Tuesday, April 9, 2013

My.Mr.Chef 10



Bab 10
Scha melangkah turun dari toyota alphad setelah bersalaman dengan papanya. Seketika kemudian kereta itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan kolej.


Dadanya berdebar-debar saat itu hanya tuhan saja yang tahu. Berpeluh-peluh telapak tangan mengenangkan penerimaan rakan-rakannya nanti setelah beberapa minggu ini ceritanya banyak tersiar di laman sesawang.
“Scha…..!!! Tiba-tiba satu suara menjerit dari arah belakangnya.


“O….pop…pop….!! Terkumat-kamit mulutnya melalut yang bukan-bukan.

Imani ketawa mengekek sambil merangkul bahu teman baiknya itu. Hampir 3 bulan mereka tidak berjumpa sesekali dapat menyakat Scha memang seronok. Scha yang memang terkenal dengan sikap yang suka melatah itu memang sentiasa menceriakan suasana.

“I miss u Scha…! Jerit Imani sambil mengucup pipi gebu Scha seperti selalu yang di lakukannnya. Benar dia amat merindui teman baiknya itu. Jarak di antara kuala Lumpur dan kelantan bukanlah satu jarak yang dekat. Sepanjang 3 bulan cuti semesta ini mereka cuma berhubung melalui skype, facebook dan telefon sahaja.
“Imani…Adui! Janganlah buat aku terperanjat macam ni….! Pipi Imani yang agak tembam itu di cubit kuat.
“Auchhh! Sakit…! Rengek Imani yang memang terkenal dengan sikapnya yang manja itu.

Scha ketawa kecil melihat wajah cemberut Imani yang buat-buat merajuk itu.

“Padan muka kau! I miss you tu my tembam gebu…! Balas Scha sambil membalas rangkulan Imani.
Bukan main seronok lagi bila dapat bertemu semula. Ketiadaan Imani membuatkan Scha rasa begitu sunyi mujur juga ada Diana yang sentiasa menghiburkan hari-harinya sewaktu mereka sama-sama mengikuti kursus masakan Chef Rasul.
“Dah jom kita pergi daftar dulu, lepas tu kita lepak dekat café. Aku ada banyak perkara nak tanya kat kau ni..” Kata Imani membuatkan Scha tersentak sambil tersengih-sengih.

Memang dia langsung tidak pernah bercerita mengenai Emeriz kepada Imani. Pasti teman baiknya itu mahu mengetahui cerita sebenar dari mulutnya sendiri.
“Oklah… lagipun aku memang dah ready nak cerita semua perkara yang berlaku kat aku sepanjang 3 bulan kita tak jumpa ni..” Scha mencebik sedih.

“Dah… tak payah nak buat muka sedih! Aku what`s upp kau, tapi kau tak layan. Aku skype kau… kau tukar topik. Hah… sekarang kau dah tak boleh nak lari dari aku ok…!

“Ala… aku malas lah nak cerita pasal dia tu kat kau Imani…”
Imani mengetap bibir. Sepanjang beberapa hari ini, di tahan saja rasa ingin tahunya itu. Tapi hari ini, Scha memang sudah tidak boleh mengelak daripadanya. Apa-apa pun dia mahu tahu juga cerita yang sebenar-benarnya.

“Why? Kau dah tak mahu nak share semua problem dan kegembiraan kau pada aku, macam tu? Kening Imani dah terangkat sebelah.

Lengan Imani di pengang lembut.
“Bukanlah Imani… aku tak bermaksud macam tu. Aku tak mahu nak bebankan otak kau tu dengan masalah aku..” Kata Scha jujur.

Imani mengeluh kecil. Wajah cantik teman baiknya itu di pandang lama.
“Kita kan dah janji Scha. No secret between me and you!

Scha tersengih.”Oklahhh…. nanti aku cerita kat kau. A to Z ok….tiada penambahan dan tiada pengurangan…! Promise…! Janji Scha sambil membuat aksi tabik hormat.
Imani ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
Semput juga dadanya tatkala terpandang wajah sahabat baiknya itu di peluk erat oleh seorang lelaki yang cukup terkenal. Siapa tidak kenal Emeriz.
Berita yang mengatakan Scha ialah bakal tunangan Emeriz memang benar-benar memeranjatkannya. Dia sebagai sahabat baik sendiri pun tidak pernah tahu bila masa Scha bercinta dengan lelaki itu. Tahu-tahu sudah mahu bertunang.
Tetapi hari ini dia perlu mendapatkan penjelasan Scha.

“Scha Tahniah!!! Salah seorang rakan sekelas mereka segera bersalam dengan Scha.
Scha cuma tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“Thanks.. Balasnya bersahaja biarpun dalam hati bukan main dia menyumpah seranah.

“Scha…. tak sangka kan. Selama ni kekasih kau rupanya orang terkenal. Wahhh untung lah badan dapat lelaki kacak macam Chef Emeriz tu. Sudahlah kacak, kaya, ternama pulak tu. Aku tumpang gembira Scha…” Becok sekali mulut  Zainab aka Puteri lilinyang perasan cantik itu.

“A`ah untung sangat! Scha mencebik sambil mata mejeling ke atas.
Imani ketawa mengekek melihat reaksi Scha.

“Tapi Scha kalau kau taknak…. Jangan lupa kasi no tel aku dekat bakal tunang kau eh? Bisik Zainab ke telinga Scha.

“Ok tak ada hallah Nab!! Balas Scha lebih kurang. Zainab memang terkenal dengan sikap playgirlnya.
“Janganlah panggil Nab Scha… Panggil Nedy ok! Kata Zainab getik.

Imani mencebik sambil membuat reaksi wajah yang mahu memuntahkan isi perutnya.
“Yelah Cik Nedy….!! Dahlah aku nak daftar ni.. excuse me…! Scha meminta diri dan berlalu ke meja pendaftaran. Imani menjeling ke arah Zainab sambil menunjukkan isyarat dengan ibu jari yang di halakan ke bawah.

Jelouselah tuuu!!! Zainab mencebik sambil membetulkan rambut perangnya yang beralun-alun itu. Gaya haruslah tip top.. bisik hati kecilnya.

“Sharifah Leya Suhana Binti Syed Moktar..! Scha menyebut nama penuhnya kepada pegawai yang bertugas di situ.
Lelaki berkaca mata itu mengangkat kepala memandang gadis yang memakai blaus labuh berwarna unggu gelap itu. Nama itu tidak pernah luput dari ingatannya. Jantungnya bagai di pam laju.“Scha? Soal lelaki itu inginkan kepastian.

Scha menganggukan kepalanya dengan perasaan yang agak hairan. Bagaimana seorang pegawai Kolej boleh mengenalinya dengan panggilan Scha. Sedangkan yang memanggilnya Scha cuma rakan-rakan dan kaum keluarga sahaja.

“Ya Allah…Scha..! Ini Aiman… lah..! Ujar lelaki tinggi lampai itu bersungguh-sungguh. Siap bangun lagi sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Dahi Scha berkerut. Aiman? Aiman mana pulak ni? Aiman Vanilla coklat ke? Sempat dia bermonolong sendiri. Huluran tangan itu di balas. Kemudian dia cepat-cepat menarik tangannya kembali.
Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Aiman itu tersenyum. Pasti Scha sudah lupa. Bisik hati kecilnya.“Aiman Zulhakim bin Zafrin lah… Scha. Takkan saudara sendiri tak kenal kot?

Mulut Scha melopong! Sah…. Dia adalah Aiman anak pakcik Zafrin. Zafrin merupakan sepupu kepada Papanya. Ya Allah macam mana dia boleh tidak kenal pula! Masakan dia lupa, dulu Aiman tak adalah kacak macam sekarang! Kini bukan main lagi Aiman bergaya. Pulak tu sekarang Aiman memakai kaca mata. Memang dia lagsung tidak perasan tadi.

Aiman tersenyum melihat reaksi Scha. Pasti Scha sudah dapat mengingatinya.
“Abang Aiman…! Ya Allah… macam mana abang boleh kerja dekat sini pulak? Kenapa Scha tak tahu? Nah bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya.

‘Ohhh jejak kasih rupanya! Fikir Imani yang berdiri di belakang Scha.

Aiman tersenyum lega.

Scha terkedu seketika. Aiman tetap macam dulu. Sangat manis bila tersenyum. Eh…sempat!!
“Ingatkan Scha dah tak kenal dengan abang lagi?! Kata Aiman mesra.
Wajah cantik Scha di pandang lama. Scha dulu dan sekarang memang banyak perbezaaanya. Dulu wajah Scha begitu ke anak-anakkan. Sekarang Scha sudah menginjak dewasa. Dia nampak cantik dan menawan. Aiman menarik nafas perlahan-lahan. Ada getar di hati.

“Mana boleh tak kenal… cuma Scha terkejut je tadi..” Balas Scha malu-malu.
Mau tak malu dulu sewaktu dia tingkatan 4, Aiman pula sudah pun belajar di universiti. Pernah sekali dia menghantar surat cinta kepada lelaki itu. Namun, hampa… Aiman tidak pernah membalas cintanya. Jual mahal….! Yelah dulu, dia comot. Aiman pula kacak. Manalah lelaki itu mahu pandang.

“Ok… kita daftar dulu. Lepas ni kita minum-minum ok! Ini kad abang. Scha simpan.. Kata Aiman seraya menghulurkan kad kepada Scha.

“Terima kasih… Jawab Scha sambil menyambut kad kecil itu lalu di selitkan di dalam dompetnya. Sempat juga dia membaca kad nama tadi.

‘Oh… dia pensyarah dekat sini…’ Scha terenyum gembira. Nampaknya masih banyak peluang untuk mereka bertemu. Tiba-tiba dia merasakan ada semangat baru yang berkobar-kobar dalam hatinya.
**
Datin Johana dan Emeriz melangkah masuk ke dalam rumah teres itu setelah di sambut oleh penghuni di dalam rumah itu.
 
Hajah Sharifah Kamariah dan Sharifah Suraya bersalaman dengan Datin Johana.
“Apa khabar Datin? Soal Sharifah Suraya ramah.
 
“Khabar baik… Suraya sihat?
Puan Sharifah Suraya mengangguk sambil tersenyum. Hatinya begitu bergetar ta
Emeriz sekadar mengikuti langkah Uminya. Kerja gila yang Umi lakukan sekarang benar-benar di luar kawalannya. Pasti Scha akan mengamuk bila dia dapat tahu. Emeriz mula di hantui rasa serba salah.
 
Kehadiran mereka di rumah itu di sambut dengan tangan yang terbuka oleh Hajah Sharifah kamariah. Dia tahu keluarga Emeriz bukan calang-calang orang.
 
“Rasa tak sedap pula kalau tak berkenalan dulu sebelum kami datang untuk merisik hujung minggu ni..” Ujar Datin Johana.
 
“Ala tak apalah. Kita bercakap dalam telefon pun tak apa… So, jadilah ikut perancangan hujung minggu ni? Tanya Hajah Sharifah kamariah sedikit teruja.
 
“InsyaAllah macam tulah gayanya. Lagipun Scha datang dari keturunan yang baik-baik. Jadi, apa salahnya perkara yang baik kita cepatkan. Lagipun sekarang banyak sangat perkara yang tak elok dah berlaku pada pasangan yang bercinta…”
 
Emeriz tersentak mendengar kata-kata Uminya. Dia sekadar mendiamkan diri. Tidak ada peluang untuknya mencelah atau menerangkan perkara yang sebenar mengenai status hubungannya dengan Scha. Kalau boleh, dia mahu mereka tahu yang dia dan Scha tidak pernah mahu mengakhiri hubungan mereka ke alam perkahwinan.
 
“Betul tu Datin… lagipun banyak sangat dah cerita yang tak elok kami dengar pasal Emeriz dan Scha ni… kalau kita dok biar makin banyaklah cerita yang tak betul mereka sengaja reka. Jadi, elok sangatlah kita percepatkan majlis diaorang ni..” Balas Hajah Sharifah kamariah yang juga nampaknya bersetuju mengikut apa yang telah di rancangkan.
 
Puan Sharifah Suraya mengeluh kecil. Ibu mertuanya memang suka membuat keputusan sesuka hatinya. Sedangkan dia dan suami masih dalam peringkat perbincangan tapi wanita tua itu sudah terlebih dahulu bersetuju dan memberi kata putus.
 
Emeriz mengerling Puan Sharifah Suraya yang nampak diam sejak dari  tadi. Dia benar-benar di himpit rasa bersalah sekarang. Mujur juga Scha ke kolej. Jika tidak memang gadis itu boleh mengamuk sakan.
 
“Datin…. Perkara ni kami masih dalam perbincangan lagi…” Tiba-tiba Puan Sharifah Suraya mencelah mengejutkan ibu mertuanya.
Datin Johana pula berlagak tenang.
 
“Su, hang jangan nak masuk campur urusan aku.. tahulah aku nak uruskan lagu mana….” Hajah Sharifah Kamariah berbisik ke telinga menantunya.
 
“Mak… Scha mesti marah…
“Argghh apa dia tau! Kita dah pungut dia, lagi dia nak buat hal…” Balas Hajah Sharifah Kamariah lagi.
 
Datin Johana dan Emeriz saling berpandangan. Langsung tidak di dengari butir bicara mereka anak beranak.
 
“Umi… Riz tak rasa Scha setuju Umi… Keluh Emeriz separuh berbisik.
Datin Johana membulatkan bebola matanya ke arah Emeriz.
 
Just follow the flow. Riz dah janji dengan Umi, Riz nak mungkiri pula ke? Marah Datin Johana dengan berbisik juga.
 
Emeriz mengeluh perlahan. Umi kalau sudah berkeputusan tak siapa yang mampu untuk menghalangnya. Kalau bukan kerana dia sudah terlalu banyak membuat dosa, mahu saja dia melarikan diri dari semua ini!
 
“Kalau semua dah clear, rombongan keluarga kami akan datang pada hari ahad jam 2.00 petang..”
 
“InsyaAllah….. Datin. Harapan saya agar Emeriz dan cucu saya cepat-cepat di satukan….” KataHajah Sharifah Kamariah pula.
 
“Errr… Hajah. Sebenarnya saya datang ni ada hajat…” Datin Johana mahu menjelaskan hasrat hatinya yang sebenar.
 
Hajah Sharifah Kamariah dan menantunya berpandangan sesama sendiri.Hajat?
 
“Kalau boleh hujung minggu ni kita adakan terus majlis pertunangan…!
“Huh??!! Emeriz sudah tersandar lesu di sebelah Uminya. Jantungnya terasa seperti mahu melompat keluar.
 
Datin Johana cuma terseyum dan mengiakan saja semua kepututsan ibu mertuanya. Dia yang membesarkan Scha, tapi langsung Hajah Sharifah Kamariah tidak mahu menghormati pandangan dan keputusannya. Ikutkan terluka, sudah terlalu lama dia terluka.
‘Ya Allah kau lindungi anakku Ya Allah…” Sempat dia memanjatkan doa di dalam hati.
Datin Johana menjeling sekilas wajah mencuka anak terunanya yang sedang memandu di sebelah.
 
“Kenapa ni Riz? Marah dengan Umi ? Tanya Datin Johan sambil menyentuh lembut lengan anaknya.
 
Emeriz menoleh ke kiri sekilas sebelum kembali memandang ke arah depan memberi perhatian kepada pemanduannya.
 
“Umi, kalau ya pun Umi marah sangat dengan Riz, Umi tak boleh nak libatkan Scha Umi. Ini soal masa depan dia. Scha terlalu muda untuk Riz ambil dia jadi isteri…” Luah Emeriz bengang dengan Umi yang langsung tidak pernah mahu memahami isi hatinya.
 
“Riz…. Boleh ajar dia jadi isteri yang baik. Riz pandai masak, Riz pandai uruskan rumah. Jadi, apa masalahnya kalau Scha tu muda? Riz ajarlah dia sikit-sikit. Nanti pandailah dia nak jaga suami..”
 
Emeriz mengeluh. Kenapalah Umi masih tak faham-faham lagi? Bukan semua perkara yang Uminya senaraikan itu yang menjadi masalah. Cinta…! Itu yang menjadi bebanan dan masalah. Bukan senang mahu duduk sebumbung, berkongsi katil dan segala-galanya dengan orang yang bukan menjadi pilihan hati.
Setakat masak, membasuh baju, mengemas rumah dan segala kerja yang berkaitan dengan status sebagai isteri bukan menjadi masalah besar untuk dia lakukan. Semua itu dia sudah bersiap sedia sejak dari awal perkenalan dengan Taliah lagi.
Taliah…… tatkala nama itu terlintas di fikirannnya. Tiba-tiba hatinya jadi sayu.
Pap! Pehanya di tampar oleh Uminya kuat.
 
Emeriz tersentak dan berdehem. Tidak mahu Umi perasan yang dia sebenanrnya sedang terkenangkan Taliah. Apalah yang sedang Taliah lakukan sekarang? Fikir Emeriz sendu.
“Umi sedang bercakap dengan Riz ni kan! Suara Datin Johana sedikit meninggi.
Emeriz mengeluh kasar.
 
“Ya.. Riz dengar Umi, Riz belum pekak! Balas Emeriz kasar.  Takut juga kesabaran yang di bina runtuh serta merta.
 
Datin Johana tersentak dengan kata-kata anaknya. Adakah Emeriz akan kembali ke perangai lamanya? Emeriz yang tidak mendengar kata, Emeriz yang kurang ajar…! Tidak! Kali ini dia tidak mahu melepaskan lagi satu-satunya zuriat yang dia punya di dunia ini.
Emeriz menarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan. Buka kah dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri yang dia tidak akan melukakan hati Umi lagi? Ya Allah…
 
“Umi… maafkan Riz..! Pinta Emeriz ikhlas. Dia tak mahu Umi terluka lagi.
“ Riz tahu kan apa natijahnya kalau Riz lukakan hati Umi untuk sekali lagi? Tegas suara Datin Johana.
 
Emeriz mengeluh kasar lantas mengangguk perlahan.
“I`m sorry Umi…”
 
“Dah.. sekarang ni kita pergi ambil Scha then bawa dia pergi rumah aucle Johan… Umi dah beritahu dia kedatangan kita ke sana untuk tengok barang kemas yang belum  masuk lagi ke pasaran..”
 
“Ye Umi. Tapi Scha habis kelas lambat lagi ni. Apa kata Riz hantar Umi ke rumah aucle Johana dulu. Then, lepas lunch nanti Riz datang dengan Scha..”
Datin Johana tidak segera menjawab. Jam berjenama Gucci di pandang sekilas. Masih terlalu awal untuk menunggu Scha.
 
“Ok..tapi ingat janji Riz. Datang tau! Jangan tak datang… nanti apa pula kata Eka tu nanti. Dia pun nak tengok juga bakal isteri Riz…”
“Ok Umi. Riz janji… Balas Emeriz pendek. Dalam hati cuma tuhan saja yang tahu bagaimana nak gila dia mahu menyusun kata sebentar lagi.
 
 ****

I phone yang berdering di tangan di pandang sekilas. Tertera nama Mamat muka ketat di situ. Dia mengeluh perlahan. Mesej yang di terimanya tadi benar-benar buat dia rasa tidak ada mood. Nasib juga Imani ada hal, kalau tidak memang masaklah dia mahu memberi alasan kepada sahabatnya itu.

Pon!!!

“Oh... pon pon!!!! Mulut comel itu sudah melatah-latah.
Scha terkejut sambil mengusap dada.
‘Siapalah yang tak ada kesedaran sivik ni...!! Kat sini bukan kawasan untuk jual ikan lahhh!! Bebelnya sendiri. Dia menoleh ke kanan tatkala sebuah kereta berhenti di sebelahnya.

Cermin kereta Audi itu turun perlahan-lahan.
‘Eh... abang Aiman....? Kekasih hati ku...eh sempat!

“Scha nak balik ke? Mari abang hantar kan! Aiman mempelawa sambil tersenyum kacak.

“It`s ok abang Aiman. Scha dah janji dengan kawan kejap lagi dia sampai..” Balas Scha sambil menggoyangkan tangannya tanda dia menolak pelawaan itu.
‘Huh! Nasib aku dah janji dengan mamat ni je. Kalau tidak dah lama aku balik dengan Abang Aiman…ala….. tak ada rezekilah nampak gaya…! Emeriz! Damn you! Hatinya mengomel sebal. Wajah Aiman yang agak seiras dengan hero drama Vanilla coklat itu di pandang lama. Haih... makin tua makin kacak pula aku tengok Abang Aiman ni...

“Boyfriend eh? Tebak Aiman sambil tersenyum nakal.

‘Ala comelnya dia senyum macam tu… siap ada lesung pipi bagai! Haih lah hati....’
“Tak lah… Scha masih single! Pantas tangan kanan naik ke atas lalu menutup mulutnya yang cabul.‘Single ke aku? Eh! Single ok!

“Betul ni??? Sengaja Aiman mahu mengusiknya lagi.

“Seriuslahhhh….. habis daddy cakap Scha nak bertunang dengan orang terkenal tu salah lah eh?

Glup!!! Air liur terasa pahit macam baru lepas kunyah panadol sebiji.
“Eerrrr…Scha menggaru kepalaya yang tidak gatal.

“Scha… awak buat apa dekat sini? Tiba-tiba satu suara yang amat di kenali menyapanya dari arah belakang.
Mulut Scha melopong saat melihat wajah Emeriz di situ. Lelaki itu siap turun dari kereta dan berdiri di situ lagi.
“Errrr.... Cheff....! Scha menggigit bibir. Lidah seakan kelu untuk membalas pertanyaan Emeriz tadi. Aiman berlalu keluar dari kereta dan menapak ke arah Scha dan Emeriz.

“Aiman...” Aiman memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan kanan.
Emeriz tersenyum sambil membalas huluran itu.”Emeriz....”

Aiman mengangguk tanda dia tahu yang ura-ura mengatakan Scha bakal bertunang dengan selebiriti Chef itu memang benar. Wajah Scha yang berdiri di sebelah lelaki itu di pandang sekilas.
Scha cuma menundukkan kepala.

“Hurrrmm... saya sepupu Scha...”
Emeriz tersenyum lega. Ingatkan siapa tadi? Dadanya sudah berdebar-debar. Mana tahu sebenarnya Scha sudah mempunyai kekasih hati di luar pengetahuannya. Siapalah tahu kan! Gadis cantik seperti Scha memang menjadi buruan lelaki.

“Oic...saya...” 
Kata-katanya terhenti apabila Scha mencubit lengannya.
“Ouccchhh... sakitlah sayang....! Jerit Emeriz sambil mengusap lengannya yang sudah merah itu.
Scha menggigit bibir.’Sayang??? Alamak... memang spoill betullah...... Emeriz ni..’

Aiman sekadar tersenyum melihat kelakuan dua orang yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Scha... semalaya dah tahu korang berdua ni memang berpacaran. Kenapa nak rahsiakan dari abang? Kening Aiman terjungkit sebelah.
Scha terkulat-kulat sendiri.
Emeriz membuang pandang ke arah lain.’Owh abang!! Dengan aku siap ber Chef... Chef lagi...’ Entah kenapa tiba-tiba hatinya terasa sakit tatkala mendengar lelaki itu menggelarkan dirinya seperti itu kepada Scha.

“Hurrrmmm... sayang, kenapa? Awak malu nak perkenalkan pada abang Aiman awak ni, yang saya ni kekasih awak ke?? Sengaja Emeriz mengenakan Scha. Selamba saja dia memaut bahu Scha menyebabkan gadis itu rapat di sisinya.
Scha menjeling Emeriz sekilas. Geram dengan Emeriz yang tiba-tiba saja boleh jadi segila itu.
“Err... Sebenarnya....”

“Sebenarnya, hujung minggu ni kami akan bertunang. Jadi, jemputlah  ya ke majlis kecil kami nanti..” Sampuk Emeriz pantas memotong kata-kata Emeriz.

Aiman mengusap tengkuknya. Dia rasa tidak senang pula melihat kemesraan yang sedang berlangsung di depannya itu.“Oh... tahniah Scha! Ucap Aiman pendek.

Scha sekadar tersenyum kelat.’Cila....haih.... malaslah aku menyumpah mamat ni... dengan perkataan yang bukan-bukan! Sabar-sabar...!!!“Hurrm... abang masih guna no lama ke? Soal Scha sengaja mahu lari dari topik yang sengaja di bangkitkan oleh Emeriz.

Aiman mengangguk kecil.”Masih dengan no lama. Scha je yang tak mahu contact abang. Text pun tak pernah...”

“Scha tak mahu ganggu abang sebenarnya...” Balas Scha yang sememangnya masih malu apabila mengenangkan surat cinta yang pernah di kirikam kepada Aiman suatu ketika dulu. Walaupun dah lama tapi rasa malu dan segan itu tetap ada. Entah apa yang di fikirkan oleh Aiman waktu itu.

“Tak adalah...! Abang pun tertunggu juga text dari Scha. So, lepas ni Scha boleh text abang bila-bila masa ya! Nak Wass up pun boleh....” Ujar Aiman lagi yang sebenarnya perasan riak wajah Emeriz berubah jadi mendung.

“Insha Allah abang! Tapi jangan tak balas pula nanti..”

“Inya Allah abang balas. Siapa lah mampu nak tolak kalau gadis secantik Scha ni mesej..” Seloroh Aiman tanpa mempedulikan langsung lelaki yang sedang terpacak di sebelah Scha itu.

Scha tersipu malu. Namun, senyumannya itu mati tatkala terpandang jelingan lelaki di sebelahnya itu.‘Eh apa pasal jeling aku macam aku ni buat salah besar pulak? Desis hatinya sendiri.

‘Sedap pulak nak main cinta kat depan aku eh? Aku ni tunggu kayu ke apa ni??? Emeriz mengomel sendiri. Geram dengan sikap melayan Scha itu. Gedik betul!

“Oklah Scha. Abang gerak dulu... nak jemput Mimi... dari sekolah..” Kata Aiman meminta diri.

“Mimi? Scha menyoal spontan.

Aiman mengangguk pantas.”Mimi anak abang...!

Seperti guruh yang menyambar diri. Kakinya lemah untuk berdiri. Emeriz sudah tersenyum lebar di sebelah langsung tidak di pedulikannya lagi.‘Patutlah tak pernah nak balas cinta aku. Rupanya dah berpunya....! Alahaiiii....Scha memegang dada. Terasa semput pula.

Emeriz menutup mulut ingin ketawa melihat reaksi Scha. Nampak sangat kecewa.

“Ok. Abang minta diri dulu Scha. Assalamualikum...”

“Waalaikummussalam... Jawab Scha dan Emeriz serentak. Mereka melihat saja Audi itu berlalu dari situ. Setelah memastikan yang mereka tidak lagi nampak pada pandangan Aiman serta merta Emeriz melepaskan pelukan di bahu Scha.
“Scha... tak payah nak tunjuk muka macam baru kena cerailah..” Selamba Emeriz mengenakannya.
Scha mengetap bibir geram. Emeriz di jeling tajam.
“Kan saya dah cakap saya sibuk! Buat apa Chef datang sini?? Suaranya sudah melingking tinggi. Sudahlah kecewa masih belum terubat. Datang pula bala yang satu ini lagi. Memang malang betul nasibnya hari ini.

“Amboi...! Dengan Abang Aiman tadi bukan main lembut lagi awak bercakap eh? Dengan saya bukan main lagi awak tengking eh?

Scha menjuihkan bibirnya.”Dia tu special tau dalam hidup saya..”

Emeriz berpeluk tubuh.”Setakat cinta tak berbalas tu tak payah lah awak nak special sangatlah Scha...”

Scha tersentak.’Eh mana dia tahu cinta aku memang tak berbalas ni? Ahhhh malu sey! Dia mengigit bibir.
Emeriz bantai ketawa.

“Suka lah...suka lagi... Marah Scha sambil menghentak kaki. Geram betul dengan Emeriz yang tak habis-habis mahu mencari pasal dengannya. Lepas satu, satu pula masalah yang lelaki itu buat dalam hidupnya.’Pergilah kau jauh dari hidup aku Emeriz..’

“ok.Ok...! Emeriz mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda dia tidak mahu terus menerus menyakat Scha. Kesian pula melihat wajah Scha yang sudah merona merah menahan malu berserta marah.

“Saya nak balik! Putus Scha sambil melangkah.

“Opsss...! Nanti dulu... haih. Awak ingat senang ke Selebriti macam saya ni nak terpacak dekat panas-panas macam ni tanpa sebab?!

Langkah Scha terhenti. Dia menarik tangannya dari di pegang oleh lelaki itu. Ikutkan sudah banyak kali dia mengambil kesempatan! “Boleh tak tangan jangan nak ambil kesempatan sangat? Marah Scha.

“Sorry... Scha! Awak kena ikut saya sekarang...!

“Nak pergi mana? Tanya Scha dengan riak yang masih mencuka.

“Ikut jelah. Kalau awak tak mahu saya call nenek awak minta izin. Ada baiknya awak ikut saya..” Tiada pilihan lain selain menggunakan nenek sebagai umpan.

Kecut perut tatkal mendengar nama nenek di sebut-sebut. Bukan apa. Dia tahu sangat perangai nenek yang memang tak pernah sudah-sudah mencari pasal dengannya itu. Cuma dengan kesalah kecil dia bakal menerima bebelan dan amarah yang bukan-bukan nanti.“Chef tengah ugut saya ke ni?

“Saya ada pilihan ke? Emeriz tersengih jahat!

Scha mendengus kasar. Sakit hati betul aku dengan lelaki ni!Mahu atau tidak, selamba saja Emeriz menarik tangannya berlalu ke arah kereta.

2 comments:

Raihah lisana said...

akk.. Sambung cepat2... X sbar lah...

Raihah lisana said...

akk boleh x sambung cepat2?? X sabar nih..