Saturday, November 30, 2013

Resepi Kimchi Halal...( Homemade )


Wah! Sejak bila iolls makan kimchi ni? Hehe.. pernah makan banyak kali bila lepak kat seoul garden sebelum ni. Oleh kerana iolls ni memang gila dengan drama korea, sedikit sebanyak memang tahu makanan korea. 

Kimchi ni ibarat macam sambal belacan la dekat malaysia sini. Agaknya kalau orang korea makan sambal belacan mau 3 hari 3 malam depa muntah kot kan.?!

Pernah cuba japchae tapi tak berapa nak menjadi. Hehe. Kali ni buat kimchi pulak. Rasa? Not bad la. Cuma perlu kurangkan halia,bawang besar/putih saja. Lepas ni akan buat lagi sb stok dah habis. Jadinya akan lebih alert la bahan mana yang perlu di kurang dan lebihkan.

Ok jom tengok bahan-bahannya:



 Leraikan kobis bunga satu persatu macam kat atas sana. Ikut la nak potong kecil-kecil pon boleh. Lepas tu basuh, lumur dengan garam kasar. Pastikan setiap helai tu terkena garam. Nanti Kimchi korang tak menjadi. Perap selama 3 jam. Aku perap 2 jam setengah je. Malas kot nak menunggu lelama. Lepas tu cuci sampai bersih sebanyak 3 kali. Kalau tak cuci, cukup bulan masuk sepital darah tinggi. Cubalah...:)


Blanderkan bawang putih/besar halia bersama sos ikan. Potong lobak nipis2 dan kucai/daun bawang kasar2 mc kat atas tu.

Lepas tu untuk buburnye pulak. Aku guna tepung pulut. Cuma perlukan 2 sudu saja untuk sebiji kobis cina tu. Masak tepung dengan air sampai likat macam tu.


Gaulkan semua bahan termasuk dengan serbuk cili. Aku guna sepeket. Bapak pedas! 


Lepas semua bahan2 tadi sebati setelah di gaulkan, so boleh lah masukkan kobis yang sudah siap di peram dan di basuh sebanyak 3 kali itu. Pastikan setiap helai terkena bahan-bahan blander tu ye.!! Untuk hasil yang lebih baik, gaul guna tangan. Alas dengan plastik la kak ton. Kalau tidak kepedasan tangan korang nanti.

 Done!!!! Simpan dalam bekas kedap udara supaya kimchi kita ni tak berkulat. Tekan-tekan sikit masuk letak dalam bekas ok. Lepas tu peram selama 3 hari untuk hasil yang wow!!! Hehe... selamat mencuba uolls..! Chaipokesemida......( selamat menjamu selera )

1 comment:

Unknown said...

wau nampak merah menyala..sangat.. haha, cili serbuk lg pedas eh?
teringin nak rasa kimci,salu tgk dlm tv je.huhu. ada masa nt sy try resepi awak