Monday, November 25, 2013

10 tahun bab 11

hehe..dasar pemalas kan?! Dah bersawang ini belog..hehe..terimalah ye penulisan hamba yang tak seberapa ini.

Usai menunaikan solat Raykarl mengemas isi briefcase dan segala file di atas meja kerjanya. Hari ni genap 2 hari dia dan Ayla mendiamkan diri. Nampaknya Ayla serius dengan kata-katanya. Tak pernah-pernah Ayla keras hati macam ni. Dia pula naik seram memikirkannya. Ah! Bukan kah dia memang sedang mencari jalan untuk mereka terus berpisah? Tapi kenapa sekarang dia rasa tidak mampu pula untuk meneruskan niatnya itu?!


 Dia mengeluh perlahan sebelum duduk di birai katil sambil membelek I phonenya. “Dia ni nekad betul-betul ke apa?”Dia rasa tidak sedap hati. Jangan-jangan memang Ayla betul-betul terima pinangan Umar? Sudahnya dia yang sasau sendiri.

Tok!tok.

“Masuk…”Arahnya dari dalam.

Wajah mamanya tersembul dari muka pintu.
“Dah solat ke?”

Raykarl angguk kepala.

“Boleh mama masuk?”

Raykarl angguk lagi.

Datin Athirah menapak masuk. Dia menyerahkan sesuatu kepada Raykarl.

“Apa ni ma??”

Bekas kecil itu di ambil dari tangan mamanya. Cincin??

“Untuk majlis merisik Saffiyah..”Jawab mamanya dengan senyuman.

Raykarl terpana. Merisik?Saffiyah? Sebegini cepat? Biar betul?

Wajah pelik anak lelakinya yang berkopiah itu di pandang dengan rasa hairan.”Karl jangan nak buat perangai tau. Mama dah deal dengan Saffiyah pun..”

Raykarl terkulat-kulat. Kot ye pun tak menyabar nak tunggu bulan depan mama ni. Dengan Ayla pun tak habis settle lagi. Aduhai!!

“Bila mama nak pergi risik?

“Karl cakap secepat yang mungkin kan?”

Raykarl diam tak beri reaksi.

“Karl. Kenapa ni? Jangan cakap dengan mama yang Karl nak batalkan pula…” Datin Athirah seperti sudah dapat menduga apa yang ada dalam kepala anak lelakinya itu.

“Mama.. Karl rasa beri Karl masa dulu boleh ma?”

“Karl…” Suara Datin Athirah sudah mula meninggi.

“Karl bukan nak batalkan pun ma. Cuma beri Karl sedikit saja lagi masa ma..”

Datin Athirah mengeluh kasar. Dah macam lalang pula dia rasa pendirian Raykarl saat itu. Kejap nak, kejap tak nak.

“Mama… boleh tak Karl nak kenal hati budi Saffiyah dulu? Tak lama ma… bagi Karl 3 bulan. Boleh?

“Apa mama nak cakap dengan Saffiyah Karl..” Kendur suara Datin Athirah yang nampak kecewa dengan permintaan Raykarl.

Tangan mamanya di pegang lembut.

“Ma.. kalau memang betul ada jodoh Karl dengan Safiyyah tak kemana ma…”

“Yelah…Karl. Mama ikut Karl je. Tapi jangan lama sangat ye?”

Raykarl angguk kepala sambil tersenyum. Hari ini dia ada misi penting. Dia mahu bersemuka dengan Ayla.

**
Tuan Addin menanti anaknya di ruang makan. Ada perkara yang dia mahu pastikan dengan anak perempuannya itu hari ini. Hari penentuan sama ada Ayla mahu terima lamaran keluarga Umar ataupun tidak. Perkara yang baik dia tak mahu lengahkan lagi.

“Mari makan dulu..” Puan Adira menarik lengan anaknya yang baru saja menapak turun dari tingkat atas.

Ayla pandang mamanya pelik. Apa kena dengan mama? Salah makan ke?
Setibanya di meja makan, dia jadi lagi hairan bila papa sudah siap menghidangkan makanan untuknya. Eh! Ini double pelik ni? Dia tertanya sendiri.

Tuan Addin menarik kerusi untuk anaknya. Membiarkan saja pandangan pelik anak perempuannya itu.

“Hari ni hari special ke? Tanya Ayla sambil memandang wajah papa dan mamanya silih berganti.

Tuan Addin dan Puan Adira berpandangan sama sendiri. Lantas tersenyum penuh makna.

“Ay, papa nak sampaikan hajat Ustaz Hafiz tu, jadi Ay dah buat keputusan ke belum? Tuan Addin memulakan bicara.

Puan Addira menanti jawapan dengan penuh keterujaan.

Ayla senyum segaris. Wajah dua insan kesayangannya itu di pandang silih berganti. Dia tahu sebagai ayah dan ibu, pasti papa dan mama mahu dia bahagia. Jika ini sudah tersurat apa lagi yang perlu di kata.

“Ay setuju…” Jawab Ayla penuh dengan ketenangan. Dia sudah redha. Mungkin dia di jadikan dari tulang rusuk kiri Umar.Siapa tahu. Biarpun istikharahnya masih belum menunjukkan sebarang tanda tapi hatinya lebih kepada Umar. Mungkin itulah cara untuk Allah tunjukkan jalan.

“Kalau macam tu, hujung minggu ni keluarga Umar akan masuk merisik. Hujung bulan bertunang, hujung tahun nikah. Alhamdulillah… akhirnya anak papa di temukan dengan orang yang baik-baik..”

Raykarl tak cukup baik ke?Seteruk mana perangai Raykarl, baginya lelaki itu tetap lelaki yang dia cintai 10 tahun ini. Lelaki yang sentiasa menyenangkan hidupnya sejak dari zaman belajar sampai sekarang. Dia bukanlah mata duitan walaupun peluangnya untuk mengambil kesempatan di atas kasih sayang Raykarl terhadapnya sangat luas terbentang. Tapi dia tak mahu.

Sejak berkerja di syarikat milik keluarga 5 tahun yang lalu, setiap bulan Raykarl akan memberikannya duit simpanan sebanyak 5 ribu. Puas di tolak, tapi biasalah Raykarl. Apa yang dia putuskan, Ayla wajib ikut.

Gaji dia sendiri tidak banyak yang di gunakan. Bahkan keretanya juga Raykarl yang belikan. Tunai pula tu. Ikutkan terlalu banyak dia berhutang budi dengan lelaki itu. Mahu di balas rasanya tak termampu untuk di bayar. Raykarl sendiri tidak pernah langsung mengukit. Mungkin dengan cara itu Raykarl menunjukkan kasih sayang dan dia sendiri tidak menyedarinya.

“Ayla.. mengelamun pula dia..” Tegur Tuan Addin.

Ya tuhan.. bagaimana dia mahu bernikah dengan Umar sedangkan hati dan jiwanya hanya untuk lelaki bernama Raykarl?

“Pa.. mama… Ay nak pergi kerja dulu. Dah lewat ni..” Ayla bangkit tanpa menjamah apa-apa makanan.

“Eh! Tak makan dulu ke?”

Ayla geleng kepala, lantas terus melangkah pergi dari meja makan. Tuan Addin dan Puan Adira  tertanya-tanya mengapakah Ayla tiba-tiba bersikap seperti itu sedangkan dia sendiri yang bersetuju?!

**
“Ayla!! Laung satu suara menyebabkan langkah Ayla mati serta merta. Dadanya berdegup kencang saat mendengar suara itu. Rasa gembira mula menyelinap di segenap ruang hatinya. Dia segera berpaling ke belakang.

Raykarl menapak ke arah Ayla yang ayu mengenakan baju kebaya pendek. Jantung Ayla berdegup kencang. Lelaki itu nampak segak mengenakan baju kemeja berwarna grey yang terletak molek pada tubuh sasanya. Rambutnya pula di sisir rapi. Ah! Bila saja lelaki itu tidak kemas dan kacak. Sejak dulu lagi Raykarl memang begitu.

“Mana Ay pergi?”

“Ada je..”

Balas Ayla acuh tak acuh. Pandangannya di halakan ke arah lain. Bukan apa, sebenarnya dia rindu tapi mengenangkan janji pada papa dan mama di pendamkan saja hasrat hati mahu memeluk lelaki itu.

“Call tak angkat. Text tak replay.. kenapa ni?”

Eh! Lelaki ni dah lupa ke yang mereka bergaduh dua hari lepas? Ke nyanyuk? Ni confirm saja je nak buat-buat lupa lepas tu berlagak seperti biasa. Sebelum ni boleh lah. Tapi kali ni memang tak boleh! Bertabahlah hati.

“Bukan ke kita dah berkeputusan nak bawa haluan masing-masing..”

“Bukan tak biasa bergaduh..”

“Kali ni luar biasa. Sebelum ni tak ada pula bergaduh pasal orang ketiga ke apa..”

Raykarl mengeluh perlahan. Lengan Ayla di pegang lembut. Mahu di tariknya Ayla ke dalam dakapannya seperti selalu tapi di tepisnya pula.

“Ay!!

“Kali ni Ay serius Karl. Kita dah tak ada apa-apa..” Putus Ayla tegas.

Raykarl ketawa sinis. Bukan dia tak tahu Ayla memang tak boleh hidup tanpanya. Dia tahu Ayla sengaja jual mahal.

“Ok! Dah la tu marah. Jom kita pergi beli handbeg dekat pavi..ya? Pujuk Raykarl lembut.
Wah! Dia ingat aku ni materialistik sangat ke apa?!

“Hello, jangan nak beli Ay dengan duit atau barangan mewah ke apa. Ay serius kali ni Karl. Keluarga Umar nak datang merisik hujung minggu ni..”

Senyuman Raykarl mati serta merta. Rasa seperti mahu terduduk saja mendengar kata-kata Ayla. Gila apa!

“Ay sengaja nak buat Karl cemburu kan? Sebab tu Ay cakap macam tu…kan?”
Ayla geleng pantas.

“Tak! Papa, mama semua dah beri kata putus. Mereka tak akan terima Karl sebagai suami Ay. Cukuplah beberapa tahun ini yang Karl dah sia-siakan… dah tak ada peluang lagi..”

Raykarl telan air liur.”Apa ni Ay! I love you…ay. Cuma Ay yang Karl sayang…”

“Dah terlambat pun Karl. Kalau sebelum ni susah sangat Karl nak cakap, Karl sayang Ay… Karl perlakukan Ay seperti barang yang tak berharga..” Ayla menahan esak. Air mata sudah merembes keluar. Tinggal tak meraung saja lagi.

“Ayla…! Please don`t cry sayang..” Tubuh itu di peluk rapat ke dalam pelukannya.

Ayla meronta minta di lepaskan. Dia menumbuk-numbuk dada bidang Raykarl.

“Tak! Karl sayang Ay. Karl cintakan Ay… kenapa Ay buat keputusan terburu-buru…?”

Pang!!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Raykarl menyebabkan pelukannya terlerai serta merta. Ayla berundur. Dia memang tak sengaja! Ya tuhan. Dia semakin mengeruhkan keadaan.
Raykarl memegang pipinya yang terasa perit. Perit di hati lagi menyakitkan sebenarnya. 
Wajah Ayla di renung tajam.

“Tak! Ay cuma milik Karl. Apa pun penerimaa keluarga Ay, mereka harus tahu Ay cuma untuk Karl. Ingat tu..” Kata Raykarl dengan bibir terketar-ketar.

Ayla telan air liur. Takut dengan ugutan itu sebenarnya. Dia kenal sangat dengan Raykarl. Dia cuma melihat Raykarl berlalu dari situ tanpa mengejarnya. Biarlah, dia dah tak mahu memujuk lagi. Apa pun penerimaan Raykarl, dia harus sedar yang dia sudah di beri peluang beribu kali. Tapi satu pun tidak di gunakan dengan sebaik yang mungkin.”Maafkan Ay…Karl..mungkin Karl bukan jodoh Ay!!!








2 comments:

rockheart said...

Jgn karl buat bnda yg mkin sakitkn ayla sudahla.. Cian ayla

baby mio said...

saya sokong ayla.