Sunday, March 22, 2015

Ami & Julia BAB 9

Bab 9



“Dah lama ke tunggu?”

Ami angguk dengan senyuman. Mujur juga di bawah banggunan syarikat modelling itu ada sebuah cafe. Jadi dia menanti Julia habis berbincang di situ.

“Macam mana?” Tanya Ami ingin tahu. Sebenarnya dia terkejut juga apabila Julia meminta menghantarnya ke sini. Mujur juga dia tidak ada kelas tambahan hari ini, jadi dapatlah dia membantu Julia.
Julia yang duduk di hadapan Ami tersenyum penuh makna.”Aku dah di terima untuk menjadi model syarikat mereka..”

Ami nampak terkejut.”Model?” Wajahnya berubah riak.

“Habis kau ingat aku datang sini untuk apa? Jadi cleaner? Atau tea lady? Dah tentulah aku nak jadi model...” Ada sedikit rasa bangga menyelinap dalam dirinya.

Ami telan air liur. Hati di paut rasa risau. Julia jadi model? Ya dia memang layak untuk jadi model. Itu adalah hakikatnya. Sudahlah cantik, tinggi lampai. Memang sesuai sangat Julia menjadi seorang model. Tapi... model kan seksi? Pulak tu, dunia model banyak terdedah  kerja dengan lelaki. Model lelaki sudah tentu kacak. Bertambah risau jadinya. Mahu menghalang dia bukan lelaki jenis yang seperti itu. Takkan pula dia mahu menyekat kebebasan Julia.

“Ami apa kau fikirkan tu?” Tanya Julia. Dia perasan reaksi Ami seakan berubah dari gembira jadi tidak gembira. Kenapa?

“Tak tahu pula Kak Julia nak jadi seorang model..”

Julia pandang Ami lama kemudian dia tersenyum.”Ami itu bukan persoalannya. Aku tahu kau fikir lain kan?”
Ami diam sejenak. Kemudian dia angguk perlahan.

“Kau jangan risau. Pandailah aku jaga diri. Niat aku nak cari duit Ami. Kau tahu kan kehidupan aku macam mana? Nak bayar sewa rumah pun aku selalu sangkut. Nak makan pun aku terpaksa jimat-jimat Ami..”

Sedih hati Ami saat mendengar kata-kata Julia itu. Wajah Julia di pandang lama. Kalaulah dia sudah ada pendapatan sendiri pasti Julia tidak perlu lalui kesusahan begini. Kasihan Julia.

“Aku nak keluar dari kesusahan Ami. Aku dah penat hidup susah..”

“Saya faham Kak Julia. Ok... asalkan Kak Julia pandai jaga diri...”

Julia tersenyum mendengar kata-kata Ami. Mujur Ami sangat memahaminya. Mungkin Ami tak pernah hidup susah. Tapi Ami ada mata boleh lihat kesusahannya.”Ami kau lebih kacak dari model lelaki yang ada dekat Malaysia ni. Tak akan ada sesiapa pun mampu menandingi wajah comel kau tu…” Julia ketawa kecil.

Ami tersengih-sengih mendengar pujian itu. Kembang semangkuk rasa hatinya.”Betul ke?”

“Betullah… apa kau ingat muka aku ni muka penipu?”

Ami angguk kepala laju.
Julia mengetap bibir geram.

Ami ketawa melihat wajah Julia seperti merajuk.”Alahai makin cantik pula saya tengok kak Julia ni bila marah macam ni..”

“Kau ni Ami..” Julia tampar bahu Ami kuat.

Ami menyeringai kesakitan. Tangan nampak saja runcing, halus dan lembut. Tapi bila menampar orang boleh bersepai tulang.”Tak sayang la tu…”

Julia ketap bibir tatkala menyedari perbuatannya itu keterlaluan. Dia nampak kulit lengan Ami sudah kemerah-merahan. Siap ada kesan jari lagi. Tak sedar sungguh sekuat itu dia menampar lengan Ami.

Ami tahan ketawa. Tak sakit mana. Tapi dia mahu menyakat Julia.
“Sorry Ami…” Kelam kabut Julia usap lengan Ami.
“Cakap dulu sayang ke tidak?”

Julia pandang Ami.”Sayang…” Jawabnya tanpa berfikir. Dah memang sayang.. jawab saja sayang. Mudah.

Ami sengih dengan wajah yang merona merah. Dah orang tu mengaku sayang dia pula rasa malu.”Kalau sayang…ok. Saya maafkan..” Ujarnya cuba menutup rasa malu.

Julia ketap bibir. Sajalah tu Ami mahu menyakatnya. Geram betul. Tak pasal dah termengaku sayang.

“Aku akan mulakan kerjaya ni bulan depan. Ami lepas ni kita dah tak boleh jumpa selalu...” Suara Julia kedengaran lemah.

“Maksud Kak Julia?”

“Syarikat sediakan aku sebuah kondo..”
“Huh?”

Julia tahu Ami pasti sedih. Dia juga sedih. Walaupun dia dan Ami tidak pernah berbincang tentang perasaan mereka secara serius tapi buat masa ini Ami adalah lelaki yang paling rapat dengannya.

“Tapi kita masih boleh jumpa bila aku cuti..” Julia cuba sedapkan hati Ami.

“Kalau dah terpaksa nak buat macam mana..” Kata Ami lemah.

“Janganlah sedih Ami... kalau kau betul-betul sayangkan aku. Tolong faham aku ya?”

Ami pandang ke dalam anak mata Julia lama. Kemudian bibir mengukir senyuman. Walaupun dia berat hati tapi dia tidak mahu menjadi penghalang Julia mengejar cita-citanya. Pasti Julia ada sebabnya yang tersendiri memilih model sebagai kerjaya.

“Lepas ni mesti Kak Julia sibuk kan?”
Julia angguk kepala. Pihak agensi beri aku masa sebulan untuk uruskan semuanya sebelum aku bekerja dengan mereka.

“Nampaknya kita kena manfaatkan masa sebulan ni betul-betul..” Ami tersenyum penuh makna.

“Maksud kau?”
“Kita kena ikat janji..” Ami berkata serius.
Dahi Julia berkerut.”Aku tak faham..”

“Nanti saya akan siapkan surat akur janji. Satu Kak Julia simpan dan satu lagi saya simpan..”
Julia ketawa.”Kau ni memang budak-budak betul..!”

“Yelah 17 tahun kan..” Ami mengeluh perlahan.
“Merajuk?”
Ami mencebik. Tak lama kemudian dia senyum.

Dada Julia bergetar saat melihat senyuman itu. Manis sekali.

“Lepas ni dua minggu kita tak jumpa. Agak-agak Kak Julia rindu dekat saya tak?”

“Rindu..” Balas Julia selamba.

Ami tergamam dengan jawapan Julia itu. Adakah Julia sudah mula menerimanya? Dia sudah senyum meleret.
Julia angguk kepala. Wajah Ami di pandang penuh makna. Dia tidak mahu berdolak-dalik lagi. Biarlah apa orang kata tentang dirinya nanti. Asalkan dia tidak membohongi dirinya dan juga Ami. Bukan dia tidak fikir tentang Ami yang masih bersekolah itu. Dia dah janji pada dirinya sendiri akan menjadi pendorong untuk Ami berjaya dalam pelajarannya. Dia tidak mahu menjadi penyebab kepada kegagalan Ami nanti. Dia tidak mahu di salahkan.

“Maksud kak Julia?” Ami mahu penjelasan Julia.

Julia tersenyum malu. Merona merah kulit wajahnya yang putih gebu itu.”Ami.. cukuplah kau tahu apa yang aku rasa tak payah lah aku jelaskan lebih lanjut..”

“Kita kena declare Kak Julia..” Tegas Ami.

Julia geleng kepala laju.”Tak payah nak declare ke apa.. aku suka kita begini..”
“Takkan saya nak panggil Kak Julia... dengan panggilan kakak lagi?”
Julia ketawa mengekek melihat wajah sedih Ami.”Aku suka kau panggil aku macam tu..”
“Lah....”
Julia angguk kepala laju.”Baru kau hormat aku sikit. Hello 7 tahun ok? Kau ingat beza 7 hari?”

Ami mengeluh kasar.”Kalau honey? Dear?”

Julia mencebik dengan gelengan.”Kak Julia. Noted!”

“Oklah... oklah. Kak Julia pun ok. Tapi kak Julia sekarang kekasih saya kan?” Ami tersenyum comel.
Julia ketap bibir. Aduh.. malunya bercinta dengan budak sekolah. Waraskah akalnya saat itu? Dia tidak mahu terus biarkan Ami di hantui tanda tanya. Dia tahu sejak dua menjak ini layanan dia pada Ami sudah lain. Dia tidak mahu terus mendera perasaan Ami.Sekarang ini hatinya sudah sedikit lega.

“Kak Julia...” Panggil Ami lembut.

“Ye...ye... kalau kau anggap aku kekasih kau. Maksudnya aku kekasih kau lah...” Julia malu untuk cakap terang-terangan.

“Lepas ni kita dah boleh bercakap secara serius sejauh mana perhubungan kita ni..”

“Ami..”
“Kak Julia...”
Julia mengeluh perlahan.

“Kau tumpukan saja perhatian kau pada pelajaran. Buktikan pada aku kau boleh Ami. Aku nak kau berjaya. Kalau kau tak berjaya dalam spm. Kita putus Ami..”
Ami kaget.
“Aku serius..” Kata Julia.

Ami nampak Julia memang serius dengan kata-katanya.”Ok... nampaknya saya kena belajar betul-betul ni..”

“Ye Ami. Aku nak kau berjaya Ami. Tunaikan harapan dan impian aku ya?”
Ami angguk kepala.”Baiklah... saya tak akan sia-siakan peluang ni...” Kata Ami serius. Sejujurnya sebelum berjanji dengan Julia begini dia sudah terlebih dahulu berjanji dengan dirinya sendiri yang dia mahu berjaya dalam spm. Selain itu dia tidak mahu hampakan mama dan papanya. Insan yang terlalu banyak berjasa sepanjang hidupnya di muka bumi ini.

Julia lihat cincin silver di jari manisnya. “Kau ni saja kan Ami?”
Ami senyum tanpa mempedulikan pandangan Julia. Dia menggengam tangan Julia dan mereka beriringan keluar dari kedai emas itu.

“Ami.. aku tak suka kau bazir duit macam ni..” Julia berhenti melangkah. Dia menarik tangan Ami yang menggengam jemarinya.

Langkah Ami terhenti. Dia berpaling ke belakang. Wajah Julia masam mencuka.

“Kak Julia. Dah lama saya impikan cincin couple ni..” Ami padankan cincin di jarinya dengan jari Julia.
Julia menarik tangannya dari pegangan Ami jatuh ke sisi.

Ami terkejut dengan tindakan Julia itu.”Janganlah marah...”
“Mana kau dapat duit ni?”
“Saya kan kerja dengan mama. Setiap bulan saya simpan. Jangan risau kak Julia. Saya guna duit ni hasil dari titik peluk saya. Ini sebagai tanda hubungan kita ya? Dah senyum la sikit...” 

Julia ketap bibir. Tak sampai hati mahu terus bermasam muka. Dia tahu Ami sudah bersusah payah keluarkan duit untuk cincin mereka ini. Kenapa dia tidak menghargai saja? Kenapa mahu marah Ami begini.”Oklah... lain kali jangan bazirkan duit tak tentu hala ya?”

Ami angkat tangan paras dada seperti bersumpah.”Janji..”

Julia senyum. Melimpah ruah rasa sayangnya pada Ami. Ah.. dia memang sudah gila. Dah tak mampu marah Ami seperti dulu lagi. Apa yang ada di dalam hati cuma rasa sayang... tiada rasa mahu marah lagi.

“Dah jom temankan saya pergi beli barang untuk camping..”
“Ok...! Kau tak beli apa-apa lagi ke?”
“Dah ada sikit. Tapi ada satu dua barang yang tak ada..”
“Oklah... lepas tu kita balik ya? Dah lewat ni..” Julia lihat jam di pergelangan tangan yang sudah menjengah ke angka 6.00 petang.
“Ye sayang...” Ami kenyit mata nakal.
Julia senyum meleret. Tak tahu mana mahu sembunyi perasaan gembiranya itu.

Terkial-kial Julia turun dari skuter Ami itu. Tangannya sarat membawa barangan yang di perlukan Ami untuk perkhemahannya esok.

“Mana nak cari kekasih yang sanggup pegang baldi macam ni..” Kata Ami sambil ketawa besar. Baldi besar itu bertukar tangan. Dia menekan-nekan perut yang memang tidak dapat menahan diri dari ketawa. Lucu sungguh.

Julia ketap bibir. Dia juga mahu ketawa sebenarnya sejak dari tadi lagi. Tapi dia tahan saja. Ami memang tak masuk akal.”Kenapalah dalam banyak-banyak barang, baldi yang kau tak ada Ami?”

Ami yang masih ketawa itu mengesat matanya yang berair. Lucu gila lihat Julia yang cantik dan bakal jadi model itu pegang baldi tadi. Tapi dia puji betul dengan sikap Julia yang langsung tidak kisah itu. Langsung tidak merungut!

“Lawak sangat ke?”
Ami angguk kepala dan terus ketawa.

Julia ketap bibir geram.”Dah la ketawa tu. Dia ni..” Julia sudah angkat tangan mahu ketuk helmet yang di pakai Ami itu.

Ami mengelak. Tangan Julia di pegang kuat.”Ringan je tangan tu kan?!” Dia berhenti ketawa.

“Dah tolong lagi nak ketawakan kita ...” Julia mencebik.
“Janganlah marah sayang ku Kak Julia..”
Julia senyum segaris. Lucu pula bila Ami memanggilnya begitu.”Dah pergi la balik...”
“Alah... rasa tak sanggup je nak berpisah dua minggu..” Ami mengeluh lemah.
“Dua minggu je. Bukan dua tahun..”

“Ala kita je lah rindu dia nanti... “
Julia buat bodoh saja. Malas mahu layan jiwa Ami itu. Dia berpeluk tubuh. Tapi jauh di sudut hatinya yang paling dalam, dia juga sedih memikirkan dua minggu itu. Selama beberapa tahun ini hidupnya sentiasa ada Ami. Walaupun sebelum ini dia jarang melayan Ami. Tapi sejak dua menjak ini dia akui... dia mula rasa yakin dengan kesungguhan Ami. Kematangan Ami memikat hati perempuannya.

Jari jemari mereka masih bertaut. Ami genggam erat.”Dua minggu lagi kita jumpa lagi ya?”

Julia pandang mata Ami kemudian dia angguk kepala perlahan.
“I love you..” Luah Ami.
Julia tersentak. Bibirnya sedikit ternganga.
Ami senyum.”I Love you..” Ulangnya lagi. Mengharapkan balasan dari Julia.

Julia tertunduk malu.
“Tak perlu jawab Kak Julia.. simpan dulu ya?”

“Hurmmm... ok..” Julia angkat kepala lalu di tentangnya pandangan Ami.
“Kalau ada peluang nanti. Saya akan call Kak Julia ya?”
“Ikut kau lah Ami. Aku tak paksa. Kau tumpukan perhatikan kau pada perkhemahan kau tu ya?”
“Yelah... tapi Kak Julia tu dah jadi sebahagian dari hidup saya. Sedikit sebanyak saya akan selalu ingat...”

“Ikut kaulah Ami..”
“Kak Julia pergilah naik . Dah lewat ni..”
“Boleh ke kau nak bawa baldi tu?” Risau pula dia pada baldi Ami yang di letakkan di celah kakinya itu.
“Boleh. Bukan jauh pun rumah saya tu.. jangan risau..”
“Jangan cicir tengah jalan pula..”
Ami senyum segaris.”Bila tengok baldi ni nanti pasti saya akan ingat Kak Julia..”
“Ceh! Baldi... dah tak ada benda lain ke?”
“Saya dah belajar satu perkara tentang Kak Julia hari ni..”

Dahi Julia berkerut. Tak faham.
“Walaupun Kak Julia ni cantik mungkin akan jadi super model suatu hari nanti tapi Kak Julia bukan jenis perempuan yang control cantik. Rileks je bawa baldi naik motor.. nasib badanlah dapat kekasih sengkek macam saya ni..”

Julia ketawa sambil tutup mulutnya.”Ala... aku tak kisah la Ami...”
“Terima kasih Kak Julia sebab tak kisah ..”
“Ye..sama-sama kasih..”Seloroh Julia.
“Meniru nampak.”

Julia ketawa kecil.”Dahla... aku naik dulu ya? Jaga diri Ami..”
“Kak Julia pun sama.. jaga diri untuk saya ya?”
Julia angguk kepalanya laju. Entah kenapa ringan saja tangannya naik menyentuh pipi Ami.
Ami tergamam dengan perlakuan Julia itu. Tapi dia biarkan saja tangan Julia di pipinya.
“Ami aku dah sayang kau lama... tapi baru sekarang aku mampu nak cakap dekat kau yang aku sayangkan kau. Terima kasih sebab sabar menanti Ami..”

Ami terkesima. Sungguh dia rasa seperti mimpi yang sedang berkata-kata di hadapannya sekarang ini adalah Julia. Perempuan yang dulu sentiasa jual mahal. Garangnya bukan main lagi. Tapi sekarang.... sungguh dia rasa gembira sampai mahu pecah dada.

Julia senyum melihat reaksi Ami. Dia tahu Ami terkejut. “Dah... aku nak naik ni..”
Ami angguk dalam terkesima. Sudahnya dia cuma mampu pandang Julia yang sudah menapak naik ke tingkat atas rumahnya itu.

“Julia... terima kasih untuk rasa bahagia ini..” Ucap Ami sendiri.
Julia lambai tangan ke arah Ami.
Ami membalas lambaian itu.



No comments: