Sunday, August 25, 2013

10 Tahun Bab 7


Ade kesalahan ejaan atau nama sila abaikan... malas nak double check ahah...komenan amat di harapkan.:)

“Karl… bangun nak. Dah jam 11.00 pagi ni. Karl tak ke pejabat ke?Suara Datin Athirah kedengaran di muka pintu bilik anak terunanya.
Selalunya jam 8.00 pagi Raykarl sudah turun bersarapan bersama. Tapi hari ini, sudah menjengah ke jam 11.00 pagi pun Raykarl masih belum keluar dari bilik.Hairan juga kerana sbelum ini, Raykarl tidak pernah ponteng kerja. Kalau sakit sekalipun, dia akan cuba gagahkan diri masuk ke pejabat.
“Karl..”Panggil Datin Athirah lagi.
Sesaat kemudian pintu terbuka dari dalam.
Wajah kusut Raykarl yang baru bangun dari tidur tersembul di muka pintu.”Karl tak larat nak masuk office hari ni..”Kata Raykarl sambil menapak naik ke katil kembali.Datin Athirah membontoti langkahnya.
“Karl sakit ke?Dahi anaknya di pegang.Normal saja tak panas.
“Karl penat ni Mama… “
Datin Athirah menggelengkan kepala sambil memerhatikan anaknya yang baring secara meniarap itu.
“Kenapa ni Karl.Jangan buat perangai nak. Nanti papa tahu papa bising..”
“Mama janganlah bagitahu papa..”
“Habis kalau papa nampak kereta Karl dekat bawah tu macam mana..?”
“Mama cakap Pak Hasan hantar Karl..”
Datin Athirah mengeluh perlahan.Apa kena dengan Raykarl hari ini? Keadaannya nampak tidak terurus.
“Kalau macam tu, petang nanti ikut mama pergi rumah Ustaz Hafiz ya? Tiba-tiba dia teringatkan majlis
Saat terdengar cadangan mamanya itu dia segera memalingkan tubuhnya. Wajah mamanya di pandang tajam.” Nak buat apa?
“Kita pergi kelas agama. Belajar mengaji, dengar ceramah agama...”
Raykarl mengeluh berat. Bukan dia tidak tahu akal mamanya yang tidak sudah cuba mahu merapatkan hubungannya dengan Safiyah.
“Malas! Karl tak sihat ni..”
“Mama tengok ok je. Ke bergaduh dengan Ayla? Tebak Datin Athirah.
Bingo!! Memang kena sekali tekaan mamanya itu. Sejak malam tadi dia tidak lena tidur mengenangkan Ayla dan Muslim. Keletah Ayla yang nampak begitu mesra dengan Muslim memang benar-benar mengganggu lenanya. Memikirkan kemesraan itu hatinya jadi sakit. Kepercayaan yang selama ini di bina runtuh sama sekali. Entah apa lagi yang mereka lakukan di belakangnya dia tidak tahu. Tegar betul Ayla melakukannya tanpa rasa bersalah!
“Mama sudahlah tu. Karl tak mahu jumpa dengan Safiyah. Dia perempuan baik ma. Tak sesuai dengan Karl ni..”
“Apa Karl merepek ni nak? Dalam islam ada 4 ciri-ciri dalam memilih calon isteri. Pertama kerana agamanya, kedua kerana keturunannya, ketiga kerana hartanya dan ke empat kerana paras rupanya. Semua itu ada pada Safiyah nak..” Ujar Datin Athirah yang berbentuk ceramah percuma itu.
Raykarl sekadar mengangguk lemah.”Mama.... memilih suami pun, ada ciri-ciri yang sudah di tetapkan dalam agama. Masalahnya Karl ni memang tak sesuai dengan Safiyah tu. Karl ni cari isteri bukan kerana kesempurnaannya ma. Karl mahu isteri yang sama-sama mencari kesempurnaan. Kalau dah sempurna macam Safiyah tu, apa lagi yang Karl nak perbetulkan? Dia tu layak dengan lelaki yang berilmu agama..” Dia membalas panjang lebar.
Datin Athirah menggelengkan kepalanya. Susah betul nak perbetulkan tanggapan anaknya itu terhadap wanita seperti Safiyah. Sebagai ibu dia mahukan yang terbaik untuk Raykarl. Dia mahu Raykarl mendapat isteri yang membawanya ke syurga. Tapi kalau dah macam Ayla tu, menambah dosa di bahu anaknya lagi adalah.Sekurang-kurangnya lepaslah tanggungjawabnya nanti.
“Habis Karl tetap nak kahwin dengan Ayla lah macam ni?
Raykarl terdiam. Wajah ibunya di pandang lama. Ya Allah kesiannya mama…’ Detik hatinya. Wajah ibunya saat bersama Safiyah nampak begitu gembira. Tapi dia? Dia tak mampu berpura-pura. Siapa tak mahu isteri sebaik Safiyah. Masalahnya dia sudah ada Ayla.!
“Ma… Karl berserah pada takdir Allah. Mana satu yang telah di tetapkan untuk Karl. Karl terima dengan hati yang terbuka. Macam tu juga Karl mintak pada mama. Please ma.. semua ini kerja Allah…”
“Tapi kita kena berusaha..”
“Yelah yelah... Karl cuba dengan Safiyah. Tapi Karl tak janji..” Akhirnya Raykarl mengalah juga. Dia segera menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
Datin Athirah tersenyum lega.
**
Ayla cuba menghubungi Raykarl untuk sekian kalinya. Masuk kali ini sudah lebih 10 kali dia membuat panggilan. Apa yang dia dengar cuma jawapan dari peti simpanan suara.’Mana Karl ni? Dia kerisauan.
“Ay! Sergah satu suara memeranjatkannya. Dia berpaling ke belakang. Muslim tersenyum kacak. Dia segera memusingkan kerusinya seperti sedia kala.
“Kau ni Muslim. Lain kali jangan main sergah macam tu..” Ayla mengusap dadanya.
Muslim tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Dia duduk di depan Ayla.”Kenapa tak lunch? Kenyang ke minum milo panas ni?
Ayla mengeluh perlahan.” Aku tak ada selera lah. Sejak dari pagi tadi lagi aku call dan text Karl. Tapi langsung tak ada respond. Aku risaulah Muslim.” Tanpa di suruh Ayla menceritakan gundah hatinya.
Muslim menggelengkan kepalanya. Ayla ni memang gila betul dengan Raykarl tu.” Kau ni dah macam obses sangat dengan Karl tu. Entah dia ada masalah ke apa ke. Kasilah ruang untuk dia bernafas sikit Ay..”
“Aku risaukan dia Muslim..”
Muslim memandang tepat wajah Ayla. Kalaulah dia Raykarl pasti dia adalah lelaki yang paling bertuah dalam dunia. Mana nak cari kekasih yang setia seperti Ayla. Sudahlah setia satu hal, caring, loving. Di sempurnakan pula dengan wajahnya yang cantik. Siapa rasa tidak bertuah. Tapi sayang.... Ayla berdampingan dengan lelaki yang salah. Lelaki yang tak sedar dek untung itu! Geram pula memikirkan sikap Raykarl itu.
Ayla mengangkat wajah memandang Muslim yang tiba-tiba mendiamkan diri.”Kau kenapa ni sengal?
Muslim tersentak. “Sengal kau cakap kat aku?
Ayla ketawa mengekek.”Padan muka kau. Mengelamun sangat. Aku tengah cakap dengan kau tau..”
“Malas aku nak cakap dengan kau. Asyik-asyik nama lelaki tu yang kau sebut...”
“Habis kau nak aku sebut nama siapa? Nama kau? Buat kering air liur aku je..”
“Bagus juga tu. Cukup seratus kali kau sebut nama aku. Insya Allah kau akan jatuh cinta dekat aku..” Muslim tersengih kacak.
Ayla mencebik.” Ah... idea bongok!! Tak mahu aku ikut...”
“Haih.. cakap dah berbaik dengan mamat tu. Apa masalah korang kali ni?
Ayla memuncungkan bibir sambil menggelengkan kepala.”Maybe dia sibuk kot. Dia tu kalau sibuk memang dia lupa aku..”
“Macam manalah dia boleh lupa kekasih dia yang comel lote ni eh? Kalau aku jadi dia, aku tak akan sia-siakan kau. Habis study terus kahwin...”
Ayla tersentak dan ketawa. Kalaulah Raykarl seperti Muslim kan bagus. Tapi, dia tidak mahu membandingkan Raykarl dan Muslim. Raykarl cukup sempurna buatnya. Susah untuk dia memikirkan lelaki lain lagi. Kena ego Raykarl, dia jatuh cinta. Lelaki itu memang ada auranya yang tersendiri. Susah untuk terjemahkan melalui kata-kata. Cukuplah dia sendiri yang tahu!
“Ego sangat kekasih kau tu Ay..”
Ayla tersentak. Macam tahu-tahu saja dia sedang memikirkan sikap ego Raykarl tu. Muslim dan dia memang ada telepati yang agak bagus.
“Sebab ego tulah aku boleh jatuh cinta dengan dia Muslim..”
Dahi Muslim berkerut. Biar betul minah ni..
Wajah cantik Ayla di pandang tajam.”Kau ni Ay. Perempuan lain tak suka tau lelaki ego..”
“Lelaki ego kacak..” Ayla senyum lagi.
“Ego boleh. Tapi biarlah bertempat...”
“Kau ni... dari dulu ada je yang tak kena si Karl tu di mata kau kan..?”
Muslim mengangguk pantas.”Dia cantas aku. Memang la aku tak puas hati..” Dia menjawab selamba.
Ayla sudah rasa lain. Makin di layan, boleh buat gaduh nanti.
“Sofea tu tunggu kau dah lama Muslim. Jangan sampai dia dah bosan... nanti kau jugak yang menyesal..” Sengaja Ayla berkata begitu. Dia tidak mahu melayan hati Muslim sangat. Nanti dia juga yang susah.
“Eh minah ni. Nama Sofea dia petik.. nak mengelat lah tu..” Muslim menjeling Ayla tajam. Dia tahu Ayla memang pandai mengelak bila dia sengaja mengujinya soal hati. Tak apalah. Apa nak buat Ayla sudah ada Raykarl. Hatinya mengeluh sendiri.
“Betul ni aku cakap. Sofea tu cantik, baik... berjawatan dalam syarikat ni. So apa lagi yang kurang? Kalau kau nak aku jadi orang tengah aku orait je..” Kata Ayla selamba.
“Kalau kau jadi kahwin dengan Raykarl baru aku akan cuba terima dia...”
Ayla terkejut.”Apasal pulak?
“Mana tahu kalau kau tak jadi dengan Karl. Aku boleh sambar kau cepat-cepat..” Muslim ketawa besar.
“Chaittttt!! Hampeh kau Muslim... oo jadinya kau ni stadby je lah eh?
Muslim yang masih ketawa itu mengangguk pantas.
“Sorry beb. Hati aku kebal untuk lelaki lain. Sorry......... Ayla mencebik.
“Kita tak tahu untuk masa akan datang. Allah tu kalau dia nak palingkan hati kita ni sesaat je DIA mampu buat cik Aya oi..” Ujar Muslim lagi.
Ayla terkesima sekejap. Cuba menelan sebaik mungkin kata-kata itu. Mampukah dia hidup tanpa Raykarl? Dia sendiri tak tahu. Belum pernah berlaku jadi dia tidak tahu untuk meramalnya.
“Muslim.... jom makan. Aku lapar pulak la..”
Muslim mencebik. Dia ni memang ratu mengelat. Dan dan lapar! Hisss! Aku baru nak psyco dia baik punya...’
“Oklah. Nak makan apa? Muslim akur.
“Dubu-dubu jom. Pekena bibimbap dengan kimchi pun sedap ni..”
“Jom-jom. Aku belanja kau..”
Sepantas kilat Ayla bertepuk tangan. Waktu itu kegembiraan mereka terhenti apabila Sofea tiba-tiba muncul tanpa mengetuk pintu.
“Korang plan tak ajak aku eh? Sofea menjengahkan kepalanya dari luar. Dia terdengar suara Muslim dan Ayla ketawa tadi sebab itu dia singgah di situ.
Ayla dan Muslim berpandangan. Muslim buat-buat tak tahu. Malas nak layan Sofea sebenarnya. Dia tak berapa sukakan Sofea. Terhegeh-hegeh sangat.
“Baru nak ajak kau!! Kata Ayla cuba mahu menjaga hati sahabat baiknya itu.
Muslim menjegilkan matanya kepada Ayla. Tapi apa boleh buat. Takkan mereka mahu pergi makan berdua saja. Dia tahu Muslim memang tak suka dengan Sofea. Tapi kalaulah Muslim boleh lihat menggunakan hati tentang perasaan Sofea terhadapnya kan bagus.
Muslim buat-buat pekak.
“Jomlah sekali Fea. Muslim nak belanja ni.. bukan selalu tau. Kebetulan pula sale dia bulan ni mengangcam habis. Jomlah...... joint kitaorang..” Ayla cuba jadi ceria. Memang susah bila dia berdiri di tengah-tengah antara Muslim dan Sofea.
“Muslim tak ajak pun..” Sofea mencebik. Dia perasan Muslim awal-awal lagi buat-buat tak nampak dia yang tegak berdiri di situ.
Ayla memberi isyarat kepada Muslim supaya mempelawa Sofea. Muslim pun satu. Kalau dah tak suka memang dia akan tunjuk habis-habisan.
Muslim mengeluh perlahan. Buat apa nak jadi hipokrit. Kalau dia memang tak suka tu. Tak sukalah sampai bila-bila pun. Walaupun Sofea tu cantik tapi kalau hati dia dah tak suka. Nak buat macam mana?
**
Sudah di rancang awal-awal sebenarnya. Dia tersenyum gembira kerana rancangan itu berjaya. Wajah anak terunanya yang masam mencuka itu di pandang sekilas.
“Karl... mama  nak ke toilet kejap eh?! Tangan anaknya di sentuh lembut. Raykarl mengangkat wajah memandang mamanya. Ummu Safiyah di sebelah pula di kerling sekilas. Cantik. Tapi sayang hatinya tak terusik.
“Mama...!!! Dia berbisik perlahan.
Datin Athirah tersenyum penuh makna.”Sekejap je Karl..”
Raykarl akur. Dia cuma mampu melihat mamanya berlalu sehinggalah hilang dari pandangan matanya.
“Abang Karl biasa makan dekat sini ke? Ummu Safiyah bertanya lembut.
Raykarl mengangkat wajah memandang Ummu Safiyah. Dia kemudian menganggukkan kepalanya. Memang dia selalu lepak dekat sini. Ayla kan penggemar makanan korea. Jadi, dia sudah biasa dengan tempat ini. Dalam seminggu pasti mereka akan ke sini. Tadi waktu mamanya mengajaknya ke sini dia sudah berdebar-debar. Takut juga kalau terserempak dengan Ayla di sini. Sudahlah dia mendiamkan diri sepanjang hari. Dia mahu menenangkan seketika hatinya yang sakit itu.
“Makanan dekat sini sedap-sedap. Tak sangka pula mama boleh bawak kita ke sini..”
“Safiyah suka makanan korea...”
“Oh yeke.. Abang karl tak suka sangat. Tapi boleh lah sekadar nak makan..”
Ummu Safiyah menganggukkan kepalanya. Malu tak terkata apabila berdepan dengan lelaki itu. Rasa mahu tercabut saja jantungnya. Siapa tak berdebar
“Abang nampak tak selesa je..” Ummu Safiyah bertanya lembut.
Raykarl tersentak.”Err... tak lah. Cuma abang tak berapa sihat sebenarnya..”
“Kenapa abang setuju aunti ajak ke sini?
Wajah Ummu Safiyah di pandang sekilas sebelum membuang pandang ke arah lain. Tak selesa rasanya nak pandang mata gadis itu. Rasa janggal pun ada. Macam ni mama suruh dia untuk kenal Ummu Safiyah dengan lebih dekat? Dia mengeluh sendiri.
“Tak baik kan lawan cakap ibu? Raykarl tersenyum. Itu je kot ayat paling senang untuk dia beri. Malas nak fikir jawapan yang susah-susah. Berada di situ dengan gadis yang baru sekali dia jumpa pun rasa susah sangat!!
Ummu Safiyah mengangguk pantas.”Abang tahu kan niat orang tua kita? Dia memberanikan diri bertanya. Melihatkan dari gaya Raykarl. Dia tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Dia bukan bodoh, tak nampak apa yang lelaki itu cuba tunjukkan. Tapi entah kenapa hatinya rasa tenang saat bersama-sama lelaki itu.
Raykarl yang agak terkejut dengan soalan itu segera mengawal diri. Dia tak sangka sungguh apabila gadis itu boleh bertanya soalan itu. Nampak macam pemalu. Tapi boleh tahan juga. Raykarl mengangguk perlahan.
“Safiyah ikut abang...” Gadis itu berkata lagi. Dia tertunduk memandang air minuman yang belum lagi terusik.
Kening Raykarl berkerut. Ikut aku? Kalau ikut aku memang aku tak nak!!! Haih susah sungguh. Menyesal pula ikut mama tadi..’
“Kita kawan dulu Safiyah. Abang tak berani nak cakap apa-apa lagi sekarang..” Raykarl menjawab penuh berhati-hati. Takut gadis itu terasa hati.
Ummu Safiyah tersenyum manis. Dia mengangguk tanda setuju. Dia pun mahu mengenali lelaki kacak itu dengan lebih rapat lagi. Berkawan dulu jika itu yang terbaik. Ya! Dia tidak kisah.
Raykarl menarik nafas lega. Ummi Safiyah nampak tenang dan bersahaja. Tapi sayang sekali dia memang tak ada rasa untuk gadis itu. Ya Alllah... ujian apakah ini Ya Allah.. apa yang KAU cuba tunjukkan pada aku?!
Satu soalan demi satu soalan di ajukan kepada Raykarl. Lelaki itu tenang menjawab. Nampak agak susah untuk dia mendekati hati Raykarl tapi dia tidak mahu mengecewakan hati Ummi dan ayahnya. Datin Atirah juga mengharap agar mereka dapat di satukan. Jika ini yang akan membahagiakan semua orang kenapa dia tidak mencuba untuk mendekati Raykarl. Mendekati dengan cara yang baik dan tidak melanggar hukum agama. InsyaAllah dia akan cuba menawan hati Raykarl perlahan-lahan.



No comments: