Sunday, January 4, 2015

Oh! Mr Ami Bab 1



Bab 1

Pintu rumah kecilnya itu segera di kunci dari luar. Jam tangan murah yang tersemat di  pergelangan tangan kanannya di pandang sekali lagi. Tidak putus-putus dia berdoa semoga perjalanannya hari ini lancar walaupun dia tahu bandar besar seperti kuala lumpur itu tidak akan sunyi dari kesesakan lalu lintas.

Kasut timberland yang sudah kelihatan agak lusuh itu di capai lalu di sarungkan pada kedua-dua belah kakinya. Siap semuanya dia segera melangkah turun dari rumah sewanya itu untuk ke perhentian bas yang berada tidak jauh dari situ.

“Ohmak kau!!” Julia melatah sambil mengusap dada.

Budak lelaki yang memakai uniform sekolah itu tersengih sambil mengangkat tangan ke arahnya.

Julia ketap bibir. Geram. Rasa mahu tumbuk saja muka jambu itu. Memang tak sah kalau tak mengacau ketenangan hidupnya.

“Morning Julia..” Ucap Amirul sambil tesenyum comel.

Julia ketap bibir. Dia bercekak pinggang.“Ketepi kau!”

“Taknak..” Amirul seakan mengejeknya.

“Kau nampak kasut aku ni?” Tanya Julia lantas menghalakan jari telunjuk pada kasut yang tersemat di kakinya.

Amirul seperti orang bodoh turut sama pandang kearah kasut berwarna coklat pudar itu.

“Nah!! Amik kau…”

Bukkk…

Amirul terduduk dan mengerang kesakitan. Rasa mahu patah tulang ketingnya bila di terkena kasut timberland itu.

Julia ketawa sambil menjelirkan lidahnya.”Padan muka kau! Dasar budak degil. Rasakan kau!” Dia segera berlari anak meninggalkan Amirul yang kesakitan itu.

“Julia… jaga diri..” Jerit Amirul dan sempat menghadiahkan flying kiss kepada Julia.

Julia berhenti melangkah dan menoleh ke belakang. Dia tersenyum sinis. Julia kepala otak kau! Kak Julia.. aku ni pangkat kakak dengan kau..’ Dia kembali melangkah. Kalau di layan perangai gila si Amirul itu memang dia akan lambat ke tempat kerja nanti.

Amirul menyelak seluarnya. Boleh tahan dia punya sepakan hari ni. Kenapalah aku lupa nak elak.. aduhh sakitnya…’ Dia melihat kesan lebam di ketingnya. Bukan apa selalunya Julia akan menampar dahinya tapi hari ini dia tidak sangka pula Julia akan menyepak kakinya. Memang tak boleh di jangka betul tindakan gadis itu. Walau apa pun layanan Julia kepadanya, dia tetap tidak pernah jemu . Ya… Julia cinta pertamanya. Amirul senyum sendiri.

Ponnnn!!!

Julia terkejut mendengar bunyi hon dari sebuah teksi yang berada tidak jauh darinya itu. Pemandu teksi itu melambaikan tangan ke arahnya.Aduh… ni mesti kerja si Amirul tu. Dia ni memang tak reti bahasa betul. Nasib la aku ni tak ada darah tinggi. Kalau ada setiap hari aku masuk wad sebab stress dengan perangai gila dia tu. Julia melangkah kearah teksi itu. Tanpa menunggu lagi dia terus menarik pintu belakang dan masuk ke dalamnya.

“Hai cik adik… Dah lambat ke?” Pemandu teksi yang boleh di katakan tali barut Amirul itu menegur Julia.

“Tak lambat mana. Tapi sebab dah ada orang tolong bayarkan duit sewa teksi ni buat apa nak tolak kan? Bukan pakai duit saya pun…”

Halim ketawa kecil. Dia memang sudah sedia maklum tentang kegilaan anak Amirul terhadap gadis bernama Julia itu. Dia juga sama seperti Julia yang menyewa di kawasan perumahan milik keluarga Amirul.

“Dik Amirul tu budak baik. Kenapa tak terima je dia?”

“Ya Allah bang.. dia tu muda banyak tahun dari saya bang oi. Saya ni memang tak berminat dengan budak muka jambu macam dia tu..” Sengaja Julia berkata begitu. Biar pemandu teksi itu sampaikan kepada Amirul.

Halim geleng kepala sambil ketawa. Dia memang tahu cinta Amirul sebenarnya di tolak mentah-mentah oleh gadis itu. Sejujurnya dia rasakan Julia memang cantik orangnya. Tinggi lampai, wajahnya juga polos dan putih bersih. Padanlah Amirul gilakannya.

“Dia cakap adik ni sumber inspirasi dia..”

Julia ketawa besar.”Serius ke bang?”

Halim angguk kepala. Julia nampak dari cermin padang belakang itu.”Abang pesan dekat si Ami tu dia bukan taste saya..”

Dia memang nampak kesungguhan Amirul itu. Tapi sayang semua yang di lakukan Amirul langsung tidak terkesan di hati. Baginya Amirul cuma terjerat dengan perasaan cinta monyet saja. Biasalah budak baru nak naik.. memang macam tu. Lebih banyak bertindak mengikut kata hati lebih dari akal. Baginya selagi Amirul tidak membahayakan dirinya rasanya dia masih boleh bertahan lagi. Kadang kala kelakuan Amirul itu sedikit sebanyak boleh buat dia ketawa sendiri.

Setiap malam bila dia pulang ke rumah pasti ada bungkusan makanan yang di tinggalkan Amirul di pintu. Siapa ada nota-nota cinta lagi. Amirul memang tak masuk akal tapi melucukan. Dia sendiri tidak faham bagaimana Amirul boleh sukakan gadis yang tua 5 tahun darinya. Itu yang dia tidak faham. Dia tahu Amirul budak pintar di sekolah. Menurut jiran-jirannya Amirul adalah pelajar target lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Melihatkan gaya gila-gila Amirul dia tidak sangka juga sebenarnya Amirul adalah budak pintar.

“Macamlah dah tak ada pelajar perempuan yang cun-cun dekat sekolah dia tu..”

“Biasalah dik. Kalau dah suka, nenek pun orang nak buat jadi isteri..” Balas Halim sambil memandang Julia yang sedang ketawa itu sekilas dari cermin pandang belakang.

“Abang  nasihat dekat dia. Tahun ni dia nak exam. Tumpukan perhatian pada pelajaran. Jangan nak sibuk kejar cinta yang tak mungkin..”

Halim tahu Amirul sebenarnya serius dengan Julia. Cuma biasalah Amirul yang perangai gila-gila itu mana mahu dengar kata. Masih dia ingat lagi kata-kata Amirul semalam.”Kalau usia saya ni 28 tahun, dah lama saya ambil Julia tu jadi isteri saya…” 
Berdekah-dekah dia mentertawakan Amirul semalam. Semangat sungguh dia dengan cintanya itu. Tak tahulah sampai bila. Harap-harap Amirul tidak serius walaupun dia tahu Amirul memang serius mahukan gadis itu.

Julia perhatikan cermin café tempatnya bekerja itu. Dia mengeluh perlahan. Budak tu bangun jam berapa? Ada masa nak lap cermin segala? Dia geleng kepala laju. Memang dia tahu cermin depan café itu di bersihkan Amirul. Siapa lagi yang tergila-gilakannya kalau bukan budak sekolah itu. Julia geleng kepala laju. Dia perhatikan cermin cafe itu lama. Memang berkilat. Langsung tiada cap jari dan kesan kotor.

Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman. Wajah comel Amirul yang sedang tersenyum muncul di kepalanya.

“Julia..” Panggil satu suara.

Julia menoleh ke belakang. Seorang lelaki tersenyum ke arahnya.

“Ezril..” Julia menyebut nama itu perlahan. Dia mengeluh lemah. Seorang lelaki yang bergelar suami orang itu memang tidak pernah berhenti mahu mengejarnya.

Julia berpaling ke depan. Cepat saja dia melangkah. Tidak mahu di ganggu Ezril.

Namun Ezril lebih pantas dari Julia. Dia menghalang perjalanan Julia.

“Ezril.. tolonglah jangan ganggu saya..” Rayu Julia . Dia menepis tangan Ezril yang memegang lengannya.

“Julia.. maafkan i..” Rayu Ezril. Wajah jelita Julia di pandang penuh kasih.

Julia telan air liur.”Maafkan?”

Ezril angguk kepala laju.

“Ezril.. awak balik la. Awak tak takut ke isteri awak tu datang serang lagi?”

Ezril geleng kepala laju.”Julia... i akan failkan penceraian..”

“Jangan Ezril. Saya tak mahu jadi orang ketiga. Sebelum ni saya akui salah dan silap saya sebab saya tak tahu pun awak dah beristeri. Tapi bila saya dah tahu status awak, maaf Ezril.. taste saya memang bukan untuk suami orang..”

“I boleh beri you segalanya Julia..” Ujar Ezril yang sudah merancang macam-macam untuk Julia. Termasuk membelikan sebuah kondo dan sebuah kereta mewah untuk Julia. Tapi sayang Ismi bijak menghidu pergerakannya. Tak guna!

Julia angguk kepala laju.”Tapi saya tak berminat dengan duit dan harta awak Ezril. Berapa kali saya nak cakap ni bagi awak faham?” Julia pandang wajah kacak Ezril yang terdesak itu. Dia tahu Ezril sayangkannya, tapi apa boleh buat, dia memang tidak berminat dengan suami orang.

“Julia.. bila i dah bercerai dengan dia, i bukan lagi suami orang..”

Julia mengetap bibir. Dia pandang ke arah lain.”Walaupun awak dah bercerai, saya tetap tidak akan kembali pada awak Ezril. Sudahlah saya nak masuk cafe ni. Awak cari perempuan lain Ezril... ya?!”

“I cuma cintakan you Julia..” Ezril tarik Julia ke dalam pelukannya.
Julia menolak tubuh Ezril kuat. Tapi apalah dayanya. “Ezril baik awak lepaskan saya, kalau tidak saya jerit..” Ugut Julia yang lemas dalam pelukan Ezril.

“Julia.. please..”

Julia geleng kepala laju.”Saya tetap dengan prinsip saya Ezril..lepas... lepas sekarang..” Jerit Julia geram.

Ezril agak terkejut dengan jeritan itu serta merta melepaskan pelukannya.

Julia pandang Ezril tajam.”Awak balik dan layan isteri awak baik-baik Ezril. Dia cantik apa lagi yang awak nak?”

“Saya tak cintakan dia?!” Tegas Ezril.

“Tak cinta tapi macam mana awak boleh kahwin dengan dia?”

“Saya terpaksa Julia..”
Julia ketawa sinis. Dia berpeluk tubuh.”Sekarang ni zaman moden. Tak ada istilah kahwin paksa Ezril. Dalam novel, dalam drama bolehlah...”

“Julia... saya kahwin dengan Ismi sebab perniagaan..”

“Dahlah Ezril saya tak mahu dengar dan saya tak peduli pun awak terpaksa kahwin dengan dia ke apa.. saya tak mahu masuk campur lagi. Lepaskan saja saya Ezril. Sekuat mana awak berusaha, prinsip tetap prinsip!” Kata Julia dan dia segera meninggalkan Ezril di situ.

Julia pandang Ezril dari dalam cafe. Ya.. dia kasihan pada Ezril. Tapi prinsip tetap prinsip. Dia tidak akan sesekali menerima cinta lelaki yang berstatus suami orang. Dia tahu Ezril mampu berikan dia segala-galanya. Tapi dia tidak sanggup untuk bahagia di atas penderitaan orang lain.

Munirah berdiri di sebelah Julia. Dia turut memandang ke arah yang sama.”Kesian dia Julia...”

Julia menoleh ke sisi.”Kesian lagi dekat aku Mun. 3 bulan aku dengan dia, baru aku tahu siapa sebenar dia..”

Munirah ketawa kecil. “Kau serik?”

Julia angguk kepala laju.”Aku tak rela merampas kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri aku Mun..”

“Kau tak cintakan dia ke?”

Julia diam tidak menjawab. Entahlah... perhubungan dia dengan Ezril masih terlalu baru. Jadi, dia tidak sempat untuk sayang Ezril sepenuhnya.

“Lelaki yang suka kau mesti pelik-pelik kan?”

“Maksud kau?”

“Ezril suami orang. Si Ami kau tu pula budak bawah umur.. tak ke pelik tu?”

Julia ketawa mengekek. Pandai Munirah buat lawak. Tapi dia akui perkara itu.

“Agaknya jodoh kau memang dengan si Ami tu kot Julia..”

“Hisy! Mintak simpang la Mun... walaupun dia baik, comel, cute dan sewaktu dengannya. Aku tetap tak boleh sayang dia lebih dari adik Mun! Dia tu comel sangat... tak sesuai kot..” Terbayang-banyang wajah comel Amirul bila dia tersenyum. Habis sepet matanya itu.

Munirah mencebikkan bibirnya.”Kalau tak nak aku nak...”

Julia pandang wajah Munirah.”Kalau dia nak kau, apa salahnya..” Dia cute. Kulit pun putih. Gebunya kalah kulit kau Mun.." Katanya sebelum bergerak masuk ke dalam bahagian dapur cafe. Dia memang perasan Munirah memang gedik kalau Amirul datang ke cafe mereka. Tapi dia tidak kisah pun kalau Munirah mahukan si Amirul itu. Tak adalah Amirul yang di panggil Ami itu menganggunya lagi.


Amirul bukanlah lelaki idamannya. Dia lebih tertarik dengan lelaki jenis abang sado. Amirul? Dia mengeluh perlahan. Cute sangat sampai rasa mahu kunyah!

3 comments:

Mona Ismail said...

Waaaa ....cinta org muda ...jgn julia....nnt ami jadi abg sado ....tersungkur ....next bab....bestttt

Su Ann said...

mona ismail..

Hahaha....ami budak2 xleh jadi sado..ahaha..

rabiatul adawwiyah said...

Wahh cite mnarik ni.. next pls sis heheh