Thursday, February 5, 2015

Oh Mr Ami Bab 6

Bab 6

Ami menghulurkan tisu untuk kali yang entah ke berapa puluh kali. Tapi masih belum mampu mengeringkan air mata Julia. Dia perhatikan saja Julia yang menangis sambil tepuk-tepuk dada itu. Kecewa benar nampaknya. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Dah macam isteri kena cerai talak 3 dah gayanya. Mahu gelak pun ada.

“Nak pisau dengan garfu ke?” Tanya Ami selamba.

Julia mengangkat wajah memandang Ami. Tangisannya terhenti. Tapi air mata masih mengalir dari kelopak mata.”Kau nampak kan aku tengah sedih ni? Jangan buat lawak bodoh la...”

Ami ketawa kecil sambil menutup mulutnya.”Maaf...” Dia menghulurkan tisu kepada Julia.

Streeeettttttttt...... Julia menghembuskan hingusnya.

Ami telan air liur. Kembang tekak setelah sejam asyik dengar Julia hembus hingusnya. Tapi kalau dah sayang tu, dia tak peduli pun.

“Dia Ezril kan?” Soal Ami. Dia memeluk lututnya dan pandang ke depan.

“Kau pun kenal dia?”

Ami angguk kepala laju. Siapa tak kenal Ezril. Tapi mungkin juga ramai masyarakat luar tak tahu mengenai perkahwinan Ezril.

“Kalau dah tahu kenapa kau tak cakap dengan aku?”

“Mana nak tahu Kak Julia tak tahu dia tu dah berbini..” Tempelak Ami geram. Selama ini dia pendam saja perasaan bila nampak Ezril selalu menghantar Julia pulang.

“Kalau aku tahu dia laki orang buat apa aku nak jadikan dia kekasih aku..?!”

“Habis yang bujang ni ada Kak Julia tak nampak pula..”

Julia tarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan. Wajah Ami di pandang tajam. Poyo betul budak ni.

“Aku ni 7 tahun tua dari kau Ami..! Masih ada ramai lagi gadis muda mudi dekat luar sana. Kau ni buta ke apa?” Julia nampak sedikit hilang sabar.

Ami pandang wajah Julia yang tiba-tiba menyinga itu.” Mata saya mungkin buta Kak Julia. Tapi hati dan cinta saya tak buta..”

Julia terdiam. Bukan main bermadah segala budak ni.

“Saya tak minta pun untuk ada perasaan ni pada Kak Julia. Tapi nak buat macam mana. Pertama kali saya nampak Kak Julia, hati saya dah terpaut..”

“Karut!!!” Tengking Julia geram.

Ami geleng kepalanya laju.”Apa lagi saya nak buat supaya Kak Julia faham perasaan saya?”
“Dah aku tak nak lagi dengar apa yang kau rasa. Aku tak suruh pun kau cintakan aku. Dah sekarang ni ada baiknya kita tak payah cakap lagi soal hati dan perasaan ...”

“Kenapa pula?”

Julia kesat saki baki air matanya.”Aku hempuk kepala kau dengan buku ni kang. Kau ni sekolah pun tak habis lagi dah pandai nak cakap tentang hati dan perasaan...”

“Habis saya pun manusia Kak Julia..”

“Cakap lagi...”

Ami tutup mulut dengan tapak tangan bila nampak Julia sudah angkat buku mahu hempuk kepalanya.

“Dah makan ke?” Tanya Ami.

Julia pandang Ami kemudian dia geleng kepala laju.

“Saya pergi beli nasi kejap..” Ami sudahpun melangkah turun dari pankin itu.
“Eh.. tak payah la Ami...” Dia menolak lembut.

“Habis nak biar perut tu kosong?”

Julia angguk kepala laju. Sebenarnya dia rasa agak terkejut melihat ketegasan Ami. Dia nampak matang kali ini. Ami seperti ada switch di belakang badannya. Ada kala dia boleh jadi macam budak-budak. Dan ada kalanya dia boleh jadi matang seperti sekarang.
“Nak lauk apa?” Ami berpaling semula ke belakang.

Julia tersentak.
“Apa saja kecuali ikan..”

Ami senyum segaris. Dia tahu Julia tak memilih soal makan. Dan dia juga tahu Julia tidak makan ikan.

“Ok. Tunggu kejap eh?” Ami kenyit mata nakal.
Julia senyum saja melihat kenakalan Ami. Sebenarnya hatinya masih tersentuh dengan kata-kata Ami tadi. Pada sudut itu Ami nampak sangat matang bila dia bercakap soal hatinya. Kesian Ami. Dia jatuh cinta pada orang yang salah. Maaf Ami... aku tak boleh nak balas cinta kau...’



“Dah kenyang ke?”
Julia senyum sambil menganggukkan kepalanya. Polistren yang sudah kosong tidak bersisa itu di tolak ke tepi.

“Saya nak balik rumah ambil kereta kejap. Nanti kita pergi berurut ya?” Ami sudah bangkit dan turun dari pankin yang terletak di bawah pokok mempelam itu.

Julia tersentak.”Eh.. taknak lah aku..” Katanya dengan nada yang sedikit kuat.
“Ikutkan semalam dah kena pergi urut kaki tu. Tapi saya takut ada otot yang tercedera. Jadi, bila dah scan semua ok. Baru saya berani nak bawa Kak Julia berurut. Nak cepat sembuh tak?”

Julia telan air liur. Nak berjalan pun rasanya berbisa habis. Inikan berurut. Tak tahulah sakitnya macam mana. Boleh terkencing agaknya.

Ami sembunyi senyum melihat kegusaran Julia di tempat duduk sebelah. Dia tahu Julia takut. Dia memberanikan diri menyentuh jemari Julia.

“Saya kan ada... nak takut apa?” Lembut saja Ami berkata.

Julia pandang jemarinya yang di genggam Ami itu. Kemudian pandangannya di halakan ke arah wajah Ami. Dia rasa sesuatu. Ada rasa debar di dalam dada. Sukar untuk bernafas rasanya.”Memanglah... tapi yang menanggungnya aku Ami..”

“Kalaulah sakit tu boleh di pindahkan. Saya rela ambil tempat Kak Julia..”

“Kau ni ayat bukan main manis macam gula kan?”

Ami senyum tapi dia masih memberi perhatian kepada pemanduannya. Dia rasa sedikit hairan bila Julia langsung tidak menepis tangannya. Apa kena dengan Julia? Takkanlah Julia sudah mula menerimanya? Hisy! Takkanlah....

“Entah-entah kau ni ramai girlfirend dengan sekolah kan? Mana tahu..”

“Memang ramai yang sukakan saya. Bukan nak berlagak atau apa. Tapi itu dah kenyataan...”
“Kalau macam tu terima sajalah yang terbaik di antara mereka yang suka dekat kau tu? 
Kenapa kau masih nak kejar aku?”

“Itulah kuasa cinta Kak Julia. Hati saya ni, sampai bila-bila saya dah lock..”

Julia mencebik. Menyampah pula mendengar kata-kata Ami. Belagak budak ni.

“Kau ni muda lagi Ami. Perjalanan masih jauh...”

“Apa kena mengena cinta dengan perjalanan masih jauh ni? Kalau dah cinta tu jalanlah sejauh mana pun Kak Julia. Hati saya tetap sama..” Tegas Ami serius.

“Cakap memang senang Ami..”

“Ok... tunggu je lah. Betul ke tidak kata-kata saya ni..”

Julia diam. Dia masih 50/50 dengan Ami sebenarnya. Tapi bila lelaki itu berkata-kata entah kenapa cepat saja ia meresap jauh ke lubuk hatinya. Takkanlah dia sudah mula sukakan Ami? Hisy! Mustahillah... tangan Ami yang melekap pada tangannya itu di tepis kuat.

“Adoi!!...”

Julia senyum mengejek.

“Tunggulah. Padanlah muka dia kejap lagi ..” Ami ketap bibir geram.


“Arghhhhhh tolong...tolong makcik... lepas... lepas...” Jerit Julia sekuat hati saat Makcik Bedah menguli kakinya itu. Tapi jeritan itu kedengaran sepi saja oleh Makcik Bedah. Dia terus mengurut membetulkan urat Julia yang sudahpun masuk angin itu.

Ami pegang tangan Julia yang meronta-ronta itu. Tadi bukan main dia padankan muka Julia. Tapi sekarang rasa mahu pecah dadanya melihat Julia meraung kesakitan seperti itu.

“Sabar sayang sikit je lagi..” Air mata Julia di usap dengan jemarinya.

Julia mengetap bibir. Sudahlah sakit, makin bertambah sakit bila Ami memanggilnya dengan perkataan sayang. Mak cik Bedah pula terus saja mengurut tanpa rasa kasihan.

“Dah masuk angin urat-urat kamu ni nak...” Kata Makcik Bedah.

“Ingatkan nak bawa semalam makcik. Tapi saya takut ada luka dekat dalam...” Ami menjawab bagi pihak Julia yang sudah tidak mampu untuk berkata-kata itu. Air mata Julia saja sudah memberikan jawapan betapa sakitnya urutan itu.

“Kena bawa sini lagi dua kali..”

“Taknak!!!” Julia menjerit bagai orang kena histeria.

“Hisy dia ni degil betul..” Ami ketap bibir sambil memandang Julia tajam.

“Sakitlah bodoh...” Sumpah Julia separuh berbisik. Masih ada rasa hormat dan malu pada Makcik Bedah.

Ami mmenjegilkan biji matanya. Tak pasal kena bodoh!

Makcik Bedah senyum sambil menggelengkan kepalanya.”Kalau nak cepat baik, kamu kena tahan. Kalau tidak lambat kamu boleh berjalan..”

“Dengar tu..”

“Sakitlah makcik...” Julia ketap bibir. Sakitnya sampai ke tulang. Sungguh dah rasa nak terkecing semua ada.

“Sakit tu ubat. Sakit juga penghapus dosa-dosa kecil nak..” Balas Makcik Bedah lagi.

Julia diam tidak menjawab. Ami ketawa kecil. Seronok bila Julia kena ceramah. Tapi bila mengenangkan kesakitan yang Julia alami dia rasa sungguh kesian. Kalaulah sakit itu boleh di pindahkan. Dia sanggup asalkan Julia sihat-sihat saja.

Ting!
Pintu Lif terbuka. Ami keluar dari perut lif sambil mencampung Julia. Julia nampak bukan main gembira lagi wajah Ami bila dia berpeluang mendekatinya. Julia rasa tidak selesa bila Ami memeluk tubuhnya begitu. Biarpun keadaan mendesak tapi sungguh dia rasa janggal sekali. Berada pada kedudukan rapat seperti itu buat dia rasa segan mahu bernafas.

Perlahan-lahan Ami meletakkan Julia di tempat duduk itu. Kaki Julia yang masih bengkak itu di angkat perlahan-lahan. Julia menyeringai kesakitan.

“Tahan sikit ok?!”

Julia angguk dengan dahi yang berkerut.

Ami segera menutup pintu kereta dan bergerak ke arah sebelah.

“Ok jom balik..” Ami menghidupkan kereta milik mamanya itu lantas terus memandu keluar dari perkarangan apartmen Mutiara Ara itu.

“Ami... terima kasih sebab kau dah banyak bersusah payah jaga aku..” Ucap Julia malu-malu.

“Sama-sama kasih. Harap lepas ni Kak Julia boleh fikir dengan serius niat saya ya?”

“Maksud kau apa ni Ami?”

Ami pandang Julia sekilas.”Saya serius untuk jalinkan hubungan yang serius dengan Kak Julia.

 Saya sayang Kak Julia...”


Julia mengeluh perlahan.”Ami aku tak nafikan kau baik sangat Ami. Aku dah naik segan sebab dah dua hari aku menyusahkan kau. Tapi Ami.. hubungan kita memang tak boleh pergi jauh Ami... kau kena tahu tu..”

“Sebab jurang usia kita ke?” Tebak Ami.

Julia diam.”Aah..” Dia anggukkan kepalanya.

Ami mengeluh kasar.”Kak Julia tak percaya pada saya ke?”

“Bukan macam tu Ami. Aku dah kenal kau lama. Tak tergamak aku nak jadikan kau kekasih aku Ami..” Julia ketawa kecil. Sempat dia bergurau. Tapi Ami serius saja.

“Beri saya peluang..”

“Peluang apa Ami. Sebabnya memang tak boleh Ami...”

“Saya tak cukup baik ke?”

Julia geleng kepala laju.”Kau terlalu baik Ami..”

“Habis? Apa yang kurangnya lagi kak? Oo sebab saya masih bersekolah? Begitu?”

Julia diam. Memang itulah sebabnya. Gila apa nak berkasih dengan budak sekolah! Dia masih waras.

“Apa pun tanggapan Kak Julia. Perasaan saya tetap sama. Saya sayang Kak Julia...”

Julia mengeluh. Aku sayang kau juga Ami... Bisik hati kecilnya.

“Kak Julia fikirlah sekali lagi ya?” Pinta Ami tanpa rasa malu.

Julia menoleh ke arah Ami yang memandu di sebelah.”Aku tak berani nak janji Ami..”

“Tak kisahlah. Tapi tolong fikir sekali lagi ya? Tanya hati tu... ingat balik semua kenangan kita ya?”

Julia mengeluh perlahan. Kenangan? Jika di ingat kembali. Memang terlalu banyak kenangan dia dan Ami. Tapi sebelum ini dia tak tahu pula seserius ini Ami mahukannya.
Sudahnya mereka diam saja sehingga sampai ke destinasi yang di tuju.

 p/s : xdek yang komen pun. Xbest ke cite ni?


2 comments:

rabiatul adawwiyah said...

Sweetnye ami..julia xnk bg aii la hahahhaha

Anonymous said...

Best....