Friday, February 15, 2013

Abah pergi Umrah buat selama-lamanya ( Al-Fatihah )

Ada sebab kenapa aku lama sangat menyepikan diri dekat sini. Abah tersayang telah meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya di Madinah pada 3.2.2013 jam 9.00 malam. Alhamdulillah.... di tanah suci juga tempat jasadnya di semadikan. Aku redha biarpun air mata tak pernah berhenti mengalir sewaktu teringatkan arwah. Rasa macam nak gila pun ada kalau ikutkan kata hati ni. Tapi itu semua kan hukum alam... kita semua juga pasti ke sana juga nanti. Bila dan tempat cuma menjadi rahsia Allah swt. Kalau emak redha, kami anak-anak tak ada alasan untuk tidak redha.

Menangis tak semestinya aku tak redha... aku menangis sebab aku punya hati dan perasaan. Ada rasa sedih dan sesekali ada rasa seperti aku tak mampu nak terima semua ni. Tapi, alhamdulillah.... keberkatan meninggal dekat Madinah banyak menyembuhkan luka dekat hati ni.

Sebenarnya masih terlalu banyak yang nak aku ceritakan dekat sini. Mengapa dan bagaimana arwah meninggal. Allah tu tak kejam. Semua yang berlaku bersebab! Cuma emak yang bertuah kerana dapat bersama-sama arwah di saat-saat akhir. InsyaAllah jika berkesempatan aku akan coretkan perjalanan arwah ke sana nanti. Aku juga bercita-cita mahu meninggal di tanah suci Insya Allah..... Lagi-lagi madinah... Tanah yang penuh kemuliaan dan syafaat.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah). Hadis riwayat Muslim.

Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW (Madinah). Hadis riwayat Bukhari.

Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.

"Ya Allah nikmat mana yang mampu ku dustakan jika jasad ini mampu bersemadi di sana..."insha Allah.....

Di sinilah jasad arwah abah di semadikan.. PERKUBURAN BAQI'...semoga arwah abah tenang di sana.. AL - FATIHAH....

5 comments:

Meow Aizawa said...

sabar dan tabah atas dugaan ini.. inshaAllah ini yang terbaik bagi arwah..
doakan yang terbaik ok..

zarra zuyyin said...

al fatihah... doakan yang terbaik untuk abah ye ain. sabar byk2... kita semua ni pinjaman ain. kitapun akan menyusul juga dia ke sana. ayah dan mak shaf pun dah lama tak ada...

AinSophian said...

thanks meow aizawa..

Shaf : ain dah redha sangat. Itu yg terbaik....! Yeke Shaf lebih di uji!!! Ain masih ada mak... alhamdullilah...

DLatum said...

Kak Ain! Yucika ni.

Kite tau payah tapi time heals any wounds or hurt. insyaAllah doa anak2 soleh solehah sampai padanya :)

subhanallah... ramai bercita-cita nak meninggal kat tanah suci. arwah ayah kak Ain beruntung, kan?

karbon kopie said...

al-fatihah.. ain kuat dan tabah.