Showing posts with label oh! Mr Ami. Show all posts
Showing posts with label oh! Mr Ami. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Mr.Ami Bab 7

Bab 7

Julia tersenyum saat ternampak Ami melambaikan tangan ke arahnya. Dia segera melangkah ke arah Ami yang duduk di atas motor skuter berwarna putih itu. Cepat-cepat dia pamer wajah seriusnya.

“Amboi tadi bukan main tersengih sampai ke telinga. Sekarang nak tunjuk muka serius dia pulak..” Tegur Ami sambil menghulurkan topi kaledar kepada Julia.

Julia mencebik lantas segera memakai topi kaledar itu ke kepalanya.
“Kau tak ada kelas tambahan ke?”

Ami menggelengkan kepalanya laju. Dia membantu memperkemaskan tali pada topi kaledar Julia.

Julia mengeluh berat.”Tak lama sangat dah kau nak exam Ami..”

Ami angguk kepala laju.”Tahu..” Dia buat muka selambanya. Julia risau dia tahu tu.

“Habis, kalau dah tahu kenapa kau asyik je nak ikut bontot aku?”

Ami ketawa sambil menutup mulutnya.”Bahaya betul mulut dia ni..”

“Yelah... kalau tak cakap macam tu, kau macam tak sedar-sedar kan? Masih nak berkhayal. Esok kalau kau gagal, jangan nak salahkan aku pulak..”

“InsyaAllah saya tak akan gagal Kak Julia...” Kata Ami yakin.

Julia mencebik geram. Belagak betul bila bercakap.”Dah jom pergi makan. Aku belanja kau. Yelah kau kan masih belajar. Duit pun mak bapak yang bagi..” Julia perli baik punya.

Ami senyum sambil menganggukkan kepalanya. Tidakkan Julia tahu, yang dia dah lama ada pendapatan sendiri? Dia di berikan kerja sambilan oleh mamanya untuk menjaga rumah-rumah sewa mereka. Tak apalah jika Julia beranggapan begitu. Dia tidak kisah pun.

Ami dan Julia masuk ke dalam Restauran Pizza santino`s. Hari ini tekak Julia terasa mahu makan pizza. Bosan juga hari-hari makan kuih pau Kak Milah. Teringatkan pau Kak Milah dia senyum sendiri. Di situlah tempat pertama mereka bertemu. Julia masih ingat pandangan mata Ami yang tidak lepas dari merenung ke arahnya waktu itu. Walhal pada waktu yang sama hatinya juga tersentak melihat Ami. Comel sungguh. Lagi-lagi bila dia tersenyum. Terus matanya jadi sepet seperti orang korea.

Ami tersenyum saja ke arah Julia yang duduk bertentangan dengannya itu. Entahlah kenapa. Wajah Julia bisa itumenghilangkan penatnya setelah semalam dia mentelaah pelajaran. Hebat sungguh penangan cintanya pada wanita itu.

Julia perasan Ami asyik saja merenung ke arahnya. Tapi dia sudah terbiasa dengan pandangan itu. Jadi, dia tidak kisah pun. Bukan apa, puas sudah dia menegah Ami dari merenungnya. Sudahnya dia sakit hati sendiri. Ada baiknya dia tidak ambil peduli.

“Macam mana dengan pelajaran kau Ami?” Soal Julia langsung merentap emosi Ami yang baru mahu melayan perasaan berbunganya itu.

Ami mengusap belakang tengkuknya.”Hurm... ok je . Kenapa?”

“Aku bukan apa Ami. Aku tak nak tengok kau menyesal nanti. Orang lain elok je boleh masuk Universiti tapi kau pulak terkandas nanti..”

“Hisy! Janganlah cakap macam tu Kak Julia..”

“Habis kau ni nampak sangat tak peduli tentang pelajaran kau Ami..” Julia medengus lemah.

Ami tahu Julia memang menganggapnya begitu. Dia tidak salahkan Julia. Tapi tidakkah Julia tahu yang dia memang serius untuk berjaya dalam SPM nanti?“Saya study smart kak Julia..” Balasnya selamba.

Julia mencebik geram. Ada saja jawapannya.”Kau ni, kalau aku nasihatkan kau dengar lah sikit Ami..”

Ami angguk kepala laju. Julia dah mula membebel. Tapi tak apa. Dia rela, asalkan orang itu Julia. Rasa indah saja apa yang di keluar dari bibir Julia.”Ye saya dengar..”

“Macam mana kalau kau gagal capai target cikgu-cikgu kau yang letak harapan tinggi pada kau tu?”

“InsyaAllah Kak Julia harapan tu saya tak akan biarkan ia jadi harapan tinggal harapan. Saya akan jadikan harapan itu sebagai satu realiti nanti..”

Julia pandang wajah Ami yang nampak tidak serius itu. Ah budak itu, bila masa dia serius? Asyik saja dengan perangai gila-gilanya itu.

“Ami kau tahu tak sebab apa aku kerja dekat cafe tu sebagai pelayan?”

Ami angguk kepala tanda dia tahu.” Dah tentu nak cari duit kan?”

“Ye memang itu salah satu sebab Ami. Tapi salah satu sebabnya ialah aku tak berkelayakan nak cari kerja yang bagus Ami. Sebab tu aku cakap kau bertuah Ami. Keluarga kau senang. Jadi, kau tak boleh bersikap sambil lewa saja..”

Ami menarik nafas panjang kemudian di lepaskan perlahan-lahan. Dia tahu Julia risaukan dirinya.

“Aku nak kau masuk Universiti lepas tu cari kerja yang bagus-bagus dan kau kena hidup bahagia Ami. Jangan hidup macam aku ni. Sudahlah sendiri..” Julia mengeluh perlahan.

Ami sedikit tersentak dengan kata-kata Julia. Sedih hati bila Julia merasakan hidupnya sendiri. Apa guna dia ada di sisi Julia selama ini? Tidakkah Julia nampak yang dia sangat berusaha untuk ada di sisinya?” Siapa cakap Kak Julia sendiri?”

“Habis kau nampak ada orang lain dalam rumah aku tu selain aku?” Bidas Julia sedikit kasar.

“Saya kan ada Kak Julia..”

Julia menelan air liur. Hatinya sedikit tersentuh mendengar kata Ami itu.”Ami... kau masih muda Ami. Terlalu awal untuk kau cakap soal hati dan perasaan dengan aku...”

“Habis usia muda macam saya tak ada hati dan perasaan?”

Julia pegang dahi. Kalau bercakap dengan Ami soal ini boleh buat kepalanya migrain. Entah untuk kali ke berapa dia mahu ingatkan Ami bahawa perasaan Ami terhadapnya itu cuma satu perasaan yang tidak serius.

“Hari ini kau boleh cakap cuma aku yang kau sayang. Kononlah kan.. kau cintakan aku sampai mati. Itu memang ayat budak-budak Ami. Aku pun pernah lalui usia macam kau. Aku tahu sangat perasan teruja kau tu macam mana..”

“Perasaan saya lain kak Julia. Saya serius..” Tekan Ami bersungguh.
“Budak sebaya kau ni lebih suka bertindak ikut perasaan Ami. Aku faham sangat..”

Ami mengeluh kasar.”Habis nak buktikan macam mana lagi?”

Pelayan tiba dengan makanan  yang di pesan. Ami dan Julia senyap seketika. Ami pandang wajah serius Julia. Adakah sebab ini Julia mengajaknya ke sini? Mahu menyedarkan tentang perasaan cintanya itu adalah dongeng belaka? Julia... Ami mengeluh perlahan.
Julia menolak pinggan yang sudah di letakkan pizza dan sos di hadapan Ami. Dia perasan riak wajah Ami yang berubah kelat itu.”Ami...” Lembut saja Julia memanggil.

“Hurm...” Ami sahut perlahan. Dia tidak pandang Julia sebaliknya dia cuma menundukkan saja wajahnya.

Julia mahu ketawa melihat Ami. Merajukkan dia? Aduhai.. manjanya..”Ami... kau merajuk ke?” Dia tundukkan sedikit kepalanya mencari anak mata Ami.”Hey...” Dia ketawa kecil. Ami memang seorang budak yang manja.

“Apa...” Suara Ami sedikit meninggi. Dia segera mencapai pisau dan garfu lalu memotong pizza itu kepada cebisan kecil tanpa menunggu walau sesaat terus di masukkan ke dalam mulutnya. Di kunyah pizza tu laju. Geram dengan Julia, pizza jadi mangsa.

Julia ketawa sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.”Kau ni macam-macam betul perangai tu Ami..” Keluhnya perlahan.

Ami buat tidak peduli. Dia terus makan dan makan sampai tak sedar pizza itu sudah masuk kepingan yang ke dua.

Julia senyum saja melihat keletah Ami.’Manjanya dia... macam ni nak jadi boyfriend aku? Alamatnya 24 jam je la aku nak memujuk dia...’

“Makanlah... tersengih-sengih tu kenapa?” Tegur Ami.

Julia tersentak. Alamak... mujurlah... Ami tak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya sekarang. Ya... dia sedang memikirkan Ami tadi. Gilalah...
Ami jeling Julia tajam.

Julia perasan Ami menjelingnya.”Amboi sampai nak juling kau jeling aku Ami..”
“Merajuk ni...”
“Ee.. boleh jalan dengan merajuk kau tu. Kau ingat kau boyrfiend aku ke nak pujuk-pujuk?”

“Dengan boyfriend je ke boleh pujuk?”
“Dah tentu lah...”

Ami mencebik.”Kita cakap perasaan kita ni serius dia tak nak percaya..”
“Dah la tu Ami... aku penatlah nak layan jiwa kau..”
“Habis bila tak penat?”

“Ami...” Julia panggil nama Ami kuat. Geram sungguh!

Ami sengih.”Beri la peluang Kak Julia... please..” Dia buat muka kesian.

“Ami...” Julia beri amaran keras.

Ami angkat tangan kanannya.”Ok...ok...” Dia mengalah.

“Lepas kau exam kita bincang..” Alamak! Dia terlepas cakap. Julia tutup mulut dengan tangan.

Ami tergamam.”Se... serius?”

Julia tidak tahu memberikan reaksi apa. Sudah terlajak kata. Kalau terlajak motor boleh juga undur. Aduhai.. sudahnya dia angguk saja kepalanya laju.

Ami punya sengih sampai nak terkoyak mulut. Punyalah gembira. Seakan dia baru di berikan suntikan semangat.

“Tapi dengan syarat... kau mesti straight A semua. B+ ke aku tak nak. Faham?”

“Alah... kacang je kak Julia...”
“Kau ni yakin sangat Ami...”
“Mestilah kena yakin. Kak Julia jangan risau. Sejak dari awal lagi, saya dah cakap yang saya tak akan gagal dalam SPM nanti. InsyaAllah....”

Julia senyum segaris.
Ami ketap bibir. Cair sekejap hatinya melihat senyuman Julia. Dia rakam kemas-kemas dalam hati. Malam nanti boleh mimpikan senyuman itu.”Oh ya... nanti dua minggu kita tak boleh jumpa..”
Kunyahan Julia terhenti. 2 minggu? Lamanya...”Hurm...”
Ami senyum kecil. Dia nampak riak wajah Julia yang terkejut itu.
Julia pegang pisau dan garfu yang itu kuat-kuat. Takut terlepas saja sebab terkejut.

“Saya ada perkhemahan..”
“Perkhemahan?”
“Tak tahu perkhemahan tu apa?”
“Hello aku pun pergi sekolah ok..”
“Habis macam tak pernah dengar perkataan tu je..”
“Dekat mana?”
“Dekat janda baik punya..” Ami berseloroh sambil ketawa.
“Jauhnya...”

Ami angguk kepala laju. Dia pun rasa malas sangat nak ikut perkhemahan akhir itu. Tapi nama dia sudah di daftarkan oleh pihak sekolah untuk ikut serta. Mahu atau tidak dia terpaksa pergi. Setiap sekolah di seluruh negara, cuma 5 orang saja yang terpilih.
“Hurmm... lepas balik dari camp tu nanti aku berharap sangat kau akan serius untuk exam kau”

“Serius tak serius saya tetap macam ni Kak Julia. Tak ada apa-apa yang berubah pun. Hurmmm... nanti dua minggu saya tak ada Kak Julia jaga diri ya? Jaga makan... jangan skip makan nanti migrain. Siapa yang susah?”

Julia dia saja mendengar nasihat-nasihat Ami itu. Hatinya rasa semacam saja. Sedihkah dia untuk 2 minggu akan datang? Ya Allah.. kenapa dengan aku ni... Julia rasa resah.

“Kau pun sama. Jangan nak main-main lagi.. ingat tu..”

Ami angguk kepala laju.”Keringlah saya rindukan Kak Julia..”

Julia senyum saja.”Kalau rindu... sebut nama aku dua kali..”

“Eh?” Ami agak terkejut dengan sikap Julia itu. Tapi dia diamkan saja.
“Kalau sebut dua kali kenapa? Kak Julia muncul depan mata saya ke?”
Julia geleng laju.

“Habis.?”
“Confirm kau akan terlelap waktu tu..” Julia ketawa mengekek.

“Tak lama la Ami. Pejam celik pejam celik dah cukup dua minggu..”

Ami senyum mendengar kata-kata Julia. Sungguh dia rasa semacam saja. Sikap Julia sedikit berubah. Adakah Julia akan merasakan apa yang dia rasa pada waktu itu? Kalau Julia benar-benar rindukannya bagaimana pula untuk 6 tahun nanti? Mampukah Julia menantinya?

Masing-masing diam. Melayani perasaan sendiri. Julia pandang saja Ami yang nampak seperti mengelamun jauh. Entah apa yang dia fikirkan. Aduhai hati... jangan kau kata yang kau sukakan dia sudahlah... parah Julia.. parah... Julia tarik nafas laju kemudian di lepaskan perlahan-lahan.

Julia menyerahkan helmet berwarna pink itu kepada Ami.”Terima kasih sebab jemput aku..”

“Sama-sama kasih.” Balas Ami sambil tersenyum.

Julia seakan terpana dengan senyuman itu. Ami nampak manis sekali dengan senyuman yang di hiasi lesung pipi di pipi itu. Julia cubit pipi Ami.

“Auccchhhh.” Ami menjerit. Dia pegang tangan Julia yang nakal mencubit pipinya itu.
Julia pula sudah ketawa besar sambil menarik tangannya dari genggaman Ami.
Ami pegang tangan Julia kuat.

Julia berhenti ketawa.”Lepaslah..” Dia menarik tangannya. Berlakulah acara tarik menarik di situ.

Cup!!! Ami mengucup tangan Julia.
Julia ketap bibir geram.”Hoi..”

Ami ketawa besar.”Dah pergi naik... dah lewat ni..” Dia tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya.
Julia angkat tangan mahu mengetuk kepala Ami. Tapi kepala Ami di lindungi helmet.”Eee budak ni..”

“Selamat malam sayang..” Ucap Ami.

“Kau ni Ami..” Tanpa menunggu lagi pipi Ami menjadi sasarannya.

“Aww... aw....” Ami menjerit kuat. Sakit sungguh pipinya.

Julia menjelirkan lidahnya.”Padan muka kau. Dah pergi balik..” Dia menarik cover helmet itu lantas menutupi wajah Ami. Dan tanpa menuggu lagi dia segera melangkah pergi.

“Kak Julia... love you...” Jerit Ami.

Julia buat-buat tak dengar. Padahal dia rasa seperti mahu berpaling dan tersenyum ke arah Ami. Eh... eh... kenapa ni? Kenapa dengan aku ni... Julia sentuh dadanya. Dia rasa dadanya berdebar-debar. Sesak sangat. Tanpa mahu terus melayan perasaannya dia melangkah menuju ke arah rumahnya.

Ami tersenyum di atas skuter. Dia perasan Julia sepertinya sudah mula dapat menerimanya. Ya... dia dapat rasakan perubahan itu. Bahasa badan Julia nampak lain sangat hari ini. Semoga ada berita baik yang akan di terimanya nanti. Julia... Ami senyum lagi sebelum beredar dari situ.

Di hujung sana ada sepasang mata melihat aksi Ami dan Julia itu. Dia mengeluh kasar. Semenjak pertama kali dia ternampak wanita bernama Julia seminggu yang lalu. Tidurnya jadi tidak lena. Wajah cantik Julia muncul dengan kerap di ruang matanya. Apa yang pasti dia rasa sakit hati melihat pasangan itu bermesra begitu. Dia pasti akan melakukan sesuatu supaya Ami berhenti dari mengejar Julia. Bagaimana? Dia akan fikirkan nanti.




Thursday, February 5, 2015

Oh Mr Ami Bab 6

Bab 6

Ami menghulurkan tisu untuk kali yang entah ke berapa puluh kali. Tapi masih belum mampu mengeringkan air mata Julia. Dia perhatikan saja Julia yang menangis sambil tepuk-tepuk dada itu. Kecewa benar nampaknya. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Dah macam isteri kena cerai talak 3 dah gayanya. Mahu gelak pun ada.

“Nak pisau dengan garfu ke?” Tanya Ami selamba.

Julia mengangkat wajah memandang Ami. Tangisannya terhenti. Tapi air mata masih mengalir dari kelopak mata.”Kau nampak kan aku tengah sedih ni? Jangan buat lawak bodoh la...”

Ami ketawa kecil sambil menutup mulutnya.”Maaf...” Dia menghulurkan tisu kepada Julia.

Streeeettttttttt...... Julia menghembuskan hingusnya.

Ami telan air liur. Kembang tekak setelah sejam asyik dengar Julia hembus hingusnya. Tapi kalau dah sayang tu, dia tak peduli pun.

“Dia Ezril kan?” Soal Ami. Dia memeluk lututnya dan pandang ke depan.

“Kau pun kenal dia?”

Ami angguk kepala laju. Siapa tak kenal Ezril. Tapi mungkin juga ramai masyarakat luar tak tahu mengenai perkahwinan Ezril.

“Kalau dah tahu kenapa kau tak cakap dengan aku?”

“Mana nak tahu Kak Julia tak tahu dia tu dah berbini..” Tempelak Ami geram. Selama ini dia pendam saja perasaan bila nampak Ezril selalu menghantar Julia pulang.

“Kalau aku tahu dia laki orang buat apa aku nak jadikan dia kekasih aku..?!”

“Habis yang bujang ni ada Kak Julia tak nampak pula..”

Julia tarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan. Wajah Ami di pandang tajam. Poyo betul budak ni.

“Aku ni 7 tahun tua dari kau Ami..! Masih ada ramai lagi gadis muda mudi dekat luar sana. Kau ni buta ke apa?” Julia nampak sedikit hilang sabar.

Ami pandang wajah Julia yang tiba-tiba menyinga itu.” Mata saya mungkin buta Kak Julia. Tapi hati dan cinta saya tak buta..”

Julia terdiam. Bukan main bermadah segala budak ni.

“Saya tak minta pun untuk ada perasaan ni pada Kak Julia. Tapi nak buat macam mana. Pertama kali saya nampak Kak Julia, hati saya dah terpaut..”

“Karut!!!” Tengking Julia geram.

Ami geleng kepalanya laju.”Apa lagi saya nak buat supaya Kak Julia faham perasaan saya?”
“Dah aku tak nak lagi dengar apa yang kau rasa. Aku tak suruh pun kau cintakan aku. Dah sekarang ni ada baiknya kita tak payah cakap lagi soal hati dan perasaan ...”

“Kenapa pula?”

Julia kesat saki baki air matanya.”Aku hempuk kepala kau dengan buku ni kang. Kau ni sekolah pun tak habis lagi dah pandai nak cakap tentang hati dan perasaan...”

“Habis saya pun manusia Kak Julia..”

“Cakap lagi...”

Ami tutup mulut dengan tapak tangan bila nampak Julia sudah angkat buku mahu hempuk kepalanya.

“Dah makan ke?” Tanya Ami.

Julia pandang Ami kemudian dia geleng kepala laju.

“Saya pergi beli nasi kejap..” Ami sudahpun melangkah turun dari pankin itu.
“Eh.. tak payah la Ami...” Dia menolak lembut.

“Habis nak biar perut tu kosong?”

Julia angguk kepala laju. Sebenarnya dia rasa agak terkejut melihat ketegasan Ami. Dia nampak matang kali ini. Ami seperti ada switch di belakang badannya. Ada kala dia boleh jadi macam budak-budak. Dan ada kalanya dia boleh jadi matang seperti sekarang.
“Nak lauk apa?” Ami berpaling semula ke belakang.

Julia tersentak.
“Apa saja kecuali ikan..”

Ami senyum segaris. Dia tahu Julia tak memilih soal makan. Dan dia juga tahu Julia tidak makan ikan.

“Ok. Tunggu kejap eh?” Ami kenyit mata nakal.
Julia senyum saja melihat kenakalan Ami. Sebenarnya hatinya masih tersentuh dengan kata-kata Ami tadi. Pada sudut itu Ami nampak sangat matang bila dia bercakap soal hatinya. Kesian Ami. Dia jatuh cinta pada orang yang salah. Maaf Ami... aku tak boleh nak balas cinta kau...’



“Dah kenyang ke?”
Julia senyum sambil menganggukkan kepalanya. Polistren yang sudah kosong tidak bersisa itu di tolak ke tepi.

“Saya nak balik rumah ambil kereta kejap. Nanti kita pergi berurut ya?” Ami sudah bangkit dan turun dari pankin yang terletak di bawah pokok mempelam itu.

Julia tersentak.”Eh.. taknak lah aku..” Katanya dengan nada yang sedikit kuat.
“Ikutkan semalam dah kena pergi urut kaki tu. Tapi saya takut ada otot yang tercedera. Jadi, bila dah scan semua ok. Baru saya berani nak bawa Kak Julia berurut. Nak cepat sembuh tak?”

Julia telan air liur. Nak berjalan pun rasanya berbisa habis. Inikan berurut. Tak tahulah sakitnya macam mana. Boleh terkencing agaknya.

Ami sembunyi senyum melihat kegusaran Julia di tempat duduk sebelah. Dia tahu Julia takut. Dia memberanikan diri menyentuh jemari Julia.

“Saya kan ada... nak takut apa?” Lembut saja Ami berkata.

Julia pandang jemarinya yang di genggam Ami itu. Kemudian pandangannya di halakan ke arah wajah Ami. Dia rasa sesuatu. Ada rasa debar di dalam dada. Sukar untuk bernafas rasanya.”Memanglah... tapi yang menanggungnya aku Ami..”

“Kalaulah sakit tu boleh di pindahkan. Saya rela ambil tempat Kak Julia..”

“Kau ni ayat bukan main manis macam gula kan?”

Ami senyum tapi dia masih memberi perhatian kepada pemanduannya. Dia rasa sedikit hairan bila Julia langsung tidak menepis tangannya. Apa kena dengan Julia? Takkanlah Julia sudah mula menerimanya? Hisy! Takkanlah....

“Entah-entah kau ni ramai girlfirend dengan sekolah kan? Mana tahu..”

“Memang ramai yang sukakan saya. Bukan nak berlagak atau apa. Tapi itu dah kenyataan...”
“Kalau macam tu terima sajalah yang terbaik di antara mereka yang suka dekat kau tu? 
Kenapa kau masih nak kejar aku?”

“Itulah kuasa cinta Kak Julia. Hati saya ni, sampai bila-bila saya dah lock..”

Julia mencebik. Menyampah pula mendengar kata-kata Ami. Belagak budak ni.

“Kau ni muda lagi Ami. Perjalanan masih jauh...”

“Apa kena mengena cinta dengan perjalanan masih jauh ni? Kalau dah cinta tu jalanlah sejauh mana pun Kak Julia. Hati saya tetap sama..” Tegas Ami serius.

“Cakap memang senang Ami..”

“Ok... tunggu je lah. Betul ke tidak kata-kata saya ni..”

Julia diam. Dia masih 50/50 dengan Ami sebenarnya. Tapi bila lelaki itu berkata-kata entah kenapa cepat saja ia meresap jauh ke lubuk hatinya. Takkanlah dia sudah mula sukakan Ami? Hisy! Mustahillah... tangan Ami yang melekap pada tangannya itu di tepis kuat.

“Adoi!!...”

Julia senyum mengejek.

“Tunggulah. Padanlah muka dia kejap lagi ..” Ami ketap bibir geram.


“Arghhhhhh tolong...tolong makcik... lepas... lepas...” Jerit Julia sekuat hati saat Makcik Bedah menguli kakinya itu. Tapi jeritan itu kedengaran sepi saja oleh Makcik Bedah. Dia terus mengurut membetulkan urat Julia yang sudahpun masuk angin itu.

Ami pegang tangan Julia yang meronta-ronta itu. Tadi bukan main dia padankan muka Julia. Tapi sekarang rasa mahu pecah dadanya melihat Julia meraung kesakitan seperti itu.

“Sabar sayang sikit je lagi..” Air mata Julia di usap dengan jemarinya.

Julia mengetap bibir. Sudahlah sakit, makin bertambah sakit bila Ami memanggilnya dengan perkataan sayang. Mak cik Bedah pula terus saja mengurut tanpa rasa kasihan.

“Dah masuk angin urat-urat kamu ni nak...” Kata Makcik Bedah.

“Ingatkan nak bawa semalam makcik. Tapi saya takut ada luka dekat dalam...” Ami menjawab bagi pihak Julia yang sudah tidak mampu untuk berkata-kata itu. Air mata Julia saja sudah memberikan jawapan betapa sakitnya urutan itu.

“Kena bawa sini lagi dua kali..”

“Taknak!!!” Julia menjerit bagai orang kena histeria.

“Hisy dia ni degil betul..” Ami ketap bibir sambil memandang Julia tajam.

“Sakitlah bodoh...” Sumpah Julia separuh berbisik. Masih ada rasa hormat dan malu pada Makcik Bedah.

Ami mmenjegilkan biji matanya. Tak pasal kena bodoh!

Makcik Bedah senyum sambil menggelengkan kepalanya.”Kalau nak cepat baik, kamu kena tahan. Kalau tidak lambat kamu boleh berjalan..”

“Dengar tu..”

“Sakitlah makcik...” Julia ketap bibir. Sakitnya sampai ke tulang. Sungguh dah rasa nak terkecing semua ada.

“Sakit tu ubat. Sakit juga penghapus dosa-dosa kecil nak..” Balas Makcik Bedah lagi.

Julia diam tidak menjawab. Ami ketawa kecil. Seronok bila Julia kena ceramah. Tapi bila mengenangkan kesakitan yang Julia alami dia rasa sungguh kesian. Kalaulah sakit itu boleh di pindahkan. Dia sanggup asalkan Julia sihat-sihat saja.

Ting!
Pintu Lif terbuka. Ami keluar dari perut lif sambil mencampung Julia. Julia nampak bukan main gembira lagi wajah Ami bila dia berpeluang mendekatinya. Julia rasa tidak selesa bila Ami memeluk tubuhnya begitu. Biarpun keadaan mendesak tapi sungguh dia rasa janggal sekali. Berada pada kedudukan rapat seperti itu buat dia rasa segan mahu bernafas.

Perlahan-lahan Ami meletakkan Julia di tempat duduk itu. Kaki Julia yang masih bengkak itu di angkat perlahan-lahan. Julia menyeringai kesakitan.

“Tahan sikit ok?!”

Julia angguk dengan dahi yang berkerut.

Ami segera menutup pintu kereta dan bergerak ke arah sebelah.

“Ok jom balik..” Ami menghidupkan kereta milik mamanya itu lantas terus memandu keluar dari perkarangan apartmen Mutiara Ara itu.

“Ami... terima kasih sebab kau dah banyak bersusah payah jaga aku..” Ucap Julia malu-malu.

“Sama-sama kasih. Harap lepas ni Kak Julia boleh fikir dengan serius niat saya ya?”

“Maksud kau apa ni Ami?”

Ami pandang Julia sekilas.”Saya serius untuk jalinkan hubungan yang serius dengan Kak Julia.

 Saya sayang Kak Julia...”


Julia mengeluh perlahan.”Ami aku tak nafikan kau baik sangat Ami. Aku dah naik segan sebab dah dua hari aku menyusahkan kau. Tapi Ami.. hubungan kita memang tak boleh pergi jauh Ami... kau kena tahu tu..”

“Sebab jurang usia kita ke?” Tebak Ami.

Julia diam.”Aah..” Dia anggukkan kepalanya.

Ami mengeluh kasar.”Kak Julia tak percaya pada saya ke?”

“Bukan macam tu Ami. Aku dah kenal kau lama. Tak tergamak aku nak jadikan kau kekasih aku Ami..” Julia ketawa kecil. Sempat dia bergurau. Tapi Ami serius saja.

“Beri saya peluang..”

“Peluang apa Ami. Sebabnya memang tak boleh Ami...”

“Saya tak cukup baik ke?”

Julia geleng kepala laju.”Kau terlalu baik Ami..”

“Habis? Apa yang kurangnya lagi kak? Oo sebab saya masih bersekolah? Begitu?”

Julia diam. Memang itulah sebabnya. Gila apa nak berkasih dengan budak sekolah! Dia masih waras.

“Apa pun tanggapan Kak Julia. Perasaan saya tetap sama. Saya sayang Kak Julia...”

Julia mengeluh. Aku sayang kau juga Ami... Bisik hati kecilnya.

“Kak Julia fikirlah sekali lagi ya?” Pinta Ami tanpa rasa malu.

Julia menoleh ke arah Ami yang memandu di sebelah.”Aku tak berani nak janji Ami..”

“Tak kisahlah. Tapi tolong fikir sekali lagi ya? Tanya hati tu... ingat balik semua kenangan kita ya?”

Julia mengeluh perlahan. Kenangan? Jika di ingat kembali. Memang terlalu banyak kenangan dia dan Ami. Tapi sebelum ini dia tak tahu pula seserius ini Ami mahukannya.
Sudahnya mereka diam saja sehingga sampai ke destinasi yang di tuju.

 p/s : xdek yang komen pun. Xbest ke cite ni?