Wednesday, January 7, 2015

Oh Mr. Ami Bab 2



Bab 2
Ami lihat plastik yang berisi kuih pau di tangannya. Dia tersenyum sendiri. Julia pujaan hatinya itu memang sukakan kuih pau Kak Milah yang gebu itu.

“Senyum... senyum ni kenapa?” Tanya Kak Milah sambil menghulurkan duit baki kepada Ami.

Ami tersentak. Dia tersipu-sipu malu.

“Berangankan Julia la tu..!”

“Binggo!!!! Pandai kak Milah teka kan?” Ami kenyit mata sambil menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya.

“Dah 2 tahun kau meroyankan si Julia tu Ami. Sapalah yang tak tahu kan?”

“Ala kak Milah... apa kejam sangat guna perkataan meroyan tu?”

“Habis? Hari tu Kak Milah cakap kau tergila-gila kan si Julia tu, kau marah jugak..”

Ami ketawa mengekek.”yelah.. Yelah Kak Milah.. meroyan ke, gila ke... tapi sampai sekarang Julia tak balas cinta saya kak...” Ami buat muka sedih.

“Dia anggap kau adik je Ami. Sedarlah sikit...” Kak Milah berkata selamba.

Ami pegang dada. Sakit sungguh kata-kata Kak Milah itu. Tajamnya menikam-nikam jantungnya.

Kak Milah kaget.”Eh kenapa ni Ami?” Soalnya kalut.

“Aduhhh!! Sakit hati saya bila Kak Milah cakap macam tu...” Ami mencebikkan bibirnya.

Kak Milah tampar bahu Ami.”Kau ni. Akak ingat kau betul-betul sakit!” Marahnya geram. Terkejut juga. Mana tahu Ami memang betul-betul sakit.

Ami ketawa berdekah-dekah. Saja menyakat Kak Milah.”Tahu takut...”

“Kau tu anak tuan rumah Kak Milah... manalah tahu kau sakit sebab tak boleh terima kata-kata Kak Milah. Ha.. mau kak Milah kena halau dengan mama kau tu..”

Ami mencebikkan bibirnya.”Kak Milah tak sayang saya eh?”

“Sayang Ami... sayang sangat. Kak Milah ni kenal kau dari kau kecil lagi. Masa tu kau masih hisap puting lagi tau..” Kak Milah kenyit mata nakal.

Ami ketap bibir.”Syuhhhhh... kak, ala... jangan bagitau Julia tau? Malu kejung saya kak..”
Giliran Kak Milah pula ketawa bagai nak rak.”Tahupun takut...”

“Itulah rahsia paling memalukan di abad ini kak. Memang tak tahu nak letak mana muka saya yang cute ni dekat mana..”

Kak Milah ketawa lagi. Lawak betul Ami. Ada je perangai nakal dia yang mampu buat dia ketawa.

“Ingat tau Kak Milah..”

“Ye... akak tahu..” Kak Milah menggelengkan kepalanya dengan ketawa yang masih bersisa.

Dia mengelap matanya yang berair itu dengan hujung lengan bajunya.

“Terima kasih tau pau ni kak..” Ucap Ami sambil mengangkat plastik itu.

“Sama-sama. Akak jual..”

“Saya beli..” Balas Ami.

“Hati-hati jalan tu..” Pesan Kak Milah.

“Orait!!” Ami kenyit mata nakal.

Kak Milah geleng kepala perlahan. Anak tuan rumah sewanya itu memang ramah mesra. Satu kawasan perumahan ini kenal dengan Ami. Tapi mama Ami Puan Azura agak garang orangnya. Tak seperti Ami yang periang dan peramah.


Ami duduk kembali di atas tangga itu. Satu-satunya tangga utama untuk naik ke rumah sewa Julia. Dia lihat jam di tangan yang sudah menjengah ke angka 10.30 malam. Sudah panas punggungnya menanti di situ. Rasanya sudah lebih sejam dia di situ seakan menanti bulan dan bintang jatuh ke riba. Kalau jatuh boleh juga dia persembahkan kepada Julia. Mungkin waktu itu Julia akan menerima cintanya. Sempat pula dia berangan.

Selalunya minah ni dia balik jam 9.30 malam. Habis-habis paling lewat pun 10.00 malam. Mana dia ni? Ami di serbu rasa bimbang. Walaupun dia tahu Julia sudah cukup dewasa tapi Julia masih tetap insan yang lemah. Kalau apa-apa jadi pada dia? Macam mana dengan dirinya? Tak... tak... dia tak boleh hidup tanpa Julia.

Ami segera naik ke tingkat atas. Dia menyangkut plastik berisi kuih pau itu di tombol pintu . Selepas itu cepat-cepat dia berlari turun ke bawah. Dia takut sangat jika sesuatu menimpa Julia. Tak.. tak dia tak sanggup membayangkan yang bukan-bukan. Julia tunggu abang datang sayang..... Jerit hati lelakinya.

Julia berpaut pada tiang eletrik. Sungguh dia rasa sudah tidak mampu berdiri lagi. Sakitnya mencengkam hingga ke tulang. Dia terpelecok sewaktu turun dari bas tadi. Mujur juga tak di lenyeknya dia dengan bas rapid tadi. Ngeri sungguh. Inilah bahana ringan sangat kakinya menyepak Ami siang tadi. Tak pasal-pasal dapat balasan. Padan muka!! Dia memarahi dirinya sendiri.


“Kak Julia...” Jerit satu suara sangat mengejutkan Julia.

“Ya Allah... kau dengar keluhan aku.... amin..” Julia meraup wajahnya. Sungguh dia tidak peduli lagi siapa yang membantunya. Janji ada yang membantu.

Rasa tak cukup tanah Ami berlari mendapatkan Julia yang duduk di tepi jalan itu. Memang tepat firasatnya. Jantungnya bagai mahu tercabut melihat Julia duduk di situ sambil mengerang kesakitan.

“Kenapa ni?” Cemas Ami melihat keadaan Julia. Dia duduk mencangkung di hadapan Julia. Kalut dia memeriksa tangan dan wajah Julia. Mana tahu ada luka, ada lebam ke. Risau sungguh!

Julia menyeringai kesakitan. “Aku jatuh tadi..”

“Jatuh? Dekat mana?” Tanya Ami panik.

Julia mengetap bibir.”Nun... dekat sana..” Dia menunjukkan di mana dia terpelecok tadi.

Ami memandang ke arah itu.

“Kenapa clumsy sangat? Ni sakit dekat mana?”

“Kakilah... takkan sakit dekat hati pulak...” Jawab Julia geram.

Pantas Ami melihat kaki Julia yang bersarung kasut itu. Kasut itulah yang di gunakan untuk menyepak ketingnya tadi siang. Sakitnya masih terasa. Tapi dia tak simpan dalam hati.

Berhati-hati Ami menanggalkan kasut di kaki Julia.

“Perlahanlah sikit Ami..”

“Oppsss... sorry Julia..eh Kak Julia..” Ami tersasul. Dia tahu Julia memang pantang dia memanggil dengan namanya saja. Memang benjol dahinya nanti.

“Ni kena pergi klinik ni..” Dia lihat kaki Julia yang masih belum nampak bengkak. Tapi dia tahu pasti akan membengkak jika tidak di rawat.

“Klinik?” Dahi Julia berkerut. Dia mengetap bibir. Sakit sungguh.

Ami angguk kepala. Dia melihat peluh yang merenik di dahi Julia. Tanpa menunggu lagi dia segera mengesat peluh itu dengan tapak tangannya.

Julia terpana. Bibirnya sedikit terbuka.

Ami senyum segaris.”Maaf..” Dia segera menanggalkan sebelah lagi kasut di kaki Julia.
Julia melihat saja perbuatan Ami itu. Habis dah kalau tanggal dua-dua kasut takkanlah pula dia mahu berkaki ayam? Dia lihat Ami menyangkut kasutnya di lehernya.

Ami segera memusingkan tubuhnya.

Julia masih tidak faham.

“Saya dokong. Kita pergi klinik Amar. Dekat depan tu je..”

“Eh tak mahulah aku!” Julia menolak Ami.

Ami tersungkur ke depan.

Julia ketap bibir. Kuat sangat ke dia tolak? Rasa bersalah pula. Kang tak pasal tangan pula tergeliat.

Ami menoleh ke belakang.”Naik je la Kak Julia. Kalau saya nak pimpin kak Julia nanti bertambah teruk sakit tu..”

Julia mengeluh perlahan. Dia memang tak mampu nak berjalan pun sebenarnya.”Tak boleh ke kau panggil abang Halim? Kita naik teksi dia”

Ami mengeluh perlahan.”Dah malam pun Kak Julia. Tak baik ganggu dia..”

“Ya tak ya juga eh. Oklah..oklah...” Julia akhirnya terpaksa juga bersetuju. Apakah pilihan yang dia ada. Takkan pula mahu mengesot.Dah jadi macam suster ngesot pula nanti. Mahu esok pagi baru sampai di klinik.

Ami berjalan perlahan dengan membawa beban di belakang badannya. Sungguh dia langsung tidak rasa terbeban. Bahkan dia rasa sangat bahagia bila Julia begitu dekat dengannya.

“Kau ni jalan macam siput Ami..” Marah Julia di belakang.

Ami senyum sendiri. Tidakkah Julia tahu betapa dia bahagia sekarang? Bunga di hatinya sudah kembang setaman.

Rambut Julia terjuntai mengenai pipinya. Wangi sungguh. Julia pakai shampoo apa agaknya ya? Tak tahu nak cakap macam mana lagi betapa dia rasa mahu hentikan waktu saat itu juga.

“Hoi!!”
Julia sekeh kepala Ami.

“Aduh!!”

“Ambik kau! Dah sedar dari berangan?”

“Amboi sekeh kepala kita..”

“Kau dengar tak aku cakap apa?”

“Dengar... jalan macam siput..” Jawab Ami sambil tersengih. Bukan Julia nampak pun dia sedang tersengih begitu.

“Tahu pun..”
"Siput mana ada berjalan kak Julia. Siput kan mengesot.."
"Eh.. kau ni nak loyar buruk pulak dengan aku..!"
"Sakit sakit pun nak marah orang lagi.."
Julia terdiam. Seperti tersentak dengan kata-kata Ami. Orang dah tolong tapi mulut masih nak membebel. Tak ada hati perutkah dia? Ami juga manusia.

“Aku naik malu orang tengok kita macam ni. Nanti jadi gosip!!”

Ami mencebikkan bibirnya.”Ala mereka tak peduli pun Kak Julia. Kita ni bukan artis pun mereka nak sibuk bergosip..”

“Amboi. Kalau sampai ke telinga mama kau yang macam singa bunting tu macam mana?”

“Amboi mengata mama kita nampak..” Langkah Ami terhenti.

“Ala memang betul. Mama kau kan garang...”

“Kalau ya pun, janganlah samakan mama kita dengan singa. Singa tu kan binatang..”
Julia mencebikkan bibirnya. Dasar anak mak betul! Gumamnya di dalam hati.

“Yelah..maaf. Aku umpamakan perangai mama kau tu garang macam singa je. Bukan dia macam singa. Singa jalan merangkak pakai 4 kaki. Mama kau jalan pakai dua kaki je. Kan tak sama tu..” Kata Julia yang sebenarnya sudah rasa bersalah kerana terlepas kata.

Ami kembali melangkah. Dia sembunyi senyum.

“Dasar anak mak..” Julia membebel perlahan. Tapi dia terlupa dia berada dekat dengan telinga Ami.

“Ha.. mengata lagi..” Sergah Ami.

Julia terkejut.”Tak... mana ada....” Pantas dia menutup mulutnya. Tak pasal-pasal Ami humbannya nanti. Tambah satu lagi penyakit. Sudahlah dia sebatang kara di dunia ini. Siapalah yang mahu ambil peduli tentangnya nanti.

Ami ketawa dalam diam. Memang dia akui mamanya agak garang bila dengan penyewa. Bukan apa, kata mama tak boleh beri muka sangat. Nanti penyewa sewenang-wenangnya liat nak bayar sewa rumah. Kata mama bukan senang mahu menjaga rumah sewa mereka yang lebih dari 50 biji itu.


No comments: