Bab
7
Julia tersenyum saat ternampak Ami
melambaikan tangan ke arahnya. Dia segera melangkah ke arah Ami yang duduk di
atas motor skuter berwarna putih itu. Cepat-cepat dia pamer wajah seriusnya.
“Amboi tadi bukan main tersengih sampai
ke telinga. Sekarang nak tunjuk muka serius dia pulak..” Tegur Ami sambil
menghulurkan topi kaledar kepada Julia.
Julia mencebik lantas segera memakai
topi kaledar itu ke kepalanya.
“Kau tak ada kelas tambahan ke?”
Ami menggelengkan kepalanya laju. Dia
membantu memperkemaskan tali pada topi kaledar Julia.
Julia mengeluh berat.”Tak lama sangat
dah kau nak exam Ami..”
Ami angguk kepala laju.”Tahu..” Dia buat
muka selambanya. Julia risau dia tahu tu.
“Habis, kalau dah tahu kenapa kau asyik
je nak ikut bontot aku?”
Ami ketawa sambil menutup
mulutnya.”Bahaya betul mulut dia ni..”
“Yelah... kalau tak cakap macam tu, kau
macam tak sedar-sedar kan? Masih nak berkhayal. Esok kalau kau gagal, jangan
nak salahkan aku pulak..”
“InsyaAllah saya tak akan gagal Kak
Julia...” Kata Ami yakin.
Julia mencebik geram. Belagak betul bila
bercakap.”Dah jom pergi makan. Aku belanja kau. Yelah kau kan masih belajar.
Duit pun mak bapak yang bagi..” Julia perli baik punya.
Ami senyum sambil menganggukkan
kepalanya. Tidakkan Julia tahu, yang dia dah lama ada pendapatan sendiri? Dia
di berikan kerja sambilan oleh mamanya untuk menjaga rumah-rumah sewa mereka.
Tak apalah jika Julia beranggapan begitu. Dia tidak kisah pun.
Ami dan Julia masuk ke dalam Restauran
Pizza santino`s. Hari ini tekak Julia terasa mahu makan pizza. Bosan juga
hari-hari makan kuih pau Kak Milah. Teringatkan pau Kak Milah dia senyum sendiri.
Di situlah tempat pertama mereka bertemu. Julia masih ingat pandangan mata Ami
yang tidak lepas dari merenung ke arahnya waktu itu. Walhal pada waktu yang
sama hatinya juga tersentak melihat Ami. Comel sungguh. Lagi-lagi bila dia
tersenyum. Terus matanya jadi sepet seperti orang korea.
Ami tersenyum saja ke arah Julia yang
duduk bertentangan dengannya itu. Entahlah kenapa. Wajah Julia bisa itumenghilangkan
penatnya setelah semalam dia mentelaah pelajaran. Hebat sungguh penangan
cintanya pada wanita itu.
Julia perasan Ami asyik saja merenung ke
arahnya. Tapi dia sudah terbiasa dengan pandangan itu. Jadi, dia tidak kisah
pun. Bukan apa, puas sudah dia menegah Ami dari merenungnya. Sudahnya dia sakit
hati sendiri. Ada baiknya dia tidak ambil peduli.
“Macam mana dengan pelajaran kau Ami?”
Soal Julia langsung merentap emosi Ami yang baru mahu melayan perasaan
berbunganya itu.
Ami mengusap belakang tengkuknya.”Hurm...
ok je . Kenapa?”
“Aku bukan apa Ami. Aku tak nak tengok
kau menyesal nanti. Orang lain elok je boleh masuk Universiti tapi kau pulak
terkandas nanti..”
“Hisy! Janganlah cakap macam tu Kak
Julia..”
“Habis kau ni nampak sangat tak peduli
tentang pelajaran kau Ami..” Julia medengus lemah.
Ami tahu Julia memang menganggapnya
begitu. Dia tidak salahkan Julia. Tapi tidakkah Julia tahu yang dia memang
serius untuk berjaya dalam SPM nanti?“Saya study smart kak Julia..” Balasnya
selamba.
Julia mencebik geram. Ada saja
jawapannya.”Kau ni, kalau aku nasihatkan kau dengar lah sikit Ami..”
Ami angguk kepala laju. Julia dah mula
membebel. Tapi tak apa. Dia rela, asalkan orang itu Julia. Rasa indah saja apa
yang di keluar dari bibir Julia.”Ye saya dengar..”
“Macam mana kalau kau gagal capai target
cikgu-cikgu kau yang letak harapan tinggi pada kau tu?”
“InsyaAllah Kak Julia harapan tu saya
tak akan biarkan ia jadi harapan tinggal harapan. Saya akan jadikan harapan itu
sebagai satu realiti nanti..”
Julia pandang wajah Ami yang nampak
tidak serius itu. Ah budak itu, bila masa dia serius? Asyik saja dengan
perangai gila-gilanya itu.
“Ami kau tahu tak sebab apa aku kerja
dekat cafe tu sebagai pelayan?”
Ami angguk kepala tanda dia tahu.” Dah
tentu nak cari duit kan?”
“Ye memang itu salah satu sebab Ami.
Tapi salah satu sebabnya ialah aku tak berkelayakan nak cari kerja yang bagus
Ami. Sebab tu aku cakap kau bertuah Ami. Keluarga kau senang. Jadi, kau tak
boleh bersikap sambil lewa saja..”
Ami menarik nafas panjang kemudian di
lepaskan perlahan-lahan. Dia tahu Julia risaukan dirinya.
“Aku nak kau masuk Universiti lepas tu
cari kerja yang bagus-bagus dan kau kena hidup bahagia Ami. Jangan hidup macam
aku ni. Sudahlah sendiri..” Julia mengeluh perlahan.
Ami sedikit tersentak dengan kata-kata
Julia. Sedih hati bila Julia merasakan hidupnya sendiri. Apa guna dia ada di
sisi Julia selama ini? Tidakkah Julia nampak yang dia sangat berusaha untuk ada
di sisinya?” Siapa cakap Kak Julia sendiri?”
“Habis kau nampak ada orang lain dalam
rumah aku tu selain aku?” Bidas Julia sedikit kasar.
“Saya kan ada Kak Julia..”
Julia menelan air liur. Hatinya sedikit
tersentuh mendengar kata Ami itu.”Ami... kau masih muda Ami. Terlalu awal untuk
kau cakap soal hati dan perasaan dengan aku...”
“Habis usia muda macam saya tak ada hati
dan perasaan?”
Julia pegang dahi. Kalau bercakap dengan
Ami soal ini boleh buat kepalanya migrain. Entah untuk kali ke berapa dia mahu
ingatkan Ami bahawa perasaan Ami terhadapnya itu cuma satu perasaan yang tidak
serius.
“Hari ini kau boleh cakap cuma aku yang
kau sayang. Kononlah kan.. kau cintakan aku sampai mati. Itu memang ayat
budak-budak Ami. Aku pun pernah lalui usia macam kau. Aku tahu sangat perasan
teruja kau tu macam mana..”
“Perasaan saya lain kak Julia. Saya
serius..” Tekan Ami bersungguh.
“Budak sebaya kau ni lebih suka
bertindak ikut perasaan Ami. Aku faham sangat..”
Ami mengeluh kasar.”Habis nak buktikan
macam mana lagi?”
Pelayan tiba dengan makanan yang di pesan. Ami dan Julia senyap seketika.
Ami pandang wajah serius Julia. Adakah sebab ini Julia mengajaknya ke sini?
Mahu menyedarkan tentang perasaan cintanya itu adalah dongeng belaka? Julia...
Ami mengeluh perlahan.
Julia menolak pinggan yang sudah di
letakkan pizza dan sos di hadapan Ami. Dia perasan riak wajah Ami yang berubah
kelat itu.”Ami...” Lembut saja Julia memanggil.
“Hurm...” Ami sahut perlahan. Dia tidak
pandang Julia sebaliknya dia cuma menundukkan saja wajahnya.
Julia mahu ketawa melihat Ami.
Merajukkan dia? Aduhai.. manjanya..”Ami... kau merajuk ke?” Dia tundukkan
sedikit kepalanya mencari anak mata Ami.”Hey...” Dia ketawa kecil. Ami memang
seorang budak yang manja.
“Apa...” Suara Ami sedikit meninggi. Dia
segera mencapai pisau dan garfu lalu memotong pizza itu kepada cebisan kecil tanpa
menunggu walau sesaat terus di masukkan ke dalam mulutnya. Di kunyah pizza tu
laju. Geram dengan Julia, pizza jadi mangsa.
Julia ketawa sambil menggelengkan
kepalanya perlahan-lahan.”Kau ni macam-macam betul perangai tu Ami..” Keluhnya
perlahan.
Ami buat tidak peduli. Dia terus makan
dan makan sampai tak sedar pizza itu sudah masuk kepingan yang ke dua.
Julia senyum saja melihat keletah
Ami.’Manjanya dia... macam ni nak jadi boyfriend aku? Alamatnya 24 jam je la
aku nak memujuk dia...’
“Makanlah... tersengih-sengih tu
kenapa?” Tegur Ami.
Julia tersentak. Alamak... mujurlah...
Ami tak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya sekarang. Ya... dia sedang
memikirkan Ami tadi. Gilalah...
Ami jeling Julia tajam.
Julia perasan Ami menjelingnya.”Amboi
sampai nak juling kau jeling aku Ami..”
“Merajuk ni...”
“Ee.. boleh jalan dengan merajuk kau tu.
Kau ingat kau boyrfiend aku ke nak pujuk-pujuk?”
“Dengan boyfriend je ke boleh pujuk?”
“Dah tentu lah...”
Ami mencebik.”Kita cakap perasaan kita
ni serius dia tak nak percaya..”
“Dah la tu Ami... aku penatlah nak layan
jiwa kau..”
“Habis bila tak penat?”
“Ami...” Julia panggil nama Ami kuat.
Geram sungguh!
Ami sengih.”Beri la peluang Kak Julia...
please..” Dia buat muka kesian.
“Ami...” Julia beri amaran keras.
Ami angkat tangan kanannya.”Ok...ok...”
Dia mengalah.
“Lepas kau exam kita bincang..” Alamak!
Dia terlepas cakap. Julia tutup mulut dengan tangan.
Ami tergamam.”Se... serius?”
Julia tidak tahu memberikan reaksi apa.
Sudah terlajak kata. Kalau terlajak motor boleh juga undur. Aduhai.. sudahnya
dia angguk saja kepalanya laju.
Ami punya sengih sampai nak terkoyak
mulut. Punyalah gembira. Seakan dia baru di berikan suntikan semangat.
“Tapi dengan syarat... kau mesti straight
A semua. B+ ke aku tak nak. Faham?”
“Alah... kacang je kak Julia...”
“Kau ni yakin sangat Ami...”
“Mestilah kena yakin. Kak Julia jangan
risau. Sejak dari awal lagi, saya dah cakap yang saya tak akan gagal dalam SPM
nanti. InsyaAllah....”
Julia senyum segaris.
Ami ketap bibir. Cair sekejap hatinya melihat
senyuman Julia. Dia rakam kemas-kemas dalam hati. Malam nanti boleh mimpikan
senyuman itu.”Oh ya... nanti dua minggu kita tak boleh jumpa..”
Kunyahan Julia terhenti. 2 minggu?
Lamanya...”Hurm...”
Ami senyum kecil. Dia nampak riak wajah
Julia yang terkejut itu.
Julia pegang pisau dan garfu yang itu
kuat-kuat. Takut terlepas saja sebab terkejut.
“Saya ada perkhemahan..”
“Perkhemahan?”
“Tak tahu perkhemahan tu apa?”
“Hello aku pun pergi sekolah ok..”
“Habis macam tak pernah dengar perkataan
tu je..”
“Dekat mana?”
“Dekat janda baik punya..” Ami
berseloroh sambil ketawa.
“Jauhnya...”
Ami angguk kepala laju. Dia pun rasa
malas sangat nak ikut perkhemahan akhir itu. Tapi nama dia sudah di daftarkan
oleh pihak sekolah untuk ikut serta. Mahu atau tidak dia terpaksa pergi. Setiap
sekolah di seluruh negara, cuma 5 orang saja yang terpilih.
“Hurmm... lepas balik dari camp tu nanti
aku berharap sangat kau akan serius untuk exam kau”
“Serius tak serius saya tetap macam ni
Kak Julia. Tak ada apa-apa yang berubah pun. Hurmmm... nanti dua minggu saya
tak ada Kak Julia jaga diri ya? Jaga makan... jangan skip makan nanti migrain.
Siapa yang susah?”
Julia dia saja mendengar nasihat-nasihat
Ami itu. Hatinya rasa semacam saja. Sedihkah dia untuk 2 minggu akan datang? Ya
Allah.. kenapa dengan aku ni... Julia rasa resah.
“Kau pun sama. Jangan nak main-main
lagi.. ingat tu..”
Ami angguk kepala laju.”Keringlah saya
rindukan Kak Julia..”
Julia senyum saja.”Kalau rindu... sebut
nama aku dua kali..”
“Eh?” Ami agak terkejut dengan sikap
Julia itu. Tapi dia diamkan saja.
“Kalau sebut dua kali kenapa? Kak Julia
muncul depan mata saya ke?”
Julia geleng laju.
“Habis.?”
“Confirm
kau akan terlelap waktu tu..” Julia ketawa mengekek.
“Tak lama la Ami. Pejam celik pejam
celik dah cukup dua minggu..”
Ami senyum mendengar kata-kata Julia.
Sungguh dia rasa semacam saja. Sikap Julia sedikit berubah. Adakah Julia akan
merasakan apa yang dia rasa pada waktu itu? Kalau Julia benar-benar rindukannya
bagaimana pula untuk 6 tahun nanti? Mampukah Julia menantinya?
Masing-masing diam. Melayani perasaan
sendiri. Julia pandang saja Ami yang nampak seperti mengelamun jauh. Entah apa
yang dia fikirkan. Aduhai hati... jangan kau kata yang kau sukakan dia
sudahlah... parah Julia.. parah... Julia tarik nafas laju kemudian di lepaskan
perlahan-lahan.
Julia menyerahkan helmet berwarna pink
itu kepada Ami.”Terima kasih sebab jemput aku..”
“Sama-sama kasih.” Balas Ami sambil
tersenyum.
Julia seakan terpana dengan senyuman
itu. Ami nampak manis sekali dengan senyuman yang di hiasi lesung pipi di pipi
itu. Julia cubit pipi Ami.
“Auccchhhh.” Ami menjerit. Dia pegang
tangan Julia yang nakal mencubit pipinya itu.
Julia pula sudah ketawa besar sambil
menarik tangannya dari genggaman Ami.
Ami pegang tangan Julia kuat.
Julia berhenti ketawa.”Lepaslah..” Dia
menarik tangannya. Berlakulah acara tarik menarik di situ.
Cup!!! Ami mengucup tangan Julia.
Julia ketap bibir geram.”Hoi..”
Ami ketawa besar.”Dah pergi naik... dah
lewat ni..” Dia tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya.
Julia angkat tangan mahu mengetuk kepala
Ami. Tapi kepala Ami di lindungi helmet.”Eee budak ni..”
“Selamat malam sayang..” Ucap Ami.
“Kau ni Ami..” Tanpa menunggu lagi pipi
Ami menjadi sasarannya.
“Aww... aw....” Ami menjerit kuat. Sakit
sungguh pipinya.
Julia menjelirkan lidahnya.”Padan muka
kau. Dah pergi balik..” Dia menarik cover helmet itu lantas menutupi wajah Ami.
Dan tanpa menuggu lagi dia segera melangkah pergi.
“Kak Julia... love you...” Jerit Ami.
Julia buat-buat tak dengar. Padahal dia
rasa seperti mahu berpaling dan tersenyum ke arah Ami. Eh... eh... kenapa ni?
Kenapa dengan aku ni... Julia sentuh dadanya. Dia rasa dadanya berdebar-debar.
Sesak sangat. Tanpa mahu terus melayan perasaannya dia melangkah menuju ke arah
rumahnya.
Ami tersenyum di atas skuter. Dia
perasan Julia sepertinya sudah mula dapat menerimanya. Ya... dia dapat rasakan
perubahan itu. Bahasa badan Julia nampak lain sangat hari ini. Semoga ada
berita baik yang akan di terimanya nanti. Julia... Ami senyum lagi sebelum beredar
dari situ.
Di hujung sana ada sepasang mata melihat
aksi Ami dan Julia itu. Dia mengeluh kasar. Semenjak pertama kali dia ternampak
wanita bernama Julia seminggu yang lalu. Tidurnya jadi tidak lena. Wajah cantik
Julia muncul dengan kerap di ruang matanya. Apa yang pasti dia rasa sakit hati
melihat pasangan itu bermesra begitu. Dia pasti akan melakukan sesuatu supaya
Ami berhenti dari mengejar Julia. Bagaimana? Dia akan fikirkan nanti.
2 comments:
Uikkkk ttibe julia ade secret admire...siapakah?? Tuan umh...nk next bab awl2 pelisss hehehe
rabiatul :heheh... kalau baca bab2 sebelum ni mesti tau siapa secret admire Julia.... ade kena mengena ngan ami.
Post a Comment