Sunday, December 23, 2012

My.Mr.Chef 5


Ok.. atas permintaan...aku publish jugak!Hehhee.... ade banyak kesalahan di sini! maafkan aku eh! Hehhee...tiba-tiba aku mati idea dengan cerita ni. Aku dah stop lama.... hehe..tp sekali sekala aku sambung jugak! Dah macam klise tahu..tapi ini bukan kawen paksa-paksi ok! Cuma cara mereka jumpa tu je agak... klise mungkin!!! 


Scha melangkah masuk ke dalam kereta milik Emeriz dengan mata yang melilau ke sana sini. Selepas pintu kereta di tutup, Emeriz terus memecut lagi keretanya keluar dari kawasan perumahan itu atas permintaan Scha sendiri. ‘Gila betul drive laju macam ni kat kawasan perumahan..’ Gumam Emeriz di dalam hati.
Dia sendiri tidak kisah sekiranya perlu berdepan dengan kedua orang tua Scha. Tapi Scha sendiri yang berkeras untuk berjumpa tanpa pengetahuan orang tuanya. Jadi dia bersetuju saja. Memaksa bukan sifat yang ada dalam dirinya.
Scha menjeling ke kanan. Lelaki itu nampak agak murung. Ahhh... sepatutnya aku yang murung bukan dia. Scha mendengus kecil. Pandangan di halakan ke depan.
Fikirannya masih memikirkan Taliah. Selama hari ini dia tidak pernah melihat Taliah menangis sebegitu teruk. Kejadian malam tadi benar-benar menganggunya. Bagaimana jika benar Taliah tidak bersalah? Argggghhhh semua itu menyesakkan dadanya.
“Chef nak ke mana ni? Scha berani membuka bicara.
Emeriz yang bagaikan baru tersedar itu memandang ke arahnya sekilas. Pantas bayang Taliah hilang dari ruangan mata.
“Errr... kita ke putrajaya. Sana lebih tenang dan tak ramai orang...” Jawab Emeriz perlahan.
Scha mengangguk. Apa kena dengan dia ni? Termenung macam orang kalah judi..’
“Dah makan ke? Emeriz cuba untuk beramah mesra. Takkanlah nak membatu sepanjang perjalanan ke sana. Bukan satu jarak yang dekat. Paling cepat 20 minit. Itu pun kalau tak jam.
“Dah... Balas Scha sepatah. Sebenarnya dia sendiri tidak faham mengapa dia boleh bersetuju menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar. Mujur juga papa dan mama tiada di rumah. Cuma yang ada Embak Yanti dengan Aqil saja. Itupun puas di pujuknya Aqil yang merengek nak ikut.
“Hemmm.. mama tanya bila Chef nak buat press conferance tu? Dah 2 hari ni.. Scha memberanikan diri bertanya. Memang mama mendesak separuh nak gila. Katanya semua rakan-rakannya sudah sibuk bertanya itu . Bukan main lagi mereka teruja kononya Puan Sharifah Suraya bakal menerima menantu. Bukan sembarangan menantu. Seleberiti Chef pula tu.
Emeriz sedikit terkejut mendengar soalan itu. Tapi dia cuba berlagak tenang. Dalam kepala otaknya dia ligat menyusun ayat yang paling sesuai untuk menyuarakan hasrat hati kedua orang tuanya kepada Scha. Sebelum keluarganya datang melamar, dia terlebih dahulu akan berbincang dengan gadis itu. ‘Takkanlah nak memaksa kot. Isk.. dah macam kahwin paksa je ni...’
“Scha... saya ajak awak keluar ni pun sebab nak bincang hal itulah..”
Scha tersenyum lega.’Bagus! Tak payah susah-susah aku nak fikir lagi. Dah 2 hari tidur tak lena. Mana tahu memang betul aku kena kahwin dengan Chef ni..Isk! Tak mahulahhhh....
“Lagi cepat selesai lagi bagus, tak lama lagi cuti sem dah habis.. so tak ada lah rasa fobia nak pergi kolej nanti. Itupun kawan-kawan dah kepoh kat facebook. Dah bebuih mulut ni saya terangkan sorang pun tak mahu percaya..” Keluh Scha. Bukan main bertalu-talu dia menerima ucapan tahniah di wall facebooknya. Sampaikan tahap seperti mahu tutup saja akaun laman sosialnya itu.
Emeriz sekadar mengangguk dan tersenyum tanpa menjawab apa-apa. Dada masih lagi berombak seperti di landa tsunami. Tangan pula sudah berpeluh-peluh. Punyalah takut untuk menyatakan apa yang sudah di rancangnya sekeluarga. Apakah penerimaan gadis itu? Lagi-lagi keluarganya. Emeriz pegang kepala. Urat saraf di kepala sudah berdenyut-denyut. Jangan pecah sudah! Tak pasal boleh mati muda!
Setibanya di suatu tempat Emeriz dan Scha keluar dari kereta. Scha melihat papan tanda yang terdapat di tempat parking itu.
“Oh... taman boltani..! Dia tersenyum sendiri sambil matanya melilau melihat keindahan kawasan bertasik itu. Sunyi dan mendamaikan. Terasa dadanya sedikit tenang setelah hampir setengah jam berperang dengan perasaan tidak selesa apabila berdua dengan Emeriz di dalam kereta.
“Jom kita duduk di sana.. !”Jari telunjuk Emeriz terarah pada bangku yang berada dekat dengan tasik buatan itu. Scha cuma akur sambil berjalan beriringan dengan Emeriz.
Scha melihat sekumpulan remaja perempuan datang menyerbu Emeriz. Dia cepat-cepat menjauhkan diri. Takut ada yang sempat merakamkan gambar mereka bersama. Tak pasal jadi masalah besar nanti. Daripada satu masalah dah jadi dua masalah.
“Chef Emeriz... Boleh tak kami nak ambil gambar? Soal salah seorang remaja perempuan yang memakai tudung berwarna pink itu.
Emeriz tersenyum”Boleh... Jawabnya ramah.
Scha mencebik. Bukan main famous lagi mamat ni eh? Kemudian dia tersenyum sendiri melihat betapa terujanya gadis-gadis itu apabila dapat bergambar dengan Emeriz. Macam-macam posing sampaikan Emeriz terpaksa meminta diri.
‘Ah... dulu pertama kali aku nampak dia dekat kelas pun aku rasa macam nak pitam. So, normal lah budak-budak tu bukan main teruja lagi’ Scha tersenyum sendiri. Kelakar pula apabila mengenangkan detik pertama dia bertentang mata dengan Emeriz. Rasa tak cukup nafas nak bernyawa. Ternyata Emeriz lebih kacak dan tinggi berbanding apabila di lihat di kaca tv. Sudahlah soft spoken, siapa yang tak suka kan?!
Langkahnya segera di atur ke arah tempat yang di maksudnya oleh Emerzi sebentar tadi. Biarkan Emeriz melayan peminat-peminatnya terlebih dahulu.
“Jalan elok-elok ya! Pesan Emeriz kepada peminat-peminatnya itu. Bukan main teruja lagi mereka dapat bertemu dengan lelaki kacak itu. Tersenyum-senyum sampai ke telinga. Gosip-gosip liar yang melanda Emeriz seakan hilang dari minda mereka tatkala  melihat sendiri wajah Chef pujaan ramai itu.
Emeriz ketawa sendiri melihat keletah Scha yang sibuk mengambil gambarnya sendiri. Siap senyum-senyum sambil buat aksi manja.
“Amboi.. posing sakan nampak.. Tegur Emeriz. Scha yang langsung tidak menyedari kehadiran lelaki itu melompat terkejut. Segera dia berpaling ke belakang melihat empunya suara itu.
“Eh... eh...nasib baik kalau tidak melayang i phone awak tu kat dahi saya ni..” Seloroh Emeriz sambil melangkah setapak ke belakang.
Scha mengusap dadanya. Kusss... semangat. Lelaki ni memang di takdirkan untuk mengejutkan aku je ke gamaknya.!
“Chefff... buatnya saya melompat ke depan.. tak ke saya lemas kat dalam tasik tu...” Marah Scha sambil bercekak pinggang dengan mata yang di bulatkan.
Emeriz ketawa besar. Sumpah comel bila Scha buat mata macam tu.
“Awak ni Scha... muda-muda lagi dah melekat simptom melatah eh?! Emeriz menggelengkan kepalanya.
Scha mengetap bibir. Isk! Malunya....
Emeriz mengambil tempat di bangku. Scha masih tercegat di depannya seperti tak tahu nak buat apa. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain.
Emeriz tersenyum simpul melihat Scha yang nampak begitu kekok di pandangan matanya.
“Meh duduk sini... Panggil Emeriz sambil tanganya lincah membersihkan tempat duduk di sebelahnya.
Mata Scha membulat tatkala Emeriz mempelawanya duduk di sebelahnya. Gila! Bangku tu dah lah kecik, tak sanggup rasanya nak duduk rapat-rapat dengan dia. Uwaaa... memang aku tak sanggup!
“It`s ok saya berdiri je... Pantas dia menolak.
“Awak takut ke? Duga Emeriz dengan kening yang terangkat. Memang dia dah agak apabila melihat reaksi wajah gadis itu. Tak sangka betul, Scha yang dia fikir agak selamba itu rupa-rupanya pemalu! Sejak dari tadi lagi dia perasan yang pipi Scha asyikblushing saja. Memang gadis itu tak mampu nak sorok apa yang ada dalam hatinya.
Scha memandang wajah tampan itu sambil menggelengkan kepalanya.
“Tak selesa...”
Emeriz mengangguk tanda faham. Seperti biasa dia memang tak suka memaksa. Dengan orang perempuan dia memang akan berlembut. Cuma dengan Taliah saja dia terpaksa berkasar untuk kali ini. Setelah sekian lama dia berlembut, kini tiba masanya dia keluar dari sikapnya yang sebenar. Bukan mudah untuk menjadi diri orang lain. Memang kelemahannya pada air mata Taliah tapi itu bukan umpan untuk dia terus kalah.
Wajah gebu Scha di pandang sekilas. Jika mahu di bandingkan Scha dengan Taliah. Sudah pasti Taliah jauh lebih cantik daripadanya. Namun, ada sedikit kelebihan di situ yang membezakan dia dan Taliah. Scha nampak lebih sopan dan pemalu walaupun adakalanya nampak agak selamba. Manakala Taliah dia lebih agresif dan mudah mesra dengan sesiapa saja.’Duhai hati tolonglah beri tumpuan pada Scha untuk hari ini... Haih!.. Dadanya bidang itu di sentuh perlahan. Tidak mahu Scha perasan yang dia sememangnya sedang mengelamun jauh terkenangkan cinta pertamanya yang kecundang di tengah jalan. Benarlah kata orang yang cinta pertama memang sukar untuk di lupakan. Bukan sekadar sukar! Malah terlalu mendera jiwa. Silap langkah dia boleh kembali kepada Taliah. Namun, dia sudah berpegang kepada janji!
“Chef.. Hello.. mengelamun apa tu.. Scha melayangkan tangannya di hadapan muka Emeriz. ‘Boleh pula di mengelamun jauh... siap dengan kepala tergeleng-geleng lagi. Entah apa yang dia fikir ya?
Emeriz tersentak. Dia berdehem kecil. Malu di kantoikan seperti itu. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya.
“Scha.... Panggil Emeriz lembut. Kali ini dia mahu menumpukan perhatian. Hajat sebenar perlu di lunaskan sekarang juga. Tak boleh di tangguh lagi! Umi asyik mendesak sehinggakan tiada ruang langsung untuk dia menenangkan hati yang sedang cedera parah!
“Hemmmm... Kening Scha sedikit terangat. Sebenarnya dia berdebar-debar tatkala Emeriz menyebut namanya. Terasa begitu indah di pendengarannya. Rasa di awang-awangan. Dasyat betul penangan Emeriz ni. Itu baru suara. Kalau tuan badan? Hurmmm mahu aku pitam 10 hari 10 malam!
“Awak dah ada boyfriend?
Scha sedikit kaget dengan soalan itu. Soalan apakah ini? Rasa macam kelakar pun ada. Macam ayat nak mengorat je ni... huhu.. Suspen pulak! Scha cuba berlagak tenang biarpun pada hakikatnya ia nampak pincang pada mata Emeriz. Dia terlebih dahulu makan garam berbanding Leya yang memang terlalu jauh jarak usianya.
“Tak ada... kenapa Chef? Jawab Scha setenang yang mungkin.
Emeriz mengusap belakang tengkuknya. Macam mana nak mula ni?? Susahnya.... kalau dia fikir yang aku ni memang nak mengorat dia macam mana? Eh bukan ke aku tengah nak melamar dia ni... alahai.. pasal apa susah sangat ni! Dia menarik nafas panjang lalu di helakan perlahan-lahan. Cuba bertenang.
“Susah saya nak terangkan Scha...” Emeriz bersuara perlahan. Rasa macam tak patut pula bila dia bertanya soalan itu. Rasa macam kelakar pun ada.
Scha rasa tidak sedap hati. Kenapa ni? Dia penasaran. Wajah Emeriz di pandang lama minta jawapan.
“Pasal press conferance tu ke?? Duga Scha.
Emeriz menggelengkan kepalanya sambil melarikan pandangan matanya dari di renung oleh Scha.
Scha mengeluh. Habis pasal apa? Gumamnya di dalam hati. Emeriz sengaja mahu menguji tahap kesabarannya sekarang!
“Kita... Kita.... Emeriz memejamkan matanya rapat. Susahnya...... Jari jemarinya bertaut erat. Siap berpeluh segala. Kalau dengan Taliah pun dia tak pernah rasa seteruk ini. Mungkin juga Taliah lain, Scha lagilah lain. Dia bukan sesiapa dalam hidup aku! Cuma gadis yang terjerat dalam masalah yang dia sendiri ciptakan. Ahhh....!
“Kita apa? Suara Scha melengking tinggi. Hilang juga sabarnya kali ini.
“Kita kahwinnn!!! Akhirnya terlepas juga apa yang ingin di sampaikan. Bukan main terkejut lagi mendengar suara Leya sekuat itu.
Dangg!! Terasa melayang tubuhnya saat itu. Mulutnya ternganga. Betapa buruk rupanya saat itu tidak mampu di sorokkan lagi. Apa..? lelaki itu sudah gila agaknya! Kahwin ok.. kahwin...! Emeriz... Chef Emeriz........ serius aku rasa macam nak pengsan!
“A.... apa?? Mulut Leya sudah terbuka terkatup dengan mata yang terkebil-kebil.
Emeriz serba salah melihat reaksi Scha. ‘Macam tu sekali budak ni terkejut.. macamlah aku ajak dia terjun tasik ni bunuh diri’
“Kita kahwin... ulangnya lagi dengan nada yang sedikit kuat. ‘Pekak ke apa ni?
“Kahwin?
Emeriz segera mengangguk pantas.
Scha memegang dadanya. Terasa jantungnya berdetak lebih kencang dari biasa. Nafasnya terasa sesak yang amat. Telinganya pula terasa berdengung. Ya... dia tidak pekak... dan dapat melihat anggukan lelaki itu dengan mata kepala dan batang hidungnya sendiri!
“Scha... janganlah terkejut macam ni sekali..”
Tiba-tiba Emeriz sudah berdiri di sebelahnya. Rapat.
‘Eh bila masa pula mamat ni berdiri...eh.. dekat pula tu... syuhhh jauh sikit boleh! Dia menapak ke kanan sedikit. Tak selesa!
“Saya rasa macam nak pengsan ni... Scha memegang kepalanya yang rasa berpusing. Emeriz segera memegang lengan Scha. Terhuyung hayang tubuhnya terasa seperti mahu rebah.
“Eh... Awak ok tak ni?? Emeriz mulai kalut. Scha di bawa ke bangku. Kesian pula dia melihat keadaan Scha saat itu. Dah macam nak pitam pun ada lagaknya. Ke ada darah tinggi? Kebetulan dia ternampak daun yang agak besar saiznya jatuh di bangku. Segera dia mengambilnya dia mengibas-ngibas muka Scha.
“Huh..huh..... Scha menghela nafas kuat dan berkali-kali. Macam orang nak beranak pun ada!
“Scha are you ok?
Scha memandang Emeriz yang duduk di sebelahnya. Pantas tangannya melekap ke dahi lelaki itu. Eh.. biasa je. Tak ada sejuk tak pula panas. Suhu masih macam manusia normal.
Emeriz hampir nak ketawa melihat kelakuan Scha. Lawak sungguh.
“Saya ok.. awak tu yang tak ok... Scha..! Kata Emeriz seraya tertawa kecil.
‘Siap ketawa lagi! Aku ni dah rasa macam nak tercabut jantung. Dia boleh ketawa macam tu...Isk!
“Tak, tadi Chef cakap nak ajak saya kahwin? Entah kenapa Scha masih belum berpuas hati mahu memastikannya lagi.
Emeriz senyum lagi.
“Saya bukan suruh Chef senyum... just jawab... Tekan Scha garang.
‘Amboi... garang aih!! Emeriz terkejut melihat reaksi wajah Scha. Comel tapi garang!
“Ye... saya nak awak kahwin dengan saya! Kita kahwin...! Tegas Emeriz.
“Lah... nak kahwin buat apa? Soal Scha seperti orang bodoh. Memang dia kebodohan saat itu. Lelaki yang tak tahu datang dari mana, tak pernah berkawan dan bercinta. Tiba-tiba ajak kahwin! Mau tak rasa stupid dam-dam!
Emeriz terasa seperi mahu menepuk dahi sendiri. Memang waktu itu wajah Scha nampak blur gila.... tapi dia faham. Kalau dia adalah Scha pasti dia akan terkejut macam tu juga. Bahkan lagi teruk kot!
“Saya tak boleh nak buat press confereance tu.. parents saya desak nak melamar awak..”
“Woo...wo... jangan nak buat lawak ok! Kulit muka Scha yang gebu itu sudah merah padam.
Emeriz menggelengkan kepala. Soal kahwin nak di buat lawak. Biar betul budak ni. Alang-alang dah kecewa teruk ni kan... biarkan terus kecewa!’
“Saya tak buat lawak pun Scha... i had no choice... Katanya sesungguh hati. ‘Tologlahhhh setuju Scha.... Pintanya di dalam hati.
“Ini masalah awak Chef Emeriz oi! Bukan masalah saya.. Ok, kalau kita pernah bercinta sekalipun. Saya tak akan kahwin dalam usia yang macam ni! Masih banyak yang saya nak capai dalam hidup... so jangan nak merepek!” Scha berpeluk tubuh. Geram! Wajahnya sudah masam mencuka.
“Scha.. lepas kahwin pun awak boleh continue capai apa yang awak nak dalam hidup awak tu. Saya tak akan halang...!” Kata Emeriz cuba meyakinkan Scha. Dan memang ternyata Scha terkejut dengan kata-katanya itu.
“Stop it Chef! Apa yang Chef mengarut ni? Bulat mata Scha memandang Emeriz di sebelah.
Lelaki itu nampak lost! Dia nampak tak serius tapi jelas dia berada dalam keadaan yang terdesak. Kegilaan apakah ini!?
Emeriz diam. Cuba menyabarkan hati. Tiba-tiba dia terasa yang dia sudah melanggar prinsip hidupnya. Ya dia tak akan memaksa!
“Ok... i`m so.. so.. so... sorry Scha..! Tapi saya memang tak boleh nak adakan Press conferance atau memberi apa-apa keterangan kepada pihak media biarpun mereka mendesak mahukan cerita yang sebenar...”
What? Suara Scha sudah melengking tinggi.
Emeriz terpampan melihat reaksi Scha. Nampaknya gadis itu benar-benar marah.
“Scha... sabar Scha...! Ok kita bincang elok-elok, saya tak mahu kita berbincang dalam keadaan yang lintang pukang macam ni.. Pujuk Emeriz sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya memberi reaksi supaya Scha tidak melenting.
Scha mengetap bibir. Tenang Ya? Kahwin ok.. bukan perkara yang boleh di bawa main-main.
“Kalau awak tak bersetuju kita kahwin, it`s ok, saya faham memang faham. Tapi Umi dan ayah saya tetap akan datang melamar awak end of this week. Saya dah tak mampu nak halang Scha. Umi dah terlalu berkeras.... Ujar Emeriz mengharapkan Scha mengerti dan bertenang.
“Apa masalah Chef dengan Umi dan ayah Chef ni? Saya ni tau manusia tau....” Sengaja di tekankan perkataan manusia tu. Biar lelaki tu jelas.”Jadi jangan suka-suka buat keputusan seolah-olah saya ni bukan manusia...” Sambung Scha agak pedas!
Emeriz menggelengkan kepalanya. Dia langsung tidak pernah beranggapan Scha sedemikian rupa. Dia hormati hak dan keputusan Scha cuma dia tidak mampu untuk menghalang kehendak Umi! Dia cuma mahu menyuarakan hasrat Umi.
 Ikutkan rasa hati yang gila mahu saja dia melarikan diri ke luar negara. Biar dia jauh dengan masalah-masalah yang bertimpa di kepalanya sekarang. Namun, dia bukan jenis yang suka lari dari masalah. Lagi-lagi memang masalah itu dia yang cari sendiri. Dia harus bertanggungjawab.
Dengan rasa yang berat hati Emeriz menceritakan satu persatu kisah hidupnya. Sejak dari mula dia mengenali Taliah sehinggalah bagaimana tegarnya dia melangkah keluar dari rumah hanya kerana kemahuannya untuk bersama Taliah di tentang hebat oleh Uminya. Kini dia tidak malu lagi menceritakan semuanya kepada Scha. Termasuk dengan kejadian yang dia terpaksa melibatkan Scha dalam masalahnya di cafe tempoh hari. Dia tak mahu Scha salah anggap mengenai dirinya.
“Sampai hati Chef buat macam tu pada mereka..”
Emeriz mengeluh berat. Dia menundukkan wajahnya memandang rumput. Betapa malunya saat itu namun dia terpaksa berdepan juga dengan reaksi daripada Scha. Memang dia yang bersalah! Jadi segala hukuman dan pandangan orang harus di hadapi dengan setenang yang mungkin. Sedangkan di dunia pun dia sudah rasa azabnya menanggung rasa malu itu. Apatah lagi sewaktu di hitung segala amalan di padang masyar nanti. Ya Allah...... Emeriz insaf!
Scha menggelengkan kepalanya tanda dia tidak menyangka yang berada Emeriz di sebelahnya sekarang pernah menjadi anak derhaka! Subahanallah... Scha beristifar di dalam hati.
“Semua orang nampak saya begitu hebat kerana memiliki semuanya. Kerjaya, paras rupa dan semua yang saya ada sekarang semuanya datang daripada perbuatan jahat saya Scha..” Luah Emeriz yang nampaknya begitu kesal dengan apa yang telah dia lakukan dulu.
Scha mengangguk perlahan. Memang! Emeriz memang nampak hebat. Kerana dia mampu membina nama di usia yang cukup muda. Dia juga memiliki beberapa cawangan restaurant berkonsepkan cafe yang memang terkenal dan sentiasa menjadi sebut-sebutan. Sana sini stesen tv mahu mewawancara mengenai kejayaannya, namun di sebalik semua itu siapa tahu ada hati yang menangis! Baru sekarang dia mengerti bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang yang berjaya seperti Emeriz. Namun di sebalik semua cerita itu, dia tahu Emeriz tak patut di persalahkan 100%. Kalau Uminya mengalah, tak mustahil sekarang Emeriz sudah bahagia bersama Taliah! Namun siapa mampu menolak takdir Allah! Mungkin ini jalan cerita buat lelaki itu. Fikir Scha secara positif.
“Saya simpati dengan masalah yang Chef hadapi...”
“Bukan simpati yang saya harapkan dari awak Scha. Saya cuma mahu awak tahu, yang saya bukan sengaja mendesak awak terima lamaran saya ni...”
Scha mengangguk tanda dia mengerti.“Tapi saya berhak menolak kan?”
Emeriz mengangkat wajah menentang pandangan mata Scha. Perlahan-lahan dia mengangguk. Redha andainya Scha memang menolak. Dia sudah bersiap sedia. Mungkin sekali lagi dia terpaksa melawan cakap Uminya. Memang dia terpaksa juga berdepan dengan masyarakat untuk sekali lagi. Umi.... maafkan Riz.... Riz dah tak ada pilihan...... maafkan Riz....’
Scha tersenyum lega biarpun pada hakikatnya dia jatuh kesian setelah mendengar cerita sebenar Emeriz sebentar tadi.’Adakah aku terlalu mementingkan diri sendiri? Dia menggigit bibir. Serba salah pula! Isk! Benci dengan perasaan ni... pergilah jauh-jauh please....!!!!!!!!!!!!

No comments: