Monday, October 1, 2012

"Ikhlas dari Leya buat Farel"


Gambar yang terpampang di desktop laptop itu di pandang lama penuh keasyikan dan penghayatan. Sesekali bibir mungil itu mengukir senyuman seperti empunya diri di dalam gambar itu sedang tersenyum ke arahnya. Leya menyeka rambutnya yang terjurai di dahi lalu di selitkan ke celah cuping telinga.
Alunan lagu bayangan ilham yang terpasang, seakan membuai sekeping hati yang sedang merindui seseorang yang belum pasti akan membalas cintanya. Mencintai seorang lelaki yang tidak pernah mahu membalas huluran cinta membuatkan jiwa Leya sentiasa terseksa.
Apalah kuasanya untuk mengubah sekeping hati yang beku itu. Dia tidak berdaya untuk meraih cinta lelaki bernama Farel. Farel terlalu tinggi untuk di gapai. Itu adalah kenyataannya. Dia Cuma mampu bermimpi indah yang lelaki itu menerima cintanya, namun pada alam realiti Farel langsung tidak pernah mahu menerimanya. Sedihkan cerita hidup aku? Bercinta dengan fantasi yang tak mungkin menjadi realiti...
“Aku tak akan mudah berputus asa Farel!” Ucapnya sendiri
“Kau dah kenapa Leya?” Sergah satu suara dari arah belakang.
“Omakkk kau !!!!
Leya melompat lantas terus berdiri kerana terkejut mendengar suara yang tiba-tiba menyergahnya dari arah belakang. Mia yang baru saja pulang dari kolej ketawa melihat reaksi sahabatnya itu.
Leya mengusap dadanya berkali-kali. Dadanya berdegup kencang.
“Bongok betul kau ni. Bagi salam lah lain kali!”.Marahnya dengan mata yang tercegil.
Mia terus merebahkan tubuhnya di atas katil kemudian dia berguling di situ sambil menekan-nekan perutnya. Lucu melihat wajah terkejut Leya. Padan muka. Berangan lagi sampaikan dia masuk pun Leya boleh tak sedar. Memang layak dia di sergah seperti itu.
“Hah... ketawa lah... biar aku mati tegak sebab terkejut dengar suara kau macam petir tu!”.
Mia ketawa lagi kemudian dia duduk bersila mengadap Leya dengan wajah yang merah padam.
Leya kembali duduk di kerusi dengan wajah cemberut.
“Aku bagi salam pun kau tak dengar.. sibuk melayan perasaan ingatkan si mamat poyo tu kan!”.
Leya mengerling ke arah Mia sambil mencebik.
“Suka-suka panggil dia mamat poyo. Farel lah Mia... Leya cuba membela lelaki itu. Mana boleh Mia memanggil Farel dengan gelaran itu. Sakit betul hatinya mendengar gelaran itu.. tak sesuai..’
“Cisss... membela nampak! Weh dia tu tak terima kau pun, pasal apa kau sibuk nak bela dia pula..?
Leya buat-buat pekak kemudian dia segera membuka akaun facebooknya. Macam biasa... dia akan menjadistalker paling ganas tapi cun dan sweetsebab nak skodeng facebook milik Farel atau dengan nama penuhnya Ahmad Farel. Sweet kan nama tu? Hehe... Leya tersengih-sengih sendiri.
Mia mengetap bibir. Sakit hati kalau bercakap dengan Leya. Berbuih dah mulut macam orang kena sawan nasihatkan dia. Kalau ada sakit jantung dah lama jalan. Leya... Leya... Mia menggelengkan kepalanya.
“Dah silakan pergi mandi...bau kau dah macam kambing gurun... Syuh... Syuh... Selamba Leya menghalau Mia sambil menutup hidungnya yang mancung itu.
“Eeee... kau memang Leya... aku merajuk lahhh macam ni...” Mia dah hentak kaki macam budak nak mintak ais krim sambil melangkah keluar dari bilik.
Leya ketawa mengekek.”Tulahhhh... nak kenakan aku...kan! Alih-alih kau yang kena buli dik nonn.....
***
Farel melangkah keluar dari mitsubishi lancer dengan membawa beg sandang kamera nikon di bahu dan beberapa buku di tangan. Langkah di atur sepantas yang mungkin. Sekejap lagi membebel lah Cik Hani aka Cik tembun. Siapa tak kenal Cik tembun kat kolej ni. Super garang kalah mak tiri cinderella tahu! Sekali dia pekik... boleh pekak seumur hidup. Patut la tak kahwin-kahwin... Sempat Farel mengutuk di dalam hati.
Bebelan mama sebelum dia melangkah keluar dari rumah terngiang-ngiang di telinga.
“Mama nak mamat kahwin juga dengan Nur tu....”
‘Kahwin? Belajar pun tak habis lagi... dah suruh aku kahwin. Nak bagi anak orang makan apa? Batu? Rumput?.. Mama kalau nak memaksa tak ber agak!
“Ma...mamat ni baru je nak masuk 22 tahun. Mama tak fikir ke yang mamat ni budak lagi? Balas Farel.
“Budak? Amboih... dah boleh jadi bapak orang... kot. Budak apa..”
“Habis nak bagi anak orang makan apa? Kerja pun tak lagi...
“Alah... duit papa dengan mama tu... memang kami dah khas kan untuk Farel... lagipun budak Nur tu baik... cantik... nanti melepas pada orang lain kempunanlah mama nak berbesan dengan Haji Khalid tu..
‘Amboi.... ingat ni zaman dulu kala ke main nak kenen-kenen je. Kahwin kot... takkan kahwin sehari dua je, lepas tu... bercerai dan bertalak.. Tak ke duda sebelum masanya... seram aku!
Farel menggelengkan kepalanya sendiri. Susah cakap dengan mama. Memang dia nak menang je lah kerjanya. Kalau A, A jugalah kata kita ni... keluh Farel di dalam hati. Nak melawan kang kena sumpah jadi batu pulak.....
Tiba-tiba...
Gedeganggggg...........
“Adooiiiii!!!!!!! Farel terdorong ke belakang namun nasibnya baik, apabila dia sempat berpaut pada besi yang di langgarnya tadi. Kalau tidak.. memang ke longkang lah jawabnya.
“Are you ok?? Kalut Leya membantu Farel yang terkial-kial berpaut pada besi itu. Macam mana tiang tegak tu dia boleh langgar. Mata letak kat mana?
Cepat-cepat Farel berdiri tegak kemudian dia kalut mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai. Leya segera membantu Farel namun dalam kekalutan itu boleh pulak mereka terhantuk menyebabkan dua-dua terduduk di situ.
“Argghhhhh..... Leya memegang dahinya. Tiba-tiba kepala terasa bengong kejap.
“Aduiii... Jerit Farel. Sakit langgar tiang pun tak hilang lagi sekarang di tambah pulak dengan terhantuk kepala orang. Kepala orang ke kepala terminator? Adoiii.. Farel memegang dahinya.
Dalam kesakitan sempat juga Leya mencuri pandang ke arah Farel yang duduk bertentangan.
‘Wahhhh... kacaknya Farel... Huh... sabarlah hati.. sabar... Dia mengusap dada cuba menyabarkan hati sendiri. Dah bertahun cinta bertepuk sebelah tangan. Mau tak terseksa.
“Ehh... yang awak sibuk-sibuk kat sini kenapa? Marah Farel.
Leya buat muka pelik.
“Saya nak tolong awak je... Balas Leya perlahan. Sempat buat muka duck face, bajet comel kan. Itupun kalau Farel the super kacak tu nak pandanglahhh...
“Kat mana ada saya kat situlah ada awak kan...! Awak ni sehari tak tunjuk muka yang tak berapa cantik tu depan saya tak boleh ke? Selamba Farel menghamburkan kata-kat berbau hinaan kepada Leya. Biar padan muka. Orang datang ke sini nak belajar, dia pulak sibuk nak main cinta. Eloknya di sekolahkan je budak ni....
Leya mencebik sambil buat muka sedih. Asal nampak muka aku je nak marah, apa muka aku ni macam muka pontianak pondan ke?
“Saya nak ke kelas... nampak awak bergayut kat besi tu... sebab tu saya tolong awak.. salah ke...?
“Bergayut? Ehhh.. saya terlanggar tiang tu lah. Apa kes pulak saya nak bergayut kat sini. Ingat monyet ke nak main gayut-gayut ni...? Balas Farel lagi. Siap tunjuk muka macam bapak tiri lagi. Garang konon tapi masih kacak tahap dewa.
“Kenapa awak boleh langgar tiang tu? Tanya Leya lagi. Sebenarnya sengaja dia bertanya lebih-lebih. Rasa seronok pulak duduk di situ bersama-sama Farel. Rasa sweet je keadaan mereka berdua. Duduk tengah-tengah jalan kat koridor ni.. memang sweet sangat!
“Heeee... awak ni faham ke tidak ? Tak dengar ke saya cakap ter... ter... terlanggar... nak ulang lagi? Suara Farel dah naik seoktaf. Wajahnya sudah merah padam. Kejap lagi ada yang kena hempuk dengan kamera aku ni..
“Ohhh... ok.... Hurmmm... Leya terdiam apabila merasakan yang soalannya memang agak bodoh. Tak ke gila si Farel tu kalau dia memang suka-suka je nak langgar tiang tu?
‘Ehh.. apa kena budak dua ekor tu? Haris tertanya-tanya sendiri. Dia segera melangkah ke arah Farel dan Leya. Siap duduk di atas lantai tengah jalan macam ni? Dah gila ke apa ni?
“Korang buat apa ni? Berkelah ke? Soal Haris yang terkejut melihat Farel dan Leya duduk di atas lantai dengan masing-masing muka dah mencuka macam cuka masam.
“Berkelah... otak kau lahhh...! Marah Farel sebelum dia bangkit sambil mengibas-ngibas seluarnya yang kotor.
“Habis? Tanya Haris lagi. Dia membantu Leya berdiri. Beg tangan Leya juga di ambil lalu di serahkan kepadanya.
“Farel terlanggar tiang tadi... Jawab Leya bagi pihak Farel.
Farel menjeling Leya.
Haris dah ketawa berdekah-dekah. Budak ni kalau dapat ketawa memang tak sedar diri. Gumam Farel di dalam hati.
“Farel yang terlanggar tiang. Habis yang awak duduk sama-sama dengan dia kat sini kenapa? Haris masih lagi belum jemu menyoal. Matanya di gosok perlahan. Bukan main lagi ketawa siap keluar air mata.
“Kau ni tanya macam polis pencen ni kenapa? Dahhh... aku nak blah! Leya..lain kali jangan nak tunjuk muka awak depan saya eh? Sekali lagi saya nampak muka awak... tahulah saya nak buat apa.. Ugut Farel sebijik macam samseng.
Leya Cuma menikus. Terkebil-kebil di marahi oleh Farel.
‘Kenapalah lelaki ni garang sangat? Muka dah kacak.. sikit lagi macam Aaron aziz... Leya membebel di dalam hati.
Haris menggelengkan kepalanya. Farel yang sudah pergi meninggalkan mereka itu di pandang lama.
“Awak ok Leya? Soal Haris simpati melihat Leya. Kesian dia...
Leya mengangguk sambil tersenyum.
“Awak jangan dengar sangat cakap mamat sewel tu... tak tahulah hormon apa yang tak stabil dalam badan dia tu. Asal nampak awak je nak mengamuk... tak faham saya..
“It`s ok Haris.. dah biasalah kena maki macam tu. Itukan hobi dia... Balas Leya sambil ketawa kecil.
Haris terkedu kejap melihat kecomelan Leya apabila ketawa macam tu. ‘Macam manalah si Farel boleh benci dengan Leya? Tak faham aku!
“Saya rasa dalam badan dia ada saka tu.. Seloroh Haris menyebabkan Leya ketawa mengekek.
‘Amboi... muka comel dah. Tapi ketawa sikit lagi nak sama dengan pontianak. Huhu...
“Oklahhh... Haris.. saya nak masuk kelas dulu.. jumpa lagi eh?
Harris menganggukan kepalanya.
“Hati-hati jalan tu.. kalau jatuh bangun sendiri eh.. Selorohnya.
Leya Cuma ketawa geli hati. Dia berlalu dari situ sambil memegang dahinya yang benjol itu. Sakit tapi rasa macam bahagia sangat... dia tersenyum-senyum sendiri.
****
Mia menuam benjolan di dahi Leya dengan kain tuala yang di jelumkan dengan air suam.
“Lepas kau tolong, kau dapat maki.. memanglah baik yang amat si Farel tu.. kalau aku ada masa tu, aku tak tolong dah.. aku tolong gelak lagi adalah.. Bebel Mia saat mendengar cerita Leya tadi.
“Aku tak kisahlah... Mia.. aku ok je... Balas Leya selamba. Biarpun benjolan di dahi sudah lebam dan menyakitkan tapi dia rasa bahagia sangat. Rasa nak senyum je 24 jam. Sampai tak boleh nak control senyuman itu. Inilah penangan cinta. Semuanya rasa indah.
Mia menggelengkan kepalanya. Hairan dengan sikap obses Leya terhadap Farel itu. Sudah melampaui batas kewarasan akal kot!
“Orang macam Farel tu.. eloknya campak dalam mulut buaya je.. Tambah Mia sengaja mahu menyakiti hati Leya.
“Hisss masuk dalam buaya? Habis aku nak kahwin dengan siapa? Seloroh Leya sengaja mahu menyejukkan hati Mia yang panas itu. Minah ni pun satu. Asyik nak melenting je bila sebut nama Farel. Macamlah dia yang kena maki dengan mamat tu. Aku juga kan? Habis kenapa dia pulak yang nak meroyan macam mak nenek ni? Eh.. Eh nama pun kawan sejati kan?
“Kau ni Leya.. aku tak tahu dah nak cakap macam mana... first time selama aku hidup 22 tahun kat muka bumi Allah ni, aku berdepan dengan makhluk tuhan macam kau ni. Dia sah-sah.. benci kat kau.. kau pulak boleh sua cinta kau tu kat dia...”
“Alah... lama manalah dia nak benci kat aku Mia. Ini Nur Leya Haji Khalid lahh... aku yakin, satu hari nanti dia tak akan mampu benci aku walau sebesar zarah pun.. hah.. masa tu dia tahu lah langit tu tinggi ke rendah..” Kata Leya sambil mendabik dada.
Ceh... berlagak betul minah ni. Mia menggelengkan kepalanya. Rasa nak tunjal-tunjal je benjol yang terbentuk kat dahi Leya tu. Biar dia sedar diri sikit. Bukan main seronok berfantasi macam tu.
“Amboi kau ni kalau bercakap macam orang kena rasuk eh? Tak sedar diri lagi eh? Si Farel tu top student kat kolej. Setakat minah bisness macam kau ni.. sebelah mata pun dia tak pandang. Lainlah budak mass com. Dorang tu semua cun, meletop kalah artis tau.. kau apa ada...
‘Eh.. Eh... Mia ni kalau bab nak kondem aku memang jaguh betul’
Leya mencebik.”Mass com. Ke apa ke... siapa yang mampu nak tandingi cinta aku kat dia? Cuma aku je yang boleh tahan dengan perangai gila dia tu...
Mia cuba menyabarkan hati. Perlahan-lahan di usapnya dada yang semakin sesak. Kain tuala itu di tuam lagi ke dahi Leya.
“Leya... oi.. sampai bila kau nak tahan dengan makian dia tu? Asal nampak muka kau je dia dah meroyan ini ada hati kau nak berkasih dengan dia? Kau mimpi ke apa ni Leya... Pipi Leya di tampar-tampar perlahan. Namun cepat-cepat Leya menepis.
“Sakitlahhhh jerit Leya sambil memegang pipinya.
“Sakit hati tau cakap dengan kau! Kata Mia lagi.
Leya tersengih.”Mia... kau ni.. asyik nak kondem aku je.. ehh aku serius tau dah fall in love kat Farel tu.. hati aku ni Cuma untuk dia. Aku dah tutup rapat untuk lelaki lain. Aku tak boleh dengan orang lain melainkan dia... Cuma Farel! Tegas Leya serius.
“Ehhh suka hati kau lah Leya. Nanti hati kau yang tercedera... kau yang tanggung kan? Bukan aku taw.... jangan carik aku nanti, untuk pinjam bahu... Ugut Mia sengaja mahu menempelak Leya.
“Takkmo lahhh... Rengek Leya sambil menarik-narik lengan Mia. Kepada Mia lah dia mencurahkan rasa hati. Boleh mati berdiri kalau Mia tak ada dalam hidupnya.
**
“Bro jangan nak benci sangatlah..... Kata Haris sambil menyedut air vanila coke kegemarannya.
Farel yang sedang menjamu selera itu sekadar mencebik.
“Dah memang aku tak pernah nak berkenan dengan dia beb, takkan lah nak paksa hati aku ni untuk suka kan dia...”
“Kalau ya pun tak suka kat Leya, tak mahu balas cinta dia.. tapi jangan lah membenci...”
“Manalah aku tak benci. Dia tu obses sangat dengan aku ni. Dekat mana ada aku, kat situlah ada dia...”
Haris ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Kalau pun Leya yang obses, tak salah kot. Leya pun cantik apa.. comel je... Haris sempat berfikir sendiri.
“Kau tahu... 10kali aku block dia kat fb,10 kali juga dia buka akaun baru tau.. sengal betul minah tu.. lepas tu selalu upload muka duck face dia kat fb. Semak tau...!
Haris sudah ketawa berdekah-dekah.
Duck facepun comel Farel....
Farel menjuihkan bibirnya.
“Comel ke, cantik ke, cun ke.. yang penting aku memang benci dia... Kalau pun dia buat plastic surgery kat muka... aku tetap tak boleh nak terima dia..”
“Jangan benci sangat Farel... esok orang yang kau benci sangat-sangat tu lah, yang akan jadi orang paling kau sayang. Kau pegang kata-kata aku ni..”
“Hisss.... tak mungkin lahhh... aku tak mungkin terima dia... kalau pun Cuma tinggal dia sorang je perempuan dalam dunia, itupun aku nak kena pikir 2,3 kali untuk terima dia.. Kata Farel sesungguh hati.
Haris menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata Farel. Nampaknya Farel memang terlalu bencikan Leya. ‘Spesis manusia macam ni pun ada ke?
‘Kau ingat semudah a,b,c untuk masuk ke dalam hati aku Leya? Jangan mimpi lahh.. Desis Farel di dalam hati. Dia tersenyum sinis.
**
Wajah ayah dan umi di pandang silih berganti. Hampir tidak percaya dengan apa yang baru di ucapkan oleh mereka. Rasa seperti mahu menangis berguling-guling lagi, saat mereka menyuarakan hajat besar itu. Tak semena-mena wajah Farel menjelma di ingatan.
“Esok keluarga Datuk Farid akan datang melamar. Umi mahu Nur bersiap sedia. Ingat, jangan buat perangai..” Pesan Hajah Sufiah.
“Umi bergurau ke apa ni... Nur nak ketawa ni.. Kata Leya yang berharap ianya Cuma gurauan dari ayah dan Umi semata-mata. Maklumlah dia anak tunggal jadi memang selalu jadi mangsa buli ayah dan umi.
Haji Khalid menarik tubuh anaknya lalu di kepit di bawah ketiak. Memang dia dan Leya rapat malah Leya lebih manja dengannya berbanding dengan Hajah Sufiah yang lebih tegas dan garang.
“Anak ayah ni dah besar.. sampaikan dah ada yang mahu melamar.. Hidung Leya di tarik lembut.
“Ayahhh.. anak ayah ni belajar pun tak habis lagi tau...” Perut buncit ayahnya di peluk erat.
Haji Khalid ketawa besar. Hajah Sufiah pula tersenyum melihat keakraban kedua-dua insan yang di sayanginya itu.
“Nur... Umi dan ayah mahu Nur segera di ikat supaya langkah Nur lebih terbatas. Menjaga anak dara ni lagi susah dari menjaga lembu sekandang.. Kata Uminya.
“Mana Umi tahu jaga lembu tu susah? Umi pernah bela lembu ke? Balas Leya menyebabkan Haji Khalid ketawa mengekek. Leya memang suka buat lawak mega.
Hajah Sufiah menjeling anak daranya tajam. Leya memang suka loya buruk.
“Sayang... itu perumpamaan aja.. Umi nak Nur jelas kenapa Umi nak kahwinkan Nur..” Kata Hajah Sufiah.
Kepala Leya di usap penuh kasih oleh Haji Khalid. Terasa sayu tatkala mengenangkan yang anaknya sudah dewasa dan akan berkahwin tak lama lagi.
“Ayah... Nur tak ready lagilah nak kahwin.. Nur nak study dulu sampai dapat PHD.. baru Nur nak fikir pasal kahwin.. Rengek Leya manja.
“Lepas kahwin kan boleh sambung belajar.. Mamat pun masih belajar. Jadi tak ada masalah kan.. Kata Uminya lagi.
Pantas Leya mencebik sambil menggelengkan kepalanya. Mamat? Eyukksss... lelaki manalah yang umi nak jadikan calon suami aku tu? Dah tak ada nama sedap sikit ke? Mamat?
“Umi dengan ayah ni macam serius je... takut pula Nur.. Ucap Leya sambil tersengih comel. Sebijik macam garfield. Tak tahu garfield senyum macam mana? Sila goggle please!
“Serius Nur... Umi dan ayah serius! Soal nikah kahwin ni bukan perkara yang boleh di bawa bergurau..” Ujar Hajah Sufiah lagi.
“Nur anak yang baik kan? Tanya Haji Khalid lembut.
Leya mengangguk sambil tersenyum.
“Jadi anak yang baik kena ikut cakap ayah dan Umi ya.. Pujuk Haji Khalid pula.
“Kalau Nur bantah? Duga Leya.
“Mahu di gelar anak derhaka? Tak bahagia dunia akhirat sayang... Kata Haji Khalid lagi. Wajah Leya cemberut serta merta.
‘Kahwin? Tapi dengan siapa? Dah macam cerita samarinda pula. Kahwin pilihan keluarga, lepas tu gaduh-gaduh benci....dan akhirnya jatuh cinta... nampak clicheje.. tapi Wahhhh kenapa jadi pada aku pula ni.... Mia.. please help me..................
**
Mini pelamin itu di pandang dengan perasaan sedih dan pilu. Majlis melamar, tapi di akhiri dengan majlis pertuangan? Siapa yang tak sedih? Siapa yang tak merana? Ohhh Farel.... Mahu menangis tapi tidak ada air mata yang mahu keluar. Fikirannya kosong. Rasa hidup macam nak berakhir pun ada ni.
Jari jemarinya di genggam erat. Leya mendongak memandang wajah Mia. Wajah itu nampak sedih sama sepertinya.
Perbincangan yang sudah berakhir dengan penetapan tarikh pernikahan itu akan di sudahi dengan acara menyarungkan cincin. Photographer yang di tugaskan untuk merakamkan gambar kenangan mula mengarahkan Leya berposing sakan. Rasa kekok apabila terpaksa berdepan dengan orang ramai. Sah-sah semua mata sedang memandang ke arahnya.
“Nur Leya... nama itu di panggil oleh seorang wanita yang hampir sebaya dengan uminya.
Leya tersenyum biarpun terpaksa. Jemarinya di hulurkan kepada wanita yang merupakan bakal ibu mertuanya itu. Wanita itu nampak bergaya. Sudah tentu bakal suaminya juga bukan calang-calang orang. Mamat? Bila fikirkan nama dia rasa macam sedih dan pilu pulak...
“Tahniah Nur... Ucap Datin Kamila. Cincin Emas putih itu di sarungkan ke jari manis bakal menantunya. Cepat-cepat Leya mengucup tangan bakal ibu mertuanya. Seram kan dengan perkataan ibu mertua?
Leya tersenyum lalu mengangguk. Ucapan itu seakan angin yang lalu di telinga dan hilang begitu saja. Tahniahhlahhh sangat... rasa sebak itu cuba di tahan.
Berkerdipan lensa kamera di sana sini. Dah macam artis lagaknya. Walaupun sedih tapi dia cuba memberikan kerjasama yang baik. Nama baik ayah dan umi perlu di jaga.
Mia mengesat peluh yang merenik di dahi Leya.
“Wehh kau jangan nak over macam aku ni tengah bersanding ya.. aku siku kang! Bisik Leya ke telinga Mia menyebabkan Mia mahu ketawa berdekah-dekah.
“Cantik bakal menantu mama ni..” Puji Datin Kamila sambil memegang pipi Leya. Leya tertunduk malu di puji biarpun jiwa terasa seperti mahu pecah.
“Terima kasih aunti..” Balasnya lembut. Pegangan tangan di pipinya di sentuh.
“Panggil mama... ye.. Pinta Datin Kamila membuatkan Leya terasa seperti mahu pitam.
Leya tersenyum. Kemudian dia memeluk tubuh Uminya erat. Langsung tidak menduga yang pada akhirnya dia terpaksa berkorban demi ayah dan Umi. Mungkin inilah bakti yang mampu aku lakukan untuk mereka.... Desis Leya di dalam hati.
Mia tersenyum menyaksikan kebaikan Datin Kamila terhadap Leya. Namun jauh di sudut hatinya dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Leya. Kahwin pilihan keluarga? Apa pasal ayah dan Umi Leya ni tak chill eh?
“Panggilkan bakal pengantin lelaki masuk untuk bergambar.. Arah Photographer yang tak berapa nak lelaki itu.
Dada Leya sudah berdegup kencang. Bagaikan ada pesta kompang yang sedang berlangsung dalam hatinya. Tangan dah menggigil tahap gaban. Mujur ada Mia yang menenangkannya.
“Chill beb... chill...
“Mia.. aku takut.. rupa “mamat” tu macam orang pecah rumah..... kata Leya berbisik ke telinga Mia.
“Beb... macam pecah rumah pun tapi baik hati tak apa... Balas Mia.
“Taakkkkkkk.... aku nak Farel... Mia..!
Mia menepuk-nepuk tangan Leya perlahan faham dengan apa yang di rasakan oleh sahabatnya itu. Kalau mahu menangis pun bukan di sini. Bukan di pelamin yang indah itu. Biarpun Cuma mini pelamin, tapi nampak vogue tahu!
Rayben yang terletak pada batang hidunya yang mancung itu di tanggalkan lalu di letakkan di dalam poket baju kemeja. Dia menarik nafas panjang kemudian di lepaskan perlahan-lahan. Haris di sebelah mengiringi langkahnya masuk ke dalam rumah selepas di panggil untuk sesi bergambar.
Tatkala ternampak papa dan Haji Khalid dia segera bersalam dan berpelukan dengan mereka. Dia kenal Haji Khalid sewaktu sama-sama bermain golf minggu lepas. Jadi dia memang sudah kenal dengan bakal mertuanya itu. Tak sampai hati pula untuk menolak hajat mereka yang mahu menjodohkan dia dengan anak perempuan Haji Khalid. Melihatkan kebaikan Haji Khalid dia pasti bakal isterinya nanti sebaik ayahnya juga. Pasti isterinya nanti sopan santun dan yang paling penting cukup ilmu agama. Dia percaya pada takdir Allah. Pasti ada hikmah yang membahagiakan. Allah tak akan berlaku kejam pada hambanya. Dia yakin dengan perkara itu.
“Tahniah Mamat... Ucap Haji Khalid mesra.
Farel mengangguk sambil membalas pelukan mesra bakal bapa mertuanya.
Haris memandang Farel sambil ternganga.
“Dahh.. tak payah kau nak ternganga bagai. Kat rumah.... aku adalah mamat.... ok! Kata Farel yang menyedari reaksi Haris apabila mendengar Haji Khalid memanggilnya mamat.
Haris menutup mulut. Terasa mahu ketawa tapi mengenangkan majlis yang sedang berlangsung. Di matikan hasratnya itu.”Tak pa simpan kejap lagi.. Desis hatinya.
“Masuklahhh.... Pelawa Haji Khalid yang mengetuai langkah mereka ke arah pelamin.
Leya menundukkan wajah. Tidak sanggup rasanya mahu melihat bagaimana rupa bakal suaminya sebentar lagi.
Pandangan mata Mia dah Haris bertembung menyebabkan masing-masing terdiam dan tergamam.
‘Eh... Haris? Apa dia buat kat sini? Mia tertanya sendiri. Eh takkalah “mamat” tu Haris? Tak mungkinlah. Haris Danial? Apa kena mengena dengan mamat pula?
‘Mia??? Ehh.. tunang Farel ada kena mengena dengan Mia ke? Desis hati Haris pelik. Ahh... apa nak pelik. KL bukan besar sangat pun.. Dia cuba menyedapkan hati.
“Tu... Nur kau.. Kata Haris kepada Farel.
Farel tersenyum sambil melemparkan pandangan matanya ke arah yang di maksudkan. Namun... wajah yang tersorok di balik tudung yang di pakai itu menghalang pandangannya.
“Eh... tu Mia kan? Lengan Haris di tarik-tariknya.
“A`ah.. aku pun perasan tadi. Mungkin saudara dia kot.. Balas Haris.
Mia sudah terpampan. Nafasnya sesak melihat bakal suami Leya. Mulutnya sudah ternganga. Leya yang menyedari reaksi wajah Mia mula kecut perut.
“Mia kau jangan takutkan aku.... tangan Mia di goncang kuat. Dia sudah tidak keruan.
Dia dan Leya berpandangan.”Leya aku takut kau pengsan kejap lagi... Pipi Leya di pegang erat.
“Huh.. Apa maksud kau ni??? Leya sudah tidak sedap hati melihat Mia.
“Tuu.... tu.... ba.. bakal su..suami kau.... Bibir Mia menjuih ke arah seseorang yang sedang berjalan ke arahnya.
Satu kekuatan meresap masuk ke dalam tubuh menyebabkan dia nekad mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimanakah rupa bakal suaminya.
Langkah Farel mati serta merta saat mata bertentang mata. Gadis bertudung itu juga memberi reaksi yang sama sepertinya. Masing-masing tergamam. Dunia yang tadi hiruk pikuk mulai terasa sunyi sepi.
“Farell.... kau ok? Lutut Farel lemah longlai. Mujur Haris berada di sisinya. Sempat juga dia menyambut tubuh Farel daripada terduduk di situ.
“Leya..... Jerit Mia kuat tatkala Leya terjelupuk elok di atas ribanya. Pandai pula nak pengsan kat riba. Port baik punya...!
“Nur.... Hajah Sufiah segera mendapatkan anak daranya yang pengsan tidak sedarkan diri di atas pelamin. Begitu juga dengan Datin Kamila. Datuk farid dan Haji Khalid menerpa naik ke pelamin. Suasana menjadi hingar melihatkan situasi genting itu.
Haris cuba membawa Farel keluar dari situ. Farel yang kelihtan terkejut beruk itu sudah tidak bermaya. Mujur juga dia tak pengsan. Kalau tidak haru biru keadaan di situ. Farel di papah keluar oleh Haris. Dia memerlukan udara yang segar. Segelas air kosong di hulurkan kepada Farel. Dengan rakusnya Farel meneguknya.
Haris memegang dahi. Langsung tidak menduga dengan apa yang di saksikannya tadi. Kalau dah dia pun separuh nanar melihat wajah bakal isteri Farel. inikan Farel sendiri. Perempuan yang paling di benci! Itulah bakal isteri Farel. Gila... memang gila!
***
Farel merenung tajam wajah gadis yang nampak tenang di hadapannya itu. Macam mana dia boleh setenang ini?
“Kita kena buat sesuatu.... Kata Farel memulakan bicara.
“Buat apa? Soal Leya sengaja buat tidak mengerti. Akhirnya dia dapat Farel dengan begitu mudah. Lepas ni dah boleh tidur nyenyak. Hehhe... Leya tersenyum sendiri.
“Awak suka dengan pertunangan kita ni? Mata Farel dah mencerlung memandang Leya.
“Secara jujur... Leya terdiam seketika sebelum menyambungnya.”Suka... saya tak boleh nak tipu perasaan sendiri..
Farel mendengus geram. Macam mana perempuan itu boleh jadi tunangannya?
I`m not loving you... understand? Suara Farel mulai meninggi.
Leya mengangguk.”Faham... tapi saya cintakan awak.. sepertimana yang awak sedia maklum..”
Farel menggelengkan kepalanya berkali-kali. ‘Tak... tak mungkin aku terima kau..’
“Suka atau tidak... kita dah pun bertunang...”Cincin yang tersemat di jari manis itu di tunjukkan kepada Farel.
Cincin yang di berikan oleh pihak perempuan itu segera di tanggalkan oleh Farel. Tak semena-mena di lemparkan cincin itu ke arah Leya. Cincin itu bergolek laju masuk ke dalam kolam renang.
Pantas Leya berdiri dan tanpa di duga dia nekad terjun untuk menyelamatkan cincin itu. Farel terpampan, terkedu, terkejut dengan tindakan Leya.
Tangan Leya terkapai-kapai. Farel mulai kalut. ‘Eh dia tak pandai berenang ke?
“Farelllll selamatkan Leya... dia tak pandai berenang... Jerit Mia yang sejak dari tadi menjadi mata-mata di sebalik pokok bunga besar yang terdapat di halaman itu.
“Huh???? Mata Farel sudah terjojol. Sepantas kilat dia melompat masuk ke dalam kolam menyelamatkan Leya.
Mia tersenyum sendiri. ‘Pandai kau berlakon kan Leya... tahniah... Kata Mia sendiri sambil berpeluk tubuh.
“Eh.... kenapa Leya dan Farel tu? Malam-malam masuk dalam kolam? Soal Haris pula yang baru saja selesai menjamu selera.
“Dorang ok je... dah jom masuk dalam... Lengan Haris di heretnya masuk ke dalam banglo mewah itu.Terkial-kial Haris di buatnya.
“Uhukkkk Uhukkkkkkk.... Leya memuntahkan air dari mulutnya. Farel menepuk-nepuk belakang badan Leya. Mujur juga tiada siapa yang perasan. Dia menarik nafas lega. Kelibat Mia juga sudah tidak kelihatan.
“Tulah lain kali jangan nak tunjuk diri tu hero sangat! Marah Farel.
“Kenapa awak buang cincin kita? Tanya Leya minta penjelasan.
“Awak tu yang pergi terjun kolam tu kenapa? Dah puas hidup? Kalau saya biarkan awak mati keras dalam tu baru awak tahu.. Tengking Farel. Sedikit lagi mahu tercabut jantung melihat keadaan Leya tadi.
“Kalau ya, pun awak tak suka dengan pertunangan kita ni, awak tak ada hak nak buang cincin tu.. Marah Leya pula.
Farel meraup rambutnya kebelakang. Sakit jiwa layan minah ni.. desis hatinya. Farel bangun dan ingin berlalu dari situ.
“Nanti dulu.... Halang Leya.
Langkah Farel terhenti. Dia menoleh ke belakang.
“Apa lagi awak nak? Tanya Farel cuba menyabarkan hati. Wajahnya sudah menyinga.
Leya bangun dan melangkah ke arah Farel. Dia berdiri tegak di hadapan lelaki itu. Mata mereka saling berpandangan tajam.
Cincin yang di campakkan oleh Farel tadi di bawa dekat dengan wajahnya.
“Cincin ni sangat bererti buat saya... awak tak ada hak untuk menanggalkannya! Saya terima pinangan awak secara baik jadi awak tak boleh buat saya macam ni...”Kata Leya tegas. Farel terkedu melihat cincin itu. Dia nampak cincin itu jatuh masuk ke dalam kolam tadi. Langsung tidak menduga senekad itu Leya mahu menyelamatkan cincin itu.
Air mata Leya mengalir lesu. Cukup selama ini dia terdera dengan perangai Farel. Kini dia sudah tidak mampu lagi. Semuanya perlu di luahkan malam ni juga.
“3 tahun saya menahan rasa ni.... Dadanya di tepuk perlahan. Bibirnya di ketap.
Farel terdiam. Air mata yang mengalir di pipi Leya di pandang dengan satu rasa yang sukar di mengerti. Adakah rasa itu Cuma rasa simpati? Ya... Cuma simpati.
“Saya cintakan awak Farel. Cuma awak! Saya bertahan selama ini pun di sebabkan awak. Awak sangat bererti buat saya... setiap hari saya memikirkan awak sampaikan saya rasa seperti mahu gila. Kata hinaan dan makian awak tak pernah langsung saya simpan dalam hati... semua saya anggap awak tak sengaja lakukannya. Salahkah saya, untuk berbahagia dengan pertunangan kita ni? Salah kah??? Apa dosa saya sampai saya nampak sangat jelek di mata awak? Cakap.... cakap... Dada bidang Farel di tumbuk bertalu-talu. Tangisannya sudah menggila. Dia tidak peduli lagi apa pandangan lelaki itu terhadapnya.
Farel memengang kedua-dua belah tangan Leya yang tidak henti-henti dari memukul dadanya.
Please stop it... Kata Farel.
No.. i can`t stop it... saya dah tak sanggup nak tanggung perasaan ni.. tak sanggup! Jerit Leya sambil tersedu-sedan.
Farel cuba menahan rasa. Dia menarik nafas panjang. Di biarkan Leya menangis sepuas hati.
Tangan Farel di capainya lalu di letakkan cincin itu pada telapak tangannya.
“Saya cintakan awak Farel... saya sanggup mati untuk selamatkan cincin ni.. Kata Leya dengan teresak-esak.
Farel menelan air liurnya. Sebagai seorang lelaki, egonya juga ada batasan.
“Tak cukup lagi ke bukti? Soal Leya sambil memandang wajah Farel yang nampak seperti terkesan dengan kata-katanya.
“Tolong jangan sesekali awak buang cincin ni... kalau pun awak campak dari tingkat 20 sekalipun, saya akan tetap menyelamatkan dan serahkannya kepada awak... Luah Leya perlahan.
Farel mengetap bibirnya mendengar kata-kata itu. Ia sangat memberikan kesan kepada hatinya.
“Leya awak tak boleh macam ni.. Farel bersuara lemah. Air mata Leya di sekanya lembut. Leya terkedu dengan perbuatan itu.
“Cuma dengan jalan ini saya ada untuk menunjukkan kepada awak, betapa saya serius cintakan awak... tolonglah Farel... Tangan lelaki itu di goncang kuat.
Farel memejamkan matanya rapat. Dia keliru saat itu. Di antara rasa benci yang berkepuk-kepuk di dalam dada dengan perasaan kesian. Dia keliru. Tapi tidak adil untuk membenci Leya kerana mereka sudah pun bertunang.
Leya memandang wajah Farel minta jawapan yang pasti. Farel menghelakan nafas. Matanya di buka perlahan-lahan. Wajah Leya di renungnya dalam-dalam.
Mata mereka bertentangan lama.
“Leya... yes.. i accepted! Kata Farel serius.
Mulut Leya ternganga luas. Benarkah apa yang di dengarinya itu?
“Awakk.... awak serius?? Soal Leya inginkan kepastian.
Farel tersenyum lalu mengangguk. Dia tidak pasti dengan perasaan itu tetapi melihatkan kesungguhan Leya dia jadi tidak sampai hati.
Tangan Farel di genggam erat.”Terima kasih Farell..... terima kasihhh... Ucap Leya terharu dengan penerimaan lelaki itu.
Farel mengangguk lagi. Kegembiraan Leya membuatkan hatinya terasa lapang dan lega.
Cincin berwarna silver itu di berikan kepada Leya. Leya memandang tidak mengerti.
“Awak sarungkan... Kata Farel.
Leya benar-benar terharu lalu cincin itu di sarungkan ke jari manis Farel.
“Hai... Fiance...! Ucap Leya gembira tidak terkata.
Farel membalas senyuman itu dengan senyuman yang cukup manis. Biar hati Leya jatuh terjelupok. Hehehe.
“Tapi kan.. kenapa “mamat” Leya Menyoal hairan.
“Nama saya kan Ahmad Farel. Jadi mama dan papa memang panggil mamat sejak kecil... dah tak payah banyak soal eh...”Jawab Farel tersipu malu.
Leya ketawa kecil sambil menutup mulut. Nampak comel pula Farel tersipu-sipu macam tu. Tak pernah Farel menunjukkan perangai macam tu. Selama ni pun dia selalu sangat tunjuk muka bapak singa. Tak ada istilah senyum dalam diri lelaki itu untuknya. Mungkin kerana aku adalah tunang dia sekarang? Wahhhh seronok lah macam ni... Leya tersenyum lega.
‘Ya Allah... bukankan pintu hatiku untuk dia... sesungguhnya jika dia adalah jodoh ku.. dekatkan dia dengan hati ku..... Farel berdoa di dalam hati.
‘Tak sia-sia lakonan aku !!! Harap-harap dia tak tahu yang aku ni pemenang 3 kali berturut-turut acara renang di kolej...heheh”

No comments: