Friday, February 15, 2013

My.Mr.Chef 8




Sebahagian dari bab 8. untuk makluman semua setiap bab adelah tidak penuh ye. Sekalian makhluk alam! Hehehe..... saya memang tak akan update penuh dalam setiap bab. Hehhee.... jahat ke? Kira baik lah tu kan....!!
Bab 8
Scha mengerling jam di tangan.’Huh… awal pula aku sampai hari ni… makan dululah..’ Putusnya seraya melangkah masuk ke dalam café untuk bersarapan. Memandangkan mama begitu tergesa-gesa untuk menghantar Aqil ke sekolah, jadi dia langsung tidak sempat untuk bersarapan. Embak Yanti sempat juga membekalkannya mehun goreng dan sosej.
Kehadiran nenek di rumah membuatkan selera makannya sentiasa terbantut. Nenek tidak habis-habis memerli itu ini sehinggakan timbul rasa fobia untuk turun makan bersama keluarga seperti selalu. Masanya lebih banyak di habiskan di bilik. Itu yang lebih baik dari menadah telinga mendengar nenek membebel yang bukan-bukan. Kalau di lawan, katanya kurang ajar. Jadi, lebih baik menjauhkan diri. Boleh elak dari dapat dosa free.
Sedang asyik dia menikmati makanannya tiba-tiba dia terasa seperti ada seseorang sedang memerhatikannya. Kepalanya di angkat perlahan-lahan dengan Mee hun yang baru di suap masuk ke dalam mulut.
Duppp!!
Jantungnya seperti jatuh tergolek tatkala melihat Emeriz berdiri betul-betul di hadapannya dengan tangan membawa dulang berisi air dan makanan. Mee hun di mulut terluah serta merta.
Emeriz menelan air liur sambil mengusap tengkuknya melihat keadaan Scha. ‘Kalau ya pun terkejut, janganlah sampai tahap macam tu! Hisss dia ni... tak senonoh betul!
Pantas Scha mengelap bibirnya dengan tisu dan mempamerkan reaksi selamba biarpun dalam hati, sudah berbakul-bakul dia menyumpah Emeriz yang entah dari mana. Tiba-tiba muncul  dan terpacak di situ. Sudahlah baju warna putih, seluar putih, tuan badan pun putih. Tak ke macam hantu! Aduihhh boleh pula mee hun ni terluah balik... aiyooo malunya!!! Manalah aku nak letak muka aku yang cun ni?? Haih!!
 Scha cuba tidak memberikan apa-apa reaksi. Biarpun hatinya berdegup kencang seperti sedang berlari 100 meter. Dia cuba menutup getar di hati. Namun lelaki itu nampak bersahaja seperti tidak pernah berlaku apa-apa di antara mereka.’Baru semalam dia melamar aku dan aku menolak. Tapi sekarang boleh pula dia buat muka seposen kat sini? Eh manusia ke apa ni???
Selamba saja Emeriz meletakkan dulangnya dan duduk di depan Scha.
Scha pula cuma memerhatikan gerak gerinya tanpa mampu untuk mengeluarkan sepatah kata pun dari mulutnya. Scha mengetap bibir geram. Sakit hati sebab kena marah dengan nenek dan papa pun masih belum reda.
“Dah tak ada tempat lain? Selamba Scha menyoal kasar. Sebal!
Emeriz menentang pandangan Scha. Seperti biasa Scha akan terlebih dahulu membuang pandang ke arah lain. Dia tak kuat untuk menentang pandangan mata itu. Takut terpanah di hati dan sukar untuk di ubati! Memandangkan hatinya masih suci bersih tidak pernah di takluki jadi dia takut tidak mampu untuk menepis pandangan itu.
Emeriz tersenyum sambil menyuap kuih donut kegemarannya ke dalam mulut dan mengunyah sesungguh hati.’Nak jadi garang tapi muka tu comel.. macam mana tu’
“Scha awak tak nampak ke tempat duduk dah penuh.. Kata Emeriz. 
Serta merta dia melihat sekeliling cafe.’Eh dah penuh? Bukan ke tadi banyak tempat masih kosong? Scha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kalau dah penuh sekalipun, tak boleh ke duduk menyelit kat orang lain? Kenapa perlu di sini? Tempelak Scha serius. Wajahnya di toleh ke kanan. Kononya tak sudi nak pandang muka Emeriz. Biarpun dalam hati bukan main teringin lagi menatap sepasang mata bundar itu. Ahhh.. mata itu memang mempesonakan!
“Dalam ramai-ramai orang kat sini, saya cuma kenal awak je Scha. Lagipun kat sini ada  tempat duduk lagi kan? So, apa salahnya. Takkanlah awak nak suruh saya bersila kat lantai?”.
Scha mendengus geram. Wajahnya sengaja di masamkan. Bengang!
Emeriz menundukkan sedikit wajahnya mencuri pandang wajah cemberut Scha.
“Eh apa ni! Marah Scha. Biarpun pada hakikatnya dia gementar dengan kelakuan Emeriz. Takut lelaki itu perasan yang dadanya sekarang bagaikan di palu-palu.
Emeriz terkejut. Segera menjauhkan diri.
“Garangnya....! Hisss takkanlah masih marah hal semalam kot...? Kening Emeriz terangkat sebelah.
“Ya.. memang marah pun! Katanya dengan jelingan tajam.
Emeriz mengelap bibirnya dengan tisu. Betul tekaannya Scha masih marah mengenai kejadian semalam. Bukan main teruk lagi dia kena marah dengan papa dan nenek. Pasti dia masih lagi bersedih dan marah. Berkabung gitu!!
“Chef tahu, nenek tu asyik suruh saya kahwin dengan Chef tak habis-habis. Macam mana saya tak marah? Nak makan, nak mandi semua tak senang tahu! Luah Scha cuba menghamburkan rasa sakit di dalam hati.
“Scha... i`m so...so sorry...”
‘Eh…mamat ni. Dari hari tu..dok sorry…sorry..eh naik lori lah..’Bebel Scha di dalam hati. Nak bebel depan-depan rasa macam tak sopan pulak.
“Hisss dengan sorry tu dapat perbetulkan keadaan ke? Perli Scha baik punya.’Ni kalau tak sentap lagi tak tahu lah!
Emeriz cuba menyabarkan hati. Dia yang memulakannya dulu, jadi dia harus tanggung akibatnya.
“Apa kata awak makan dulu... tenangkan hati.. Ujar Emeriz yang memang kalau boleh tak mahu mengusutkan fikirannya mengenai hal itu hari ini.
Scha berpeluk tubuh.
“Nak tenang macam mana, kalau kena kahwin dengan Chef!
“Tak semestinya semua ni akan berakhir dengan perkahwinan Scha.. Kata Emeriz tenang.
Scha memandang wajah Emeriz dengan dahi yang berkerut.
“Habis Chef jadi nak buat press conferance tu ke? Scha sedikit teruja. Mana tahu kalau betul.. dialah orang yang paling gembira.
Emeriz menggelengkan kepalanya. Sebenarnya dia juga masih tiada jalan penyelesaian selain dari membiarkan Umi dan Ayah masuk meminang Scha hujung minggu ini.
Scha mengetap bibir geram!
“Chef ingat nenek akan diamkan diri ke selagi kita tak di satukan?
“Saya tahu, nenek awak garang orangnya. Keputusan di tangan saya dan awak Scha. Kalau dia mendesak tapi kita tak setuju dia tak boleh buat apa-apa..”
Scha ketawa sinis sambil menggelengkan kepalanya.
“Chef tak tahu nenek tu macam mana. Kalau A kata dia, maka kita tak boleh langsung nak kata B. Saya kenal sangat dengan nenek saya tu...”
Kunyahan Emeriz terhenti. Roti planta itu yang sudah separuh di makannya itu di letakkan di atas pinggan.
“Apa kata awak terima saja pinangan saya”
Huh?? Mulut Scha melopong untuk sekian kalinya.
Emeriz tertawa kecil melihat keadaan Scha.
“Habis Chef dengan Taliah aka model the vass tu macam mana?? Tanpa di duga dia boleh mengeluarkan soalan itu. Soalan kah atau dia sengaja mahu tahu situasi hubungan lelaki itu dengan kekasihnya?  Entah kadangkala dia sendiri keliru dengan perasaannya terhadap Emeriz.
Emeriz tersentak dengan soalan itu cuba berlagak tenang. Biarpun dia masih terluka namun tidak semestinya dia harus kalah dengan perasaan itu.
“Saya dengan dia dah selesai..”
“Maksudnya? Scha bersungguh mahu tahu.
Emeriz melihat Scha pelik. Haih... semangat je dia nak tahu..’
Menyedari reaksi Emeriz Scha jadi malu sendiri. Dia berdehem sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahi. Cuba mengawal dirinya yang sentiasa berdebar itu.
“Dah break off!! Jadi, tak ada masalah lagi..” Jawab Emeriz tenang.
Scha menarik nafas lega. Bukan apa dia takut juga di katakan menjadi penyebab putusnya hubungan Emeriz dengan Taliah. Sekarang ni memang berita mengenai dirinya dan Emeriz bukan main hot and spicy lagi. Secara tiba-tiba dia jadi lebih glamor dari Emeriz apabila gambarnya terpampang di laman sesawang. Permintaan rakan facebooknya juga dah mencecah lebih 1000 orang. Itu pun dia tidak berniat mahu approved mereka.
“So? Kening Scha terangkat sebelah.
Emeriz tersenyum simpul.
“Awak pun tengah single kan? So, tak ada masalah kalau kita bersama...”
Wah...!! Dia ni tengah nak  propose aku ke apa ni? Dada Scha dah berdebar-debar.
“Selamba je Chef cakap macam tu eh? Bidas Scha mula tidak senang dengan sikap selamba Emeriz.
Dahi Emeriz berkerut.
“Scha... why not kita mencuba. Mana tahu ada keserasian di antara kita...”
“Keserasian? Scha tersenyum sinis. Wajah lelaki itu di tenung tajam. Rasa macam nak tembus dahi Emeriz yang keras itu dek panahan matanya.
“Chef masih belum kenal siapa saya..”
Ok let me know you? Potong Emeriz selamba tan pa dapat merasai debar yang sedang melanda diri Scha.
Scha mengetap bibir geram dengan sikap Emeriz yang seperti sedang bergurau itu.’Eh dia ni serius ke?
“Kenapa saya? Kenapa tak orang lain? Chef kan terkenal. Saya rasa Chef petik jari saja 10 perempuan beratur. Artis, model... i have nothing... masak pun tak tahu. Chef tahu itu kan?
“Scha... awak tak dapat rasakan ke yang semua ini seperti sudah di aturkan? Ikutkan hati saya, awak ni bukan taste saya pun..”
“Huh... kalau macam tu lagi senang...! Balas Scha geram. ‘Sempat pulak dia nak mengata aku..!
Emeriz ketawa melihat keletah Scha. Mungkin gadis itu terlalu mentah sebab itu mudah sangat dia nak melatah.
“Cuba tenang sikit. Tapi tulah... dah memang di takdirkan yang awak ada masa kejadian saya kena ambush dengan wartawan tempoh hari.. Entah kenapa saya cuma nampak awak saja masa tu. Mungkin ini sudah di takdirkan. Jalan cerita kita sudah tertulis..” Kata Emeriz tenang.
Scha terdiam. Dia menggigit bibir. Takdir?
“Tapi saya tetap tak akan terima..! Tegas Scha nekad.
Emeriz menjungkitkan bahu tanda dia malas mahu ambil pusing dengan kata-kata Scha yang baginya bukan penentu kepada keputusan keluarganya.
“Dahlah... cepat makan..! Kata Emeriz seraya segera menghabiskan sarapan paginya. Selalunya dia akan bersarapan di rumah. Memandangkan dia terlewat bangun jadi terpaksalah dia bersarapan di cafe yang bersebelahan dengan banggunan yang di sewa oleh Rasul untuk di jadikan kelas masakan itu.
“Dah kenyang..! Balas Scha sambil memandang ke arah lain.
Emeriz cuma menggelengkan kepalanya. Kalaulah Scha dapat melihat apa yang ada di dalam hatinya saat ini alangkah bagus! Dia cukup terseksa dengan apa yang berlaku sekarang. Bukan mudah untuk membuang rasa cinta yang mendalam buat Taliah dan sekarang dia terpaksa pula membuka hatinya buat gadis di hadapannya itu. Adakah ini yang di namakan jodoh? Dia tidak pasti selagi semua masih samar-samar. Desakan Uminya sejak beberapa hari ini menampakkan yang dia sudah tiada jalan keluar. Biarpun dia cuba untuk meyakinkan Scha yang ada jalan keluar untuk mereka namun dia tahu ia tidak semudah yang di sangka.

No comments: