Sunday, March 8, 2015

Oh Mr.Ami Bab 8


Bab 8

Julia mengelap meja di bahagian luar cafe. Pada waktu begini memang cafe akan sedikit lenggang. Tapi bila saja waktu pejabat tamat, dia akan jadi sibuk kerana pelanggan suka melepak di situ sementara menanti traffic jammed reda. Selain dari itu cafe itu juga menyediakan wifi percuma. Memang akan penuh bila berada pada waktu kemuncak.
Sedang asyik dia mengelap meja dia terasa seperti ada mata yang sedang memandang ke arahnya. Julia angkat kepala memandang ke depan. Dia perasaan ada lelaki berkaca mata hitam sedang asyik membelek i padnya. Tak mungkinlah dia pandang aku. Julia cuba sedapkan hati. Dia kembali menyambung kerjanya. Dari satu ke satu meja sehinggalah meja yang berada betul-betul bertentangan dengan lelaki berkaca mata hitam itu.
Julia mencuri pandang ke arahnya. Dia rasa macam kenal. Otaknya bekerja keras cuba mengingati di mana dia pernah nampak lelaki bertubuh sasa itu. Ah... Julia berputus asa. Senak rasa otak bila terpaksa bekerja keras begitu.
“Julia..”
Julia tersentak. Sungguh dia rasa terkejut beruk bila lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya dan tersenyum ke arahnya. “Eh!!”
Amar tersenyum sambil mengangkat tangannya.
“Doktor Amar kan?”
Amar angguk dan masih tersenyum seperti tadi.
Julia menapak ke arah Amar dengan dada yang berdebar-debar. Tak sangka pula boleh jumpa doktor kacak itu di tempat dia bekerja. Rasa semacam pula. Tak selesa pun ada.
“Hai doktor..” Sapa Julia ramah. Menyembunyikan rasa kekok.
Amar bangun.”Hai.. Julia kan?”
Ingat pula dia nama aku. Hebat! “Er.. terima kasih sebab ingat saya doktor..”
“Siapa yang tak ingat gadis cantik macam awak ni Julia..”
“Huh?” Julia sedikit terpana saat di puji begitu. Bergurau ke apa dia ni. Julia ketap bibir.
“Awak kerja dekat sini ke?”
“Aah. Jadi pelayan je dekat sini..” Jawab Julia merendah diri. Dia tahu lelaki di hadapannya itu bekerjaya hebat. Pasti dia yang cuma bekerja sebagai pelayan di cafe ini di pandang sebelah mata. Tak apalah. Dia tidak kisah pun. Sudah terbiasa.
“Ala... janji gaji yang awak dapat tu halal. Jangan rasa rendah diri tau..” Ujar Amar yang sepertinya tahu apa yang ada dalam kepala Julia.
Julia cuma tersenyum.”Tak pernah nampak doktor lepak dekat sini. Pertama kali ke?” Walaupun tak semua wajah pelanggan yang datang ke cafe terakam di otaknya. Tapi dia yakin Amar tak pernah ke sini.
Amar angguk kepala laju.”Saya ada kerja sikit dekat-dekat sini. Haus sangat tekak ni jadi singgah minum kejap. Boleh tahan juga ya cappuccino dekat sini..”
“Doktor dah cuba iced coffee frappe? Sekarang ni kita tengah buat promosi. Kalau doktor nak cuba saya boleh bawakan..”
“Oh.. yeke. Macam menarik je...” Amar menunjukkan rasa berminat mahu mencuba.
“Ok.. kalau macam tu saya pergi sediakan untuk doktor ya?”
Amar segera mengangguk. Dia memerhatikan saja Julia yang berlalu ke kaunter membuat air. Dia kembali duduk. Sebenarnya dia kurang minum minuman berkafien. Tapi rasanya tidak salah sekali sekala. Amar tersenyum sendiri.
Julia kembali 5 minit selepas itu. Iced coffee frappe itu di letakkan di hadapan Amar.
“Terima kasih...”
“Sama-sama.. Cubalah..”
“Duduklah Julia..”
“Hisy! Tak boleh doktor. Ini waktu kerja saya..” Julia menolak baik.
“Inikan permintaan pelanggan. Customer always right kan?”
Julia seba salah. Dia melihat sekeliling cafe. Mujur juga cafe agak lenggang. Ada pun seorang dua yang sudah lama lepak di situ.
“Ala.. duduk je la. Kalau bos awak tanya. Biar saya yang jawab ok?”
Julia mengangguk dengan senyuman. Dengan berat hati dia duduk di hadapan Amar. Kekok sungguh rasanya.
Amar menikmati Iced coffee frappe itu perlahan-lahan. Rasanya cukup memikat. Sama seperti tuan yang menyediakannya. Dia pandang wajah polos Julia.
Julia pandang ke arah lain. Dia tidak selesa bila Amar memandangnya begitu. Kenapa dengan lelaki ini? Dia tertanya sendiri. Pelik juga dengan apa yang sedang berlaku kepada dirinya saat itu. Amar... doktor ok! Kacak dan sado. Apa yang kurang? Kenapa tak rasa sesuatu yang hangat di dalam hatinya? Pelik ni.. Gumam Julia di dalam hati.
“Dah lama ke awak kerja dekat sini?”
“3 tahun..”
“Wow. Lama tu. Kenapa tak cuba kerja lain?”
“Saya dah serasi dekat sini..”
Amar mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian dia mengeluarkan kad dari poket kemejanya. Di serahkan kad itu kepada Julia.
Kad perniagaan itu di perhatikan lama. Kemudian dia angkat kepala pandang Amar.
“Klinik saya kekurangan pekerja. Kalau awak berminat datanglah temuduga. Gaji boleh runding..”
“Kerja dekat klinik doktor?”
Amar angguk kepala laju. Bibirnya masih menguntum senyuman.
“Saya tak suka bau ubat!” Julia berkata tegas.
“Kalau awak nak cuba pekerjaan lain yang lebih menjamin masa depan awak kenapa tidak?”
 Julia mengeluh kecil. Dah agak. Pasti Amar fikir yang kerjanya sekarang tidak boleh menjamin masa depan.
“Pembantu di klinik saya semua ada kelayakan dalam bidang farmasi. Saya tak terima sembarangan orang untuk bekerja di klinik saya..”
“Habis saya ni ada kelayakan?” Balas Julia.
“Macam ni Julia. Kalau awak kerja di klinik saya, awak akan di hantar kursus. Kalau awak nak sambung belajar pun boleh. Semua dalam tanggungan klinik. Tapi awak terikat dengan kontraklah..” Terang Amar bersungguh.
Julia angguk kepala tanda faham. Dia langsung tidak berminat dengan tawaran itu sebenarnya. Memang tak masuk dengan jiwanya langsung! Tiba-tiba dia rasa pelik dengan kesungguhan Amar. Pelik! Memang pelik!
“Terima kasih je la doktor. Saya memang tak minat kerja macam tu.. maaf ya?!”
Tersenyum Amar di buatnya.”It`s ok Julia. Saya cakap kalau awak berminat kan? So, tiada paksaan..” Dia berkata lembut.
Julia angguk kepala tanda faham.”Er.. doktor duduk la dulu ya? Saya nak ke belakang kejap. Masih ada kerja dekat belakang tu..”
“Oh ok..” Amar tersenyum biarpun hatinya di paut rasa kecewa. Tak mudah rupanya si Julia ini.
Julia bangkit dan menolak kerusi ke bawah meja. Tak pasal dia menipu. Padahal dekat belakang, kerjanya sudah di bereskan selepas dari waktu makan tengah hari tadi. Bukan apa, dia rasa tidak selesa bila terlalu ramah bersembang dengan orang yang tidak di kenalinya. Memanglah Amar itu seorang doktor. Tapi niat di hati orang dia tidak tahu. Ada baiknya dia berhati-hati.
“Kalau free call la..”
Julia terkesima. Pesanan yang langsung tidak boleh di hadam oleh otaknya.
“Er... boleh kita jadi kawan lepas ni kan?” Amar seakan menyedari Julia seperti mengesyaki niatnya.
Julia angguk saja kepalanya walaupun dia masih tidak faham dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi. Dia segera berlalu dari situ selepas meminta diri.
Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata nasihat yang lelaki itu berikan kepada Ami seminggu yang lepas. Tak sangka pula doktor muda itu berminat dengannya. Eh.. berminatkah dia pada aku? Tapi tengok dari gaya semacam saja. Julia garu kepalanya yang tidak gatal. Kad perniagaan itu di masukkan ke dalam poket seluarnya. Simpan saja. Mana tahu berguna nanti.
“Kau kenal ke?” Tanya Munirah yang nampak sangat mahu tahu.
Julia pandang Munirah sekilas. Dia kembali mengelap mangkuk lalu di susun di rak. Dia angguk kepala. Munirah kalau berkaitan dengan lelaki kacak memang dia akan korek habis-habisan.
“Wow.. kacak kot Julia. Sado lagi..” Munirah tampak teruja.
Julia ketawa kecil.”Sado tak sado.. aku tak berminat..”
Munirah mencebik.”Sejak bila kau berubah taste ni Julia?” Perlinya.
Julia tersentak. Ada ke dia beritahu Munirah ciri-ciri lelaki idamannya sebelum ini? Ligat otaknya berfikir.
“Yelah orang tu kan tengah mabuk dengan adik Ami dia yang comel tu. Mana nak pandang abang sado dah...”
“Hey!” Julia menapar perlahan bahu Munirah. Dia sembunyi senyum saat Munirah menyebut nama Ami. Bergetar rasa hati. Automatik matanya melihat jam di pergelangan tangan. Ada lagi lebih kurang 3 jam lebih sebelum Ami menjemputnya pulang. Sejak kes dia terjatuh dari bas hari tu, Ami memaksanya untuk menjemputnya pulang dari tempat kerja. Puas di tolak. Tapi sudah seminggu Ami setia menantinya di luar sana. Ami... budak lelaki  itu memang tak pernah kenal erti putus asa.
“Mun.. aku dengan Ami tak lebih dari apa yang kau fikirkan..”
“Kenapa Julia? Baik budak Ami tu..”
Julia mengeluuh perlahan.”Aku pun tak pernah jumpa lelaki sebaik dia Mun. Tapi apa aku boleh buat. Usia kami terlalu jauh. Dia masih bersekolah. Kau rasa logik ke aku bercinta dengan budak sekolah beb?”
Munirah angguk kepala. Dia bersetuju dengan alasan Julia. Ye.. memang nampak pelik untuk Julia bercinta dengan budak yang masih memakai uniform sekolah. Tapi tak nampak pelik langsung bila Ami memakai baju biasa. Bagi Munirah elok sangat Ami dan Julia bila mereka beriringan bersama. Dia selalu nampak Ami menunggu Julia di luar cafe.
“Tak apalah Julia. Biar masa je yang menentukan semuanya. Jangan kau tolak sangat Ami tu Julia. Aku takut esok kau tak mampu nak kalih sesaat pun dari tengok muka dia tau.”
“Kau ni ayat. Kalau tak buat aku takut. Tak sah eh?”
Munirah sudah ketawa besar sebelum berlalu ke kaunter.
Julia kembali dengan kerjanya. Dia memikirkan kata-kata Munirah tadi. Puas sudah di selidik hatinya sehari dua ini. Dalam diam dia akui, dia sudah mula rasa selesa bila Ami ada bersamanya. Bila tiada, dia tercari-cari.

Ralit Julia melihat kad yang di berikan Amar tadi siang. Amar Sofean nama penuhnya. Jenuh dia memikirkan tentang tawaran Amar yang langsung tidak menarik minatnya. Cuma yang menjadi tanda tanya kenapa Amar yang pada awal pertemuan minggu lalu nampak sangat dia seorang yang sombong. Tapi tadi? sungguh dia tak sangka langsung Amar seorang yang peramah. Lepas tu siap bermain mata lagi.
Tanpa sedar kad itu di sambar seseorang dari arah belakang. Terperanjat beruk di buatnya Julia. Ami membaca nama di kad itu. Wajahnya berubah riak. Dari ceria jadi sekeruh air sungai pahang.
Julia serba salah. Dia merampas kembali kad nama itu dari tangan Ami.”Kau jangan nak salah faham..”
Ami pandang ke arah lain. Kenapa kad Amar boleh ada dengan Julia? Dia rasa tidak sedap hati. Wajah Julia di pandang tajam minta penjelasan.
Julia mengusap belakang tengkuknya. “Er...” Dia risau Ami cemburu.
“Macam mana kad doktor Amar boleh ada dengan Kak Julia?” Tanya Ami dengan nada yang serius.
“Err... o...” Julia tergagap-gagap.
Ami ketap bibir. Sungguh dia rasa cemburu yang amat. Dia rasa marahnya meluap-luap biarpun ia cuma sekadar sekeping kad. Tapi sangat misteri. Takkanlah kad itu berjalan sendiri pergi kepada Julia.
“Kau cemburu ke Ami?” Tanya Julia tidak jadi mahu menjawab soalan Ami. Kenapa dia harus menerangkan kepada Ami pula. Sedangkan mereka tidak ada apa-apa hubungan istimewa pun.
“Ya.. saya cemburu. Sangat cemburu!” Jujur Ami menjawab. Wajah putihnya itu merah padam.
Julia ketap bibir. Dia merapati Ami.”Hurmm.. kau jangan risau ya Ami. Tadi doktor Amar datang cafe. Dia pun tak sangka aku kerja dekat sini...”
“Hurm. Kalau pun dia minum dekat sini. Kenapa perlu sampai bagi kad segala?”
Julia garu kepalanya yang tidak gatal. Soalan Ami itu sangat mendadak. Tak tahu mahu jawab apa sebab kad itu bukan miliknya pun.
“Err.. mungkin dia kesian kot tengok aku kerja dekat sini. Sebab tu dia bagi kad suruh call dia kalau aku nak kerja dekat klinik dia..” Jelas Julia.
Ami sedikit lega mendengar penjelasan itu. Setidak-tidaknya ada sebab yang tidak menampakkan Amar cuba untuk kacau daun.
“Dah.. dah kau jangan fikir yang bukan-bukan ok?”
Ami pandang wajah Julia.”Kak Julia tahu kan saya sayang Kak Julia?”
Julia terpana. Dada sudah berdebar. Renungan mata itu kelihatan redup dan mempesonakan.
“Tahu kan?” Tegas Ami separuh berbisik.
Julia angguk kepala laju. Masih tergamam. Kenapa Ami nampak begitu kacak dan tidak comel seperti apa yang di lihat sebelum ini?
“Jadi saya tak suka kalau ada lelaki lain rapat dengan Kak Julia..”
“Ami..” Julia kematian kata. Lidahnya jadi kelu. Dia cuma menentang pandangan redup mata Ami itu.
Ami sentuh lengan Julia.”Saya akan lindungi Kak Julia dari lelaki-lelaki di luar sana. Saya serius..”
Julia menarik lengannya dari pegangan Ami. Dia berpeluk tubuh.”Ami.. janganlah emosi sangat. Aku tak suka la..”
Ami angguk kepala perlahan. Dia menarik lengan Julia dan mereka beriringan menuju ke arah skuter. Mereka saling mendiamkan diri. Ami mengambil helmet lalu di pakaikan di kepala Julia.
Julia perhatikan saja tingkah Ami itu tanpa bicara. Kematangan Ami di perangkap oleh usia yang terlalu muda. Bila Ami berpakaian biasa begini dia langsung tidak nampak seperti budak sekolah.
“Ami...” Panggil Julia lembut.
Ami melangkah dan duduk di atas skuter.”Hurm..” Dia pandang Julia.
“Kau marah lagi ke?”
Ami senyum nipis.”Saya tak boleh marah Kak Julia lama-lama. Saya sayang Kak Julia..”
Tanpa sedar Julia mengukir senyuman. Dia naik duduk di belakang Ami. Ami... aku.. aku.. sayangkan kau Ami. Kenapa kau sweet sangat Ami? Jerit hati kecilnya. Dia sudah penat meindakkan hakikat.
Ami memandu pada kadar sederhana di lorong kiri. Waktu malam begini tak banyak kenderaan di atas jalan. Jadi selamat sikit mahu bawa perlahan. Sedang asyik dia membawa motor, tiba-tiba tangannya rasa menggeletar apabila terasa pinggangnya di peluk erat dari belakang.

 Untuk pertama kalinya Julia berkelakuan seperi itu. Sebelum ini, Julia cuma memegang bahunya saja. Tapi malam ini... Ami rasa bahagia yang teramat sangat. Perlahan-lahan tangan kirinya menyentuh tangan Julia di pinggangnya. Dia mengusap lembut tangan Julia.
Ami.. aku dah tak mampu menolak perasaan ini Ami. Julia senyum sendiri di belakang.



No comments: