Wednesday, November 21, 2012

Karya yang paling di cintai!

Hari ni pukul 12.30 aku dah siap kerja. Lepas tu siap buat kerja amal lagi tolong member yang tengah tak cukup kaki tangan segala siapkan kerja dia. Eh... kau ape sal ain. Ni ikhlas ke tidok menolong nih? Hehhe....mustilah ikhlas.... kerana mu Jackson! Jackson si comel yang selalu supply makanan kat kiteorang ni. Padan pun badan macam peti ais dua pintu khens!

Ok dah lama aku tak post sepatah haram novel aku kat sini kan? Hehehe... alamak di serang penyakit al-kemalasan lah pulak. Lepas tu idea selalu ke lautan atlantik pulek khens..! Tapi aku tak pernah tinggal pun dunia penulisan yang aku cintai ini. Ecehhhhwah!!Dah nama pun minat, so setiap malam pasti ade sebaris ayat yang aku karang. Itu paling malas lah!

Ok... sekarang ni aku ada dua karya yang masih under pembikinan. Nak siap? Kau jangan tanya.... aku kan pemalas sangat! Faktor berebut nak guna PC pun ye. Yelah PC pun satu je kat rumah tu. Mr.husband kan kononya pekerja contoh bawak balik kerja kat ghumah sokmo. Tension i... padehal main game je lebih! Malas gadoh!

Berbalik kepada naiwaitu asal aku nak hapdet belog ni ok. Aku ada lebih kurang 2,3,4 novel yang aku selalu update bila ada mood. So, dalam banyak-banyak tu aku paling sayang sangat kat BILY ( bos i love you! ). Walaupun tengok pada tajuk cerita ni, macam lebih kurang sama je dengan jalan cerita penulis lain. Tapi..... aku cipta banyak kelainan ok. Masih bertemakan cinta tapi isinya aku sendiri rasa yang aku tak mampu untuk mengerah segala idea utk di terjemahkan dalam bentuk penulisan. Tetapi... huhu... ada tapinya... aku berjaya juga...! Huhu... nak publish kat sini? OH mai God! Aku rasa malu okeh. Tunggulah bila aku ada kekuatan. Aku publish kat sini eh!Hehehe.

Pastinya sebelum tidur, aku mesti berangan dan karang jalan cerita sampailah aku pejam mata. So, nanti bila aku dah mengadap PC tak adalah kering kontang sangat idea aku khens! At least aku bersedia! Kalau tidak aku mudah mengantuk dan sudahnya aku off PC! Hoihhh macam mana aku nak berjaya kalau macam ni khens! Aku memang repect lah pada penulis novel lain macam Acik lana yang mampu karang cerita sampai 700 m/s.Hoihhh..... dasyat betul semangat depa! Bilalah aku nak ada semangat macam tu kan?

Sangat sayang sebenarnya kalau kita ada bakat yang di kurniakan oleh Allah tetapi tidak menggunakannya. Sesungguhnya kita adalah manusia yang rugi....! So, lepas ni aku kena kuatkan semangat. Mana tahu ada rezeki aku dalam bidang ni.. Mr Husband selalu cakap macam ni, walaupun tak belajar tinggi itu bukan penghalang untuk capai cita-cita" Mr. Husband sangat menyokong. Kengkadang rasa tersentuh dengan kebaikan beliau pada aku. Haihhh...Mr.Husband! I love you! malam ni jom makan char kuew tiew!!!


 

3 comments:

shafriza said...

Assalamualaikum.
Itulah tunggu Ain ni...
:)

Eiqa Almond said...

Baiknya Mr.Husband.. :)
InsyaALLAH, one day akan jadi rajin macam depa semua, ehehhee

محمد رازيق said...

wah.minat buat novel ek? teruskan menulis. bakat yang ada, harus diguna