Bab
6
Ami menghulurkan tisu untuk
kali yang entah ke berapa puluh kali. Tapi masih belum mampu mengeringkan air
mata Julia. Dia perhatikan saja Julia yang menangis sambil tepuk-tepuk dada
itu. Kecewa benar nampaknya. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Dah macam
isteri kena cerai talak 3 dah gayanya. Mahu gelak pun ada.
“Nak pisau dengan garfu ke?”
Tanya Ami selamba.
Julia mengangkat wajah
memandang Ami. Tangisannya terhenti. Tapi air mata masih mengalir dari kelopak
mata.”Kau nampak kan aku tengah sedih ni? Jangan buat lawak bodoh la...”
Ami ketawa kecil sambil
menutup mulutnya.”Maaf...” Dia menghulurkan tisu kepada Julia.
Streeeettttttttt...... Julia
menghembuskan hingusnya.
Ami telan air liur. Kembang
tekak setelah sejam asyik dengar Julia hembus hingusnya. Tapi kalau dah sayang
tu, dia tak peduli pun.
“Dia Ezril kan?” Soal Ami. Dia
memeluk lututnya dan pandang ke depan.
“Kau pun kenal dia?”
Ami angguk kepala laju. Siapa
tak kenal Ezril. Tapi mungkin juga ramai masyarakat luar tak tahu mengenai
perkahwinan Ezril.
“Kalau dah tahu kenapa kau tak
cakap dengan aku?”
“Mana nak tahu Kak Julia tak
tahu dia tu dah berbini..” Tempelak Ami geram. Selama ini dia pendam saja
perasaan bila nampak Ezril selalu menghantar Julia pulang.
“Kalau aku tahu dia laki orang
buat apa aku nak jadikan dia kekasih aku..?!”
“Habis yang bujang ni ada Kak
Julia tak nampak pula..”
Julia tarik nafas panjang lalu
di lepaskan perlahan-lahan. Wajah Ami di pandang tajam. Poyo betul budak ni.
“Aku ni 7 tahun tua dari kau
Ami..! Masih ada ramai lagi gadis muda mudi dekat luar sana. Kau ni buta ke
apa?” Julia nampak sedikit hilang sabar.
Ami pandang wajah Julia yang
tiba-tiba menyinga itu.” Mata saya mungkin buta Kak Julia. Tapi hati dan cinta
saya tak buta..”
Julia terdiam. Bukan main
bermadah segala budak ni.
“Saya tak minta pun untuk ada
perasaan ni pada Kak Julia. Tapi nak buat macam mana. Pertama kali saya nampak
Kak Julia, hati saya dah terpaut..”
“Karut!!!” Tengking Julia
geram.
Ami geleng kepalanya laju.”Apa
lagi saya nak buat supaya Kak Julia faham perasaan saya?”
“Dah aku tak nak lagi dengar
apa yang kau rasa. Aku tak suruh pun kau cintakan aku. Dah sekarang ni ada
baiknya kita tak payah cakap lagi soal hati dan perasaan ...”
“Kenapa pula?”
Julia kesat saki baki air
matanya.”Aku hempuk kepala kau dengan buku ni kang. Kau ni sekolah pun tak
habis lagi dah pandai nak cakap tentang hati dan perasaan...”
“Habis saya pun manusia Kak
Julia..”
“Cakap lagi...”
Ami tutup mulut dengan tapak
tangan bila nampak Julia sudah angkat buku mahu hempuk kepalanya.
“Dah makan ke?” Tanya Ami.
Julia pandang Ami kemudian dia
geleng kepala laju.
“Saya pergi beli nasi kejap..”
Ami sudahpun melangkah turun dari pankin itu.
“Eh.. tak payah la Ami...” Dia
menolak lembut.
“Habis nak biar perut tu
kosong?”
Julia angguk kepala laju.
Sebenarnya dia rasa agak terkejut melihat ketegasan Ami. Dia nampak matang kali
ini. Ami seperti ada switch di belakang badannya. Ada kala dia boleh jadi macam
budak-budak. Dan ada kalanya dia boleh jadi matang seperti sekarang.
“Nak lauk apa?” Ami berpaling
semula ke belakang.
Julia tersentak.
“Apa saja kecuali ikan..”
Ami senyum segaris. Dia tahu
Julia tak memilih soal makan. Dan dia juga tahu Julia tidak makan ikan.
“Ok. Tunggu kejap eh?” Ami
kenyit mata nakal.
Julia senyum saja melihat
kenakalan Ami. Sebenarnya hatinya masih tersentuh dengan kata-kata Ami tadi.
Pada sudut itu Ami nampak sangat matang bila dia bercakap soal hatinya. Kesian
Ami. Dia jatuh cinta pada orang yang salah. Maaf Ami... aku tak boleh nak balas
cinta kau...’
“Dah kenyang ke?”
Julia senyum sambil
menganggukkan kepalanya. Polistren yang sudah kosong tidak bersisa itu di tolak
ke tepi.
“Saya nak balik rumah ambil
kereta kejap. Nanti kita pergi berurut ya?” Ami sudah bangkit dan turun dari
pankin yang terletak di bawah pokok mempelam itu.
Julia tersentak.”Eh.. taknak
lah aku..” Katanya dengan nada yang sedikit kuat.
“Ikutkan semalam dah kena
pergi urut kaki tu. Tapi saya takut ada otot yang tercedera. Jadi, bila dah
scan semua ok. Baru saya berani nak bawa Kak Julia berurut. Nak cepat sembuh
tak?”
Julia telan air liur. Nak
berjalan pun rasanya berbisa habis. Inikan berurut. Tak tahulah sakitnya macam
mana. Boleh terkencing agaknya.
Ami sembunyi senyum melihat
kegusaran Julia di tempat duduk sebelah. Dia tahu Julia takut. Dia memberanikan
diri menyentuh jemari Julia.
“Saya kan ada... nak takut
apa?” Lembut saja Ami berkata.
Julia pandang jemarinya yang
di genggam Ami itu. Kemudian pandangannya di halakan ke arah wajah Ami. Dia
rasa sesuatu. Ada rasa debar di dalam dada. Sukar untuk bernafas
rasanya.”Memanglah... tapi yang menanggungnya aku Ami..”
“Kalaulah sakit tu boleh di
pindahkan. Saya rela ambil tempat Kak Julia..”
“Kau ni ayat bukan main manis
macam gula kan?”
Ami senyum tapi dia masih
memberi perhatian kepada pemanduannya. Dia rasa sedikit hairan bila Julia
langsung tidak menepis tangannya. Apa kena dengan Julia? Takkanlah Julia sudah
mula menerimanya? Hisy! Takkanlah....
“Entah-entah kau ni ramai
girlfirend dengan sekolah kan? Mana tahu..”
“Memang ramai yang sukakan
saya. Bukan nak berlagak atau apa. Tapi itu dah kenyataan...”
“Kalau macam tu terima sajalah
yang terbaik di antara mereka yang suka dekat kau tu?
Kenapa kau masih nak
kejar aku?”
“Itulah kuasa cinta Kak Julia.
Hati saya ni, sampai bila-bila saya dah lock..”
Julia mencebik. Menyampah pula
mendengar kata-kata Ami. Belagak budak ni.
“Kau ni muda lagi Ami.
Perjalanan masih jauh...”
“Apa kena mengena cinta dengan
perjalanan masih jauh ni? Kalau dah cinta tu jalanlah sejauh mana pun Kak Julia.
Hati saya tetap sama..” Tegas Ami serius.
“Cakap memang senang Ami..”
“Ok... tunggu je lah. Betul ke
tidak kata-kata saya ni..”
Julia diam. Dia masih 50/50
dengan Ami sebenarnya. Tapi bila lelaki itu berkata-kata entah kenapa cepat
saja ia meresap jauh ke lubuk hatinya. Takkanlah dia sudah mula sukakan Ami?
Hisy! Mustahillah... tangan Ami yang melekap pada tangannya itu di tepis kuat.
“Adoi!!...”
Julia senyum mengejek.
“Tunggulah. Padanlah muka dia
kejap lagi ..” Ami ketap bibir geram.
“Arghhhhhh tolong...tolong
makcik... lepas... lepas...” Jerit Julia sekuat hati saat Makcik Bedah menguli
kakinya itu. Tapi jeritan itu kedengaran sepi saja oleh Makcik Bedah. Dia terus
mengurut membetulkan urat Julia yang sudahpun masuk angin itu.
Ami pegang tangan Julia yang
meronta-ronta itu. Tadi bukan main dia padankan muka Julia. Tapi sekarang rasa
mahu pecah dadanya melihat Julia meraung kesakitan seperti itu.
“Sabar sayang sikit je lagi..”
Air mata Julia di usap dengan jemarinya.
Julia mengetap bibir. Sudahlah
sakit, makin bertambah sakit bila Ami memanggilnya dengan perkataan sayang. Mak
cik Bedah pula terus saja mengurut tanpa rasa kasihan.
“Dah masuk angin urat-urat
kamu ni nak...” Kata Makcik Bedah.
“Ingatkan nak bawa semalam
makcik. Tapi saya takut ada luka dekat dalam...” Ami menjawab bagi pihak Julia
yang sudah tidak mampu untuk berkata-kata itu. Air mata Julia saja sudah
memberikan jawapan betapa sakitnya urutan itu.
“Kena bawa sini lagi dua
kali..”
“Taknak!!!” Julia menjerit
bagai orang kena histeria.
“Hisy dia ni degil betul..”
Ami ketap bibir sambil memandang Julia tajam.
“Sakitlah bodoh...” Sumpah
Julia separuh berbisik. Masih ada rasa hormat dan malu pada Makcik Bedah.
Ami mmenjegilkan biji matanya.
Tak pasal kena bodoh!
Makcik Bedah senyum sambil
menggelengkan kepalanya.”Kalau nak cepat baik, kamu kena tahan. Kalau tidak
lambat kamu boleh berjalan..”
“Dengar tu..”
“Sakitlah makcik...” Julia
ketap bibir. Sakitnya sampai ke tulang. Sungguh dah rasa nak terkecing semua
ada.
“Sakit tu ubat. Sakit juga
penghapus dosa-dosa kecil nak..” Balas Makcik Bedah lagi.
Julia diam tidak menjawab. Ami
ketawa kecil. Seronok bila Julia kena ceramah. Tapi bila mengenangkan kesakitan
yang Julia alami dia rasa sungguh kesian. Kalaulah sakit itu boleh di
pindahkan. Dia sanggup asalkan Julia sihat-sihat saja.
Ting!
Pintu Lif terbuka. Ami keluar
dari perut lif sambil mencampung Julia. Julia nampak bukan main gembira lagi
wajah Ami bila dia berpeluang mendekatinya. Julia rasa tidak selesa bila Ami
memeluk tubuhnya begitu. Biarpun keadaan mendesak tapi sungguh dia rasa janggal
sekali. Berada pada kedudukan rapat seperti itu buat dia rasa segan mahu
bernafas.
Perlahan-lahan Ami meletakkan
Julia di tempat duduk itu. Kaki Julia yang masih bengkak itu di angkat
perlahan-lahan. Julia menyeringai kesakitan.
“Tahan sikit ok?!”
Julia angguk dengan dahi yang
berkerut.
Ami segera menutup pintu
kereta dan bergerak ke arah sebelah.
“Ok jom balik..” Ami
menghidupkan kereta milik mamanya itu lantas terus memandu keluar dari
perkarangan apartmen Mutiara Ara itu.
“Ami... terima kasih sebab kau
dah banyak bersusah payah jaga aku..” Ucap Julia malu-malu.
“Sama-sama kasih. Harap lepas
ni Kak Julia boleh fikir dengan serius niat saya ya?”
“Maksud kau apa ni Ami?”
Ami pandang Julia
sekilas.”Saya serius untuk jalinkan hubungan yang serius dengan Kak Julia.
Saya
sayang Kak Julia...”
Julia mengeluh perlahan.”Ami
aku tak nafikan kau baik sangat Ami. Aku dah naik segan sebab dah dua hari aku
menyusahkan kau. Tapi Ami.. hubungan kita memang tak boleh pergi jauh Ami...
kau kena tahu tu..”
“Sebab jurang usia kita ke?”
Tebak Ami.
Julia diam.”Aah..” Dia
anggukkan kepalanya.
Ami mengeluh kasar.”Kak Julia
tak percaya pada saya ke?”
“Bukan macam tu Ami. Aku dah
kenal kau lama. Tak tergamak aku nak jadikan kau kekasih aku Ami..” Julia
ketawa kecil. Sempat dia bergurau. Tapi Ami serius saja.
“Beri saya peluang..”
“Peluang apa Ami. Sebabnya
memang tak boleh Ami...”
“Saya tak cukup baik ke?”
Julia geleng kepala laju.”Kau
terlalu baik Ami..”
“Habis? Apa yang kurangnya
lagi kak? Oo sebab saya masih bersekolah? Begitu?”
Julia diam. Memang itulah
sebabnya. Gila apa nak berkasih dengan budak sekolah! Dia masih waras.
“Apa pun tanggapan Kak Julia.
Perasaan saya tetap sama. Saya sayang Kak Julia...”
Julia mengeluh. Aku sayang kau
juga Ami... Bisik hati kecilnya.
“Kak Julia fikirlah sekali
lagi ya?” Pinta Ami tanpa rasa malu.
Julia menoleh ke arah Ami yang
memandu di sebelah.”Aku tak berani nak janji Ami..”
“Tak kisahlah. Tapi tolong
fikir sekali lagi ya? Tanya hati tu... ingat balik semua kenangan kita ya?”
Julia mengeluh perlahan.
Kenangan? Jika di ingat kembali. Memang terlalu banyak kenangan dia dan Ami.
Tapi sebelum ini dia tak tahu pula seserius ini Ami mahukannya.
Sudahnya mereka diam saja
sehingga sampai ke destinasi yang di tuju.
p/s : xdek yang komen pun. Xbest ke cite ni?
2 comments:
Sweetnye ami..julia xnk bg aii la hahahhaha
Best....
Post a Comment