hehe..dasar pemalas kan?! Dah bersawang ini belog..hehe..terimalah ye penulisan hamba yang tak seberapa ini.
Usai menunaikan solat Raykarl
mengemas isi briefcase dan segala file di atas meja kerjanya. Hari ni genap 2
hari dia dan Ayla mendiamkan diri. Nampaknya Ayla serius dengan kata-katanya.
Tak pernah-pernah Ayla keras hati macam ni. Dia pula naik seram memikirkannya.
Ah! Bukan kah dia memang sedang mencari jalan untuk mereka terus berpisah? Tapi
kenapa sekarang dia rasa tidak mampu pula untuk meneruskan niatnya itu?!
Dia mengeluh perlahan sebelum duduk di birai
katil sambil membelek I phonenya. “Dia ni nekad betul-betul ke apa?”Dia rasa
tidak sedap hati. Jangan-jangan memang Ayla betul-betul terima pinangan Umar?
Sudahnya dia yang sasau sendiri.
Tok!tok.
“Masuk…”Arahnya dari dalam.
Wajah mamanya tersembul dari
muka pintu.
“Dah solat ke?”
Raykarl angguk kepala.
“Boleh mama masuk?”
Raykarl angguk lagi.
Datin Athirah menapak masuk.
Dia menyerahkan sesuatu kepada Raykarl.
“Apa ni ma??”
Bekas kecil itu di ambil dari
tangan mamanya. Cincin??
“Untuk majlis merisik
Saffiyah..”Jawab mamanya dengan senyuman.
Raykarl terpana.
Merisik?Saffiyah? Sebegini cepat? Biar betul?
Wajah pelik anak lelakinya yang
berkopiah itu di pandang dengan rasa hairan.”Karl jangan nak buat perangai tau.
Mama dah deal dengan Saffiyah pun..”
Raykarl terkulat-kulat. Kot ye
pun tak menyabar nak tunggu bulan depan mama ni. Dengan Ayla pun tak habis
settle lagi. Aduhai!!
“Bila mama nak pergi risik?
“Karl cakap secepat yang
mungkin kan?”
Raykarl diam tak beri reaksi.
“Karl. Kenapa ni? Jangan cakap
dengan mama yang Karl nak batalkan pula…” Datin Athirah seperti sudah dapat
menduga apa yang ada dalam kepala anak lelakinya itu.
“Mama.. Karl rasa beri Karl
masa dulu boleh ma?”
“Karl…” Suara Datin Athirah
sudah mula meninggi.
“Karl bukan nak batalkan pun
ma. Cuma beri Karl sedikit saja lagi masa ma..”
Datin Athirah mengeluh kasar.
Dah macam lalang pula dia rasa pendirian Raykarl saat itu. Kejap nak, kejap tak
nak.
“Mama… boleh tak Karl nak kenal
hati budi Saffiyah dulu? Tak lama ma… bagi Karl 3 bulan. Boleh?
“Apa mama nak cakap dengan
Saffiyah Karl..” Kendur suara Datin Athirah yang nampak kecewa dengan
permintaan Raykarl.
Tangan mamanya di pegang
lembut.
“Ma.. kalau memang betul ada
jodoh Karl dengan Safiyyah tak kemana ma…”
“Yelah…Karl. Mama ikut Karl je.
Tapi jangan lama sangat ye?”
Raykarl angguk kepala sambil
tersenyum. Hari ini dia ada misi penting. Dia mahu bersemuka dengan Ayla.
**
Tuan Addin menanti anaknya di
ruang makan. Ada perkara yang dia mahu pastikan dengan anak perempuannya itu
hari ini. Hari penentuan sama ada Ayla mahu terima lamaran keluarga Umar
ataupun tidak. Perkara yang baik dia tak mahu lengahkan lagi.
“Mari makan dulu..” Puan Adira
menarik lengan anaknya yang baru saja menapak turun dari tingkat atas.
Ayla pandang mamanya pelik. Apa
kena dengan mama? Salah makan ke?
Setibanya di meja makan, dia
jadi lagi hairan bila papa sudah siap menghidangkan makanan untuknya. Eh! Ini
double pelik ni? Dia tertanya sendiri.
Tuan Addin menarik kerusi untuk
anaknya. Membiarkan saja pandangan pelik anak perempuannya itu.
“Hari ni hari special ke? Tanya
Ayla sambil memandang wajah papa dan mamanya silih berganti.
Tuan Addin dan Puan Adira
berpandangan sama sendiri. Lantas tersenyum penuh makna.
“Ay, papa nak sampaikan hajat
Ustaz Hafiz tu, jadi Ay dah buat keputusan ke belum? Tuan Addin memulakan
bicara.
Puan Addira menanti jawapan
dengan penuh keterujaan.
Ayla senyum segaris. Wajah dua
insan kesayangannya itu di pandang silih berganti. Dia tahu sebagai ayah dan
ibu, pasti papa dan mama mahu dia bahagia. Jika ini sudah tersurat apa lagi
yang perlu di kata.
“Ay setuju…” Jawab Ayla penuh
dengan ketenangan. Dia sudah redha. Mungkin dia di jadikan dari tulang rusuk kiri Umar.Siapa tahu. Biarpun istikharahnya masih belum menunjukkan sebarang tanda tapi
hatinya lebih kepada Umar. Mungkin itulah cara untuk Allah tunjukkan jalan.
“Kalau macam tu, hujung minggu
ni keluarga Umar akan masuk merisik. Hujung bulan bertunang, hujung tahun
nikah. Alhamdulillah… akhirnya anak papa di temukan dengan orang yang
baik-baik..”
Raykarl tak cukup baik
ke?Seteruk mana perangai Raykarl, baginya lelaki itu tetap lelaki yang dia
cintai 10 tahun ini. Lelaki yang sentiasa menyenangkan hidupnya sejak dari
zaman belajar sampai sekarang. Dia bukanlah mata duitan walaupun peluangnya
untuk mengambil kesempatan di atas kasih sayang Raykarl terhadapnya sangat luas
terbentang. Tapi dia tak mahu.
Sejak berkerja di syarikat
milik keluarga 5 tahun yang lalu, setiap bulan Raykarl akan memberikannya duit
simpanan sebanyak 5 ribu. Puas di tolak, tapi biasalah Raykarl. Apa yang dia
putuskan, Ayla wajib ikut.
Gaji dia sendiri tidak banyak
yang di gunakan. Bahkan keretanya juga Raykarl yang belikan. Tunai pula tu.
Ikutkan terlalu banyak dia berhutang budi dengan lelaki itu. Mahu di balas
rasanya tak termampu untuk di bayar. Raykarl sendiri tidak pernah langsung
mengukit. Mungkin dengan cara itu Raykarl menunjukkan kasih sayang dan dia
sendiri tidak menyedarinya.
“Ayla.. mengelamun pula dia..”
Tegur Tuan Addin.
Ya tuhan.. bagaimana dia mahu
bernikah dengan Umar sedangkan hati dan jiwanya hanya untuk lelaki bernama
Raykarl?
“Pa.. mama… Ay nak pergi kerja
dulu. Dah lewat ni..” Ayla bangkit tanpa menjamah apa-apa makanan.
“Eh! Tak makan dulu ke?”
Ayla geleng kepala, lantas
terus melangkah pergi dari meja makan. Tuan Addin dan Puan Adira tertanya-tanya mengapakah Ayla tiba-tiba
bersikap seperti itu sedangkan dia sendiri yang bersetuju?!
**
“Ayla!! Laung satu suara
menyebabkan langkah Ayla mati serta merta. Dadanya berdegup kencang saat
mendengar suara itu. Rasa gembira mula menyelinap di segenap ruang hatinya. Dia
segera berpaling ke belakang.
Raykarl menapak ke arah Ayla
yang ayu mengenakan baju kebaya pendek. Jantung Ayla berdegup kencang. Lelaki
itu nampak segak mengenakan baju kemeja berwarna grey yang terletak molek pada
tubuh sasanya. Rambutnya pula di sisir rapi. Ah! Bila saja lelaki itu tidak
kemas dan kacak. Sejak dulu lagi Raykarl memang begitu.
“Mana Ay pergi?”
“Ada je..”
Balas Ayla acuh tak acuh.
Pandangannya di halakan ke arah lain. Bukan apa, sebenarnya dia rindu tapi
mengenangkan janji pada papa dan mama di pendamkan saja hasrat hati mahu
memeluk lelaki itu.
“Call tak angkat. Text tak
replay.. kenapa ni?”
Eh! Lelaki ni dah lupa ke yang
mereka bergaduh dua hari lepas? Ke nyanyuk? Ni confirm saja je nak buat-buat
lupa lepas tu berlagak seperti biasa. Sebelum ni boleh lah. Tapi kali ni memang
tak boleh! Bertabahlah hati.
“Bukan ke kita dah berkeputusan
nak bawa haluan masing-masing..”
“Bukan tak biasa bergaduh..”
“Kali ni luar biasa. Sebelum ni
tak ada pula bergaduh pasal orang ketiga ke apa..”
Raykarl mengeluh perlahan.
Lengan Ayla di pegang lembut. Mahu di tariknya Ayla ke dalam dakapannya seperti
selalu tapi di tepisnya pula.
“Ay!!
“Kali ni Ay serius Karl. Kita
dah tak ada apa-apa..” Putus Ayla tegas.
Raykarl ketawa sinis. Bukan dia
tak tahu Ayla memang tak boleh hidup tanpanya. Dia tahu Ayla sengaja jual
mahal.
“Ok! Dah la tu marah. Jom kita
pergi beli handbeg dekat pavi..ya? Pujuk Raykarl lembut.
Wah! Dia ingat aku ni
materialistik sangat ke apa?!
“Hello, jangan nak beli Ay
dengan duit atau barangan mewah ke apa. Ay serius kali ni Karl. Keluarga Umar
nak datang merisik hujung minggu ni..”
Senyuman Raykarl mati serta
merta. Rasa seperti mahu terduduk saja mendengar kata-kata Ayla. Gila apa!
“Ay sengaja nak buat Karl
cemburu kan? Sebab tu Ay cakap macam tu…kan?”
Ayla geleng pantas.
“Tak! Papa, mama semua dah beri
kata putus. Mereka tak akan terima Karl sebagai suami Ay. Cukuplah beberapa
tahun ini yang Karl dah sia-siakan… dah tak ada peluang lagi..”
Raykarl telan air liur.”Apa ni
Ay! I love you…ay. Cuma Ay yang Karl sayang…”
“Dah terlambat pun Karl. Kalau
sebelum ni susah sangat Karl nak cakap, Karl sayang Ay… Karl perlakukan Ay
seperti barang yang tak berharga..” Ayla menahan esak. Air mata sudah merembes
keluar. Tinggal tak meraung saja lagi.
“Ayla…! Please don`t cry sayang..” Tubuh itu di peluk rapat ke dalam
pelukannya.
Ayla meronta minta di lepaskan.
Dia menumbuk-numbuk dada bidang Raykarl.
“Tak! Karl sayang Ay. Karl
cintakan Ay… kenapa Ay buat keputusan terburu-buru…?”
Pang!!!!
Satu tamparan hinggap di pipi
Raykarl menyebabkan pelukannya terlerai serta merta. Ayla berundur. Dia memang
tak sengaja! Ya tuhan. Dia semakin mengeruhkan keadaan.
Raykarl memegang pipinya yang
terasa perit. Perit di hati lagi menyakitkan sebenarnya.
Wajah Ayla di renung
tajam.
“Tak! Ay cuma milik Karl. Apa
pun penerimaa keluarga Ay, mereka harus tahu Ay cuma untuk Karl. Ingat tu..”
Kata Raykarl dengan bibir terketar-ketar.
Ayla telan air liur. Takut
dengan ugutan itu sebenarnya. Dia kenal sangat dengan Raykarl. Dia cuma melihat
Raykarl berlalu dari situ tanpa mengejarnya. Biarlah, dia dah tak mahu memujuk
lagi. Apa pun penerimaan Raykarl, dia harus sedar yang dia sudah di beri
peluang beribu kali. Tapi satu pun tidak di gunakan dengan sebaik yang
mungkin.”Maafkan Ay…Karl..mungkin Karl bukan jodoh Ay!!!
2 comments:
Jgn karl buat bnda yg mkin sakitkn ayla sudahla.. Cian ayla
saya sokong ayla.
Post a Comment