Hajah
Sharifah Kamariah mengemas kain baju lalu di masukkan ke dalam bagasi. Hari ini
dia akan pulang ke kedah bersama-sama dengan anak bongsunya Ibrahim. Dia juga
tidak betah meninggalkan rumah pusaka peninggalan arwah suaminya Haji Syed
Kamarudin itu lama-lama. Dia sudah terlalu rindu dengan kampung halamannya.
“Mak.....
Tuan Syed Lokman duduk di penjuru katil melihat ibunya yang sedang mengemas
kain baju. Hajah Sharifah Kamariah berpaling ke arah belakang.” Hurmmm.... Man.
Aku nak balik dah hari ni..”
“Mak...
masih marahkan Man? Soal Tuan Syed Lokman perlahan. Walau apa juga yang telah
di lakukan oleh Hajah Sharifah Kamariah perempuan itu tetap ibu yang telah
melahirkannya.
Hajah Sharifah Kamariah mengeluh kecil. Dia melangkah ke arah anak sulungnya itu. Kemudian dia duduk di sebelahnya. Bahu Tuan Syed Lokman di sentuh lembut.”Man. Mak tak marahkan hang pun. Cuma mak nak hang dan Su selesaikan masalah keluarga kita ni secepat yang mungkin. Lambat laun dia perlu tahu juga siapa diri dia..”
Tuan
Syed Lokman menundukkan wajah memandang lantai. Keadaannya benar-benar
tersepit. Di sana anak di sini ibu. Dia benci dengan situasi sekarang. “Bagi
kami masa mak” Katanya lalu mengangkat wajah memandang wajah ibunya.
“Sampai
bila Man? Sampai nak berlangsungnya pernikahan dia? Macam tu?” Hajah Sharifah
Kamariah mengeluh kasar. Sebolehnya dia semua yang berlaku ini di selesaikan
secepat mungkin. Seperit mana pun yang akan di rasakan oleh cucu angkatnya itu,
kenyataan tetap kenyataan!
“Man
tak mahu dia rasa rendah diri mak. Selama ni, dia di besarkan sebagai anak Man.
Macam mana Man nak terangkan kat dia mak? Susah Mak. Man tak mau dia terluka.
Sebab tu Man tak mau dia kahwin sewal begini mak...”
“Man.
Hang tau kan pandangan orang sekeliling macam mana? Saudara mara? Mak ni dah
jenuh sangat nak cakap depa. Hang ingat senang ka depa nak dengar alasan kita Man?
Terang-terangan muka Scha tu masuk surat khabar Man. Takkan lah depa nak
diamkan diri?.. Hajah Sharifah Kamariah mahu anak lelakinya itu mengerti
mengapa dia lakukan semua ini.
Tuan
Haji Lokman mengeluh perlahan. Terasa bebanan itu benar-benar sedang menghempap
kepalanya saat itu. “Man tak rasa Scha mampu nak terima semua ini dengan mudah
mak..” Wajah ibunya di pandang minta pengertian.
“Man,
dah jalankan tanggungjawab Man membesarkan dia penuh dengan kasih sayang, Man
berikan dia kehidupan yang baik, pelajaran yang sempurna. Mak tak rasa dia akan
marah teruk dengan Man. Lainlah kalau dia tu memang tak sedar diri.. tak reti
nak bersyukur. Kalau bukan Man yang kutip dia tepi jalan dulu, sekarang ni
entah dekat mana kedudukan dia..”
Tuan
Syed Lokman cuba menyabarkan hati mendengar kata-kata ibunya yang memang sejak
dulu tidak pernah mengiktiraf Scha sebagai cucunya.”Mak jangan cakap macam tu
mak.. Tangan ibunya di sentuh lembut. Seboleh mungkin dia tidak mahu lagi
bertekak.
“Mak
cakap perkara yang betul Man.....! Kalau susah sangat Man nak cakap dengan dia,
biar mak saja yang cakap. Boleh?
“Mak...
jangan mak. Scha mungkin lebih terluka kalau dia tahu daripada Mak. Tak mengapa
Mak, Man janji dalam masa yang terdekat ni Man akan uruskan semuanya. Mak
jangan risau...! Kata Tuan Syed Lokman. Seboleh mungkin dia tidak mahu Scha
tahu dari mulut orang lain. Semua itu akan menambahkan lagi luka di hati anak
gadis yang cukup di sayanginya itu.
“Suka
hati hang lah Man! Mak ni cuma nak menolong saja. Kalau hang boleh cakap
sendiri. Itu lebih baik. Tapi hang jangan bagi muka sangat..! Sat lagi dia
pijak kepala hang....! Pesan Hajah Sharifah Kamariah lagi.
“Mak..........
Scha bukan macam tu. Man kenal dia mak...” Kata Tuan Syed Lokman perlahan. Mahu
di kira terluka sudah terlalu lama dia terluka dengan kata-kata ibunya. Namun,
pilihan apakah yang dia ada? Semua kata-kata itu hanya mampu di telan
bulat-bulat saja.
“Sudahlah
tu. Aku nak balik dah ni. Hang... p angkat beg mak, bawak masuk dalam kereta
adik hang..” Arah Hajah Sharifah Kamariah yang sudah tidak mahu lagi bercakap
hal itu.
Mereka
sekeluarga sudah berkumpul di perkarangan garaj besar itu. Tuan Haji Lokman mengucup tangan ibunya.”Maafkan Man mak..” Ucapnya perlahan.
Hajah
Sharifah Kamariah mengusap lembut kepala anak sulungnya itu.” Mak dah lama
maafkan Man..” Balasnya sambil tersenyum.
Puan
Sharifah Suraya pula mengambil giliran mengucup tangan ibu mertuanya.
“Ingat
Su apa yang mak pesan! Kalau masih tak di selesaikan bulan depan mak turun KL
lagi..” Kata Hajah Sharifah Kamariah seperti sedang memberi amaran. Puan
Sharifah Suraya sekadar mengangguk.
Scha
bersalam dengan ibu saudaranya. Sharifah Amirah.”Tahniah dari Mak Ngah sekali
lagi ya Scha. Jaga elok-elok tunang Scha yang hot tu ya! Seloroh Sharifah
Amirah sambil memeluk tubuh Scha. Scha ketawa kecil.” Eee.... jahat Mak Ngah
ni...pandai-pandailah dia nak jaga diri dia Mak Ngah. Dia kan dah besar...”
Balas Scha pula.
Sharifah
Amirah melepaskan pelukan. Pipi gebu Scha di cubit manja.” Jangan nakal-nakal.
Jaga nama baik keluarga kita ya...!
“Yelah
Mak Ngah. Scha tahu.... terima kasih sebab mengingatkan Scha...! Ujar Scha
sambil tersenyum manis. Dia beralih pula ke arah bapa saudaranya Ibrahim pula.
Dia segera mengucup tangan lelaki itu.”Terima kasih Pak Ngah sebab dah banyak
tolong papa uruskan majlis Scha..”
“It`s
ok Scha! Kita bukan orang lain kan. Scha anak saudara Pak Ngah bukan orang lain
pun..” Balas Ibrahim sambil mengusap kepala mesra kepala anak saudaranya itu.
“Scha..............!!!!!!
Jerit Ainirah dan Ainalina serentak. Mereka berpelukan lama. Sejak kecil lagi
mereka merupakan sepupu yang paling rapat dengannya.
Pipi
Scha di kucup bertalu-talu oleh mereka yang begitu gembira dengan pertunangan
Scha.”Wahhhh aku yang bertunang hangpa yang happy lebih-lebih ni pasai apa..?
Seloroh Scha dengan loghat utaranya. Membesar dengan keluarga yang majoriti
memang mengusai loghat utara dengan pekat secara tidak langsung, dia memang
pandai menggunakan loghat itu tatkala berkomunikasi dengan keluarganya.
“Wei.
Tunang hang tu orang terkenai tau dak!! Aku ni siang malam dok termimpikan dia,
last-last hang jugak yang dapat..! Benci tau! Gurau Ainirah sambil mempamer
muka sedihnya.
Scha
ketawa besar melihat reaksi yang di tunjukkan oleh Ainirah.” Mana aku nak tau,
dah jodoh aku dengan dia... awat kacak sangat ka?
“Amboih
haih! Tak kacak hang cakap? Ni dalam i phone aku, penuh dengan gambar dia tau.
Lepas ni bolehlah aku tunjuk dekat kawan-kawan kolej aku. Mau depa menangis air
mata darah... wah... aku bangga dengan hang Scha!! Ainalina pula menyampuk
sambil membuat reaksi muka gatalnya.
“Jangan
hangpa taq kat facebook aku ok! Aku malas nak tengok muka mamat tu... Lagipun
aku tak mau kawan-kawan aku kecoh kat situ nanti” Scha sengaja memberikan
berkata begitu. Biar semua tahu yang dia bukan suka dengan pertunangan itu pada
dasarnya.
“Hang
ni Scha! Menolak tuah haih!! Marah Ainirah. “Punyalah ramai orang
terkejar-kejarkan dia Scha. Hang boleh cakap macam tu. Aku ni cuma sepupu,
bukan main bangga lagi sebab, sepupu aku yang cantik ni dapat lelaki macam
tu..”
Scha
mencebik sambil berpeluk tubuh! Betuah? Dekat mana tuahnya? Tak paham aku!
Bisik hati kecilnya.”Apa kata hangpa try mengorat dia...? Scha sengaja
memberikan idea gila.
“Kami
ni tak cantik macam hang Scha oi! Dalam semua sepupu sepapat kita cuma hang
saja, muka yang lain dari yang lain. Hang tengok kami semua? Hitam manis. Hang?
Putih melepak macam cina...! Kata Ainirah bersungguh membuatkan hati Scha
tersentak.
“Betui
cakap hang Nirah...! Scha ni kira special sikit dalam keluarga kita. Mungkin
masa mengandungkan hang, Mak Long suka sangat tengok cerita cina kot..! Tambah
Ainalina pula dengan muka yang di seriuskan. Memang sejak kecil lagi dia dan
Ainirah selalu saja cemburu dengan wajah Scha yang cantik dan lain dari
keluarga yang lain.
“Yeke?
Tu yang aku naik hairan tu...! Tapi, walau apa pun hangpa tetap sepupu aku
ok....! Kata Scha cuba menyingkirkan rasa kurang senang yang sudah menyentak
hatinya itu. Ikutkan kata-kata gurauan Ainirah itu memang ada logiknya. Semua
saudara maranya lebih berwajah seperti peranakan mamak. Macam Ainirah dan
Ainalina juga memang muka macam anak mami! Tapi dia? Memang jauh sekali
perbezaannya.
“Budak-budak
ni. Kalau dah berjumpa tu memang hingar bukan main! Dah jom balik... bertolak
awal sampai awal..! Marah Hajah Sharifah Kamariah segera menarik tangan
kedua-dua cucunya itu. Terkial-kial Aninirah dan Ainalina masuk ke dalam toyota
Alpard itu.
“Bey.
Scha... nanti aku text hang ok! Jerit Ainirah dari dalam kereta.
Scha
tersenyum dan mengangguk. Dia sebenarnya terkilan dengan neneknya yang langsung
tidak mahu memandang wajahnya. Kejadian dia mahu bersalaman dengan wanita itu
tadi benar-benar menyentak hatinya. Hajah Sharifah Kamariah menghulurkan tangan
tapi belum sempat dia mahu mengucup, dengan pantasnya Hajah Sharifah Kamariah
menarik tangannya kembali dan langsung tidak memandang ke arahnya.
Scha
masih memandang Hajah Sharifah Kamariah yang duduk di dalam kereta dengan
harapan dia mahu melambaikan tangan ke arah neneknya dan dia mahu melihat nenek
tersenyum ke arahnya. Namun, sehinggalah kereta yang di bawa oleh pemandu Pak
Ngah Ibrahimnya keluar dari pintu pagar itu pun nenek tidak sudi memandang ke
arahnya.
Air
mata yang sejak dari bertakung menitis tanpa sedar. Dia mengigit bibir cuma
menahan esakkan. Puan Sharifah Suraya segera memeluk bahu anak gadisnya. Dia
bukan buta tidak nampak bagaimana dinginnya ibu mertuanya melayan Scha. Sebagai
ibu dia hatinya juga terguris.
“Sabarlah
nak..! Pujuk Puan Sharifah Suraya.
Scha
menganggukkan kepalanya. Tidak mahu mamanya turut bersedih.”Scha ok Mama. Salah
Scha sebab tu nenek marah”.
“Sudahlah
tu sayang. Yang penting mama tetap sayangkan Scha. Scha anak mama yang tabah
dan kuat...! Pipi Scha di kucup penuh kasih.
Tuan
Syed Lokman mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Kesal mengenangkan layanan
dingin ibunya kepada Scha. ‘Maafkan papa Scha....maafkan papa...’
5 comments:
Wahhh...lamanya tunggu n3 ni...cpt2 r upload lg ye....keep it up...
Best.
lama sangat tak upload???,tetp bestlah
hehe.. sorry ye sayang2 semua..
sis..upload la lagiii...lama sgt da tunggu... :(
Post a Comment