Heyo hari ini saya sgt rajin. haha. Baru nak berjinak-jinak ( ayam kah ) untuk menyelitkan beberapa ayat dlm bahasa inggeris. Memang kelaut uoollls!! Stendedlah dasar inggeris tak pass kan?! Haha... ok..selamat membaca ok. If ada salah2 tu ignore je lah. Tapi kot ada yang nak perbetulkan di persilakan. hargai sangat!!
Ayla
menghempas pintu kereta sekuat hati. Lantak! Biar tercabut pun tak apa! Puas
hati aku..’ Dia ingat aku ni apa? Lebih dua jam aku tunggu dia macam menanti
buah tak gugur..’ Omel hatinya saat dia sudah melangkah masuk ke dalam kereta
Raykarl.
Raykarl
segera berlalu dari perkarangan rumah Ayla. Dia memandu dengan kadar sederhana
di lorong tengah menghala ke pantai timur.
“Pakai selt belt tu sayang..” Tegurnya yang
sejak dari tadi memerhati tindak tanduk Ayla.
Ayla
segera menarik tali selt belt dengan
ganasnya.”Apasal tak boleh ni? Ayla membebel sendiri sambil menarik tali itu
kasar.
“Cuba tarik
perlahan-lahan.”
Ayla
menjeling kekasihnya di sebelah.’Dah buat salah, tak reti nak minta maaf! Sakit
sungguh hati aku ni.’ Selt belt di
tarik melingkari tubuhnya. Kemudian dia kembali mempamerkan wajah masamnya.
Raykarl
buat-buat tidak bersalah. Malas sebenarnya mahu memujuk. Alih-alih Ayla akan
mengamuk. Ada baiknya dia buat tak tahu saja. Segera dia menekan punat on
radio. Daripada sunyi seperti itu ada baiknya dia memasang radio. Bukan dia
tidak tahu perangai Ayla. Kalau dah masam macam tu minta di pujuklah tu. Masak
benar dia dengan kekasihnya itu. Tapi, hari ini dia malas mahu pujuk. Pandailah
dia pujuk dirinya sendiri.
Suasana
sunyi yang kedengaran nyanyian di corong radio itu berlanjutan sampai ke daerah
gombak. Ayla masih seperti tadi. Mogok!
“Kenapa
tak bawa baju sejuk? Atas tu kan sejuk! Raykarl membuka bicara. Bosan pula.
“Ada
dalam beg! Balas Ayla dingin.
“Nak
makan dulu tak? Kalau nak, kita singgah dekat perhentian sebelum naik atas”
Ayla
menggelengkan kepalanya. Biarpun perutnya berkeroncong. Menyanyikan rentak
gazal di dalam sana. Tapi demi menjaga rajuknya dia mahu juga tahan diri.
“Sudahlah
tu merajuk. Kalau masih nak merajuk, Karl patah balik. Bosanlah kalau bercakap
macam cakap dengan tunggul kayu..”
Ayla
tersentak. Melampau betul perangai Raykarl sekarang! Dia mengetap bibir.
Sekarang ini memang mereka jarang dapat habiskan waktu bersama. Jadi,
berbaloikah dia terus mogok kalau Raykarl sudah mengugutnya.
“So? Masih ada masa ni? Kalau masih nak
merajuk macam budak kecik. Karl patah balik kat depan tu?! Tanya Raykarl
serius.
“Ok! Ay
tak merajuk lagi! Mahu atau tidak Ayla terpaksa juga mengalah tatkal ternampak
singbord kiri menghala ke kuantan dan terus menghala ke gombak.
Raykarl
mengangguk sambil menghalakan stereng keretanya ke kiri untuk terus masuk ke
lebuh raya pantai timur. Kalau betul Ayla mahu merajuk sampai ke puncak, memang
dia akan ambil jalan terus saja. Pusing di depan caltex di depan sana dan patah
balik ke kuala lumpur. Susah apa!
“what your problem? You that make a mistake Karl”
“Stop it Ay! Please be a nice for a whole day Ay. if you want me to
behave well today.. please..”
Raykarl bersuara tegas dengan riak wajah yang serius.
Ayla
terdiam. Hatinya rasa sakit yang teramat sangat mengenangkan sikap Raykarl yang
penuh dengan ego itu. Ingatkan hari ini mereka mampu membina balik hubungan yang
makin suram sejak dua menjak ini. Tapi
sayang sekali. Awal-awal lagi dia sudah teruji dengan perangai Raykarl itu.
Untuk
sekian kali dia akan cuba menyabarkan hati.
Mereka
tiba di puncak genting tepat jam 1.00 tengah hari. Cuaca yang agak mendung
menyebabkan kabus tebal menyelubungi puncak genting hingland itu. Raykarl
mengerling Ayla yang berdiri di sebelahnya itu. Pandangan mereka terhala ke
arah yang sama. Dia tahu Ayla masih berkecil hati dengan sikapnya yang tegas
tidak bertempat itu.
“Ay..!
Lembut dia memanggil kekasih hatinya itu.
Ayla
menoleh ke kanan. Keningnya sedikit terangkat.
“Meh sini
sayang! Raykarl menghulurkan tangan. Dia rasa bersalah sebenarnya.
Ayla
mengeluh kecil sebelum dia mengesot sedikit ke arah Raykarl.
Anak
rambut yang terjuntai di dahi itu di seka lembut. Kemudian dia merangkul erat
tubuh Ayla rapat ke dalam pelukannya. Pipi Ayla di usap lembut.”Maafkan Karl ya
sayang! Ok... salah Karl sebab buat Ay tertunggu. Ada tetamu tadi sayang. Karl
tak boleh nak angkat call Ay. Sorry..”
Ayla
sekadar menganggukkan kepalanya tanpa menjawab apa-apa. Tanpa sedar air mata
mengalir lesu dari kelopak mata. Namun cepat-cepat dia mengesat sebelum di
sedari Raykarl.
“Apa
pengakhiran kisah cinta kita ni Karl?
Raykarl
mengeluh berat.”Just follow the flow..”
Ayla
mendongak memadang wajah kacak Raykarl.” what do you mean
Karl?
“If ada jodoh kita kahwin sayang..”
“Bila?
Ayla bertanya seperti orang bodoh. Macam terdesak pun ada. Sebenarnya dia rasa
cukup damai berada dalam pelukan lelaki itu. Lelaki yang di cintainya hampir 10
tahun itu .
Raykarl
membuang pandang ke depan. Kabus tebal yang menghalang penglihatan itu
sebenarnya cukup mendamaikan hati. Dia rasa tenang di situ. Sebab itu dia rasa
lebih tenang untuk melayan Ayla dengan baik. Dalam diam dia sebenarnya juga cuba untuk
menjernihkan hubungan itu. Sekurang-kurangnya dia mencuba.
“Jangan
tanya Karl bila Ay. Yang pasti Karl masih cintakan Ay. Sama seperti dulu..”
Ayla
mengeluh kecil.” Tapi Karl macam dah tak sayangkan Ay..”
“Siapa
cakap?
“Tengok
dari layanan Karl, macam Karl dah bosan dengan Ay...”
“Karl
akui... kadang kala Karl bosan Ay. Tapi itu tidak bermakna Ay tak ada lagi
dalam hati Karl. Please understand me
sayang..”
Ayla akur
dan mengangguk. Sementara angin Raykarl masih baik ada baiknya dia menjaga
kelakuan dan mulutnya juga. Dia tidak mahu merosakkan keadaan.
“Mama dan
papa Ay bising lagi ke?
Ayla
mengangguk.” Macam biasalah Karl..”
“Terima
kasih Ay sebab Ay masih pertahankan Karl. Walaupun Karl ni jahat.. tapi Ay
masih setia dengan Karl. Karl rasa Karl tak akan dapat lagi kekasih yang setia
dan cantik macam Ay ni..” Sempat dia mencuit pipi gebu Ayla.
Ayla
tersenyum.”So, hargailah... jangan nak kalut kalau dah tak ada esok. Masa tu
tak dapek den nak nolong..” Seloroh Ayla.
Raykarl
ketawa kecil.”Karl sibuk dengan kerja Ay. Serabut rasa kepala ni, memikirkan
kerja yang tak pernah habis. Lagipun sekarang papa dah galaskan 100% pada Karl.
Karl tension! Luahnya perlahan. Mengharapkan pengertian Ayla.
Ayla
jatuh kasihan mendengar luahan itu.”Susah jugakan kalau terpaksa mewarisi
perniagaan keluarga ni?
“Tahu pun
Ay! Dengan gudang terbakar. Semua tu buat Karl rasa seperti mahu lari dari KL
tu..”
“Karl nak
ke mana? Ayla mendongak memandang Raykarl yang berkaca mata itu.
Raykarl
tersenyum. Dia menunjal lembut dahi Ayla.”Lurus sangat Ay ni..”
Ayla
memuncungkan bibirnya.”Habis cakap nak lari? Ay nak ikut..” Dia tersengih
comel.
“ Go back to UK... “
“Hello
masih terkenangkan Jane ke? Ayla membulatkan matanya. Jane? Arghhh... rasa malu
sangat mengenangkan kisah lama. Jane yang pernah menyimpan perasaan pada
Raykarl. Memang angin je satu badan mengenangkan perempuan kacukan inggeris dan
thailand itu.
Raykal
ketawa besar. Tiba-tiba wajah cantik Jane bermain di ruang matanya. Jane yang
tak pernah putus asa mengejar cintanya. Dia masih ingat betapa bersungguhnya
Jane mahu mendalami ilmu agama semata-mata mahu mendampinginya. Tapi Jane
silap! Tak semudah itu dia mahu tertipu dengan helah Jane.
Entah
dari mana Ayla dapat cerita yang dia bercinta dengan Jane. Tahu-tahu Ayla sudah
terpacak di hadapan rumah sewanya. Memang waktu itu dia tidak menyangka sejauh
itu Ayla sayangkannya sehingga sanggup terbang dari Australia ke UK semata-mata
mahu bertemu dengan Jane.
Memang
cukup-cukup Jane kena basuh dengan Ayla waktu itu. Siap ugut segala. Semua rakan serumah memuji keberanian Ayla
waktu itu. Selepas kena warning
dengan Ayla, sejak dari itu Jane sudah tidak berani mendekatinya. Hebat tak
hebat Ayla!
“Kalau
nak di ingatkan zaman remaja kita dulu, memang banyak kenangan manis kan
sayang?
Raykarl
memandang wajah polos Ayla kemudian dia menganggukkan kepala.”Ay... ni memang
suka bertindak gila eh?
Ayla
angguk kepala.”Karl cuma untuk Ay. Tentulah Ay marah siapa yang berani nak
dekati Karl..”
“Termasuk
agent insurans tu ke? Melampau! Sampai hari ni Karl rasa malu tiap kali jumpa
dia Ay..”
Ayla
ketawa mengekek.”Kesian dia kena mandi dengan air orange jus! Sejuk pula tu..”
“Tahu
pun! Tak pasal-pasal Karl kena ganti laptop dia tau...”
“Ala....
laptop je pun..! Ayla mencebik. Padahal dia sudah malu tak ingat!
“Cemburu
tu kena bertempat juga sayang!
“Bertempat
lah tu.. dalam restaurat mewah kan?! Pandai Karl pilih tempat nak uruskan
insurans kan? Nasiblah....”
“Yang
Karl hairan kenapa sejauh itu Ay boleh lunch?
Apa dekat damansara tu dah tak ada tempat makan ke?
“Sofea
tulah sibuk nak cari LV dekat situ. Mana nak tahu Karl pun ada sana.. kuat
sungguh jodoh kita kan?
Raykarl
ketawa begitu juga dengan Ayla.”I`m so so
sorry Karl. Ay akui, sikap bodoh Ay tu..”
Raykarl
merenung wajah Ayla kemudian dia tersenyum. Rambut Ayla yang di tiup angin itu
di usap lembut.
“At least Karl tahu Ay memang sayangkan
Karl..” Ucap Raykarl lembut.
Ayla
senyum meleret. Rasa bahagia memenuhi segenap ruang hatinya saat itu. Alangkah
bagus jika Raykal mengekalkan sikap romantis seperi itu.
“The feeling still remain as 10 years ago.
nothing has changed Karl..”
“Thanks to you. You always stay beside me darling.."
Ayla
mengangguk lantas tersenyum bahagia. Kalau boleh dia mahu menghentikan putaran
waktu. Dia mahu Raykarl sama seperti Raykarl yang sedang memeluknya sekarang.
Adakah kerana tekanan kerja Raykarl semakin menjauhkan diri? Dia tidak pasti.
Atau kasih sayang yang Raykarl tunjukkan hari ini cuma atas dasar kasihan?
Entah dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu dia mahu bahagia bersama
Raykarl..
3 comments:
Best bila hero kedua keluar.
Saya x berapa suka dng watak hero tu menyakitka hati.
baby mio.. :ala kenapa tak suka dengan Raykarl...!Hahha... he is my hero..!
Post a Comment