rumah sendiri. Aku nak basuh muka dan gosok gigi kejap..”

“Yelah.. hati-hati Julia. Nanti jatuh..” Pesan Munirah sebelum berlalu ke depan. Pagi tadi selepas subuh dia baca mesej yang di hantar Julia. Terus saja dia bersiap-siap dan ke sini. 

Risau pula dengan keadaan Julia yang dia tahu hidup sebatang kara di dunia ini.
Munirah lihat bekal yang terletak di atas meja makan itu. Dia mengambil nota kecil berwarna pink itu.

‘Kak Julia.. sebelum makan baca bismillah tau. Petang nanti saya datang. Rindu la. Have a nice day sayang...’
Your Love Ami..’

Munirah senyum sendiri. Sweet betul budak Ami ni. Dia geleng kepala sendiri. Nota itu di letakkan kembali di atas bekas tupperware itu.

“Kau senyum-senyum tu kenapa?” Tegur Julia yang terhencot-hencot berjalan ke arah Munirah.

Munira segera membantu Julia.”Aku rasa nak menangis baca nota Ami untuk kau tu Julia..”

Julia ketawa kecil.”Budak tu memang macam tu Mun...”

“Romantis la dia Julia..” Munirah sudah tersengih-sengih sambil membayangkan wajah comel Ami yang agak seiras dengan pelakon korea Song Joong Ki itu.

Julia duduk di kerusi dan mengambil nota kecil berwarna pink itu.”Kau tengok la ni Mun. Pink lagi... jambu betul budak Ami tu..” Geli hati Julia mengenangkan sikap Ami itu. Nak kata Ami seorang lelaki yang lembut jauh sekali. Kalau lembut takkan pula Ami tergila-gilakannya. Cuma apa yang dia tahu Ami memang sweet talker.

“Entah apalah yang Ami kelentong mama dia sampaikan mama dia sanggup masak sebegini banyak. Siap ada sambal belacan, ulam segala ni..” Julia memeriksa bekalan yang di berikan Ami itu.

“Sayangnya dia dekat kau Julia..” Mata Munirah dengan mata yang terpejam-pejam.

Julia mencebikkan bibirnya.”Ala Mun budak lagi Mun... aku layankan aje lah... lagipun dia baik dengan aku. Apa salahnya aku layan dia baik-baik kan? Asyik kena sepak. Tak pun ketuk kepala. Kesian dia..”

“Yelah.. jangan satu hari nanti kau sukakan dia sudahlah Julia..” Perli Munirah.

Julia ketawa besar.”Takkanlah weh. 7 tahun kot. Dia baru 17 tahun. Entah masuk 17 ke belum lagi aku tak pasti. Aku ni dah nak masuk 24 tahun bulan depan Mun. Tak ke jauh sangat jurang kami tu..”

“Julia kau tengok Che ta dengan Zain tu. Cinta tak ada sebab Julia. Kau jangan nak cakap besar tau Julia. Jangan nanti suatu hari, kau tak boleh kalau tak tengok wajah dia sudahlah...”

“Hisy! Kau jangan cakap macam tu Mun. Kata-kata tu satu doa tau!”

Munirah ketawa sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.”Tahu takut..”

“Kau nak makan ke tidak ni? Kalau nak jom la kita makan sekali..”

“Eh... tak payahlah Julia. Aku dah makan nasi goreng tadi. Mak aku masak..”

Julia tersentak. Wah bertuahnya Munirah. Sayang sekali dia tidak pernah kenal siapa ibu dan ayahnya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh hidup di muka bumi ini selain dari kuasa Allah.

Munirah perasan riak wajah Julia yang berubah secara mendadak itu. Dia sentuh bahu Julia.”Maaf Julia...” ucapnya serba salah.

Julia pandang Munirah. Kemudian dia tersenyum tawar.”Nanti kau tapaukan nasi goreng mak kau untuk aku ya?”

Munirah ketap bibir. Sungguh dia rasa sedih sangat. Tak sangka dia boleh ada kawan setabah Julia. Lantas dia anggukkan kepalanya laju.”Esok ya?”

Julia tersenyum. Dia cepat-cepat membukan bekalan makanan yang di berikan Ami itu. Ya tuhan bagaimana Ami boleh tahu yang dia memang suka ikan kerisi masak kicap? Ami... budak tu.. dia rasa mahu menangis saja saat mengenangkan kebaikan Ami.

“Oh ya Julia. Macam mana dengan uji bakat tu?” Tanya Munirah yang tiba-tiba teringatkan Julia ada pergi uji bakat sebagai model di sebuah agensi modeling bulan lalu.

“Owh... masih belum ada jawapan la Mun. Aku tak berharap sangat pun. Tapi aku nak sangat jadi model. At least walaupun aku tak boleh berjaya dalam pelajaran, aku nak juga berjaya dalam hidup aku...”

Munirah angguk kepala.”Kau boleh Julia. Aku yakin dengan bakat kau. Kau cantik walaupun tak cukup tinggi. Bagi aku kau cukup semuanya untuk melayakkan diri kau jadi model Julia..”

“Ikutkan 170 untuk orang asia dah tinggi la tu Mun..”

“Kalau kau nak ke peringkat antarabangsa kau kena tinggi sikit lagi..”
“Wah hebat kau!”

Munirah ketawa kecil.”Sikitlah hebatnya..”

Julia turut tertawa.”Aku harap aku di terima bekerja untuk agensi modelling tu Mun. Mana tahu aku boleh pergi jauh dalam bidang tu nanti kan?”

“Kayalah kawan aku nanti. Jangan lupakan aku tau Julia..” Munirah berseloroh.

“Jomlah join aku Mun. Kau pun boleh tahan juga pakej ni.. jangan sia-siakan..”

Munirah geleng kepala laju.”Bising mak aku nanti.. tengoklah dulu macam mana Julia. Lepas kau dah berjaya nanti mana tahu kau boleh adjust untuk aku pula kan?”

“Beresss!!!” Julia menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya.

“Dah. Kau makanlah. Aku nak pergi kerja ni. Nanti aku cakap dengan Encik Tajul ya. Kau jangan risau. Rehat betul-betul..”

“Yelah. Thanks sebab kau susah-susah datang sini Munirah..” Tangan Munirah di genggam erat oleh Julia.

“Alah Julia sehala je pun nak ke tempat kerja kan?! Lagipun kaulah sahabat aku. Mana aku ada kawan sebaik kau Julia..” Kepala Julia di usap lembut.

Julia tersenyum saja. Terharu kerana Munirah anggap dia sahabat baik. Bertuah rasa hidupnya di kelilingi oleh orang baik-baik seperi Munirah dan Ami. Ami? Tiba-tiba Ami termasuk dalam list. Julia senyum sendiri. Lambat pula rasanya waktu berjalan.

Julia terjaga dari tidur saat terdengar pintu rumahnya di ketuk dari luar. Dia menggeliat kecil. Jam di tepi katil di lihat sekilas. Tak semena-mena bibir mengukir senyuman. Waktu itu pasti Ami sudah pulang dari sekolah. Dia gagahi diri untuk bangun. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Kakinya masih sakit dan berdenyut-denyut.

“Hei budak.. kau ni kalau tak kacau aku... memang..... saat pintu terbuka bibirnya terus terhenti dari berkata-kata.

Ezril senyum segaris. Dia ingin menapak masuk tapi di halang Julia.”Jangan masuk. Tak manis...” Katanya tegas.

Ezril berhenti dari melangkah. Dia undur setapak ke belakang.”Kenapa you masih nak duduk dalam rumah macam ni Julia?”

Julia ketap bibir geram. Dia berpeluk tubuh dan bersandar ke dinding. Wajah Ezril di pandang tajam. Salam tak bagi, datang tak berjemput tiba-tiba mahu berkata begitu. Ada yang kena cili kejap lagi ni kang...’ Hati kecil Julia berkata geram.

“Dari kena simpan dengan awak, jadi pemuas nafsu awak. Baik saya duduk dalam rumah kecil macam ni. Tak perlu nak tanggung dosa pun..” Bidas Julia kasar.

Ezril ketawa kecil.”Come on Julia. Kenapa sensetif sangat ni? Jom keluar..”

“Awak buta ke apa? Nampak ni?” Julia mengangkat kakinya yang berbalut itu supaya mata Ezril nampak dengan jelas.

Ezril terkejut melihatnya.”Kenapa ni sayang? You ok tak? Kenapa you masih ada di rumah? Kenapa tak warded?”

Julia mencebik.”Sikit je.. esok lusa ok lah ni..” Balas Julia selamba.
“You ada duit tak? Kalau tak ada i bagi you duit ok?” Ezril segera menyeluk dompetnya di poket belakang seluar. Kemudian dia segera mengeluarkan beberapa keping not RM 50 dari dompetnya lalu di hulurkan kepada Julia.

Julia pandang kepingan duit itu tajam. Ya.. ikutkan memang dia mahu ambil saja. Sebab sewa rumah masih belum di jelaskan. Tapi dia masih ada maruah. Dia tak mahu terhutang budi dengan Ezril. Nanti entah apa yang tergadai. Tak.. dia tak mahu begitu.

“Awak sedekah je duit awak tu kepada yang lebih memerlukan..” Julia berkata dingin. Benci dengan sikap Ezril itu.

Ezril mengeluh perlahan. Kenapa Julia boleh jadi keras kepala begini? Kalaulah tidak kerana Ismi datang menyerang pasti kini sedang berbahagia dengan Julia. Dia ingat Julia tidak kisah dengan status dirinya. Tapi dia silap. Nampaknya Julia sangat berpegang pada prinsip.

“Dah la pergi balik Ezril. Berapa kali saya nak cakap dengan awak jangan ganggu saya lagi. Awak boleh cari perempuan yang mahukan duit awak Ezril. Awak boleh beli perempuan lain dengan kekayaan awak. Tapi bukan saya Ezril. Saya memang susah. Nak makan pun susah. Tapi saya tak sanggup nak gadaikan maruah saya semata-mata kerana kesusahan saya ni..” Ujar Julia lagi. Dia mohon pengertian Ezril.

“Sebab tu i sayangkan you Julia. You tak sama macam perempuan lain. Mana i nak cari perempuan macam you dalam dunia seperti sekarang ni?” Ezril capai tangan Julia lalu di genggam erat.

Julia mengetap bibir. Biarpun mereka kini sudah putus. Tapi sedikit sebanyak Julia masih ada rasa sayang pada Ezril. Dia lelaki sempurna. Wajah terdesak Ezril di pandang lama. Dia yakin dia mampu lupakan senyuman manis Ezril yang pernah menjentik hati perempuannya.
“Ismi lebih memerlukan awak Ezril. Baliklah pada dia. Beri peluang kepada dia ya?”

Ezril geleng kepala laju.”I cuma cintakan you...”

“Dah la tu Ezril. Baliklah tak manis orang tengok. Awak tu orang terkenal. Siapa tak kenal awak Ezril... saya tak mahu reputasi awak terjejas hanya kerana gosip murahan begini..”

Tak tahukah Julia, dia sanggup kehilangan Ismi jika Julia sudi menerimanya. Biarlah seluruh keluarga menentang, dia akan pertahankan cintanya yang satu ini. Tapi Julia seakan sudah nekad. Dia dapat rasakan bukan mudah untuk Julia kembali kepadanya lagi.

“Julia. Awak nekad ke Julia?” Ezril bertanya sekali lagi.

Julia angguk kepala laju.

“Ini yang terbaik Ezril..”
“You tak mahu beri peluang pada kita?”

Julia geleng tanpa berfikir lagi. Apa pun yang Ezril katakan jawapan tetap sama.

“Maafkan saya Ezril...” Julia kesat air mata yang tiba-tiba mengalir.

Ezril ketap bibir. Sayu. Perlahan-lahan dia lepaskan tangan Julia.”Jaga diri Julia. Jangan skip makan nanti you gastrik..”

Julia teresak-esak.”Terima kasih... Ezril...”

Ezril senyum segaris. Untuk sekian kalinya tangannya naik menyentuh pipi gebu Julia. Air mata itu di seka dengan jarinya.”I sentiasa beri you peluang Julia. Bila- bila you perlukan i... datang saja kepada i ya?”

Julia diam dan terus menangis.

“I pergi dulu...”

“Selamat tinggal Ezril..”

Ezril tersenyum pahit. Ikutkan hati mahu saja dia rangkul tubuh Julia sebagai tanda perpisahan. Perlahan-lahan dia berpusing dan terus melangkah turun.

Julia melihat saja Ezril berlalu. Dia tahu, Ezril sudah berputus harap. Ya... itulah yang dia harapkan. Biarlah Ezril pergi.... dia akan pujuk hatinya sendiri. Tak mudah untuk buang Ezril dari hatinya. Walaupun cuma beberapa bulan, tapi banyak kenangan yang mereka cipta. Biarlah ia berlalu. Dia tidak mahu kenang lagi.

“Kak Julia...” Panggil satu suara dari bawah.

Julia melihat ke arah itu. Dia nampak Ami tersenyum sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

Julia kaku dengan senyuman itu. Bayangan Ezril berlalu seperti angin saat ternampak senyuman Ami. Ya... Ami sentiasa hadir di saat dia memerlukan. Kalaulah Ami lahir lebih awal.. ah... mana mungkin takdir illahi bisa di ubah.
Julia tersenyum ke arah Ami. Ami... sini Ami... aku perlukan bahu kau... tolong Ami....jerit hati kecilnya.






No comments: