Wednesday, February 19, 2014

My Mr. Chef Bab 22



Nafasnya turun naik saat mata terpandang sesusuk tubuh yang cukup di kenalinya sedang beriringan dengan seorang perempuan cantik tinggi lampai keluar dari bilik pengurusan kolej. Mereka tampak mesra dan kelihatan agak rapat. Tapi, siapa perempuan itu? Hatinya tertanya sendiri. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain. Tidak mahu lelaki itu menyedari yang dia ada di situ.

“Hey Scha..! What are you doing here? Bahunya di tepuk perlahan dari arah belakang menyebabkan buku di tangan habis jatuh bertaburan ke atas lantai.

“Hey.... buku kau berterabur...eh berterabur.....! Melalut-lalut bibir comel itu melatah yang bukan-bukan menyebabkan Aiman ketawa berdekah-dekah.

“Hai... melatah rupanya!! Kata Aiman sambil menepuk tanganya kuat. Sengaja mahu mengusik Scha. Seronok pula melihat gadis cantik seperi Scha melatah yang bukan-bukan. Memang satu dalam sejuta betul! Selalu makcik-makcik je yang melatah...

“Hoi..! Memanglah aku melatah.. habis kau sibuk kat sini kenapa? Scha melatah lagi sambil membuat aksi bercekak pinggang dengan kening terangkat-angkat. Ala-ala gangster tapi muka comel gila. Ya Allah... Ya Allah.... apa aku melalut ni... Astafirullahalazim... setelah tersedar dia cuba mengawal diri. Teruk sungguh penyakit melatahnya sekarang.

Aiman ketawa sambil menutup mulutnya. Lawak sungguh melihat aksi Scha yang melatah-latah seperti makcik-makcik di kampung yang sakan di sakat. Tak sangka sungguh gadis secantik Scha boleh melatah teruk seperti itu. Siap buat aksi cekak pinggang lagi. Siapa yang tak ketawa..!

‘Kecik...besar kecik besar je aku tengok mamat ni.. Masa nilah aku boleh nak melatah...! Alahai....malunya......!
Cepat-cepat dia mengutip buku-buku yang sudah bertaburan di atas lantai cuba untuk menutup malu. Aiman segera membantu sambil tertawa yang masih belum reda.

“Happy sangat nampaknya abang ketawa kan Scha..”

“Tak sangka sungguh Scha melatah rupanya. Hey sejak bila ni??? Tanya Aiman sambil menghulurkan buku ke arah Scha.

Scha menyambut huluran bukunya itu.”Tak payah sibuk nak tahu...! Balas Scha geram.

“Marah nampak...! Ok..ok...syuhhhhh abang tak kunci mulut ok?! Syuhhh... 
Kata Aiman dengan jari telunjuk melekap ke bibirnya.

“Seronoklah lepas ni abang boleh menyakat Scha lagi kan?! Scha mencebik.

“Tak...tak lain kali abang bagi salam elok-elok ok! Promise...! Janji Aiman dengan tangan di angkat seperti bersumpah. Akhirnya Scha tersenyum. Tak ada sebab untuk dia marahkan Aiman. Salahkan diri sendiri sebab ada tabiat buruk seperti itu. Memang dia tidak boleh langsung untuk kontrol penyakitnya itu. Ia cuma bermula dari rasa terkejut saja. Lama-kelamaan rasa terkejut itu di sertakan pula dengan mulut melatah yang bukan-bukan.

“Scha tunggu siapa dekat sini ni? Dah habis kelas kan? Tanya Aiman apabila Scha sudah boleh bertenang.

“Tak ada tunggu sesiapa pun...”

“Habis terpacak dekat sini sorang-sorang kenapa? Ke Scha tengah skodeng orang ni? Tanya Aiman lagi sengaja mahu menyakat Scha.

Scha terkulat-kulat sendiri. Memang dia tengah skodeng orang pun. Pandai pula lelaki itu meneka! Ahli nujum ke apa? Scha cuma tersengih tak tahu mahu jawab apa.”Errr... hurmmm Scha....Scha..Errr... abang Aiman dah makan? Scha cuba mengalih topik. Sebenarnya dia sudah malu tahap gaban di tangkap seperti itu.

Aiman mencebik.”Abang dah makan. Baru balik dari cafe... dahlah abang nak ke office ni..”
aiman.

Scha mengangguk pantas. Lega! Cepat-cepatlah mamat ni pergi dari sini..’ Desis hati kecilnya.

“Scha! Panggil satu suara.

Scha mengetap bibir. Suara itu amat di kenalinya. Dia berpaling ke belakang perlahan-lahan. Aiman sekadar senyum segaris sebelum mengerling kepada seorang gadis yang berdiri di sisi Emeriz.

Anak mata Scha dan Emeriz saling bertentangan. Emeriz mengangkat kening seolah-olah dia bertanya menggunakan bahasa isyarat, apa yang dia buat di sini dengan lelaki itu. Itulah tanggapan Scha.

Scha mengusap tengkuk.”Errr... saya... saya terserempak dengan abang Aiman..tadi” Pantas dia memberi jawapan pada soalan yang cuma di isyaratkan dengan pandangan mata itu saja.

Aiman pula sengaja membuang pandang ke arah lain. Entah kenapa, dia rasa tidak mahu pun bertentang mata dengan Emeriz.

“Awak tak ada kelas ke? Soal Emeriz sambil mempamerkan wajah seriusnya.

“Kelas dah habis...! Jawab Scha pantas. Anak matanya ligat memerhatikan gadis cantik tinggi lampai yang berdiri di sebelah Emeriz. Gadis itu sekadar tersenyum lantas menundukkan sedikit kepalanya. Scha sekadar membalas dengan senyuman juga.

“Scha... abang pergi dulu! Aiman meminta diri. Dia menoleh ke arah Emeriz sambil mengangkat tangan. Emeriz membalas dengan senyuman dan anggukan.

Aiman memandang ke arah Scha pula.”Nanti abang call Scha” Katanya perlahan.

‘Call? Untuk apa? Scha menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memerhati gerak langkah lelaki yang sudah beredar dari situ itu.

“Ehemmm! Scha ini Tasnem...! Ujar Emeriz memperkenalkan Tasnem kepada Scha.

“Tasnem! Kata Tasnem memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

“Scha...! Balas Scha pula.Wahh cantiknya perempuan ni... Hati kecilnya memuji sendiri.

Nice to meet you Scha..! Ucap Tasnem yang nampak agak ramah itu.
tasnem

Nice to meet you to..! Scha tersenyum manis. Sebenarnya dia masih tertanya siapakah gadis itu?!

“Tasnem akan habiskan pengajian dia di sini untuk satu semesta lagi... jadi bolehlah awak tolong dia apa yang patut..” Kata Emeriz.

Scha sekadar mengangguk. Tidak tahu hujung pangkal cerita dia suruh aku tolong minah ni pulak! Siapa dia? Takkanlah adik perempuan dia pulak? Ke kekasih gelap dia?

“Jom... saya hantarkan awak balik...”

Pandangan teralih kepada Emeriz.”Errr... saya nak ke mall cari buku..”

Emeriz melihat jam di pergelangan tangan”Hisy. Dah pukul 2.00 petang ni Scha. Kat luar tu panas... marilah saya hantarkan balik..”

“Emeriz...! Panggil Scha perlahan tanda dia tidak suka di paksa seperti itu.

“Anem sekejap ya..!

Emeriz menarik lengan Scha ke arah satu sudut yang sedikit tersorok.

“Eh lepas lah..! Tak nampak ke orang tengok tu..! Marah Scha sambil merentap kembali tangannya yang di pegang oleh Emeriz. Lelaki ini memang suka mengambil kesempatan! Entah berapa kali dia dah pegang tangan aku ni tau! Sempat dia mengomel di dalam hati.

Emeriz yang berdiri sambil bercekak pinggang itu menentang pandangan mata Scha.”Awak buat apa dengan ‘abang’ awak tu? Soalnya geram. Bukan main lagi dia tengok bertepuk tampar bagai. Mesra sangat lagaknya. Bebulu betul matanya terpaksa menyaksikan adegan itu tadi.

“Buat apa? Kami cuma borak-borak kosong je..! Jawab Scha dingin. Pandangan mata di halakan ke arah lain. Malas melayan perangai entah apa-apa lelaki itu.

“Borak kosong sambil bertepuk tampar macam tu? Perli Emeriz dengan kening yang terangkat.

“Awak ni kenapa? Tak fahamlah saya..!

“Tak sangka pulak mamat tu pensyarah dekat sini. Hurmm makin merenyamlah awak kan!

‘Eh mamat ni apa kena? Nak cari gaduh ke apa ni? Emeriz di pandang atas bawah. Memang hari ini penampilan lelaki itu nampak lebih santai. Tapi kacaknya tetap ada! Sempat pula Scha meneliti di dalam hati.

“Merenyam? Wah-wah... sedap betul mulut awak bercakap eh?!
“Habis, apa tak betul saya cakap? Ni mata saya sendiri nampak dia sentuh bahu awak.. lepas tu siap gelak macam orang kurang siuman.. Eh.. tak merenyam ke namanya?! Geram betul mengenangkan perangai Aiman yang tak tahu nak hormat status gadis itu sebagai tunangannya.

“Awak ni sengaja nak cari pasal ya? Awak tak dengar pun butir bicara saya dengan dia. Suka suka hati awak je nak judge dia macam tu eh? Lancang mulut Scha membidas.

Emeriz mengetap bibir.”Awak nak bela dia kenapa?

“Awak jangan nak mengarutlah Emeriz..! Cemburu tak bertempat...!

Emeriz terpampan. “Cemburu? Eh... awak dah tak betul eh? saya nak cemburu kenapa pulak?

Scha tersenyum sinis. Cemburu tapi tak mahu mengaku! Kesian betul mamat ni.. kepalanya tergeleng-geleng perlahan.”Sudahlah saya malas nak bertekak dengan awak hanya di sebabkan cemburu awak yang tak bertempat tu..”

Bulat mata Emeriz memandang Scha. Tercalar sungguh egonya mendengar kata-kata Scha itu. Dia cemburu? Bila masa pulak? Dia cuma meluat dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Emeriz cuba menindakkan detak hatinya.

“Saya hantar awak balik! Putus Emeriz.

“Tak payah susah-susah! Tu... perempuan mana awak angkut pulak tu? Mangsa seterusnya ke? Scha menyindir pedas dengan mulut yang di muncungkan ke arah Tasnem.

“Awak ni cakap main sedap ikut mulut awak saja kan?!

“Apa betul cakap saya kan? Seksi semacam je! Kata Scha dengan reaksi wajah yang sedikit menjengkelkan.

“Tak baik awak macam tu.. seksi tu tak semestinya dia gadis yang tak baik..!

“Wah...wah membela nampak!

Emeriz ketawa kecil sambil menutup mulut dengan tangan kanan.
Scha melihat reaksi itu dengan pandangan hairan.”Lawak ke? Keningya terangkat sebelah.

“Awak tu yang sebenarnya cemburu kan? Usik Emeriz sambil mengenyitkan matanya.

“Eh sorry sikit ok! Tak ada masa saya nak cemburu ok! Tak ada nilai langsung...! Scha berpeluk tubuh sambil menggigit bibir. Kalau tak cemburu kenapa aku rasa jantung aku ni berdenyut-denyut je bila tengok gadis tu? Memang tak di nafikanlah gadis itu ada pakej lengkap seorang model dengan wajah yang cukup jelita..! Eh.... tapi kenapa aku rasa, muka dia ada iras dengan Taliah eh?

Emeriz mencebikkan bibir.”Sudahlah buang air liur je bertekak dengan awak ni Scha. Dah lah jom saya hantar awak balik. Cuaca panas sangat kat luar tu Scha. Saya takut awak sakit nanti..”

Scha memandang wajah Emeriz sebelum mengangguk. Sebenarnya dia tidak mahu mengangguk pun. Tapi apabila mendengat bait bicara lelaki itu yang tampak begitu ikhlas mengambil berat mengenai dirinya membuatkan hatinya tersentuh.Hisy. Scha! Kenapa kau mudah sangat.... cair dengan dia? Kenapa Scha! Kenapa...! Jerit hati kecilnya.

**
Dadanya yang berbalut tshirt berwarna pink itu di usap perlahan-lahan dan secara sembunyi. Tidak mahu manusia dua orang yang duduk di bahagian depan itu perasaan keadaan hatinya yang nampak gaya macam mahu meletup saja!Dadanya itu berdebar-debar dan terasa sakit melihat Emeriz dan Tasnem yang nampak rancak berbual. Dia pula di suruh Emeriz duduk di bahagian belakang tempat penumpang. Perit sungguh menahan perasaan itu. Rasa seperti mahu meraung sambil hentak kaki pun ada. Jari jemarinya bertaut sesama sendiri sudah berpeluh-peluh. Puas sudah di kesat pada seluar jeans yang di pakainya itu. Tapi masih berpeluh juga!

Mata bundarnya mencuri pandang ke arah Emeriz dari cermin pandang belakang. Saat melihat wajah itu, rasa marah terbang melayang entah ke mana. Tapi tatkala terdengar suara gadis di sebelah yang ketawa mengekek itu kembali membuatkan dia marah tanpa sebab!’Oi perempuan, kau sopan sikit boleh? Aku ni tunang dia tahu! Respect sikit aku ni boleh? Marah Scha geram. Namun semua itu cuma bergema di dalam hati saja. 

Cepat-cepat dia memejamkan mata sambil memekakkan telinga! Rasa boleh bernanah telinganya mendengar gelak tawa mereka yang tak tahu nak hormati perasaanya itu. Sepatutnya tempat yang di duduki oleh Tasnem itu dia yang duduk! Memang logik la dia adalah tunang Emeriz. Tasnem tu siapa? Istimewa sangat ke sampaikan Emeriz sanggup tolak aku duduk tercongok macam orang bodoh tuli kat belakang ni? Ya Allah..... sakitnya hati akuuuu.......!

Tok!Tok!... Cermin kereta di ketuk dari luar.

Scha membuka mata yang masih lagi berat itu. Terasa baru saja dia melelapkan mata. Entah mengapa dia rasa kereta yang dia naiki itu sudah berhenti. Segera mata di buka seluasnya! Dia melihat sekeliling.’Eh...kat mana ni?? Dia tertanya sendiri.

Tok!tok! Cermin di ketuk lagi.

Scha melihat ke luar kereta. Dia nampak Emeriz berdiri di luar sambil mengetuk cermin kereta. Emeriz memberi arahan supaya dia duduk di bahagian depan!

Scha mencebik.’Mana pulak minah tu pergi? Dia membuka lock dari dalam dan melangkah keluar. Sempat matanya melihat sekeliling. Kawasan perumahan itu tampak mewah. Kemudian matanya menala ke arah sesusuk tubuh yang baru melangkah masuk melepasi pagar sebuah rumah mewah jenis semi D di bahagian kiri tempatnya berdiri. Pantas matanya memandang ke arah Emeriz yang sudah pun bergerak ke sebelah sana.

“Masuklah. Panas ni! Arah Emeriz mengejutkan lamunannya.
Scha tersentak sedikit. Kemudian dia segera melangkah masuk ke bahagian depan dengan seribu satu pertanyaan. Siapakah Tasnem? Wajah Tasnem nampak begitu familiar di matanya. Tapi siapa? Jenuh dia bersoal jawab di dalam kepala.

“Pakai seat belt tu! Tegur Emeriz seperti memberi arahan.
Scha cuma akur dengan menarik tali seat belt melingkari tubuhnya. Emeriz menarik handbreak lalu menekan pedal minyak meninggalkan perkarang perumahan mewah itu.

“Nyenyak awak tidur! Sampai ke depan ni dengar awak mendengkur... Kata Emeriz tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Sebenarnya dia nampak dengan jelas reaksi Scha sepanjang perjalanan mereka menghantar Tasnem pulang tadi. Kasihan Scha!

“Eh mana ada! Saya tidur-tidur ayam je! Dalih Scha sambil membuang pandang ke luar tingkap. Sebenarnya dia malu. Mana tahu dia benar-benar berdengkur! Ah.... memang malulah....

“Scha... saya nak awak temankan saya sekejap boleh?

Scha mengerling sekilas.”Ke mana?


“Sebenarnya saya ada shooting dekat KTV. Tak lama satu scene saja. Awak temankan saya sekejap boleh? Lembut betul Emeriz menutur kata.
Scha melihat jam di pergelangan tangan.Sudah menjengah ke angka 2.45 petang. Mujur juga dia sudah zohor selepas makan tadi.”Satu scene tu agak-agak berapa lama?

Around half hour..”

Scha terdiam seketika.” Ok..! Balasnya perlahan.

“Thanks Scha.. inilah yang buat saya sayangkan awak..! Ucap Emeriz spontan.
Scha di sebelah sudah terkedu tak terkata. Tapi dia pandai’cover line’. Buat-buat pekak.. itukan kepakarannya!

Mereka tiba di perkarangan banggunan KTV tepat jam 3.00 petang. Mujur juga KTV berada di dalam kawasan damansara. Jadi, perjalanan mengambil masa yang agak pendek. Scha dan Emeriz beriringan masuk ke dalam banggunan KTV.

Mereka menjadi tumpuan staf-staf KTV yang sedang bertugas. Tidak kurang juga ada yang curi-curi mengambil gambar mereka. Apa boleh buat, bertunang dengan orang terkenal memang itu adalah rencah hidup. Bukan dia tidak tahu! 
Pada mulanya memang Scha rasa agak tertekan sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Tapi, lama kelamaan dia sudah terbiasa. Adakalanya seronok juga melihat Emeriz melayan peminat-peminatnya yang minta bergambar dan autograf. Pernah juga beberapa kali dia pula yang di suruh untuk mengambil gambar! Memang macam-macam perangai.

“Awak ok? Tanya Emeriz sewaktu mereka tiba di set pengambaran.


Scha mengangguk kecil.”Dah biasa... Jawabnya sambil tersenyum.

“Baguslah tu..! Biasa-biasakan... jangan terkejut, kalau awak tengah beli sayur nanti, ada makcik minta ambil gambar..! Seloroh Emeriz membuatkan Scha ketawa kecil.

“Oklah awak tunggu saya sekejap ya.. paling lama 1 jam. Nak kena make up dulu, hafal skip sekejap...baru on camera... awak tak kisah kan?

“Pergilah Emeriz. Saya tunggu awak dekat sini... lagipun ada sofa kan? So, saya boleh tidur kalau mengantuk..!

“Ok..! Jangan nakal-nakal... abang nak kerja sekejap eh! Usik Emeriz sambil mengenyitkan matanya ke arah Scha.

“Apa-apa ajalah awak ni! Dah pergi sana..” Scha menolak tubuh Emeriz supaya pergi dari situ. Padahal dia sudah malu di sakat Emeriz.

Emeriz berlalu ke belakang stage. Set pengambaran yang di hias cantik itu di pandang satu persatu. Cuma ada sofa, meja kecil dan dua buah kerusi di tengah-tengah stage yang di belakangnya di letakkan dinding kayu.’Macam ni rupanya set pengambaran eh? Scha mengangguk-anggukkan kepalanya tanda dia sudah belajar satu perkara.


Dari jauh dia nampak dengan jelas keceriaan yang cuba di pamerkan oleh Emeriz. Walhal dia tahu sebenarnya lelaki itu sedang cuba menyembunyikan kesedihannya. Dia tahu lelaki itu sedaya upaya cuba memulihkan diri dari terus bersedih dengan kehilangan Taliah. Adakalanya dia nampak Emeriz seperti mengeluh. Kasihan Emeriz! Keluh Scha.

Sepotong red velvet dan pavlova di bawa ke sebuah meja lalu dia meletakkannya di atas meja. Scha nampak teruja melihat hidangan yang terhidang di depan mata. Steak daging kambing yang masih berasap itu pun belum sempat habis di makannya, kini dia di hidangkan pula dengan pencuci mulut yang amat menyelerakan!

“Upah awak temankan saya hari ni..” Kata Emeriz seraya duduk di bertentangan dengan Scha.

“Lain kali minta saya temankan lagi eh? Seronoklah dapat makan macam ni selalu..” Scha bertepuk tangan kecil tanda seronok dapat makan enak hanya dengan menemani lelaki itu saja.

“Amboi..! Hari-hari macam ni gemuklah awak Scha!

“Saya memang nak gemuk. Tapi tulah nak buat macam mana, metabolisma badan saya ni berkerja aktif setiap hari. So, memang tak sempat nak bentuk lemak pun..”

“Pandailah awak kan! Bab makan memang serah dekat awak lah kan..” Emeriz menggelengkan kepalanya melihat keletah Scha. Gadis itu nampak gembira sekali. Bukan apa, sebenarnya dia mahu menebus rasa bersalahnya pada gadis itu dengan sikapnya yang melebihkan Tasnem tadi.

“Eh dah jam 5.00 petang ni. Awak jangan lupa hantar saya balik tau. Nanti mama dan papa risau..”

Don`t worry, saya dah call mama awak tadi..”

Scha kaget.”Biar betul?

Emeriz mengangguk pantas.” Ingat senang nak jaga anak dara orang ke? Keningnya terangkat sebelah.

Scha mencebik. Nampak belagak pula Emeriz waktu itu.”Nasib nenek dekat kampung. Kalau dia dekat sini, jangan harap saya dapat keluar macam ni..”

“Oh ya! Cakap pasal nenek awak tu. Apa sebenarnya masalah dia dengan awak Scha? Tanya Emeriz ingin tahu. Dia asyik tertanya-tanya mengapa Hajah Sharifah Kamariah nampak dingin dengan Scha.

Scha mengeluh kecil. Air jus strawberry di sedut perlahan. Tampak berat pula gayanya mahu menceritakan permasaalahan nenek yang sentiasa mahu mencari gaduh dengannya itu.

“Saya pun tak faham Emeriz dengan sikap nenek tu. Asal nampak je muka saya ni, ada saja yang tak kena. Sejak dari kecil sampailah sekarang saya memang tak pernah rasa kasih sayang seorang nenek. Macam cucu terbuang pun ada..” Scha tertawa kecil biarpun hati di paut rasa sedih tatkala mengingati sikap neneknya.

“Saya rasa pasti ada cerita kenapa dia macam tu Scha..” Emeriz seperti merasakan ada sesuatu yang menyebabkan Hajah Sharifah Kamariah bersikap dingin dengan Scha. Kalau tak ada sebab, bolehkah begitu caranya layanan seorang nenek kepada cucu? Memang tak patut! Fikir Emeriz sendiri.

“Saya pun rasa macam tu. Pernah juga tanya mama dan papa. Tapi macam biasalah.. mama dan papa tak pernah nak ceritakan apa masalah nenek tu. Dengan cucu lain bukan main baik baik dia layan. Aqil tu, cukup dia sayang. Padahal saya ni kakak Aqil, sedarah lagi.Tapi kenapa dia tak boleh layan saya sebaik dia layan Aqil! Itu yang saya tak faham...”

Emeriz menganggukkan kepalanya. Entah-entah... Scha bukan...Eh... apa aku mengarut ni! Emeriz cuba menindakkan perasaan yang timbul dalam kepalanya itu. Takkanlah... Scha anak Tuan Syed Lokman dan Puan Sharifah Suraya. Itu adalah kenyataan! “Awak rasa ada yang tak kena ke dengan nenek awak tu? Soalnya lagi.

Scha menjungkitkan bahu.”Entahlah..!

“Cubalah awak siasat. Setiap persoalan pasti ada jawapannya Scha. Saya rasa macam tak adil pula dia layan awak macam tu. Nampak sangat dia sedang memilih kasih..”

“Lantak dialah Emeriz. Saya malas nak fikir. Janji saya ada mama, papa dan Aqil yang sayang saya itu sudah cukup besar buat saya”

“Ada seorang lagi..” Emeriz memotong kata-kata Scha.

“Huh? Siapa? Soal Scha lurus bendul.

Jari telunjuknya terarah ke dadanya.”Saya..!

“Eerrr! Scha termalu sendiri. Boleh pulak dia nak bergurau macam ni..’Wajahnya sudah merona merah menahan malu.

Emeriz sembunyi ketawa melihat reaksi Scha.”Kita kena cuba Scha..”
Scha berdehem dan mengangguk.”Muda lagilah nak terjebak dengan semua ni..”

“Muda tak muda. Masalahnya awak dengan saya selangkah lagi nak ke alam perkahwinan...”

“Ya..ya saya tahu! Tapi, awak jangan lupa janji awak ok!

Dahi Emeriz berkerut sambil memuncungkan bibir.

Scha ketawa melihat reaksi wajah Emeriz. Nampak kelakar tapi comel.”Janji awak yang tak akan menyekat cita-cita dan masa depan saya!

Emeriz menepuk dahi sendiri. Hampir terlupa pula dengan janji yang telah di katakan kepada Scha.”Ok! Saya janji...tapi jangan ambil masa lama sangat ok!

“InsyAllah...! Balas Scha sambil tersenyum.



“Dah makan kek tu cepat. Lepas ni saya hantar awak balik rumah..”Arah Emeriz sambil menolak piring kecil itu ke arah Scha.

6 comments:

baby mio said...

BEST...

Anonymous said...

saya suka saya suka..menarik..agak2 bila boleh dapat novel ni?xsabar nk tunggu ni..

nur, perak

AinSophian said...

baby Mio : tq

Nur perak : Sikit lagi dear. Sabar okeh :)

kamilah said...

best tp selalu lambat update new3, plsssssssssssssssss.. x sabar tunggu novel di pasaran...hari2 sya on blog ini...huhuhu

kamilah said...

nak lg.....selalu lamabt update, x sabar nk tunggu kisah scha dgn emeriz, huhuhu

AinSophian said...

kamila :hehe...sabar ye. Saya tengah edit. MMC dah siap. Cuma nak semak je lagi. Lepas tu saya akan cuba hantar ke mana2 penerbit. If mereka berminat boleh la novel ni keluar. Kalau tak berminat what can i do???hehe..terima kasih kerana menyokong...hargai sangat2