Saturday, August 25, 2012

My.Mr Chef! 2



Diana segera memparking honda Jazznya di hadapan beberapa deretan kedai. Scha yang sejak dari tadi ralit dengan I phonenya segera memasukkan gadget canggih itu ke dalam beg sandangnya. Dia melihat-lihat persekitaran tempat itu.’Rasa macam kenal je’ Hatinya berbisik.
“Eh… kita kat mana ni? Tadi cakap nak terus balik? Soal Scha hairan. Ingat-ingat lupa pula.
Diana tersengih sambil menganggalkan selt beltnya.
“Cuba tengok tu?
Diana menghalakan jari telunjukkan ke arah sesuatu di atas sana. Scha segera mendongak membaca satu persatu perkataan yang tertera di situ.
“Hah?Cafe D`Emeriz?????? Mulutnya melopong memandang wajah Diana. Matanya yang besar itu sudah terbuntang bulat. Sikit lagi nak terjojol lagaknya.
Diana tersengih sambil mengangkat kening.
“Akak nak buat apa kat sini? Soal Scha kalut dan gemuruh. Tiba-tiba tubuhnya rasa seperti mahu menggeletar. Ni kenapa ni? Sindrom penyakit apa ni? Scha mula tak senang hati.
“Dah jom keluar… Diana segera membuka pintu kereta.
“Akak…. Jerit Scha dari dalam.
“Jomlah… temankan akak kejap…
“Akak… pergilah sorang… Scha tunggu ni.. Kata Scha. Sebolehnya dia tidak mahu terserempak dengan Emeriz. Dia yakin Emeriz ada di situ kerana Diana betul-betul parking di sebelah kereta Audi Rx8 milik Emeriz. Dia masih malu dengan kejadian pagi tadi.
“Dah… jangan nak mengada… cepat keluar. Akak nak belanja Scha makan Pavlova dan red velvet kek.. sedap tau… sengaja mengumpan Scha. Kerana dia tahu Scha memang addict gila dengan 2 jenis pemanis mulut itu.
Scha menelan air liur. ‘Pavlova? Red velvet kek? Aduiyaiiii ni tak tahan ni… Dia menelan air liurnya lagi sambil membayangkan keenakan makanan kegemarannya itu.
Diana sembunyi ketawa. Memang lawak gila tengok muka Scha serba salah macam tu. Lagipula bila terpaksa memilih di antara menanti di dalam kereta dengan Pavlova dan red velvet kek yang enak itu. Memang wajah Scha waktu itu serba salah gila.
“Akak…punyalah banyak kedai lain yang boleh kita makan pavlova dengan red velvet tu akak boleh pilih nak makan kat sini. Ohhh My…. Scha menarik-narik lengan Diana yang sudah menonong ke depan.
“Scha… jangan nak mengada boleh? Diana tidak menghiraukan rengekan Scha lantas dia terus mengorak langkah masuk ke dalam café itu. Terpegun seketika melihat dekorasi di dalam café itu. Nampak begitu simple tapi cantik dan menenangkan. Suasana di situ cukup mendamaikan dengan bunyian air pancut yang di letakkaan di tengah-tengah café memang menampakkan keunikan yang tersendiri. Kelihatan beberapa pelanggan sedang enak menjamu selera.
Diana dan Scha mengambil tempat paling hujung sekali.
“Cantikkan dekorasi dalam café ni.. kata Diana dengan mata yang tak lepas memerhatikan hiasana yang begitu cantik dan kelihatan mewah. Sesuai dengan tuan punya cafe itu. Dari kepala sampai ke hujung kaki serba serbi nampak mewah. Diana tahu Emeriz memang jenis lelaki yang terlalu menjaga penampilan. Lihat saja pada kulitnya, entah-entah kulit lelaki itu jauh lebih licin daripada kulitnya sendiri.
Scha mengangguk tanda setuju. Dia tertinjau-tinjau ke kauter pembayaran. Mana tahu Emeriz ada di situ. Hehe…sempat!
“Hello miss… good afternoon. Can I take your oder please?? Soal pelayan yang segak mengenakan uniform berwarna biru laut itu. Senyuman terukir di bibir seperti mana yang termaktub dalam peraturan di cafe itu.
‘Haih.... sejak dari aku masuk cafe ni tadi, sorang pekerja pun tak nampak jelek di mata aku.. semua kacak dan yang perempuan pulak cantik-cantik belaka... demand betul Chef aku nih..
“Ohh… please give 5 minutes. Jawab Diana sambil membelek senarai menu makanan.
“Kak… confirm eh belanja?
Diana tersenyum”Ok… no hal… cepat Scha nak makan apa?
“Hemmm… Scha nak Pavlova dengan Red velvet cake and strawberry jus…
“Ok… itu aja? Wastern food?
Scha sudah tersengih. Bukan main suka lagi bila mendengar offer dari Diana.
“Errmmm….. Scha membaca senarai menu di situ.
“Lamb girll with mushroom souse.. boleh?
“Boleh… Scha punya pasal Kak D tak kisah… Jawab Diana seraya memanggil pelayan tadi.
Selepas pelayan melangkah pergi Diana segera mencari-cari sesorang di situ.
“Scha ada nampak Chef kita tu?
Scha menggelengkan kepalanya.
“Sebenarnya tadi akak dengar Kak Munirah cakap yang Chef kita tu ada interview dengan reporter.. Bisik Diana bersungguh-sungguh.
“Oh patutlah akak beria ajak Scha datang sini eh? Scha sudah terlontarkan suaranya.
“Syuuuhhhh… mana tahu kita boleh tumpang sekaki… glamour tau.. Diana ketawa mengekek.
Scha mencebik”Tak ada maknanyalah kak…
“Scha… akak dengar cerita Chef kita tu single and available… Scha tak mahu mengorat ke?
Kening Scha terangkat sebelah mendengar soalan Diana. Apa punya soalan ni?
“Kak… please lah… ingat Scha ni apa nak mengorat orang lelaki? Huh.. tak kuasalah… Kata Scha dengan mata di pandang ke atas. Biar Diana tahu yang soalannya itu membuatkan dia meluat tahap nak hijau.
“Alah Scha, Scha cantik tahu… memang sepadan habis dengan Chef kita tu… Diana masih lagi mahu menjual minyak.
“Kakkk…. Scha sudah menjerit. Bibirnya di muncungkan.
“Ok..ok… adoiii.. orang nak carikan jodoh pun tak nak…
Bulat mata Scha memandang Diana. Jodoh. Gila apa? Aku ni baru je lepas dari rantai besar gedabak papa tau. Jodoh…oh pleaselahhhh….
“Mana akak tahu Chef kita tu single? Ni mesti kak Munirah yang kasi info kan? Tebak Scha dengan kening yang terangkat.
Diana tersenyum-senyum kemudian mengangguk perlahan.
“Hoh… perempuan tu kan… kenapa dia je yang tak mengorat Chef kita tu? Dia kan tak kahwin lagi.. Kata Scha lagi.
“Dia tu dah kertu dik… Chef pun tak mahu pandang… lainlah Scha, muda remaja lagi..
“Kertu? Scha sudah mahu ketawa. Jahat betul mulut kak Diana ni. Kertu apa baru 35 tahun kot. Ella penyanyi rock tu, boleh je kahwin di usia 46 tahun. Hah!!... kau dengan lelaki muda lagi. Muda bukan setahun dua… 16 tahun okeh. Kau hado?
“Akak tak baca gosip eh? Soal Scha.
Diana menggelengkan kepalanya.
“Tak kuasa mak nak baca gosip pasal retis… Balas Diana dengan suara yang di pondankan.
Scha ketawa mengekek.”Tu lah…. Lain kali jangan asyik nak layan facebook aja. Perkembangan isu semasa kena lah baca juga… Chef kita tu tengah hangat bercinta dengan model terkenal tau”.
Mulut Diana melopong. Baling buah tomato pun lepas masuk. Scha ketawa geli hati melihat reaksi muka Diana.
“Biar betik!
“Betik tak betik kak… ini serius tak tipu… punya. Akak kenal dengan super model bernama Taliah? Soal Scha.
Diana terdiam cuba mengingati nama itu. Taliah? Hemmmm.... dagunya yang runcing itu di usap perlahan.
“Taliah?? Taliah yang kena tangkap khalwat dengan pelakon lelaki muda tu? Are you serius Scha al yahya? Upppsss..... Scha anak pakcik Moktar? Are you sure? Besungguh-sungguh Diana mahukan kepastian. Cerita panas kan.. haruslah bersungguh macam tu.
Scha ketawa . Adoi... tersilap sebut nama aku. Susah kalau nama dekat dengan retis ni.
“Yelah kak... Taliah mana lagi. Tak silap Scha di sebabkan kes itu hubungan dia dan Chef jadi renggang. Hemmm.... tak menahan kan taste Chef kita tu? Ujar Scha seperti berbisik. Mana tahu kot-kot terpacak Emeriz di situ. Tak ke naya. Kes tadi pagi pun belum sempat nak mintak ampun lagi nak buat hal.
High taste juga Chef kita tu kan Scha?
“Tahu tak pa. Lagi akak suruh Scha pergi serah diri dekat dia... tak kuasa...!
“Susahkan bila dah kacak, berkedudukan macam Chef Emeriz tu... Keluh Diana sambil memegang dahi. Lagaknya persis sedang berhadapan dengan masalah dunia. Cehhh propa sungguh Kak Diana ni.
Scha tersenyum lalu mengangguk. Sejak beberapa minggu selepas Emeriz menggantikan Rasul dia sudah mula mencari maklumat mengenai lelaki itu. Namun pencarian di google memang sangat pantas dan memberikan maklumat. Kisah cinta Emeriz dan Taliah sebenarnya sudah lama di beri perhatian oleh orang media. Mereka memang sentiasa menjadi buruan. Letak saja nama Emeriz di muka depan akhbar dan majalah pasti jualan seperti pisang goreng panas. Nama Emeriz semakin di sebut-sebut apabila dia banyak terlibat dengan beberapa program televisyen. Siapa tidak kenal Emeriz Datuk Benjamin itu. Wajah Pan Asian yang di miliki sememangnya menjadi daya tarikan para penonton untuk terus melekat di depan kaca televisyen. Hakikatnya aura Emeriz pernah mencipta rekod rating tertinggi pada waktu emas di sebuah siaran televisyen swasta. Jadi tidak hairanlah cerita panas Emeriz memang sentiasa di cari-cari oleh semua orang. Lagi-lagi perempuan seperti dia.
Diana terpaku mendengar cerita yang baru keluar dari mulut Scha mengenai Emeriz.
“Scha... yor are a stalker?
What???? Terjegil mata Scha apabila Diana menggelarkan dirinya seorang stalker. Hampeh. Dah kasi maklumat macam ni pulak tindak balas Diana.
Excuse me......
Serentak mereka mendongak.
Your oder please... Kata Pelayan itu sambil meletakkan beberapa hidangan di atas meja.
Diana tersengih melihat Scha yang sudah kelihatan bengang itu.
‘Selamat oder dah sampai... Diana
Diana dan Scha beriringan menuju ke kaunter pembayaran. Melihatkan bil di tangan membuatkan Scha terasa seperti mahu muntahkan semula segala isi makanan yang di makannya tadi.
‘Mahal gila... nasib baik Kak Diana yang sudi belanja. Kalau nak harapkan aku.. memang tak lah tunggu aja lah lepas aku take over bisness mama... bisness mama??? Huargghhh... stuck kepala otak aku bila terkenangkan kedai kek mama tu... Ya tuhan berikan hamba mu ini ketenangan Ya Allah....
“Hah... dah kenapa...?? Terkemut-kemut dengan mata terpejam macam tu? Tegur Diana yang sudah pun siap membuat pembayaran. Terpaku sekejap tengok reaksi Scha yang memandang ke atas dengan mata terpejam itu. Apa kena dengan Scha ni?
Scha membetulkan rambutnya. Errr... kantoi... kantoi... cepat-cepat dia menarik tangan Diana untuk keluar dari cafe itu.
“Scha... wait....
Langkah Scha dan Diana mati serta merta apabila terdengar satu suara yang amat mereka kenali memanggil namanya. Rasa seperti mahu jatuh bergolek jantung dan hatinya saat itu. Mereka berpusing ke belakang. Sah.... benar! Emeriz. Scha ketap bibir. Diana pula terpaku. Akhirnya......
Emeriz segera memegang legan Scha menyebabkan Scha tergamam seperti mahu pitam. Kepala lututnya sudah longgar. Diana pula Cuma mampu melihat perlakuan Emeriz itu dengan mata yang bulat. Apa dah jadi ni? Takkanlah Chef Emeriz nak balas dendam tentang kejadian semalam?
Please help me Scha... please... Suara garau Emeriz menerpa ke gegendang telinga Scha.
“Hah... tolong? Tolong apa ni?? Soal Scha terketar-ketar. Wajah Diana yang masih tergamam itu di pandang minta pertolongan.

7 comments:

Syarifah Nadia Syed Mohsin said...

bestnyaaa cite u.. i suka.. i antara peminat tegar novel2 nie...hihi

AinSophian said...

heheh... nadia.. tq dear!!

shafriza said...

waiting for da next entry!

AinSophian said...

shafriza:
InSyaAllah... tq for the comment!

ANIA MALNA said...

bez la kakak,siyes^^hhuuhuhu,,,good luck kay^^

ANIA MALNA said...

bez la kakak cite nih^^good luck kay,pray the besy for you^^

AinSophian said...

dear Aina... tq sayang. Ye tengah kuat kan semangat ni cuba menyiapkan manuskrip penuh.