Sunday, December 1, 2013

10 tahun bab 12


Imran kaku di muka pintu tatkala melihat Raykarl sedang berjalan ke arahnya dengan wajah yang penuh dengan kemarahan. Apa kena mamat ni? Lain tak bukan bergaduh dengan marka la ni.. Fikir Imran.

“Bro dari mana?”

Raykarl langsung tidak memandang ke arah Imran. Langkahnya laju melepasi sahabatnya itu dan terus meluru masuk ke dalam pejabatnya.

Salmia yang sudah bersedia untuk melaporkan jadual seharian majikannya itu terkedu melihat keadaan mood lelaki itu. Pandangan dia dan Imran bersatu.

“Apa kena tu Encik Imran?” Tanya pembantu peribadi Raykarl yang cantik mengenakan blaus labuh berwarna biru itu.

Imran berhenti di hadapan Salmia.”Biasalah Mia. Kalau tak bergaduh dengan girlfriend dia rasanya tak ada dah masalah lain yang boleh buat mood dia macam jembalang tanah tu..” Seloroh Imran membuatkan Salmia ketawa.

“Takut pulak saya nak masuk dalam Encik..”

“That`s ok! Biar saya saja yang masuk. Tak pasal awak kena maki nanti..”

Salmiah angguk tanda setuju dengan cadangan Imran. Dia tahu Raykarl kalau dah marah memang macam singa lapar. Habis melayang semua barang-barang atas meja. Yang jadi mangsa untuk mengemas. Dialah nanti.

“Berani dia terima lamaran orang lain..! Damn!! Meja di tumbuk kuat.

Imran cuma menjadi pendengar amarah sahabatnya itu. Biarlah Raykarl meluahkan amarahnya terlebih dahulu barulah dia buka mulut.

“Dia dah lupa agaknya apa yang dah berlaku antara aku dengan dia. Apa dia ingat anak ustaz tu boleh terima ke kalau tahu cerita sebenar?”

Imran sedikit kaget dengan kenyataan itu. Cerita sebenar? Wow! Menarik ni..

“Tak boleh ke dia sabar sikit? Bukan senang aku nak pujuk mama aku untuk terima dia..” Rambutnya di kuak ke belakang bersama keluhan berat. Wajah Ayla bermain-main di ruang mata. Kenapa baru sekarang dia tahu betapa sakitnya bila di tinggalkan? Ah! Mungkin selama ini dia rasa Ayla tidak mungkin pergi kepada lelaki lain. Tapi.. kenapa Umar? Bukan Muslim yang sejak dulu memang sukakan dia?

“Bro. Cerita sebenar apa? Cuba kau cerita sikit kat aku ni?”

“Beb. Aku ni memang jahat. Walaupun aku dah menyesal dan tak akan sesekali ulangi lagi dosa tu, tapi kenapa Ayla senang-senang je pergi dekat lelaki lain? Sedangkan aku ni rasa menyesal yang teramat sangat dah. Aku cuma perlukan masa saja! Ya! Aku akui silap aku sebab selalu saja cuba untuk melepaskan dia pergi. Tapi aku tak sangka rasa tu terlalu sakit...”

Imran mengeluh kesal dengan kata-kata yang baru saja dia dengari itu.”Itulah kau! Kalau dah rasa menyesal kenapa tak nikah cepat-cepat? Salah kau jugak sebab selalu sangat sambil lewa dengan dia. Jadi kau jangan salahkan Ay. Salahkan diri kau yang memang  tak pernah nak tetap pendirian tu..”! Ujar Imran memberi ceramah sepatah dua kata.
“Sekarang ni parents dia dah benci dekat aku Im.. kau rasa aku memang tak ada peluang ke?”

“Masih ada peluang. Kalau kau berterus terang dengan parents dia apa yang dah korang buat selama ni..”

Raykarl terkedu. Gila punya idea. Ini idea menempah maut! Mahu Ayla terus tinggalkan dia nanti. Tapi! Kenapalah selama ni dia tak pernah rasa seperti ini? Kan bagus kalau dia punya rasa begini 4 tahun atau 3 tahun yang lepas. Pasti dia tak akan rasa sakit! Oh! Begini rupanya sakit putus cinta! Baru dia sedar yang dia memang perlukan Ayla dalam hidupnya. Safiyah? Memang dia wanita cukup baik. Semua lelaki mengimpikan wanita sebaik itu untuk di jadikan isteri. Tapi dia memang tidak layak untuk Safiyah!

“Gila kau ni Im..”

“Habis kau nak buat apa?”

Raykarl geleng kepala. Mungkin juga idea ini dia akan gunakan bila keadaan sudah terdesak. Sekarang ni apa yang penting dia mahu yakinkan Ayla niatnya yang memang serius mahu menikahinya. Mama? Biarlah... dia akan cuba pujuk sehabis yang mungkin. Jika dah tak jalan. Mungkin tanpa restu? Ya tuhan... kenapa perlu sampai begini jadinya!! Keluh hati kecilnya.

“Aku tak tahu Im. Aku akan cuba pujuk Ayla. Masih belum terlambat...”
“Baguslah kalau kau fikir macam tu Karl..”
**
Majlis makan malam berlangsung dengan suasana yang agak meriah. Tuan Addin dan Ustaz Hafiz nampaknya begitu serasi dan mesra. Ada saja perbualan yang mencetuskan tawa mereka semua di meja makan tapi entah kenapa jiwanya rasa kosong! Wajah lelaki yang tampak tenang dan kacak itu di kerling sekilas.

Ya Allah.. layakkan diri ini untuk dia? Mahukah dia terima aku jika dia tahu cerita silam ku? Ya Allah.. tunjukkan jalan mu Ya Allah...’

“Ay kenapa nampak senyap saja ni?” Ustazah Mariam mengegur Ayla. Sejak dari awal lagi dia perasan Ayla lebih banyak mendiamkan diri. Dia seperti tidak gembira dengan pertunangan yang baru saja berlangsung dengan acara ringkas tadi. Sepatutnya mereka cuma mahu merisik tapi lain pula jadinya bila semua capai kata sepakat untuk terus mereka mengikat tali pertunangan. Cuma di saksikan ahli keluarga saja. Itulah yang di mahukan dalam islam. Kesederhanaan dan yang paling penting redha Allah swt

“Er! Tak lah Umi. Ay.. Ay... Kaku lidah untuk mencipta alasan.

“Dia malu tu Ustazah..” Sampuk Puan Adira mahu menyelamatkan keadaan. Dia tahu Ayla sedih dengan pertunangan itu. Sabarlah nak... jika ini yang terbaik. Kenapa perlu kita tolak lagi.

Ayla terus angguk dan menundukkan wajah memandang pinggannya yang masih belum terusik pun nasi beriani hasil air tangan mamanya itu.

Umar cuma memandang Ayla yang berselendang itu dengan senyuman. Ayla nampak begitu cantik. Pasti didikan Tuan Addin dan Puan Adira cukup untuk menjadikan anak mereka seorang gadis yang bersopan santu seperti itu. Dia bertekad mahu Ayla berhijap penuh selepas ini. Tapi dia mahu bercakap sendiri dengan Ayla. Dia cuma menanti masa yang sesuai. Mungkin selepas makan malam ini dia akan cuba curi masa bercakap dengan Ayla.

“Jangan lah malu-malu. Tak lama lagi kita akan jadi satu keluarga..”

Ayla cuma tersenyum tak tahu mahu balas apa. Dia kaku bila nampak Umar mencuri pandang ke arahnya.

“Biasalah tu Ustazah. Lama-lama kuranglah malunya tu nanti..” Kata Tuan Addin pula.

“Anak dara memang macam tu Tuan Addin. Pemalu. Itu yang kita mahu,...” Usik Uztaz Hafiz pula. Membuatkan Ayla bertambah malu dan kaku.

Semua di meja makan ketawa besar kecuali Ayla. Dia cuma buat-buat senyum dan gembira.

***
Ayla cuma membontoti langkah Umar keluar ke halaman banglo milik keluarganya itu. Dia terkejut juga mendengar lelaki itu meminta izin dengan papanya tadi. Baik sungguh budi pekerti Umar. Memang dia adalah suami yang selayaknya di jadikan suami. Tapi. Mampukah dia menyerahkan sekeping hati yang di miliki Raykarl ini untuk Umar? Dalam tak sedar dia mulai rasa menyesal yang teramat sangat! Sejak dari tadi hatinya cuma menjerit memanggil nama Raykarl. Cuma Raykarl.

“Maaflah ganggu Ayla..”

Ayla angkat wajah menentang pandang Umar. Tapi sepantas kilat Umar menghalakan pandangan itu ke arah kolam yang nampak bercahaya di simbahi lampu spotlight.

“That`s ok Umar. Awak nak cakap apa?

Umar senyum dan nampak tenang.”Ayla... saya bertuah kerana dapat berkenalan dengan awak. Tak lama je lagi kita akan di satukan... rasa seperti mimpi saja..”

Ayla cuma mendiamkan diri mendengar kata-kata Umar itu. Apa sebenarnya yang lelaki itu mahu sampaikan? Ataukah cuma mahu berbual dari hati ke hati. Al maklumlah selama hari ini mereka tidak pernah keluar bersama. Menurut mama, Umar dan keluarganya memang cukup kuat dan patuh pada agama. Itu pun sudah cukup untuk membuat perutnya kecut.

“Ayla. Awak anugerah dari Allah yang perlu saya jaga dengan sebaiknya..”

Ayla tersentak dengan kata-kata itu. Cuba mengawal diri.

“Jadi biarlah saya berterus terang Ayla supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang di antara kita nanti...”

Dada Ayla berdebar. Ya! Dia tahu pasti lelaki itu ada perkara yang mahu di sampaikan kepadanya.

“Saya mahu awak bertudung..” Sekali lafas saja dia meluahkan hasrat hatinya langsung membuatkan Ayla terkedu dengan permintaan secara mendadak itu.

“What`s???? Suaranya naik seoktaf.

Umar memandangnya sekilas. Kemudian dia mengangguk. Harap Ayla mengerti dan mempertimbangkan permintaannya itu.

“Saya rasa permintaan awak ni keterlaluan..” Ayla meluahkan rasa tidak puas hatinya. Umar seperti sedang mempersendakannya.

“Awak jangan salah faham Ayla. Niat saya baik. Saya mahu memperbetulkan mana yang silap. Menutup rambut itukan hukumnya wajib bagi pandangan lelaki ajnabi seperti saya, abi saya.. dan lelaki-lelaki lain di luar sana...”

“Umar. Saya tak marah awak minta saya berhijab. Tapi...” Ayla kematian kata. Tidak mahu meneruskan kata-katanya kerana dia tahu apa yang akan di keluarkan dari bibirnya nanti mengundang lebih banyak dosa. Sedangkan dia sendiri tahu bertudung itu adalah wajib bagi semua muslimah.

“Tapi sebab semua ini bukan dari kerelaan hati awak? Tebak Umar.

Ayla angguk. Dia harus jujur.

“Ayla. Awak bakal isteri saya. Saya bertanggungjawab menegur mana yang silap di mata saya dan yang paling penting pandangan Allah swt itu..”

Ayla menarik nafas lalu di lepaskan perlahan. Cuba berfikiran positif. Cuba menyerap sebanyak yang boleh kata-kata nasihat itu dalam kepalanya. Dia akan pertimbangkan nanti.

“Wanita yang baik ialah wanita yang bijak menjaga aib dan maruah dirinya. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. Surah An nur ayat 31” Ujar Umar tenang.

Ayla yang terkesan dengan kata-kata Umar segera menarik selendangnya yang sudah jatuh di bahu lantas menutup rambutnya itu. Segan sebenarnya dengan Umar.

“Jangan malu pada saya Ayla. Malu pada Allah..”

Ayla mengetap bibir. Umar sepertinya tahu saja isi hatinya sekarang.

“Saya tahu awak gadis yang baik. Sebab itu saya ada di sini bersama awak Ayla. Saya mahu bimbing awak ke arah kebaikan. Insya Allah semoga semuanya di permudahkan nanti..”

“Umar. Maafkan saya sebab saya bukan yang terbaik untuk awak..”

Umar geleng kepala pantas.”Ayla. Baik buruk bukan soalnya. Pokok pangkal jika mahu dengar nasihat saya, ikut apa yang Allah perintahkan InsyaAllah awak akan jadi wanita terbaik buat saya nanti. Berusalah Ayla... sayang sekali kecantikan itu di pertontonkan kepada lelaki ajnabi..”

Ayla angguk tanda akur.”Beri saya masa Umar..”

“Dosa yang tercatit adalah setiap masa Ayla...”

“Jadi kenapa awak pilih saya?” Ayla yang kurang sabar itu mula rasa tercabar dengan kata-kata lantang Umar.

“Saya tahu awak boleh di bimbing.,,”

Ayla geleng kepala.”Maafkan saya Umar. Biarlah saya ikhlaskan hati untuk buat semua ni sendiri..”

Umar mengeluh perlahan tapi senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.”Kita dah pun bertunangan Ayla. Selangkah saja lagi untuk ke alam perkahwinan. Kalau bukan sekarang bila lagi? Jangan tunggu untuk hati ikhlas mahu lakukan. Macam mana bila Allah kata ajal kita cuma satu jam lagi? Apa amalan yang kita boleh buat untuk satu jam itu bagi menghapus semua dosa sepanjang kita hidup ni? Awak berubahlah Ayla. Lakukan juga jangan tunggu sampai hari esok....” Ujar Umar tenang. Persis seperti seorang suami sedang menegur isterinya.

Ayla kematian kata. Umar nampak saja lembut tapi ada kerasnya yang tidak mampu untuk di sangkal.

“Jika awak ada pakaian yang tidak menutup aurat buanglah Ayla. Selain dari mengikut hukum syarak, awak juga perlu jaga maruah awak. Maruah ibu bapa awak dan juga maruah saya dan juga keluarga saya. Besar tanggungjawab yang perlu awak pikul Ayla..”

Lemah sekali kepala lututnya mahu berdiri saat itu. Umar terlalu berkeras. Sehinggakan dia langsung tidak mampu mencipta alasan untuk mempertahankan diri. Umar? Lelaki inikah jodoh ku?  Wajah tenang itu di pandang lama.

“Berdosa awak tenung saya Ayla. Simpan renungan itu untuk saya selepas saya sah sebagai suami awak di sisi Allah nanti. Saya tak mahu awak leka dalam segala perlakuan awak Ayla...”

Ayla terkesima. Diam seribu bahasa. Adakah ini anugerah atau satu bala? Memang bala bila Umar tahu sejarah hidupnya! Dia akan cuba simpan rahsia itu. Rahsia di mana dia dan Raykarl sebenarnya pernah terjebak dengan satu dosa yang cukup besar suatu masa dulu.

Sebagai seorang yang pernah terlanjur pada masa dahulu dan telah bertaubat kepada Allah swt. Tidak perlulah menceritakan perbuatan tersebut kepada bakal suami atau isteri anda, kerana hal ini sangat mengaibkan diri anda sendiri. Malah ia boleh menimbulkan perasaan kurang baik bagi pasangan anda apabila sudah mendengar cerita ini. Lebih baik disembunyikan sahaja perbuatan tersebut dari timbul pula masalah-masalah baru. Setiap manusia ada silapnya, segala kesilapan yang telah dilakukan cukup bertaubat kepada Allah dan tidak perlu diceritakan kepada orang ramai atau bakal pasangan anda

Tiba-tiba dia teringatkan ceramah ustazah Zaleha yang dia tonton di kaca televisyen malam tadi.
**
Raykarl berpaling ke belakang apabila mendengar namanya di panggil.
“Safiyah??

Safiyah tersenyum dan melangkah ke arahnya yang baru saja mahu melangkah masuk ke dalam masjid. Kebetulan dia masih belum menunaikan solat asar. Jadi dia singgah di masjid yang berada tidak jauh dari rumahnya itu memandangkan masa sangat terhad sekarang.

“Abang solatlah dulu. Safiyah tunggu abang dekat luar ni..” Kata Saffiyah lembut.

Raykarl cuma mengangguk dan segera melangkah masuk ke dalam masjid.
Safiyah tersenyum sendiri sambil memeluk Al-quran yang sudah di balut cantik itu. Sebenarnya selepas mendengar usrah dan bersolat asar di masjid ini tadi, dia mahu singgah ke rumah Raykarl untuk menyerahkan senaskah Al-quran yang di belinya sewaktu mengerjakan umrah awal tahun baru ini. Jadi dia sudah tidak perlu bertandang ke rumah lelaki itu lagi.

Dia mahu berkongsi ilmu Allah dengan lelaki yang mungkin jodohnya itu sebanyak yang mungkin. Menurut Datin Atirah, Raykarl perlu di beri bimbingan untuk mendekatkan diri dengan tuhan. Jadi, dia seboleh yang mungkin mahu membantu Raykarl.

20 minit kemudian Raykarl keluar dari masjid dengan kopiah masih di kepala. Dia menapak ke arah Safiyah yang menantinya di luar.

“Safiyah dari mana tadi?” Tanya Raykarl sambil membetulkan lengan kemejanya itu.

“Dari sinilah. Safiyah ingat nak pergi rumah abang tapi dah terserempak dengan abang di sini..”

“Oh nak ke rumah abang ke? Marilah kita gerak sekali. Abang pun nak balik dah ni..” Raykarl segera menyarung seliparnya.

“Eh tak apalah abang. Safiyah nak jumpa abang..”

“Nak jumpa abang? Ada apa? Safiyah yang bertudung labuh itu di pandangnya. Seperti biasa gadis itu segera melarikan pandangan matanya.

Safiyah menghulurkan bungkusan itu kepada Raykarl.

“Apa ni? Raykarl bertanya pelik sambil menyambut huluran itu.

Safiyah tersenyum manis.”Al=quran, Safiyah beli dekat mekah masa umrah baru ni. Al-quran ni dakwatnya di buat dari dakwat emas. Abang manfaatkanlah Al`quran ni ya? Faham isi kandungannya insyaAllah abang akan peroleh manafaat..” Ujar Safiyah.

Raykarl cuma angguk dan tersenyum. Tak tahu mahu memberikan reaksi bagaimana. “Terima kasih. InsyaAllah Safiyah...”

“Oklah. Safiyah nak balik dulu... kirim salam dengan mama ya?” Assalamualaikum...

Raykarl angguk dan menjawab perlahan. Dia melihat Safiyah yang ingin berlalu dari situ.

“Er! Safiyah!! Panggil Raykarl.

Langkah Safiyah terhenti dia berpaling ke belakang. Raykarl mendekatinya.

“Abang ada hal nak cakap dengan Safiyah tapi rasanya tak elok kita bercakap di sini..”

Kening Safiyah berkerut.”hal berkaitan dengan apa?”

“Kita..” Jawab Raykarl tenang. Dia nampak Safiyah tersenyum.

“Tapi bukan hari lah ya abang. Safiyah kena minta izin dengan ayah dulu..”

“Ok! Nanti abang call ayah Safiyah minta izin ya?” Cadang Raykarl.

Safiyah angguk dengan senyuman.

“Safiyah balik dulu.. ya!!

Raykarl angguk dan memberikan laluan kepada Safiyah. Gadis yang memakai jubah moden itu di lihat dari kejauhan. Semoga dia kuat untuk menghadapi kenyataan itu nanti. Aku tak boleh letak harapan lagi pada dia. Alquran berwarna gold itu di peluk rapat ke dada.
**