Menangis tak semestinya aku tak redha... aku menangis sebab aku punya hati dan perasaan. Ada rasa sedih dan sesekali ada rasa seperti aku tak mampu nak terima semua ni. Tapi, alhamdulillah.... keberkatan meninggal dekat Madinah banyak menyembuhkan luka dekat hati ni.
Sebenarnya masih terlalu banyak yang nak aku ceritakan dekat sini. Mengapa dan bagaimana arwah meninggal. Allah tu tak kejam. Semua yang berlaku bersebab! Cuma emak yang bertuah kerana dapat bersama-sama arwah di saat-saat akhir. InsyaAllah jika berkesempatan aku akan coretkan perjalanan arwah ke sana nanti. Aku juga bercita-cita mahu meninggal di tanah suci Insya Allah..... Lagi-lagi madinah... Tanah yang penuh kemuliaan dan syafaat.
Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah). Hadis riwayat Muslim.
Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW (Madinah). Hadis riwayat Bukhari.
Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.
"Ya Allah nikmat mana yang mampu ku dustakan jika jasad ini mampu bersemadi di sana..."insha Allah.....
