Eh..hidup lagi tuan punya belog ni?!! Ekekek….
Sorry la sangat2. Iolls ni selalu ber on9 dekat opis sajek. Dekat rumah weekend baru la nak beli internet. Biaselah..beli yg 1gb tu. Hehehe…
MMC dah siap lah uolls! Hehehe…yipi…. Yipi…! Jangan gembira sgt pasal baru je submit. Haha…. Ada lebih kurang 650 page. Berpinau mata nak cek satu2.Kalu ade terlepas juga tak tahulah…mungkin waktu tu iollls terlelap kejap kot. Hehehe…
Iolls serius...tahu nak jadi penulis. Maybe one day penulis sepenuh masa. Siapa tahu kan? Nak belajar buat skrip drama…eceh..macam2 ada dlm kepala ni. So… kena mula dari bawah… pastikan MMC keluar this year. If kena reject pun iolls akan cari penerbitan lain. Ada rezeki insya Allah..tak ke mana.
Jom layan 10 tahun dulu eh… sorry sangat ni pun iolls curi2 masa je taip. Bahasa tunggang langgang kot. Lantak sana…. Ok..ok..tamau membebel lagi. Silalah baca dan komen. Sebab ade anon komen la... iolls update tau. Time kasih dekat itu anon..love u…!mihahaa.. kesian dekat cik anon hari2 dtg belog iolls.. sorry anon!Tapiiii...make sure la komen tu jangan asyik mintak entry baru jew. Kasi la komen terhadap apa yang iolls tulis. Iolls pun xtau sama ada cerita iolls tu ok ke idok....dada....
Bab 15
Menggeletar kepala
lututnya saat mendengar berita yang di khabarkan oleh Puan Adira tadi. Seperti
ada batu yang sedang menghempap kepalanya sekarang. Perasaan bercampur baur. Ada rasa
sedih, kecewa, sakit hati, marah.. semua itu jadi satu.
Sofea yang memandu di
sebelah mengerling Muslim sekilas. Sofea sudah sedia maklum yang Muslim memang
terlalu sukakan Ayla sehinggakan dia tidak mampu menyembunyikan langsung rasa
hati yang nampak begitu kecewa.
“Kalau kau rasa nak
menangis…. Kau menangis saja Muslim. Aku tak kisah pun. Aku janji aku tak akan
bocor rahsia kau ni. Menangislah…” Kata Sofea perlahan.
Muslim menoleh ke kanan.
Sofea kaget. Memang betul Muslim sedang menangis!
Pantas Sofea mengambil
tisu yang di letakkan di atas dashbord lalu di hulukan kepada lelaki itu.
Tanpa malu lagi.. Muslim
menghamburkan semua kesedihan yang sejak dari tadi di tahannya. Sampai hati
Ayla…!! Desis hati kecilnya.
Sofea cuma mendiamkan
diri dan membiarkan saja Muslim yang menangis teresak-esak itu. Dia tidak
menyangka Muslim boleh kecewa teruk seperti ini.
“Mesti kau rasa aku ni
lelaki worst kan Fea?”
“Huh??” Sofea kaget.
Muslim tersenyum hambar
sambil mengesat air matanya.”Aku ni tak mampu nak cairkan hati Ayla. Sebab tu
aku worst..”
Sofea mengetap bibir.
Pandangan masa di halakan ke depan. “Hurmm… aku tak rasa kau macam tu pun
Muslim. Aku faham kau memang sukakan Ayla sejak dari zaman study lagi kan?.
Sabarlah Muslim cinta ni tak boleh di paksa..”
Muslim cuma tersenyum
hambar.”Waktu Ayla bertunang aku tak rasa sedih macam ni sekali Fea, tapi bila
dia dah nikah aku rasa macam nak gila..”
“Muslim…. Bawak mengucap
sikit. Kau tu kacak,baik hati, kerjaya bagus.. aku pasti ramai lagi gadis-gadis
yang menanti kau di luar sana. Lupakanlah Ayla, dia dah sah jadi milik Karl
pun..”
Muslim mengangguk sambil
menghela nafas berat.
“Kau tengok aku ni.
Contohi aku..” Tiba-tiba Sofea berkata begitu.
Muslim menoleh ke kanan.
“Aku sukakan kau. Tapi
aku tak pernah paksa kau sukakan aku..” Sofea tersengih kambing. Sengaja mahu
buat lawak biar Muslim ketawa.
Muslim hampir
tergelak.”Kau buat kelakar ke ni?”
Sofea ketawa
mengekek.”Dengar macam kelakar ke?”
Muslim yang nampaknya
sudah stabil emosinya cuma tersengih saja. “Kau ni pergi cari lelaki yang lebih
baik dari aku la.. Fea! aku ni apa yang ada..”
“Macam-macam ada, macam
pakej astro tu..”
“Sengallah kau ni!”
Muslim ketawa.
“Hurmm… bila kau ketawa
macam tu, barulah hati aku senang…”
Muslim mengerling Sofea
sekilas. Sofea? Dia tersenyum sendiri. Sejak zaman universiti lagi, wanita itu
memang ada hati padanya. Tapi biasalah, dia lebih tertarik pada Ayla. Mahu kata
tak cantik… tidak juga. Walaupun tidak secantik Ayla, tapi Sofea masih boleh di
kategorikan sebagai wanita cantik. Tapi sayang… dia memang tiada hati dengan
Sofea. Pernah juga dia cuba memberi ruang, tapi perasaannya memang tidak boleh
pergi jauh lebih dari seorang sahabat.
“Kita makan dulu eh? Kau
mesti dahaga sebab banyak air mata kau keluar tadi..” Kata Sofea selamba.
“Perli nampak!!”
“Kau terasa ke?”
“Sikitlah..” Muslim
tertawa kecil.
“Dah… malam ni aku call
Ayla lagi. Apa-apa info aku update kau
ok?” Sofea cuba untuk menenangkan hati Muslim.
“Thanks Fea..”
“Most Welcome..” Jawab Sofea sambil mengenyit mata nakal.
Muslim ketawa melihat
perangai Sofea. Terhibur lara di hati.
**
“Mana Ayla?” Tanya Imran
seraya sampai ke muka pintu rumah mewah milik sahabatnya Raykarl.
“Ada dekat atas. Risau
bro, makan taknak… minum taknak… semua taknak..” Adu Raykarl.
Imran melihat Raykarl
atas bawah. Kesan calar dan lebam di tangan Raykarl di perhatikan lama.”Lengan
kau ni dah kenapa?”
Raykarl tersengih sambil
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Imran melangkah masuk ke dalam rumah.
“Ayla mengamuk sakan
malam tadi.. habis di cakarnya aku ni macam harimau..”
“Mau tak mengamuk! Kau
saja cari pasal tanggunglah sendiri!” Balas Imran yang juga agak terkejut bila
Raykarl memaklumkan kepadanya yang dia sudah bernikah.
“Nak buat macam mana..
dah dia degil sangat…”
Mereka duduk di sofa yang
berada di ruang tamu utama rumah itu.
“Kau pun dulu bukan main
garang lagi dengan dia Karl… sekarang ni giliran kau lah pulak merasa..” Ujar
Imran yang memang sudah sedia maklum bagaimana cara layanan Raykarl terhadap
Ayla dulu. Ayla tidak di layan dengan baik sebagai kekasih. Jadi sekarang semua
ini sudah terbalik.
“Garang tak bererti aku
tak sayang Imran. Sebab sayang la aku sanggup ketepikan maruah aku dan keluarga
asalkan aku dapat dia..”
“Tulah bercinta lama-lama
sudahnya macam ni jugak. Tak merasa aku nak makan nasi minyak dekat hotel 5
bintang..” Imran mencebik kecewa.
Raykarl ketawa bagai nak
rak. Ke situ pulak Imran fikir.”Kau nak makan nasik minyak ke? Jom la aku
belanja kau makan…”
“Tak sama bro..”
“Ala.. aku yang payung
kau. So, sama je la..” Raykarl menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
“Umi ayah kau macam
mana?”
“Ayah aku… ada trip dekat
istanbul. Selamat la untuk sementara waktu ni. Umi aku pulak tak payah cerita..
habis di hamunnya keluarga mertua aku. Entahlah Imran… aku sebenarnya malas nak
fikir panjang. Serabut otak dengan umi aku yang tak habis-habis nak aku kahwin
dengan Safiyyah tu. Bro… aku tak mampu nak bimbing dia bro… lagipun, kau tahu
kan aku dah sentuh Ay tu.. takkan aku nak buang dia macam tu je..”
“Bukan kau pernah berniat
nak buang dia apa…” Perli Imran baik punya.
“Aku dah cuba.. bro. Tapi
nampaknya aku ni yang tak boleh hidup tanpa Ay. Aku rasa ok je kalau aku tak
ada dalam hidup dia..”Keluh Raykarl perlahan.
Imran tersengih. Itulah,
dulu beria betul sahabatnya itu mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya.
Tapi sekarang baru dia tahu sejauh mana dia cintakan Ayla. Rupa-rupanya dia
yang tak boleh berpisah dengan Ayla.
“Biasalah Karl.. manusia.
Bila ada tak mahu hargai. Bila dah tak ada barulah sibuk nak cari kan?”
“Kau ni kalau bab memerli
aku memang johan bin juara kan? Makan dalam bro…”
Meledak tawa Imran
mendengar kata-kata Raykarl itu.
“Sakan kau gelak. Dengar
dek bini aku dekat atas tu nanti…”
“Opsss!!! Tawa Imran mati
serta merta. Tapi memang lawak bila di kenangkan perangai Raykarl. Dia
menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
“Dahlah aku nak balik…
kacau je orang tu nak ber`first night’ kan…”
“Banyaklah kau first
night… bini aku dah kena sampuk dengan saka harimau bunting.. tak merasa nak
ber`first night’nya…” Kata Raykarl sambil tertawa.
Sekali lagi Imran ketawa
mengekek.”Lawaklah kau ni… tak apa bro ambil masalah sikit. Nak tak nak kenalah
puasa dulu.. baru dapat..” Usiknya sambil mengenyitkan matanya.
“Jahat gila ayat kau kan
Imran!!”
“Dah..dah aku nak balik
dulu. Duduk sini lama-lama pun bukan kau nak bagi aku minum..”
Raykarl tepuk dahi.”Alamak…aku
lupalah… lagipun rumah aku ni ada gula je bro. Kalau kau tak kisah aku buat air
gula je boleh??”
“Keji perangai kau
Karl..”
Raykarl bantai ketawa
berdekah-dekah.
“Aku tak sempat nak
shopping barang dapur pun. Tunggulah bila Ay dah boleh terima hakikat yang kami
dah pun bernikah, masa tu baru fikir barang dalam rumah ni..”
“Aku tahu Ayla tu jenis
yang lembut hati. Kalau tidak takkan lah hubungan korang boleh sampai 10 tahun
kan? Selama ni pun dia yang banyak mengalah dengan kau. Aku rasa esok lusa
oklah dia tu..”
Raykarl mengangguk
laju.”Aku harap macam tulah Imran… baru aku sedar yang aku ni sayang
sangat-sangat dekat dia..”
“Nampak Karl.. kalau
tidak takkan lah kau sanggup nak buat kerja gila macam ni..”
“Kenapa baru sekarang aku
rasa dia sangat berharga dalam hidup aku..” Keluh Raykarl yang seakan menyesali
atas sikapnya yang selalu saja menyakiti hati Ayla dulu.
“Sudahlah tu. Apa yang
penting sekarang korang dah sah pun jadi suami isteri. Dah tak ada apa yang
boleh halang kau dan Ayla lagi..”
“Aku lega sangat sekarang
ni Imran.. kalau aku tahu macam ni, dulu lagi aku dah ajak dia kahwin..”
“Bro.. ini urusan Allah
bro… ada hikmahnya yang kita tak nampak..” Bahu Raykarl di tepuk lembut.
***
I phone berwarna putih
yang sudah siap di charge itu di capainya
dari atas meja. Bertalu-talu mesej yang masuk ke dalam inbox saat di `on` kan
butang kecil itu.
Dia melihat missed call dari Muslim dan Sofea. Pasti
mereka tertanya-tanya kemana dia menghilang. Dia mengeluh perlahan. Tidak tahu
bagaimana mahu berterus terang dengan Muslim dan Sofea. Yang terluka teruk
pasti Muslim. Dia tahu sangat persis apa Muslim menyayanginya. Apa yang pasti
lebih mudah untuk dia menceritakan semuanya kepada Sofea yang memang
memahaminya.
Rambut yang masih basah
itu di keringkan dengan tuala. Di perhatikan jam pada skrin leper itu. Sudah
menjengah ke angka 9.30 malam. Untuk pertama kalinya dia tidur dalam jangka
waktu yang cukup lama. Badan dan fikirannya benar-benar penat. Dia masih kaget
dengan apa yang berlaku sehinggakan dia rasa begitu terluka dengan tindakan
Raykarl.
Terdengar suara orang ketawa yang menyebabkan
dia terbangun tadi. Pasti Imran sebab dia nampak kereta Imran ada di garaj
tadi. Mesti dia ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada Raykarl. Mereka sudah
lama berkawan sejak dari zaman Universiti lagi. Imran juga sudah masak benar
dengan hubungan dia dan Raykarl sebelum ini. Pasang surutnya dia yang menjadi
saksi.
Melihatkan diri yang
masih dengan pijama dia segera bangkit dan menapak ke arah almari. Nasib juga
dia memang ada simpan beberapa helai baju di rumah persinggahan mereka ini.
Sedang dia leka memakai
baju tidur di tubuh tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi telefon. Cepat-cepat
dia mendapatkan telefon dan melihat nama siapa yang tertera di skrin.
“Hello… nak apa?” Dia
menjawab kasar.
“Dear… turun la. Karl dah
siapkan makan malam…”
“Malaslah..”
“Ay nak Karl naik atas
ke??”
“Tak perlu…” Dia menjawab
pendek.
“Habis? Dah sehari
semalam tak makan tu… takkanlah tak lapar kot..”
Ayla terdiam. Perutnya
yang kempit itu di sentuh lembut. Salah satu sebab kenapa dia bangun kerana
perutnya itulah. Sudah berlagu dongdang sayang.
“Sebab lapar je Ay turun.
Kalau tidak memang Ay tak nak tengok muka Karl..”
“Karl kan kacak sayang..
bukan ke dulu wajah ini yang Ay gila-gila kan?”
“Eee… nak muntah
dengar..oklah.. Ay turun sekarang..”
Dia membelek wajahnya di
cermin.’Ah sembab gila muka aku. Malu la nak berdepan dengan Karl dalam keadaan
macam ni..’ Segera dia mencari compact powder lantas terus di pakaikan ke
wajah supaya nampak lebih berseri.
Raykarl sudah siap
menyediakan makanan di atas meja. Tadi selepas Imran pulang dia keluar sebentar
mencari makanan. Menurut Imran, nasi briani Syed Bistro di puchong perdana
sedap. Jadi dia ke sana untuk membelinya.
“Ehemmm…” Ayla berdehem.
Raykarl mengangkat
kepala. Ternampak saja wajah Ayla dia mengukir senyuman.
Ayla segera melarikan
pandangan matanya dari di tenung Raykarl. Bukan apa, dia takut tertewas.
Raykarl memang jarang memujuk. Egonya tinggi. Tapi sekali pujuk, ais di kutub
utara pun boleh cair.
Cepat-cepat dia duduk di
hadapan lelaki itu.
“Karl ada beli kari
kambing, ayam goreng berempah, ikan tenggiri goreng dan kari kepala ikan. Sayur
pun ada ni.. bendi goreng. Semua ni lauk kegemaran Ay..”
Ayla pamer riak tak
berperasaan. Memang susah mahu berperang dengan perasaan sendiri. Dia cuma
memerhatikan satu persatu lauk yang sudah terhidang di depan mata. Nampak
menyelerakan. Lagi-lagi kari kambing yang memang menjadi makanan kegemarannya
itu.
“Makanlah Ay.. tengok je
tak kenyang..” Tegur Raykarl. Dia cuba tahan ketawa melihat reaksi Ayla. Dia
tahu Ayla lapar tapi saja mahu protes tunjuk muka ketat.
Ayla memberanikan diri
menentang pandangan Raykarl. Tapi mujur saat itu Raykarl sedang menuang air ke
dalam gelas. Nasib baik kak bedah oi… kalau tidak kau malu sendiri…’ Desis hati
kecilnya.
Tanpa menunggu lagi, dia
segera menikmati makanan itu tanpa bunyi. Lantaklah Raykarl mahu fikir dia
kebuluran ke apa, yang penting saat itu dia mahu makan sampai kenyang.
Raykarl sembunyi senyuman
bila melihat Ayla begitu gopoh menyuap nasi masuk ke dalam mulutnya. “Ay…kunyah
betul-betul. Kang tak pasal malam ni kita bermalam dekat hospital..” Tegur
Raykarl perlahan.
Ayla buat pekak. Dia
terus saja sumbat dan sumbat. Bukan tak biasa, malah dia sudah terbiasa dengan
Raykarl. Malu? Ketepikan malu. Kalau malu kau lapar Ayla…’
“Nak nasi lagi?”
Ayla mengangkat muka
kemudian dia menganggukkan kepalanya.
“Ay makanlah yang Karl
punya ni. Karl tak lapar sangat pun..” Nasi yang baru suku di sentuh di
hulurkan kepada Ayla.
“Habis Karl kenyang ke?”
Tanya Ayla. Memang dia masih lapar.
Raykarl menggelengkan
kepalanya laju. Tadi dia sempat makan roti canai di situ. Jadi dia tidaklah
lapar sangat. Kasihan pula melihat Ayla yang memang nampak seperti masih belum
kenyang itu.
Seronok pula dia melihat
Ayla berselera seperti itu.
“Errrkkk….!!” Pantas
tangan naik menutup mulutnya.
Raykarl kaku dengan
situasi itu. Tanpa menunggu lagi dia ketawa bagai nak tercabut bumbung rumah.
Merona merah wajah Ayla
saat itu. Malunya….. asal kau ni selamba sangat ay?! Aduhhh…malu…malu…’ Dia
mengibas-ngibas wajahnya yang terasa hangat itu.
“Dah sepuluh tahun
sayang… first time Karl dengar Ay sendawa macam tu. Comel gila..” Kata Raykarl
yang masih ketawa itu.
Ayla ketap bibir. Memang
tadi dia lupa yang ada di depannya itu adalah Raykarl. Kalau dengan keluarganya
atau Sofea dan Muslim memang selamba saja dia sendawa macam tu. Tapi ini
Raykarl! Aduh….. malunya…. Sumpah malu…’
“Saja nak buat macam tu,
biar Karl menyesal kahwin dengan Ay…”
“Mengarut je… Ay ni..
menyesal? Sorry… tak ada istilah menyesal dalam hidup Karl..”
“Tadi tu kira paling
perlahan.. ada lagi kuat dari tu Karl..”
“Tak apa. Comel.. Ay
sendawa macam tu..” Raykarl ketawa kecil.
Ayla mencebik geram.”Dah
la Karl tak payah nak tunjuk baik dengan Ay. Ay nak tanya Karl sesuatu…”
“Apa dia sayang?”
“Kalau dulu nak dengar
Karl panggil Ay sayang susah sangat..”
“Dulu Karl lain Ay…”
Raykarl mengeluh lemah.
“Lain?”
“Dulu Karl sangsi dengan
rasa cinta Karl pada Ay..”
“Oh really?” Kening Ayla terangkat sebelah.”Jadinya dulu Karl tak
sepenuh hati cintakan Ay.. macam tu?”
Raykarl tidak menjawab.
Wajah Ayla di perhatikan dalam-dalam. Kenapalah dia rasakan Ayla lah wanita
paling cantik dalam dunia yang pernah dia jumpa?
“Bukan macam tu sayang.
Dulu Karl tak yakin kita akan bersama seperti sekarang. Banyak sangat halangan.
Kita pun selalu je bergaduh walaupun cuma berselisih pendapat tentang hal yang
kecil..”
“Ay dah agak.. memang
Karl tak serius dengan Karl dulu..”
“Serius… Ay. Kalau tak
serius takkanlah kita bertahan sampai sekarang..”
“Dah tak payah nak buka
cerita lama. Ay nak tahu kerja siapa kita kena tangkap malam semalam..!!”
Raykarl terkedu. Wajah
serius Ayla di pandang takut-takut.”Ma…mana Karl tahu..”
“Betul Karl tak tahu?”
Suara Ayla meninggi.
“Ya..betul..”
Ayla menganggukkan kepala
laju.”Kalau bukan Karl orangnya… tak apa.. tapi kalau Ay dapat tahu Karl
dalangnya, siaplah! Ay pergi pejabat agama tuntut cerai..”
Raykarl tergamam dengan
ugutan itu.”Astafirullahalazim.. Ay.. mengucap..”
“Sejak bila Karl berubah
ni?” Perli Ayla sinis.
“Dah lama. Ay je yang tak
tahu..”
“Baguslah macam tu..”
“Dah memang jodoh kita
Ay.. terimalah dengan hati yang terbuka..”
“Karl tahu tak banyak
hati terluka dengan apa yang berlaku ni? Tak sanggup Ay nak bahagia atas
penderitaan orang lain..”
“Kita pun dah lama
menderita Ay..” Sampuk Raykarl perlahan. Entah kenapa dia rasa begitu kecil di
sisi Ayla sekarang. Jika dulu, dia sentiasa rasa dia lebih berkuasa dan berhak
menentukan semuanya. Tapi kini sudah terbalik.
“Mama, papa, Umar dan
Muslim… Karl tahu tak mereka terluka dengan apa yang berlaku ni..?!!”
Raykarl tersentak saat
nama Umar dan Muslim di sebut Ayla. “Ay… jangan cuba uji kesabaran Karl. Ay
tahu kan Karl punya cemburu macam mana?” Keras ugutan Raykarl.
Ayla tersentak. Tapi dia
pura-pura nampak kuat dan tabah di mata Raykarl.
“Ay nampak Umar kecewa..”
“Stop it Ayla…” Marah Raykarl sambil menepuk meja kuat.
Ayla menelan air liurnya.
Wajah Raykarl berubah riak. Tadi lelaki itu nampak lembut. Raykarl nampak begitu
bengang bila dia menyebut nama Umar. Itu belum Muslim. Biarlah… dia memang mahu
menyakiti hati Raykarl. Ikutkan sakit hati, rasanya luka di hatinya sudah
terlalu banyak di sebabkan oleh Raykarl. Biarlah Raykarl pula yang merasainya
sekarang.
“Muslim tu sayangkan Ay…
pasti dia terluka bila Ay dah bernikah pun dengan Karl..”
“Ay cuba nak uji Karl?”
Ayla tersenyum
sinis.”Marah ke? Baguslah kalau marah… esok kita pergi pejabat agama..”
“Nak buat apa?” Suara
Raykarl naik seoktaf. Elok saja dia melayan perangai Ayla hari ini, boleh pula
Ayla spoil kan mood baiknya itu. ‘Sabar Karl.. sabar…’
Agaknya dulu beginilah sabarnya Ayla melayan kerenahnya.
Agaknya dulu beginilah sabarnya Ayla melayan kerenahnya.
“Bercerai..!!” Selamba
saja Ayla berkata begitu.
Raykarl menarik nafas
dalam-dalam lalu di lepaskan perlahan.”Sampai mati pun Karl tak akan ceraikan
Ay.. I love you..”
“Ye ke? Baru Ay tahu…”
Ayla senyum sinis.
“Selama ni takkan lah tak
tahu kot!”
Ayla pandang wajah
Raykarl lama.”Tepuk dada tanya diri tu sendiri Karl. Macam mana Karl layan Ay
dulu. Ada tak ada je Ay ni dalam hidup Karl…”
“Tapi Karl tetap dengan
Ay kan? Susah senang dari dulu sampai sekarang kita tetap bersama..”
Ayla diam cuba
mengembalikan semua memori lama. Ya…dia akui, 10 tahun mereka bersama terlalu
banyak kenangan yang telah mereka lalui bersama. Walaupun Raykarl seorang yang
ego tapi dia masih tetap sayangkan lelaki itu. Itulah cinta pertama mereka.
Tidak pernah terduga begini. Bukan cara begini yang dia mahukan.
“Tapi pernikahan kita
sekarang ni melukakan hati banyak pihak Karl.. macam mana dengan perasaan mama
dan papa?” Bergenang air mata Ayla saat teringatkan wajah kecewa papa dan mama
malam semalam.
Raykarl bangkit dan
menapak ke arah Ayla. Dia duduk di sisi Ayla.”Sayang… kita akan pujuk mereka
nanti. Karl tahu papa tak suka Karl tapi Karl tak akan berputus asa ambil hati
dia. Karl akan buktikan yang Karl adalah lelaki terbaik untuk Ay..”
Ayla teresak-esak sambil
menutup wajahnya dengan tangan.”Kenapa selepas Ay bertunang dengan Umar baru
Karl nak buat semua tu? Sebab Karl rasa ego Karl tercabar ke?” Wajah Raykarl di
pandang tajam dengan air mata masih membasahi pipi.
Raykarl menggelengkan
kepalanya laju.”Bukan sayang… bukan sebab Karl ego. Ya Karl akui.. dulu Karl
tak yakin pun apa dengan hubungan kita. Tapi sejak Ay pergi baru Karl rasa Ay
sangat penting dalam hidup Karl. Baru Karl tersedar yang selama ini Ay lah yang
banyak membantu dan membentuk hidup Karl sampai Karl jadi macam sekarang ni..”
Ayla masih menangis.
Hatinya sebak mendengar kata-kata itu.
“Karl berjaya dalam
pelajaran pun sebab Ay selalu ada dengan Karl. Ay yang sentiasa beri dorongan
pada Karl dulu.. Karl baru sedar itu semua Ay..maafkan Karl..” Tangan Ayla di
kucup berkali-kali.
Ayla tidak menduga sama
sekali Raykarl yang ego itu akan berkata seperti ini. Tak sangka dia juga turut
memberi sumbangan dalam perjalanan hidup Raykarl.
“Ay… masih belum dapat
terima pernikahan kita ni Karl..” Ayla bersuara lirih.
Raykarl angguk kepala tanda
mengerti apa yang di rasakan Ayla.”Karl faham… take your time sayang. Karl akan tunggu… inilah balasan terhadap
apa yang Karl dah buat pada Ay dulu… Karl terima…”
“Esok kita pergi rumah
papa dan mama. Karl akan cuba berikan yang terbaik sebagai menantu mereka..”
Janji Raykarl.
“Ay nak kerja esok..”
Kata Ayla sambil mengesat baki air mata di pipi.
Tangisannya sudah reda. Tiada guna lagi menangis kerana semua pun sudah berlaku. Mahu atau tidak dia dan Raykarl sudah sah sebagai suami isteri. Dia dah tak boleh lari lagi dari lelaki itu.
Tangisannya sudah reda. Tiada guna lagi menangis kerana semua pun sudah berlaku. Mahu atau tidak dia dan Raykarl sudah sah sebagai suami isteri. Dia dah tak boleh lari lagi dari lelaki itu.
Raykarl kaget.”Next week la Ay… apply cuti sampai next week
ok? If Ay nak berhenti pun Karl tak
kisah..”
“Berhenti? Karl nak suruh
Ay buat apa dalam rumah sebesar alam ni?”
“Duduk goyang kaki. Jadi
madam besar..” Seloroh Raykarl.
Ayla mencebikkan bibir.”Dulu
lagi kita dah pernah bincang perkara ni kan?”
“Oklah.. Karl ikut Ay
je.. mana yang baik untuk Ay baik juga untuk Karl..”
Ayla masih kaget dengan
perubahan drastik Raykarl. Sebelum ini bab memaksa, dialah juara. Ayla sentiasa
saja ikut apa juga kata dan arahan Raykarl. Bila dia melawan memang seminggu
dua lah Raykarl akan menjauhkan diri. Dia sudah masak benar dengan sikap lelaki
itu. Tapi kali ini benar-benar lain.
Lengan dan leher Raykarl
di perhatikan lama. Luka di sana sini. ‘Padan muka! Masa ni lah aku nak balas
dendam di atas semua kekejaman dia dulu..’ Ayla ketap bibir sambil
menganggukkan kepalanya.
“Kenapa ni? Apa yang Ay
fikirkan?”
Ayla tersentak. Pantas di
gelangkan kepalanya laju.”Oklah Ay nak tidur. Jangan cuba nak ganggu Ay malam
ni. Ay masih marahkan Karl..” Dia memberikan amaran.
Raykarl mengeluh
kasar.”Kita dah sah pun jadi suami isteri sayang.. kenapa Karl tak boleh tidur
dengan Ay pulak?” Protesnya geram.
Ayla tersenyum
sinis.”Balasan sebab Karl bawak Ay masuk dalam jerat ni..” Kata Ayla seraya
segera bangkit dan menapak ke tingkat atas meninggalkan Raykarl yang masih
terpinga-pinga di meja makan.
‘Melepas aku malam ni...’
Gumamnya perlahan.
Ayla...oh Ayla... Ya Karl
akan tunggu sampai Ay sedia untuk menerima hakikat yang kita dah pun bernikah
sayang...’
2 comments:
Best!nnt t2 sambung yer cik writer :)
Best ceta ni teruskan menulis
Post a Comment